You are on page 1of 33

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO: 2(12)/4-1122/20

ANTARA

NORLIDA BINTI ABDULLAH

DAN

KOPERASI BELIA NASIONAL BERHAD (KOBENA)

AWARD NO: 147 TAHUN 2022

DI HADAPAN : YA DATO’ MUHAMMAD BUKHARI BIN AB HAMID


(Bersidang Berseorangan)

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia


Kuala Lumpur

TARIKH RUJUKAN : 05.07.2020

TARIKH SEBUTAN : 25.08.2020; 06.07.2021; 23.08.2021; 12.10.2021;


26.10.2021

TARIKH PERBICARAAN : 14.04.2021; 20.09.2021; 21.09.2021

PERWAKILAN : Encik Mohd Iqbal Bin Zainal Abidin


dari Tetuan Megat Iqbal & Co.,
Peguam mewakili Pihak Yang Menuntut.

Encik Idris Bin Zaidel


dari Tetuan Idris Zaidel & Partners,
Peguam mewakili Pihak Responden (Syarikat).

RUJUKAN:

Rujukan ini dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 05.07.2020 berdasarkan

subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang berpunca daripada

pembuangan kerja Norlida Binti Abdullah (“Pihak Yang Menuntut”) oleh Koperasi

Belia Nasional Berhad (KOBENA) (“Syarikat”) pada 22.01.2020.

(1)
AWARD

[1] Rujukan Menteri dalam kes ini memerlukan Mahkamah mendengar dan

memutuskan aduan pemecatan Pihak Yang Menuntut (PYM) oleh Syarikat pada 22

Januari 2020 dan telah diterima oleh Mahkamah Perusahaan pada 3 Ogos 2020.

[2] Kes ini telah dibicarakan oleh Pengerusi Mahkamah 2 sebelum ini, YA Puan

Noor Ruwena Binti Dato’ Mohd Nurdin yang telah bertukar ke Agensi lain pada 15 Jun

2021. Oleh kerana kes ini adalah tuntutan penamatan kerja secara konstruktif, maka

PYM terlebih dahulu memulakan kes dengan beliau sebagai saksi utama dan

seterusnya memanggil seorang lagi saksi iaitu En Moh Redzuan bin Majid. Pengerusi

tersebut telah selesai mendengar keterangan dua (2) orang saksi iaitu PYM sendiri

(CLW-1) dan Encik Mohd Redzuan bin Majid (CLW-2) pada 14 dan 15 April 2021.

[3] Kes ini telah ditangguhkan beberapa kali dihadapan Pengerusi terdahulu

kerana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diletakkan dibawah Perintah Kawalan

Pergerakan(PKP) akibat penularan Virus Covid 19 di negara ini. Pada 20 September

2021 kes ini telah didengar dihadapan saya dan telah dimuktamadkan pada

21 September 2021. Lima(5) orang saksi Pihak Syarikat telah dipanggil untuk

memberi keterangan iaitu COW-1, COW-2, COW-3, COW -4 dan COW-5. Oleh

kerana pada ketika itu, PKP masih berkuatkuasa, keterangan saksi-saksi ini telah ini

didengar secara dalam talian. Pada keseluruhannya dua(2) orang saksi PYM dan

Lima(5) orang saksi pihak Syarikat telah hadir memberi keterangan dalam kes ini.

(2)
[4] Pihak-pihak kemudiannya diarahkan untuk memfailkan Penghujahan Bertulis

pada 12 Oktober 2021 dan memfailkan Hujahan Balas pada 26 Oktober 2021. Banyak

dokumen telah ditender oleh pihak-pihak dan ia dikenal pasti dan ditanda dengan cara

berikut:

a) Ikatan Dokumen Syarikat - COB 1

b) Ikatan Dokumen Tambahan Syarikat - COB 2

c) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut - CLB 1

d) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 2) - CLB 2

e) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 3) - CLB 3

f) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 4) - CLB 4

g) Penyata Saksi Norlida binti Abdullah - CLWS 1

h) Penyata Saksi Shahrizal bin Sabarudin - COWS 1

i) Penyata Saksi Hj Yunus bin Kasim - COWS 2

j) Penyata Saksi Mohd Shafie bin Che Omar - COWS 3

k) Penyata Saksi Hishamudin bin Mohamad Mokhtar - COWS 4

l) Penyata Saksi Mohd Hazwan bin Hazim - COWS 5

Saya kini mengeluarkan Award ini setelah meneliti Keterangan Saksi, dokumen yang

dikemukakan di Mahkamah dan daripada rakaman digital Mahkamah.

A. Fakta Kes

i) Pihak Yang Menuntut

[5] Pertikaian di hadapan Mahkamah ini ialah mengenai pemecatan secara

konstruktif pihak PYM oleh pihak Syarikat pada 22.01.2020.

(3)
[6] PYM mula bekerja di Syarikat pada 1 Ogos 1994 sebagai Kerani dengan gaji

sebanyak RM690.00. Kontrak pekerjaan ini bertarikh 1 Ogos 1994.

[7] Seterusnya PYM telah menerima pelarasan gaji melalui tawaran skim gaji 2007

berjumlah RM1,700.00 pada bulan Julai 2007 dengan jawatan baru sebagai

Pembantu Tadbir.

[8] Pada Oktober 2012, melalui penstrukturan semula bidang tugas, PYM telah

menerima gaji baharu sebanyak RM1,940.00.

[9] Pada 1 April 2014, PYM telah dinaikkan pangkat ke jawatan Eksekutif

Keanggotaan dengan gaji pokok sebanyak RM2,400.00 berserta elaun sebanyak

RM750.00.

[10] Menerusi Skim Gaji 2014, pada Julai 2018, PYM telah menerima kenaikan gaji

baharu berjumlah RM2,900.00 dengan elaun bulanan yang tidak berubah.

[11] PYM telah berkhidmat dengan Syarikat selama 25 tahun 5 bulan (sehingga

mendapat notis gantung perkhidmatan). Sepanjang perkhidmatan bersama Syarikat,

PYM telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta memberi

komitmen yang tinggi kepada Syarikat

[12] Syarikat merupakan sebuah KOPERASI dan Yayasan KOBENA merupakan

sebuah SYARIKAT BERHAD menurut jaminan dan berasaskan kebajikan (charity).

Syarikat dan Yayasan KOBENA merupakan entity undang-undang yang berasingan

dan ditadbir oleh Akta yang berbeza.

(4)
[13] Setelah Ahli Lembaga KOBENA (ALK) dibubarkan di bawah Seksyen 69 Akta

Koperasi 1993 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 31 Oktober 2016 kerana

melanggar beberapa perintah dan aturan koperasi dan kelemahan tadbir urus,

perjalanan pentadbiran Yayasan KOBENA juga menjadi tidak lancer kerana

sebahagian Ahli Lembaga KOBENA yang juga pada masa yang sama menjadi Ahli

Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KOBENA tidak lagi menjalankan tugas-tugas

mereka. Yayasan KOBENA dan Semua Ahli Lembaga Pemegang Amanah tersebut

telah dikenakan kompaun dan penalti kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung

Tahunan dan gagal menghantar laporan kewangan kepada SSM sejak tahun 2014.

