You are on page 1of 2

10.

0 RANCANGAN PEMASARAN

10.1 Analisis Kajian Perkhidmatan

Syarikat Cemara Bayu SDN BHD adalah sebuah syarikat persendirian yang menawarkan
perkhidmatan mereka bentuk landskap kepada institusi-institusi awam, badan-badan kerajaan,
sektor-sektor swasta dan juga institusi persendirian yang berminat.

Selain itu, syarikat Cemara Bayu tidak hanya tertumpu pada perkhidmatan mereka
bentuk landskap sahaja meskipun ia merupakan kegiatan utama syarikat kami.Syarikat
Cemara Bayu juga menjalankan beberapa perniagaan sampingan seperti penjualan bahan-
bahan dan alatan-alatan yang digunakan untuk pembinaan landskap contohnya batu sungai,
rumput tiruan, bunga-bungaan dan sebagainya.Ini sedikit sebanyak menunjukkan
kepelbagaian syarikat Cemara Bayu

Selain itu, syarikat kami sentiasa berhubung dengan pelanggan kami untuk
mendapatkan maklum balas semasa dan selepas pembinaan sesuatu projek landskap.Dengan
cara ini, mudah bagi syarikat kami untuk mengetahui sebarang penukaran rekabentuk atau
penambahan barang.Secara tidak lansung,kami juga dapat memberikan kepuasan dan
menajalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan kami.

Syarikat kami sedar bahawa terdapat beberapa syarikat perniagaan lain yang
berorientasikan perniagaan landskap telah lama memonopoli pasaran Landskap di kawasan-
kawasan tertentu namun pihak kami berkeyakinan tinggi dengan strategi syarikat yang telah
kami sediakan untuk mengatasi para pesaing kami.Di samping kelebihan serta keunikan yang
ada pada perniagaan Cemara Bayu SDN BHD, kami yakin bahawa kami mampu untuk
memberi persaingan yang sihat kepada perniagaan landskap lain yang telah lama wujud
dalam pasaran perniagaan perkhidmatan mereka bentuk landskap ini.
10.2 Analisis Sasaran Pasaran

Pada umumnya, sasaran pasaran syarikat Cemara Bayu SDN BHD adalah lebih tertumpu
pada pihak Kolej Vokasional Setapak yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan lain-
lain.Tumpuan perniagaan diberikan kepada penciptaan suasana, persekitaran premis atau
kawasan Kolej Vokasional dan reka bentuk ciptaan landskap yang di tawarkan adalah
berasaskan tema yang telah kami sediakan. Namun, tema dan reka bentuk tersebut boleh
diubah suai mengikut kehendak dan idea para pelanggan kami bagi mencapai kepuasan
maksimum mereka.

You might also like