You are on page 1of 4

Cahaya Jayamas Sdn. Bhd.

Kertas Cadangan Pembangunan Rezab Tanah serta


Kawasan-Kawasan Berpotensi dibawah Seliaan FELDA
dan Anak-Anak Syarikatnya bagi Tujuan Paparan Iklan
Luaran (Billboard) dan Dalaman (Digital Screen)

5/28/2014

ISI KANDUNGAN

1.

2.

PENDAHULUAN........................................................................................2
1.1.

Tajuk projek ................................................................................2

1.2.

Nama Syarikat.............................................................................2

CADANGAN PROJEK .................................................................................2


2.1.

Latar belakang projek .................................................................2


2.1.1. Objektif ..........................................................................2
2.1.2. Matlamat .......................................................................2

3.

PELAN PERLAKSANAAN PROJEK ...............................................................3

4.

FAEDAH PROJEK .......................................................................................3

5.

KESIMPULAN ............................................................................................3

Page | 1

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tajuk projek
Pembangunan rezab tanah serta kawasan-kawasan berpotensi dibawah kawal-seliaan FELDA dan anak
syarikatnya bagi tujuan paparan iklan luaran (Billboard) dan dalaman (Digital Screen dan lain2)

1.2 Nama Syarikat


Cahaya Jayamas Sdn. Bhd. (825956-M)

2.0 CADANGAN PROJEK


Cahaya Jayamas Sdn. Bhd. bercadang untuk membangunkan rezab tanah serta kawasan-kawasan yang
berpotensi seperti bahagian dalaman dan luaran bangunan, dan tanah pertanian ditepi lebuhraya utama
bagi tujuan paparan iklan luaran dan dalaman bagi memaparkan dan memberi pendedahan perniagaanperniagaan yang dijalankan oleh FELDA (termasuk anak-anak syarikatnya) sendiri dan syarikat lain yang
menjalankan perniagaan yang tidak bercanggah dengan perniagaan yang dijalankan oleh FELDA kepada
masyarakat umum.
2.1 Latar belakang projek
(2.1.1) Objektif
Membangunkan rezab tanah serta kawasan-kawasan berpotensi dibawah kawal-seliaan FELDA
dan anak syarikatnya bagi tujuan paparan iklan luaran dan dalaman
(2.1.2) Matlamat

Usahasama dengan pihak Felda dan anak-anak syarikatnya untuk menceburi bidang

pengiklanan luar (out-of-home advertising) dan dalaman yang boleh membuka peluang bagi
menjana sumber pendapatan yang saksama dan adil bagi kedua-dua pihak.

FELDA sebagai syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia kini adalah syarikat yang

ditunjangi pengurusan bertaraf dunia memerlukan pulangan pelaburan terbaik bagi setiap tapak
tanah yang dimilikinya. Dengan cadangan pembangunan ini, tapak-tapak yang berpontensi
dapat digunakan secara efisyen serta memberi pulangan dari segi kewangan serta pendedahan
yang positif.

Page | 2

3.0 PELAN PERLAKSANAAN PROJEK


Menggunakan Cahaya Jayamas Sdn. Bhd. sebagai syarikat Media Owner dan agensi pengiklanan bagi
menguruskan dan mengimplementasi pembangun kawasan-kawasan berpotensi dibawah kawal-seliaan
FELDA bagi tujuan paparan iklan luaran, dalaman dan digital. Perlaksaan akan dijalankan oleh tenaga
pekerja yang mempunyai pengalaman dan latarbelakan luas dalam bidang paparan iklan dan bahanbahan yang digunakan bagi struktur paparan iklan adalah berkualiti tinggi (tahan lama dan kurang
penyelengaraan) dan berpatutan.

4.0 FAEDAH PROJEK

Memberi pendedahan positif kepada FELDA dan anak-anak syarikatnya terhadap bidang
paparan iklan luaran dan dalaman.

Meningkatkan imej serta kredibiliti FELDA dan anak-anak syarikatnya apabila iklan-iklan
yang dipaparkan membawa mesej dan gambaran yang selari dengan budaya kerja dan
perniagaan yang bertaraf dunia.

Pulangan dari segi pengunaan tanah yang lebih efisyen dan kewangan yang berpanjangan
dan adil.

5.0 KESIMPULAN
Dengan perlaksanaan projek ini, FELDA berpeluang menonjolkan perniagaan dan budaya kerjanya
dimata masyarakat Malaysia mahupun dunia dengan kerjasama dalam bidang pengiklanan sebagai
client (meletakkan iklan dia paparan-paparan iklan yang akan dibina) mahupun media owner
dengan konsep perkongsian hasil yang adil dan saksama.

TERIMA KASIH

Page | 3

You might also like