[14] Atas sebab inilah Mesyuarat Agung Tahunan Khas Luar Biasa telah dibuat atas

nasihat Setiausaha Syarikat, Peguam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi

melancarkan pentadbiran Yayasan KOBENA. PYM merupakan salah seorang ahli

Yayasan KOBENA bersama dengan semua kakitangan lain Syarikat.

[15] Dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Yayasan KOBENA diadakan pada 16

Oktober 2017, PYM telah mendapat undian dan dilantik oleh semua Ahli bersama

dengan 6 (enam) orang lagi kakitangan Syarikat sebagai Ahli Lembaga Pemegang

Amanah Yayasan KOBENA. Semua urusan perlantikan telah dibuat mengikut

peraturan dan Akta Syarikat 2016. Pelantikan ini telah disahkan oleh Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) pada 9 Februari 2018.

[16] Perlantikan sebagai Lembaga Pemegang Amanah ini juga dibenarkan di

bawah Perkara 4.10 (g) Terma dan Syarat Perkhidmatan KOBENA. Jawatan ini

dipegang oleh PYM dan 6 (enam) orang kakitangan yang lain tanpa sebarang elaun

tetap dan disahkan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan KOBENA.

(5)
[17] Pada 16 Disember 2019, Pihak Syarikat telah memfailkan tindakan saman

di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Yayasan Kobena Berhad dan

menamakan PYM sebagai salah seorang Defendan di dalam tindakan tersebut.

[18] Pada 15 Januari 2020, PYM telah menerima Surat Notis Tunjuk Sebab

daripada Pihak Syarikat dan Surat Jawapan bertulis kepada Pihak Syarikat telah

dikemukakan oleh PYM pada 21 Januari 2020 bagi menyatakan kenapa tindakan

tidak boleh diambil terhadap PYM.

[19] Pada 22/1/2020, PYM telah menerima sepucuk surat dari Syarikat untuk

penggantungan kerja PYM tanpa apa-apa bayaran gaji sehingga kes Mahkamah

Tinggi Kuala Lumpur (WA-22NCC-697-12/2019) selesai. Syarikat juga menyatakan

bahawa penggantungan tersebut adalah untuk mengelak konflik dan kebocoran

maklumat serta prejudis berkenaan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pihak

Syarikat juga telah mengarahkan supaya PYM menyerahkan kesemua dokumen

(Lampiran 9 Ikatan Dokumen PYM).

[20] PYM dan 4 lagi rakan sekerja yang menerima surat tersebut telah pergi ke

Jabatan Perusahaan di Menara Perkeso pada 23/1/2020 untuk mendapatkan

nasihat. Di sana, PYM telah diminta untuk memfailkan kes di Mahkamah

Perusahaan.

[21] Pada 24/1/2020, PYM telah menulis sepucuk surat kepada Syarikat di mana

PYM menegaskan bahawa penggantungan tersebut adalah satu kemungkiran

kontrak Syarikat dan YM menganggap bahawa dia telah ditamatkan perkhidmatan

secara konstruktif.

(6)
[22] PYM menegaskan bahawa tindakan Pihak Syarikat menamatkan

perkhidmatan melalui penggantungan tanpa bayaran gaji adalah satu kemungkiran

kontrak pekerjaan dan Akta Pekerja mengikut Seksyen 14(c) iaitu tidak melebihi suatu

tempoh 2 minggu. Pihak Syarikat juga tidak mengikut aturan Terma dan Syarat

Perkhidmatan Kobena, di mana Fasal 4 (4.2)(ii) dengan jelas memperuntukkan

“menggantung kerja untuk satu jangkasama yang tidak melebihi satu minggu”.

[23] PYM juga menganggap bahawa penamatan perkhidmatan tersebut tidak

mengikut prosedur kerana tiada temusoal atau siasatan dalaman dijalankan.

Sebaliknya, PYM terus dihukum penggantungan tanpa bayaran gaji yang menyalahi

Seksyen 14 Akta Pekerja.

[24) PYM juga menegaskan bahawa tiada sebarang konflik kepentingan peribadi

timbul kerana beliau hanyalah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan

dan tidak pernah membuat sebarang keputusan secara berseorangan. Kesemua

keputusan dibuat secara bersama dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang

lain.

[25) Sejak 24/1/2020 sehingga pendengaran kes di Mahkamah Perusahaan ini,

PYM tidak mempunyai apa-apa pekerjaan walaupun telah berusaha mencari dan

menjalani latihan dan temuduga. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19, YM

gagal mendapatkan apa-apa pekerjaan. PYM menerima bantuan ahli keluarga dan

juga mendapat moratorium dari pihak bank bagi meringankan beban dan membayar

komitmen bulanan. Memandangkan suami PYM adalah warga emas berusia 64

tahun dan telah tidak bekerja sejak 5 tahun yang lalu atas faktor kesihatan dan PYM

(7)
juga mempunyai 2 orang anak yang masih belajar di Universiti, semua urusan

perbelanjaan keluarga ditanggung sepenuhnya oleh PYM sehingga ke hari ini.

[26] Gaji terakhir PYM sebelum diberhentikan perkhidmatan adalah berjumlah

RM3,350.00.

ii) Pihak Syarikat

[27] Syarikat adalah sebuah organisasi koperasi iaitu Koperasi Belia Nasional

Berhad (selepas ini disebut “Kobena”). Kobena adalah sebuah koperasi yang

diperbadankan dibawah Akta Koperasi pada 26hb November 1976. Oleh itu Kobena

telah beroperasi selama 45 tahun Kobena adalah sebuah koperasi yang mempunyai

aktiviti perniagaan antaranya didalam bidang pembinaan, perumahan, pinjaman

peribadi, pergudangan, teknologi maklumat dan latihan kemahiran.

[28] Struktur organisasi Kobena adalah ia mempunyai Ahli Lembaga Kerja (“ALK”)

yang dipilih setiap tahun melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli Lembaga Kerja

Kobena adalah seramai sembilan (9) orang yang dipilih oleh anggota Kobena setiap

tahun di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli Lembaga Kerja ini akan melantik

Lembaga Pengurusan yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus

Besar Sumber Manusia, Pengurus Besar Kewangan, Pengurus Besar Keangotaan,

Pengurus Besar Perdagangan dan Pengurus Besar Pembinaan, Pengurus Besar

Harta dan Bank Tanah.

(8)
[29] Syarikat mempunyai anak syarikat iaitu Yayasan Kobena Berhad yang telah

ditubuhkan pada 15hb November 1993 oleh Hj Mohd Fuad Bin Hj Ahmad, Hj Mohd Ali

Abu Bakar dan Hj Jauhar Bin Hj Mohd Yassin iaitu pemegang amanah atau wakil

Kobena pada masa penubuhan tersebut. Yayasan ditubuhkan melalui peruntukan

Akta Syarikat 1965. Pada setiap masa sejak penubuhan Yayasan Kobena, setiap Ahli

Lembaga Syarikat (ALK) akan menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALP)

Yayasan Kobena.

