You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JALAN SAN PENG

JALAN SAN PENG, 55200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN KRISMAS
2022

PADA
9 DISEMBER 2022

HARI
JUMAAT

.
KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN KRISMAS
SJKT JALAN SAN PENG
2022

1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak
Sedunia, dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun.Sebagai membuktikan
keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak
sekolah turut meraikan Hari Kanak-kanak pada tahun ini sebagai satu pendekatan yang
baik bagi murid-murid melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu masa. Hubungan erat
dan mesra amat penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi sesebuah komuniti.
Hubungan erat yang terjalin antara warga sekolah akan memupuk semangat bersatu bagi
memaju dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Maka selaras dengan sambutan Hari Kanak-Kanak, ianya juga diselitkan
dengan sambutan Hari Krismas. Semoga sambutan kali ini dapat berjalan lancar serta
berjaya mencapai objektifnya.

2.0 OBJEKTIF

Melalui program ini diharapkan semua pihak akan dapat:

2.1 Menjalinkan hubungan erat sesama ahli dalam komuniti sekolah termasuk murid,
kakitangan sekolah, guru dan pentadbir.
2.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
2.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa
depan kanak-kanak.
2.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
2.5 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam aktiviti dan permainan yang diadakan.
2.6 Meraikan Sambutan Krismas khusus untuk warga SJKT Jalan San Peng
2.7 Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan guru-guru,
kakitangan sekolah dengan murid.
2.8 Semua ahli dapat saling mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan
hubungan silaturrahim.
2.9 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-
nilai murni melalui aktiviti-aktiviti sambutan Hari Krismas

3.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN KRISMAS

3.1 Tarikh : 9 Disember 2022


3.2 Tempat : Dewan Sekolah
3.3 Masa : 8.00 pagi – 12.30 tgh
4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru, pentadbir, kakitangan sekolah dan murid.

5.0 PAKAIAN

Murid : Pakaian bertema merah dan putih

6.0 ATUCARA PROGRAM

Masa
8.00 pagi

- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan GB, YDP, LPS
- Ucapan Perasmian
- Gimik Pelancaran

8.30 pagi – JSP Talent


- Murid-murid menunjukkan bakat mereka dalam persembahan

9.30 pagi – Rehat

10.00 pagi- Pertunjukkan Magic Show@ Badut


- pertunjukkan silap mata oleh badut

11.00 pagi - Aktiviti Build A Snowman


- Kertas Sugar Paper yang besar diletakkan di sebuah sudut di mana murid-
murid akan menampal kapas dan manik bagi membuat Snowman

- “Booth” Cotton Candy


- Chocolate Dip
- “Booth” Ice Cream

12.15 tgh – Membersihkan tapak perhimpunan


Murid mendapatkan Happy Meal dan hadiah Rubrik
Bersurai
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERBELANJAAN ANGGARAN JUMLAH PERUNTUKAN


Kertas Sugar Paper RM 0.60 X 10 RM 6 -
Kapas/ Manik RM 2.00 X 3 RM 18 -
Botol RM 1.00 X 10 RM 10 -
Banting RM 150 RM 150 SUWA
Happy Meal RM 7.90 X 119 RM940 Sumbangan LPS
Rubrik RM 5 X 119 RM 595 Sumbangan
Kelab Guru
Gula-gula RM 3 X 5 RM 15 Sumbangan
Cotton Candy RM 200 RM 200 Sumbangan
PIBG
Badut @ Clown Service RM 450 RM 450 Sumbangan
PIBG
JUMLAH PERBELANJAAN RM RM 2384

8.0 PENUTUP

Dengan terlaksanannya Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Krismas SJKT Jalan San Peng
ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah di kalangan
Warga SJKT Jalan San Peng, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat
kerjasama antara ahli.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

............................................. ......................................................

( Joanne Renu Alexander ) (Puan Baghyaletchumy Devi a/p Kumara Rao)


Penyelaras Sambutan Hari Kanak-kanak Guru Besar
dan Krismas SJKT Jalan San Peng
AJK SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK DAN KRISMAS SJKT JALAN SAN PENG

TARIKH : 9 DISEMBER 2022

A. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Puan Baghyaletchumy Devi


(Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn Elizabeth A/P Karuppuswami


( GPK Pentadbiran )

Timb. Pengerusi 2 : Pn. Thanavallee a/p Marimuthu


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Joanne Renu Alexander


Bendahari : Joanne Renu Alexander

B. JAWATANKUASA KERJA

BIL TUGAS NAMA GURU


1 BUKU PROGRAM / JEMPUTAN EN SRI PRAKASH
2 SIARAYA EN A SURREN
3 PENGACARA MAJLIS PN VALARMATHI
4 GIMIK PELANCARAN PN JOANNE
5 AKTIVITI BUILD A SNOWMAN PN RATHA
PN ELIZABETH
6 JSP TALENT CIK VANITHA
7 COTTON CANDY USTAD ZOOL
PN. BAMA
8 CHOCOLATE DIP PN VALARMATHI
CIK SELVARANI
9 BOOTH AIS KRIM EN SURREN
CIK ASARINA
9 FOTOGRAFI PN JOANNE
10 SUDUT KRISMAS PN JOANNE & PN
KAMALAVASHINI
12 MAKANAN MURID EN.SRI PRAKASH & EN.RAJAN
13 HADIAH MURID PN THANA
13 DISIPLIN SEMUA GURU
14 DOKUMENTASI PN JOANNE

You might also like