You are on page 1of 3

Taklimat Kes Undang-Undang berkenaan Cukai Taksiran

Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2023


20 Jun, 2023 (Selasa)
Courtyard by Marriot, Setia Alam

LAPORAN PENUH KEHADIRAN TAKLIMAT


Tajuk :Taklimat Kes Undang-Undang Berkenaan Cukai Taksiran Majlis Perbandaran
Kuala Selangor 2023
Tarikh : 20 Jun 2023
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Courtyard by Marriot, Setia Alam

1. Latar Belakang Penceramah

En. Mohd Faiz Bin Abd Rahim merupakan


seorang Peguambela & Peguamcara dan
juga rakan kongsi Tetuan Rastam Singa &
Co. Beliau juga merupakan pemegang
Ijazah Sarjana Undang-Undang di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau
berpengalaman lebih sepuluh (10) tahun
dalam mengendalikan kes-kes berkaitan
cukai taksiran.

2. Intipati taklimat

En. Mohd Faiz sebelum menerangkan kes-kes berkaitan cukai taksiran dan prinsip
perundangan berkaitannya, beliau memberikan pemahaman kepada peserta taklimat
berkenaan dengan bagaimana peguam mengendalikan kes tuntutan sivil. Beliau telah
membahagikan kepada empat (4) perkara:-

i. Hierarki Mahkamah Malaysia


ii. Mode tindakan sivil
iii. Proses tuntutan saman sivil
iv. Kaedah Pelupusan kes Mahkamah

3. Selanjutnya, beliau juga memberikan taklimat cukai taksiran dengan membahagikan


kepada empat (4) topik utama iaitu:-

a) Pegangan dan nilaian


b) Tanggungan cukai taksiran pemilik lama dan baru
c) Isu had masa
d) Penggulungan syarikat

4. Melalui topik yang dibentangkan, beliau telah berkongsi rujukan seksyen-seksyen yang
berkaitan dengan cukai taksiran dan berkongsi berkenaan kes-kes Mahkamah

1
Taklimat Kes Undang-Undang berkenaan Cukai Taksiran
Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2023
20 Jun, 2023 (Selasa)
Courtyard by Marriot, Setia Alam

(landmark cases) serta mengupas isu-isu yang telah dibicarakan di dalam satu-satu kes
yang dikongsikan kepada peserta taklimat.

5. Soalan yang diajukan oleh peserta taklimat

Saya telah mengajukan soalan kepada En.Faiz berkenaan tindakan Mahkamah


melibatkan tanah-tanah kosong di mana kebanyakannya, saman tidak sampai kepada
pemilik akaun. Penyerahan saman terpaksa dibuat secara penyampaian ganti di mana
ianya amat memakan kos. Kemudian apabila Majlis telah mendapat penghakiman (JID),
untuk meneruskan dengan tindakan pelaksanaan, Peguam Majlis juga mengalami
kesukaran di mana penyampaian kertas kausa tidak sampai kepada pemilik akaun
menyebabkan kutipan tunggakan cukai memakan masa. Walau bagaimanapun, saya
memaklumkan bahawa pemilik akaun hanya akan menghubungi Peguam sekiranya
mereka ingin membuat urusan bank bagi membuat pinjaman, carian bank mendapati
terdapat kes Mahkamah. Maka, hanya pada ketika itu, pemilik baru hadir untuk
membuat pembayaran cukai yang dituntut.

Ulasan Penceramah:

En. Mohd Faiz memaklumkan bahawa berdasarkan kepada situasi yang telah dikongsi,
Majlis sekurang-kurangnya telah exhaust kesemua tindakan untuk menuntut tunggakan
cukai tersebut. Maka, sekiranya audit membuat pemeriksaan, Majlis telah mengambil
tindakan yang sewajarnya.

Soalan kedua

Sewaktu penceramah berkongsi mengenai kes Majlis Perbandaran Klang v Sukhinderjit


Singh Muker, En.Mohd Faiz adalah peguam yang telah mewakili MPK pada ketika itu
dan telah menggunakan hujahan bahawa PBT adalah sebuah kerajaan dan cukai
taksiran yang dikutip oleh PBT merupakan cukai kerajaan maka seksyen 33 Akta Had
Masa adalah terpakai di mana tiada had masa yang boleh dikenakan ke atas PBT untuk
menuntut tunggakan cukai taksiran. Walau bagaimanapun, saya berkongsi kes Beta
Tegap v Majlis Perbandaran Sepang kepada semua di mana kes ini telah membezakan
di antara PBT dan kerajaan di mana PBT adalah entity yang berbeza dengan kerajaan.
En. Mohd Faiz memaklumkan sewaktu kes ini diperingkat rayuan, beliau sudah pasti
tidak akan menggunakan kes tersebut ketika mewakili Majlis.

Soalan ketiga

Terdapat soalan yang diajukan daripada perserta taklimat sekiranya syarikat


diisytiharkan bubar, apakah yang boleh Majlis lakukan untuk menuntut tunggakan cukai
taksiran.

Ulasan Penceramah:

En. Mohd Faiz memaklumkan bahawa perkara itu sekiranya ianya tertakluk di bawah
Akta Syarikat 2016, Majlis boleh menuntut berdasarkan tindakan pelaksanaan di bawah
akta tersebut.

2
Taklimat Kes Undang-Undang berkenaan Cukai Taksiran
Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2023
20 Jun, 2023 (Selasa)
Courtyard by Marriot, Setia Alam

6. Penutup

Program ini telah dirasmikan oleh TPr. Haji Mohamad Yusli Bin Askandar, Setiausaha
Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Kesemua peserta diminta ke hadapan untuk sesi
bergambar.

Disediakan oleh:-
Fathin Nadhira binti Kamarudin
Penolong Pengarah Undang-Undang (PPU4)
23 Jun 2023

You might also like