[30] Pada 19hb Oktober 2016, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah

mengeluarkan satu perintah bahawa SKM mengambil-alih kawalan semua harta,

pengurusan, aktiviti dan hal ehwal Syarikat dan perbadanan berkaitannya dan akan

menjalankan kesemua urusan dan aktiviti dan halehwalnya berkuatkuasa serta merta

dan Tetuan Jamal, Amin & Partners dilantik sebgai Pentadbir Syarikat bagi pihak SKM.

Kesan kepada Perintah SKM tersebut adalah kesemua Ahli Lembaga Kerja (ALK)

Syarikat bubar dan pengurusan diambil-alih oleh Pentadbir dan dibantu oleh Lembaga

pengurusan Syarikat yang sedia ada.

[31] Kesan Perintah SKM tersebut juga menyebabkan Ahli Lembaga Pemegang

Amanah (ALP) Yayasan Kobena yang diwakili oleh ALK Syarikat meletak jawatan atau

ALP Yayasan Kobena menjadi tidak aktif kecuali dua (2) orang iaitu Dato‟ Hj Abdull

Halim Bin Hj Ahmad dan Abdul Rahman Bin Mat yang masih mengekalkan diri sebagai

ALP Yayasan.

(9)
[32] Yayasan Kobena tidak mempunyai Lembaga Pengurusan, lalu ianya menjadi

tak aktif atau dormant. Oleh kerana ada kutipan sewa tertunggak dan denda oleh pihak

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terhadap ALP Yayasan Kobena atas alasan

kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan menfailkan Laporan

Kewangan Tahunan, maka Pentadbir yang dilantik oleh SKM telah meminta nasihat

daripada peguam Syarikat untuk menangani masalah di Yayasan Kobena lalu

mengaktifkan semula Yayasan Kobena.

[33] Atas nasihat peguam Syarikat pada masa itu dan dengan penuh

kepercayaan terhadap nasihat peguam Syarikat pada masa itu, Pentadbir telah

mengarahkan Peguam Syarikat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah

Yayasan Kobena. Peguam syarikat telah menasihatkan pengurusan Syarikat untuk

membuat perlantikan ALP yang baru untuk mengantikan ALP yang lama dan

Pentadbir Kobena bersetuju dan membenarkan Peguam Syarikat meneruskan tinda-

kan penyelesaian beliau.

[34] Mesyuarat Agung Luar Biasa Yayasan Kobena telah diadakan pada

16hb Oktober 2017 yang diuruskan oleh peguam Syarikat dan didalam Mesyuarat

tersebut ALP baru dilantik yang terdiri daripada pekerja Kobena seperti berikut: (1)

Che Al Mahera Binti Che Ibrahim (2) Norlida Binti Abdullah (PYM) (3) Mohd Hazwan

Bin Hazim (COW-5) (4) Amalia Yanti Binti Abd Samad (5) Mohd Redzuan Bin Majid

(6) Hendra Idham Bin Sulaiman, (7) Zul Azri Bin Abdul Azaiz Seterusnya barisan

baru ALP Yayasan Kobena adalah kesemua tujuh (7) orang yang baru dilantik diatas

dan disertai oleh ALP yang sedia ada iaitu Dato’ Hj Abdull Halim Bin Hj Ahmad dan

Abdul Rahman Bin Mat.

( 10 )
[35] Setelah ALP Yayasan Kobena baru mengambil-alih pentadbiran dan

pengurusan Yayasan Kobena, Pentadbir Kobena telah meminta laporan kewangan

dan laporan aktiviti tetapi tiada laporan kewangan dan aktiviti diserahkan oleh ALP

baru (termasuk PYM) kepada Pentadbir. ALP baru (termasuk PYM) telah mengunakan

alasan bahawa Syarikat adalah tertakluk kepada Akta Koperasi dan Yayasan Kobena

adalah tertakluk kepada Akta Syarikat 2012 maka ditadbirkan oleh dua Akta yang

berbeza dan mempunyai legal entity yang berasingan. Maka Yayasan Kobena tidak

perlu memberi laporan aktiviti dan laporan kewangan kepada Syarikat. Pengataan

mengenai dua entiti berbeza ini telah diplidkan oleh PYM didalam perenggan 9

Penyataan Tuntutan.

[36] PYM bersama ALP baru Yayasan Kobena berterusan mentadbir Yayasan

Kobena mengikut sesuka hati mereka dan antaranya melakukan salah laku. Salah

laku ini hanya mula disedari setelah perintah SKM bertarikh 23.10.2019 dikeluarkan

terhadap Syarikat. (Sila rujuk mukasurat 7-9 COB)

[37] Setelah disiasat, antara salah laku atau aktiviti PYM sebagai ALP Yayasan

Kobena adalah seperti berikut:

(i) bayaran elaun mesyuarat tidak dimaklumkan dan diputuskan didalam

mana-mana Mesyuarat Agung Yayasan Kobena dimana Pihak Yang

Menuntut ada mendapat elaun mesyuarat sebanyak RM1,000-00 untuk

Pengerusi Yayasan Kobena dan RM700.00 untuk ALP Yayasan Kobena

pada setiap mesyuarat yang didadakan.

( 11 )
(ii) Perbelanjaan dan aktiviti ke luar negara tidak dimaklumkan dalam mana-

mana Mesyuarat Agung Yayasan Kobena. Antara negara yang di lawati

adalah Indonesia, China, Vietnam dan Jakarta.

(iii) Aktiviti dan Program yang tidak dibentangkan secara terperinci terutama

berkaitan pengeluaran kos kepada ahli Yayasan Kobena. Antaranya

adalah program hari Keluarga ahli Yayasan Kobena yang diadakan

di Hatyai, Thailand pada November 2018. Program Umrah dan Ziarah pada

bulan April, Mei, Oktober dan November 2019. Seterusnya program hari

keluarga Yayasan Kobena di Lumut, Pangkor pada Oktober 2019.

(iv) Aktiviti perlaburan kewangan yang tidak setimpal iaitu menyewa tapak

gerai di Jalan Tuanku Abdul Rahman berjumlah RM18,000.00 dan

mengalami kerugian,

(v) Program jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2018 dan 2019 di Hotel

Tamu & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan membayar kepada kum-

pulan muzikal sebanyak RM5,000-00

(vi) Program aktiviti Kebajikan (CSR) yang tidak melibatkan kepentingan

angggota Kobena atau anggota Yayasan Kobena yang dijalankan tanpa

pembentangan kos perbelanjaan;

(vii) Pengunaan nama dan premis Syarikat didalam aktiviti dan urusan resmi

Yayasan Kobena;

( 12 )
(viii) Menggunakan kod potongan ANGKASA milik Syarikat tanpa mendapat

kebenaran serta merujuk kepada Syarikat untuk aktiviti pinjaman melalui

kerjasama dengan Juara Partners & Co Sdn Bhd sejak tahun 2019;

(viiii) Bercanggah dengan tujuan asal Yayasan Kobena ditubuhkan untuk

membantu ahli dimana pinjaman diberikan kepada peminjam luar dan

bukan ahli Yayasan Kobena. PYM didalam Kenyataan Saksi beliau di

Jawapan 7A, mengaku bahawa hasrat awal penubuhan Yayasan Kobena

antaranya didalam perenggan 3(c) M&A Yayasan adalah memberi

biasiswa atau pinjaman kepada anak-anak anggota Syarikat. Saksi

COWS-4 Encik Hishamuddin telah memberi kesaksian bahawa anak

beliau telah dinafikan pinjaman pelajaran atas alasan tiada peruntukan.

Saksi COWS-5 menyangkal bahawa Yayasan tiada peruntukan.

(x) Mengabaikan kepentingan Syarikat didalam Yayasan Kobena;

(xi) Melakukan percanggahan kepentingan sebagai pekerja Syarikat sepenuh

masa sementara menjadi ahli lembaga pemegang amanah;

(xii) Menukar nama Yayasan Kobena kepada Yayasan Al Aim;

(xiii) Mengubah peruntukan Memorandum dan Artikel of Association Yayasan

Kobena, Kesemua aktiviti tersebut diatas tidak mendapat kelulusan

daripada atau dilaporkan kepada Pentadbir dan Lembaga Pengurusan

Kobena/Syarikat.

( 13 )
[38] Pada tempoh pengurusan ALP Yayasan Kobena dimana PYMberada dida-

lamnya, Syarikat tidak mengambil tindakan terhadap ALP Yayasan Kobena tersebut

(termasuk PYM) kerana tidak mengetahui akan aktiviti-aktiviti PYM di dalam Yayasan

Kobena serta mempercayai nasihat peguam syarikat yang pada masa yang sama

memegang jawatan sebagai pengerusi Yayasan Kobena (termasuk PYM) bahawa

hak-hak Syarikat adalah terhad dan alasan bahawa Syarikat dan Yayasan Kobena

adalah separate entity dan ditadbirkan oleh Akta yang berbeza setiap kali apabila

disoal akan tindakan mereka didalam mentadbir Yayasan Kobena.

[39] Isu salah laku oleh PYM bersama-sama dengan ALP Yayasan Kobena yang

lain mendapat perhatian SKM dan pada 23hb Oktober 2019, SKM telah mengeluarkan

satu perintah untuk memastikan pemilikan Yayasan Kobena mematuhi hasrat awal

penubuhan Yayasan tersebut. Sila rujuk mukasurat 8 COB. Apa Yang Dimaksudkan

dengan Hasrat Awal yang diperintahkan oleh SKM diperenggan (iv) Perintah tersebut.

[40] Berdasarkan Perintah SKM tersebut Encik Shahrizal bin Sabarudin

(COWS-2) telah menghubungi SKM dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai

kandungan perintah tersebut, COWS-2 telah dinasihatkan oleh SKM bahawa nama

Yayasan Kobena telah ditukar kepada Yayasan Al-Aim dan beberapa Peruntukan

M & A Yayasan Kobena telah dipadam oleh ALP serta PYM. Menurut SKM apabila

nama Kobena digugurkan, maka objektif asal dimana Yayasan Kobena ditubuhkan

adalah untuk kebajikan anggota Kobena dan bukannya untuk ahli Al-Aim atau ahli-ahli

yang bukan anggota Kobena. Maka, untuk memastikan bahawa anggota Kobena

dapat manfaat kebajikan terhadap Yayasan Kobena, nama Yayasan Kobena perlu

dikekalkan dan peruntukan M& A perlu diperbetulkan. Maka, itulah yang dimaksudkan

oleh SKM mengenai “Hasrat awal”. Maka, ALK Kobena memberi arahan untuk

mengambilalih balik pemilikan atau pengurusan Yayasan Kobena.

( 14 )
[41] Dalam pada itu PYM telah bersama-sama ALP lain telah menukar atau

mengubah Memorandum & Artikel Association iaitu Artikel 4,6,7,9 yang membatalkan

kuasa Pengerusi/Chairman Kobena, lalu membuka keahlian Yayasan Kobena kepada

ahli-ahli luar yang bukan anggota Kobena. Oleh itu, pembatalan peruntukan-

peruntukan tersebut telah membuka keahlian Yayasan Kobena kini kepada keahlian

luar dan 7 peratusan ahli yang asalnya adalah anggota Kobena menjadi kurang dan

hasrat awal penubuhan Yayasan Kobena menjadi berubah iaitu daripada menjaga ke-

bajikan anggota Kobena kepada menjaga kebajikan orang luar dan bukan anggota

Kobena semata-mata.

[42] Syarikat telah membuat usaha perjumpaan dengan PYM dan ALP Yayasan

Kobena lain melalui satu Mesyuarat dengan ALP Yayasan Kobena pada

28hb. November 2019 yang dihadiri oleh PYM dan ALP Yayasan Kobena yang lain

dan Syarikat telah meminta kesemua ALP Yayasan Kobena menyerah balik kuasa

dan tanggungjawab kepada ALP Amanah baru yang akan dilantik pada Mesyuarat

Agung Tahunan (MAPT 31/19) tetapi PYM berserta yang lain enggan menyerah balik

kuasa dan tanggungjawab kepada Syarikat. (COB- m/s10-15). Perkara ini telah diakui

oleh PYM didalam jawapan kepada soalan balas oleh Syarikat.

[43] Syarikat telah menfailkan saman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur

melalui Writ Saman No.:WA2NCC-697-12/2019 terhadap kesemua ALP Kobena dan

PYM. Keputusan telah tidak memihak kepada Syarikat tetapi Syarikat telah menfail-

kan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. (COB-m/s 26-57)

( 15 )
[44] Syarikat telah merujuk kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan Untuk

Kakitangan (CLB-m/s 4, Lampiran 4). Menurut perenggan 4.3 (ii) Prosedur Tatatertib

(CLB m/s 4, Lampiran 4) Pengurus Besar boleh mengantung perkhidmatan samada

bergaji atau tidak bergaji selama tempoh yang akan ditentukan oleh Pengurus Besar.

[45] Selepas menerima Memorandum Kehadiran oleh PYM, Syarikat/Kobena te-

lah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab bertarikh 15hb Januari 2020 untuk menunjuk

sebab kenapa PYM tidak boleh digantung perkhidmatan sehingga keputusan

Mahkamah diputuskan untuk mengelakkan kebocoran maklumat, konflik peribadi dan

prejudis terhadap kes yang sedang berjalan. (COB-2, m/s 22)

[46] Pada 21hb Januari 2020, PYM telah menunjukkan sebab melalui surat

bertarikh 21hb Januari 2020 bahawa beliau tidak bersetuju akan berlakunya

kebocoran maklumat (COB-2, m/s 23). Kobena tidak dapat menerima alasan tunjuk

sebab PYM dan pada 22hb Januari 2020 telah mengantung perkhidmatan PYM

Tanpa Gaji dan sehingga keputusan kes Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur

diputuskan. (COB-2, m/s 25)

[47] Seterusnya pada 24hb Januari 2020 PYM telah mengeluarkan surat

Penamatan Secara Konstruktif kepada Kobena. (COB-2, m/s 26)

B. Peranan Mahkamah Perusahaan

[48] Peranan Mahkamah Perusahaan telah dijelaskan oleh Mahkamah

Persekutuan di dalam kes Milan Auto Sdn Bhd v Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449

di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan:

( 16 )
''As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance Sdn.

Bhd. v. Wong Yuen Hock [1995] 3 CLJ 344, the function of the Industrial

Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold, firstly to

determine whether the misconduct complained of by the employer has

been established and secondly whether the proven misconduct

constitutes just cause or excuse for the dismissal''.

[49] Seterusnya adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa fungsi

Mahkamah Perusahaan adalah untuk menentukan samada pemecatan atau

pembuangan kerja seseorang pekerja itu adalah dengan sebab atau alasan yang adil.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Goon Kwee Phoy v J & P Coats (M) Bhd. [1982]

2 MLJ 129 telah memutuskan seperti berikut:

“we do not see any material difference between a termination of


contract of employment by due notice and a unilateral dismissal of a
summary nature. The effect is the same. Where representation are
made and are referred to the Industrial Court for inquiry, it is the duty
of the court to determine whether the termination or dismissal is with
or without just cause or excuse. If the employer choose to give
reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court
will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been
made out. If it finds as a fact that it has been proved, then the
inevitable conclusion be that the termination or dismissal was
without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the
reason advance by it and that court or the High Court cannot go into
another reason not relied on by the employer or find one for it”.

( 17 )
[50] Dalam keadaan di mana fakta mengenai pemecatan adalah dipertikaikan,

adalah menjadi tugas PYM untuk membuktikan bahawa beliau telah dipecat oleh

majikannya. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Weltex Knitwear Industries

Sdn Bhd v Law Kar Toy [1998] 1 LNS 258 di mana Mahkamah menyatakan:

“The law is clear that if the fact of dismissal is not in dispute, the

burden is on the company to satisfy the court that such dismissal

was done with just cause and excuse. This is because, by the

1967 Act, all dismissal is prima facie done without just cause and

excuse. Therefore, if an employer asserts otherwise, the burden

is on him to discharge. However, where the fact of dismissal is in

dispute, it is for the workman to establish that he was dismissed

by his employer. If he fails, there is no onus whatever on the

employer to established anything for in such a situation no

dismissal has taken place and the question of it being with just

cause and excuse would not at all arise (see Wong Chee Hong v

Cathay Organization (M) Sdn bhd [1998] 1 MLJ 92)''

C. Isu-Isu Yang Perlu Diputuskan

[51] Isu-isu yang perlu diputuskan di dalam kes ini adalah:-

(i) sama ada telah berlaku satu pemecatan kerja PYM secara konstruktif

oleh Pihak Syarikat;

(ii) sekiranya ada, sama ada pemecatan kerja PYM oleh Pihak Syarikat

tersebut telah dibuat atas sebab dan alasan yang adil.

( 18 )
D. Keputusan Dan Alasan-Alasan Mahkamah

(i) Sama ada telah berlaku satu pemecatan kerja secara konstruktif

[52] Di dalam kes-kes yang melibatkan pemecatan kerja secara konstruktif, beban

pembuktian terletak pada pihak yang menuntut untuk membuktikan bahawa dia telah

dipecat secara konstruktif. Apabila PYM telah membuktikan bahawa dia telah dibuang

kerja secara konstruktif, beban pembuktian beralih kepada syarikat responden untuk

membuktikan bahawa pemecatan itu adalah dengan alasan atau alasan yang adil.

Dalam kes berkenaan pemecata secara konstruktif, tumpuan diberikan kepada ke-

lakuan majikan berkenaan dengan pekerja tertentu yang berkenaan dengan latar

belakang kontrak pekerjaan pekerja. (lihat Pemecatan Konstruktif: Ulasan dan Kes,

CCH Asia Pte Limited, 2008 di ms 4 oleh Dato’ Thavalingam Thavarajah). Ujian untuk

pemecatan konstruktif adalah sama ada Syarikat telah melanggar syarat asas kontrak

pekerjaan PYM yang menjadi punca kontrak atau telah membuktikan niat untuk tidak

terikat dengan kontrak.

[53] Mahkamah Agung dalam kes Wong Chee Hong lwn Cathay Organization

(M) Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 45; [1988] 1 CLJ (Rep) 298 di ms 302 dan 303 memu-

tuskan seperti berikut:

When the Industrial Court is dealing with a reference under s. 20, the

first thing that the court will have to do is to ask itself a question whether

there was a dismissal, and if so, whether it was with or without just cause

or excuse.

( 19 )
Thus it would be a dismissal if an employer is guilty of a breach which

goes to the root of the contract or if he has evinced an intention no longer

to be bound by it. In such situation the employee is entitled to regard

the contract as terminated and himself as being dismissed.

The next question is this. Is the dismissal with a just cause or excuse?

Since the appellant has succeeded in showing that he was dismissed, it

is for the respondent company to show that the dismissal was with a just

cause or excuse.

[54] Prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam Wong Chee Hong adalah

sekali pemecatan konstruktif dibuktikan oleh pekerja yang menuntut, beban untuk

menunjukkan sama ada pemecatan itu adalah dengan sebab atau alasan yang adil

terletak pada majikan responden. Jika majikan bersalah atas kelakuan yang

merupakan perlanggaran ketara sehingga ke punca kontrak pekerjaan, atau yang

menunjukkan bahawa majikan tidak lagi berhasrat untuk terikat dengan satu atau

lebih syarat penting kontrak, maka pekerja itu berhak untuk menganggap dirinya

sebagai dilepaskan daripada sebarang prestasi selanjutnya. Jika dia berbuat

demikian, maka dia menamatkan kontrak atas sebab kelakuan majikan. Pekerja itu

kemudiannya diberhentikan secara konstruktif. (Western Excavating (ECC) Ltd lwn

Sharp [1978] 1 All ER 713 di ms 717).

[55] Mahkamah Tinggi dalam kes Bayer (M) Sdn Bhd lwn Anwar Bin Abd Rahim

[1996] 2 CLJ 49 di ms 52 dan 53, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut:

( 20 )
In my judgment, in order to succed in a claim for constructive dismissal,

the employee must prove to the satisfaction of the court that the em-

ployer is guilty of a breach which goes to the root of the contract or if the

employer has evinced an intention no longer to be bound by it. It is only

in such a situation that the employee is entitled to regard the contract as

terminated and treat himself as being dismissed. Constructive dismissal

does not mean that an employee can automatically terminate the con-

tract when his employer acts or behaves unreasonably towards him.

Indeed if it were so, it is dangerous and can lead to abuse and unsettled

industrial relations. Thus, it is settled law that the test applicable in a

constructive dismissal case is the ‘contract test’ andf not ‘the test of rea-

sonableness’. To claim constructive dismissal, four condition must be

fulfilled. These condition are:

(i) there must be a breach of contract by the employer;

(ii) the breach must be sufficiently important to justify the employee

resigning;

(iii) the employee must leave in response to the breach and n ot for

any other unconnected reasons; and

(iv) he must not occasion any undue delay in terminating the contract,

otherwise he will be deemed to have waived the breach and

agreed to vary contract.

[56] Ujian yang akan digunakan dalam kes pemecatan konstruktif telah dijelaskan

secara ringkas oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Anwar Abdul Rahim lwn Bayer

(M) Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 197 di hlm. 205 diadakan seperti berikut:

( 21 )
It has been repeatedly held by our courts that the proper approach in

deciding whether constructive dismissal has been taken place is not to

ask oneself whether the employer’s conduct was unfair or unreasonable

(the unreasonableness test) but whether ‘the conduct of the employer

was such that the employer was guilty of a breach going to the root of

the c ontract or whether he has evinced an intention to longer to be

bound by the contract’.

[57] Di dalam kes WESTERN EXCAVATING (EEC) LTD. v. SHARP [1978] 1 All

ER 713 telah diputuskan bahawa beban pembuktian di dalam suatu kes berkenaan

pemecatan kerja secara konstruktif adalah di atas PYM untuk membuktikan, di atas

imbangan kebarangkalian, bahawa beliau telah dipecat kerja secara konstruktif.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh PYM bagi membentuk satu kes pemecatan

kerja secara konstruktif telah di nyatakan:-

(a) bahawa Pihak Syarikat, melalui tindakannya, telah memungkiri

satu atau lebih daripada terma-terma kontrak pekerjaan;

(b) bahawa telah terdapat satu kemungkran terma asas kontrak

pekerjaan tersebut;

(c) bahawa PYM telah meninggalkan pekerjaan beliau berikutan itu

dan disebabkan kemungkiran tersebut, dan bukannya atas

sebab-sebab yang lain; dan

(d) bahawa PYM telah meninggalkan pekerjaan beliau pada satu

masa yang bersesuaian sebaik selepas kemungkiran tersebut.

( 22 )
[58] Sebaik sahaja PYM berjaya melepaskan beban pembuktian beliau bahawa

terdapatnya satu pemecatan kerja secara konstruktif, beban undang-undang (“the

legal burden”) kemudiannya beralih kepada Pihak Syarikat untuk membuktikan

bahawa pemecatan kerja tersebut adalah dibuat atas sebab dan alasan yang adil.

[59] Mengenai keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan mengambil kira

semua penghujahan bertulis kedua-dua pihak, adalah dapatan mahkamah ini syarikat

responden melalui kelakuannya, telah melanggar terma atau syarat kontrak

pekerjaan PYM atau telah menunjukkan niat untuk tidak lagi terikat dengan kontrak.

Mengenai fakta dan keterangan secara keseluruhan dalam kes ini, mahkamah

mendapati bahawa PYM telah memenuhi ujian kontrak seperti yang ditetapkan dalam

kes Wong Chee Hong dan sudah cukup jelas bahawa syarikat itu telah melanggar

Kontrak Pekerjaan apabila syarikat sengaja menggantung penuntut tanpa gaji untuk

tempoh yang tidak ditentukan. Surat "Perlantikan sebagai Kerani bertarikh 1hb Ogos

1994" dalam CLB-1, hlm. 1 dan surat-surat yang lain di CLB_1 yang menyatakan

bahawa syarikat dibenarkan menggantung pekerja tanpa gaji untuk tempoh masa

yang tidak ditentukan.

[60] Syarikat telah bertindak melanggar kontrak perkhidmatannya dengan PYM

dengan menggantung pihak yang menuntut tanpa gaji untuk tempoh masa yang tidak

ditentukan. Syarikat telah mengeluarkan surat Penggantungan bertarikh 22 Januari

2020 (COB-1, hlm. 58) di mana PYM telah digantung kerja tanpa gaji berkuat kuasa

tarikh 22/01/2020. PYM tidak berlengah terlalu lama dalam menamatkan kontrak

sebagai tindak balas kepada pelanggaran Syarikat . PYM menulis kepada syarikat

responden melalui surat bertarikh 24 Januari 2020(COB-2, ms 26-27) menyatakan

bahawa:-

( 23 )
“1) Saya dengan ini menganggap diri saya ditamatkan pekerjaan

secara konstructif kerana saya digantung tanpa bayaran gaji se-

hingga tindakan mahkamah diputuskan. Penggantungan tanpa

pembayaran gaji adalah satu kemungkiran kontrak pekerjaan

dan undang-undang pekerjaan. Tindakan penggantungan ini

menindas saya dan menutup sumber pendapatan saya.

2) Seperti sedia maklum, saya telah digantung selama seminggu

melalui surat Notis Tunjuk Sebab pada 15hb. Januari 2020 dan

saya telahpun memberikan jawapan bertulis kepada surat

tersebut. Walaubagaimanapun, KOBENA tidak menerima

jawapan bertulis saya dan meneruskan penggantungan sehingga

kes mahkamah selesai. Saya ingin menegaskan bahawa

penggantungan ini tidak mengikut prosedur kerana tiada

temusoal ataupun siasatan dalaman dibuat ke atas saya,

sebaliknya saya terus dihukum penggantungan tanpa gaji.

3) Saya akan merujuk kes penamatan konstruktif ini kepada

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan Mahkamah

Perusahaan. Segala hak-hak saya dirizabkan”.

[61] Penggantungan tanpa gaji dan tanpa had masa yang jelas telah

menyebabkan PYM hilang punca pendapatan dan tiada sumber lain kerana terikat

dengan kontrak pekerjaan. Malah, tindakan penggantungan yang jelas merupakan

satu tindakan tatatertib telah dibuat tanpa sesi temusoal dan PYM tidak diberi

peluang untuk membela diri. Adalah jelas bahawa penggantungan melebihi tempoh

( 24 )
dua minggu adalah satu tindakan yang tidak sah dan ia jelas satu pelanggaran

kontrak yang membolehkan pihak PYM untuk menganggap bahawa beliau telah

dibuang secara konstruktif.

[62] Dengan menggantung PYM tanpa gaji dan tanpa tempoh yang tetap, pihak

Syarikat telah memungkiri asas kontrak pekerjaan yang utama iaitu tidak membayar

gaji dalam tempoh yang tidak ditetapkan.

[63] Seterusnya, Syarikat juga telah memungkiri kontrak pekerjaan dengan gagal

mematuhi terma dan syarat pekerjaan apabila terus menghukum PYM dengan

penggantungan tanpa melalui proses temusoal atau siasatan dalaman. Hukuman

penggantungan tanpa gaji ini juga melanggar hak aasi PYM untuk meneruskan

kehidupan dan menyara keluarga. Penggantungan bermakna PYM tidak boleh

bekerja di syarikat lain dan ia jelas satu helah Syarikat untuk mengelak dari

membuang kerja secara tersurat.

[64] Di bawah Fasa/Klausa 4.3 Terma dan Syarat Perkhidmatan Kobena, pihak

Syarikat hendaklah mematuhi Klausa 4.3 (b) terlebih dahulu sebelum apa-apa

tindakan tatatertib diambil di bawah Klausa 4.3 (a). Malah keterangan COW-2, Ketua

Pegawai Eksekutif Syarikat bahawa mereka berniat membuat sesi temusoal selepas

penggantungan tersebut adalah satu keterangan yang tidak jujur dan berniat

mengelirukan Mahkamah. Ini kerana, terma pekerjaan menghendaki bahawa sesi

temusoal dibuat terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan tatatertib boleh dikenakan

seperti penggantungan atau pemecatan.

( 25 )
[65] Pihak Syarikat telah dengan jelasnya memungkiri terma-terma asas kontrak

perkhidmatan PYM apabila mereka gagal mematuhi prosedur tatatertib seperti yang

diperuntukkan di bawah Fasal 4.3 Terma dan Syarat Perkhidmatan KOBENA, dan

kemudiannya menggantung perkhidmatan PYM untuk satu tempoh yang tidak tetap

dan dalam pada itu tiada gaji dibayar kepada PYM sepanjang tempoh penggantungan

perkhidmatan tersebut.

[66] Secara keseluruhannya, Mahkamah berpuas hati bahawa PYM telah berjaya

membuktikan bahawa beliau telah dipecat secara konstruktif oleh Pihak Syarikat.

PYM telah memenuhi keempat-empat syarat yang dinyatakan di dalam kes

WESTERN EXCAVATING (EEC) LTD. v. SHARP dan BAYER (M) SDN. BHD. v.

ANWAR ABD. RAHIM untuk membentuk satu kes penamatan perkhidmatan secara

konstruktif. PYM telah bertindak awal tanpa melengahkan masa dalam memberikan

Notis Penamatan Secara Konstruktif pada 24 Januari 2020

(ii) Sama ada pemecatan tersebut dibuat atas sebab dan alasan yang

adil

[67} Setelah mendapati kemungkiran terma-terma asas kontrak perkhidmatan PYM

oleh Pihak Syarikat, maka beban pembuktian kini beralih dan terletak pada Pihak

Syarikat untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa penamatan konstruktif

perkhidmatan PYM tersebut dibuat atas sebab dan alasan yang adil.

( 26 )
[68] PYM menegaskan bahawa tiada alasan yang wajar untuk beliau digantung

tanpa gaji dengan tiada had masa, apatah lagi untuk beliau dibuang kerja. Dalam

surat penggantungan bertarikh 22/1/2020(CLB-1 Lamp 9), pihak Syarikat telah mem-

berikan tiga alasan. Pertama untuk mengelak konflik. Kedua untuk mengelak ke-

bocoran maklumat dan ketiga untuk prejudis terhadap tuntutan di Mahkamah, mana-

kala dalam notis tunjuk sebab bertarikh 15/1/2020(CLB-1 Lamp 9) Pihak Syarikat ter-

hadap PYM menyatakan bahawa dengan merujuk kepada Writ Saman No: WA2NCC-

697-12/2019 yang difailkan oleh Syarikat terhadap Yayasan Al-Aim dan PYM:

“Dengan itu, KOBENA mendapati Puan berada dipihak yang menentang

permohonan KOBENA di dalam writ tersebut. Oleh yang demikian,

pihak Puan diberi notis tunjuk sebab kenapa KOBENA tidak boleh

menggantung perkhidmatan Puan sehingga tindakan mahkamah terse-

but diputuskan oleh mahkamah bagi mengelakkan berlakunya ke-

bocoran maklumat, konflik kepentingan peribadi dan prejudis terhadap

tuntutan KOBENA ke atas Puan dan Yayasan Al Aim.

Oleh itu, Puan diberi tempoh 7 hari dari tarikh surat ini untuk memberi

jawapan bertulis terhadap tunjuk sebab di atas dan sila ambil notis ba-

hawa dalam tempoh 7 hari tersebut Puan adalah dilarang untuk hadir ke

pejabat untuk menjalankan tugas seperti biasa dalam tempoh siasatan”.

[69] Tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap PYM dalam Notis

Tunjuk Sebab tersebut dan tiada sebarang bukti yang dapat menunjukkan

bahawa PYM membocorkan maklumat Syarikat, begitu juga tidak terdapat

konflik megenai perlantikan PYM sebagai ahli Lembaga Yayasan kerana PYM

telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Yayasan sejak tahun 2019. Pihak Syarikat

( 27 )
juga telah keliru dalam membentangkan kes mereka di sini di mana mereka

banyak menyalahkan pihak PYM atas aktiviti-aktiviti di Yayasan. Oleh kerana

Yayasan adalah satu entiti berbeza, maka pihak Syarikat tidak berhak

menghukum pihak PYM atas apa-apa aktiviti di Yayasan. Tiada hubungkait an-

tara aktiviti Yayasan dengan status pekerjaan pihak PYM. Malah sejak tahun

2017 lagi penglibatan pihak YM diketahui Syarikat.

[70] Adalah jelas bahawa alasan Syarikat untuk menggantung perkidmatan

hanyalah untuk tujuan menutup mulut PYM daripada memberi keterangan yang akan

memprejudiskan tindakan Pihak Syarikat terhadap Defendan-Defendan (termasuk

PYM) di dalam kes di Mahkamah Tinggi Kes No, WA2NCC-69712/2019.

[71] Bagi isu konflik, adalah fakta bahawa pihak PYM telah dilantik sebagai sejak

tahun 2017 lagi. Mengapa selepas tempoh dua (2) tahun telah berlalu, baru pihak

Syarikat membangkitkan isu konflik. Sepatutnya jika ada konflik, pihak Syarikat

hendaklah memberikan satu notis atau surat bertulis kepada pihak PYM untuk

mengarahkan beliau berhenti dari menjadi ahli Lembaga Yayasan. Ini tidak pernah

berlaku dan pihak PYM sekiranya diminta berhenti dari Yayasan sudah pasti akan

berbuat demikian kerana pekerjaan beliau adalah satu keutamaan berbanding tugas

di Yayasan yang tiada gaji tetap.

[72] Berkenaan isu kebocoran maklumat, semasa memberi keterangan, saksi

utama Syarikat iaitu CEO telah gagal memberikan apa-apa bukti bahawa pihak PYM

telah melakukan kesalahan membocorkan maklumat. Oleh itu, alasan ini tidak

munasabah dan hanya satu alasan yang tidak berasas. Juga tiada prejudis yang

dibuktikan oleh pihak Syarikat.

( 28 )
[73] Seterusnya, pihak PYM menegaskan bahawa sekiranya pihak Syarikat tidak

memungkiri kontrak dengan mengikut prosedur yang betul iaitu membuat sesi

temusoal atau siasatan dalaman, maka tidak akan timbul isu konflik atau kebocoran

maklumat. Butiran konflik juga boleh diterangkan dengan jelas kepada pihak PYM di

mana beliau boleh mematuhi apa-apa syarat pihak Syarikat. Malangnya, pihak Syari-

kat dengan gopoh dan bertindak sewenangnya terus menggantung pihak PYM tanpa

memberikan beliau peluang untuk membela diri.

[74] Pihak PYM telah memanggil rakannya, Mohd Redzuan bin Majid sebagai

saksi kedua bagi memberi keterangan untuk membantu kes beliau.

[75] Saksi kedua PYM dalam keterangannya di Mahkamah menyatakan bahawa

pihak Syarikat memang telah merancang untuk membuang kerja seramai enam (6)

orang kakitangan sejak bulan November 2019 lagi. Semasa beliau hadir dalam satu

mesyuarat audit forensik, beliau telah diberikan sesalinan dokumen rancangan

tersebut. Seterusnya, beliau memaklumkan Mahkamah bahawa Haji Aziz,

(Setiausaha Lembaga Syarikat pada masa yang material) telah memberitahu enam

(6) kakitangan tersebut bahawa Syarikat akan “pancung” mereka.

[76] Pihak Syarikat gagal untuk memanggil Haji Aziz untuk memberi keterangan

bagi menafikan keterangan saksi pihak PYM. Oleh itu, keterangan pihak PYM.

[77] Oleh itu, pihak PYM berhujah bahawa rancangan penamatan kerja ini

membuktikan bahawa surat penggantungan beliau adalah cuma helah semata-mata.

Pihak Syarikat telah merancang pembuangan kerja beliau dan lima (5) rakan sejak

( 29 )
bulan November 2019 lagi. Maka tidak hairanlah apabila prosedur tatatertib tidak

dipatuhi dan surat penggantungan dibuat sambil lewa tanpa memikirkan impak besar

kepada pihak PYM di mana sumber pendapatan terjejas dan dibiar.

[78] Pihak PYM menegaskan juga bahawa keputusan kes di Mahkamah Tinggi

yang tidak memihak Syarikat membuktikan bahawa penamatan kerja beliau adalah

tanpa asas yang wajar. Malah, pihak Syarikat juga telah cuba memburukkan nama

baik pihak PYM dengan mengemukakan kes-kes disiplin dan sesi temu soal yang

lama seperti pada tahun 2009. Kesemua kes tersebut telah memihak pihak PYM di

mana beliau didapati tidak bersalah dan dikekalkan pekerjaan, malah dinaikkan gaji

lagi. Tindakan pihak Syarikat yang cuba mengaitkan pihak PYM dengan kesalahan

kesalahan lain yang tiada kaitan dengan surat penggantungan juga menunjukkan

bahawa Syarikat tiada asas kukuh untuk menggantung dan/atau membuang PYM.

Amat melucukan apabila dakwaan salahlaku aktiviti Yayasan cuba dijadikan alasan

untuk membuang kerja pihak PYM sedangkan kontrak pekerjaan adalah antara

Syarikat dengan PYM tanpa apa-apa kaitan dengan Yayasan. Mahkamah Tinggi

Kuala Lumpur juga menolak tuntutan Syarikat untuk mengisytiharkan Yayasan se-

bagai anak syarikat milik pihak Syarikat di sini.

[79] Dalam kes di sini, adalah jelas bahawa perletakan jawatan PYM melalui surat

bertarikh 24/1/2020 adalah kerana tindakan Syarikat yang menggantung tanpa gaji

beliau dan tanpa tempoh masa serta penggantungan tersebut dibuat tanpa prosedur

dan proses yang betul.

( 30 )
[80] Pelanggaran kontrak dengan penggantungan tanpa gaji dalam tempoh masa

yang panjang adalah satu kemungkiran asas yang mewajarkan pihak PYM meletak

jawatan dan meninggalkan khidmat dengan pihak Syarikat.

[81] Kesimpulannya, dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang


dikemukakan oleh kedua-dua pihak dengan mengambil kira s. 30(5) Akta Perhub-
ungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti, suci hati dan merit kes
tanpa mengambil kira teknikal dan bentuk undang-undang, mahkamah ini mendapati
pihak yang menuntut telah membuktikan bahawa dia telah dibuang kerja secara kon-
struktif. oleh syarikat responden. Berdasarkan alasan yang dinyatakan di atas,
pemecatan itu adalah tanpa sebab atau alasan yang adil.

E. Remedi

[82] Apabila mahkamah mendapati bahawa pemecatan itu adalah tanpa sebab atau

alasan yang adil, isu seterusnya ialah jenis remedi yang akan diberikan. Pihak yang

menuntut memohon untuk pengembalian semula ke jawatan asal, gantirugi in lieu of

reinstatement dan gaji kebelakangan. Setelah mempertimbangkan keterangan yang

dikemukakan oleh pihak yang menuntut, mahkamah mendapati bahawa

pengembalian semula ke jawatan asal bukanlah remedi yang sesuai dalam kes ini.

Mahkamah mendapati bahawa pemberian gantirugi kewangan adalah lebih sesuai

dalam keadaan kes ini.

{83} Di dalam kes DR. A. DUTT v. ASSUNTA HOSPITAL [1981] 1 MLJ 304

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Perusahaan adalah

dibenarkan untuk memberikan pampasan wang sekiranya ia berpendapat pengem-

balian ke jawatan asal adalah tidak wajar.

( 31 )
F. Pampasan Sebagai Ganti Pengembalian Semula

[84] Menjadi amalan mahkamah membenarkan pampasan sebagai ganti pengem-

balian semula berdasarkan formula sebulan gaji bagi setiap genap tahun perkhid-

matan pihak yang menuntut dengan Syarikat. PYM telah mula berkhidmat dengan

Pihak Syarikat pada 1.8.2014 dan ditamatkan perkhidmatannya pada 24.1.2020.

Oleh yang demikian, tahun-tahun berkhidmat PYM dengan Pihak Syarikat adalah

selama 25 tahun 4 bulan sebelum beliau dibuang kerja dan oleh itu beliau berhak

kepada jumlah pampasan sebagai ganti pengembalian ke jawatan asal sebanyak

RM83,7500.00 iaitu RM3,350.00 x 25 bulan.

G. Gaji kebelakangan

[85] Dalam pemberian gaji kebelakangan, gaji kebelakangan tersebut tidak boleh

melebihi 24 bulan tunggakan dari tarikh pemecatan berdasarkan gaji terakhir

penuntut yang telah dibuang kerja tanpa sebab atau alasan yang adil(Perenggan 1

Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1967) . Sekiranya terdapat pendapa-

tan selepas pemecatan, peratusan pendapatan tersebut hendaklah ditolak daripada

gaji tertunggak yang diberikan. Memandangkan PYM masih memegang jawatan se-

bagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang akan dibayar elaun sebanyak

RM700.00 setiap kali menghadiri mesyuarat maka potongan sewajarnya akan ditolak

semasa pengiraan pembayaran gaji kebelakangan. Dalam keadaan tersebut,

mahkamah memerintahkan responden membayar gaji kebelakangan 18 bulan(Tem-

poh dari Februari 2020 hingga September 2021) berdasarkan gaji terakhir penuntut

RM3,350.00 sebulan untuk dikira seperti yang berikut:

( 32 )
RM3,3500.00 x 18 bulan = RM60,300.00 – RM12,600 (700.00 x 18 bulan)

= RM47,700.00

H. Award

[86] Mahkamah mengawardkan dan mengarahkan Pihak Syarikat membayar

kepada PYM jumlah wang sebanyak RM131,450.00, yang diperolehi dari pengiraan

seperti berikut:-

(i) Pampasan : RM3,350.00 x 25 bulan …RM 83,750.00

(ii) Gaji kebelakangan : RM3,350.00 x 18 bulan - …RM 47,700.00


RM12,600.00 ===========

Jumlah : RM131,450.00

===========

[87] Mahkamah memerintahkan Syarikat membayar kepada PYM jumlah award

tersebut ditolak potongan berkanun (jika ada) melalui peguamcara PYM, Tetuan

Megat Iqbal & Co. dalam tempoh 30 hari dari tarikh yang dinyatakan di bawah.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 24 JANUARI 2022

-t.t-

(MUHAMMAD BUKHARI BIN AB HAMID)


PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

( 33 )

You might also like