You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM MINI STEM

TABIKA KEMAS PPK JALAN CHUNG SAM

TAHUN 2023/2024

1.0 PENGENALAN

Program ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada murid tabika kemas tentang
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Seperti sedia maklum,
kerajaan melalui “Malaysian Industry-Government Group for High Technology, telah
melancarkan inisiatif pengukuhan Sains dan Teknologi melalui “Science to Action”. Pendedahan
awal bagi membuka minda dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam “STEM
Education” di peringkat usia 5 hingga 6 tahun. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan menitikberatkan
elemen pengaplikasian ilmu STEM kepada murid.

2.0 OBJEKTIF

a) Murid-murid akan memupuk minat terhadap ilmu bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik.

b) Murid-murid dapat menghasilkan bahan-bahan hasil kerja melalui ‘hands-on activities.’

3.0 SASARAN

Semua murid Tabika Kemas PPK Jalan Chung Hung

4.0 TARIKH

5.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi :

Naib Pengerusi :
Setiausaha :

Bendahari :

6.0 CADANGAN AKTIVITI

a) Aktiviti akan dijalanlan secara berpasangan atau bertiga bagi memberi peluang kepada
murid bekerja dalam kumpulan kecil.
b) Setiap kumpulan akan menghasilkan tiga aktiviti di bawah.
c) Setiap ahli kumpulan akan di temani oleh wakil penjaga bagi memastikan keselamatan
murid semasa aktiviti dijalankan.
d) Hasil kerja akan diadili oleh guru tabika dan pembantu am.

BIL AKTIVITI Penerangan Aktiviti TARIKH


. PELAKSANAAN
1. Reka cipta jambatan dari - Murid di beri penerangan tentang
straw. bentuk dan fungsi jambatan
- Murid diberikan bahan untuk
membina jambatan yang mudah
dengan menggunakan straw.
- Murid boleh menggunakan apa saja
bahan untuk menggabungkan straw
menjadi jambatan yang kukuh.
- Penjaga boleh membantu jika perlu.
- Pengadilan dilakukan dengan
melihat kreativiti bentuk dan
kekukuhan jambatan yang
dihasilkan.
2. Reka cipta bangunan - Setiap pasangan akan diberikan set
menggunakan blok lego lego yang sama.
- Guru memberikan penjelasan tentang
aktiviti yang dijalankan dimana murid
perlu membina sebuah bangunan
( contohnya rumah) yang cantik
menggunakan lego.
- Murid akan menerangkan tentang
bangunan yang telah mereka bina.
- Setiap pasangan diadili dengan
kreativiti bangunan yang telah dibina
dan kejelasan penerangan yang
diberikan murid.

3. Hasil Seni Gerhana Matahari - Setiap pasangan akan disediakan


bahan.
- Sebelum hari aktiviti, penjaga akan
menunjukkan video gerhana
matahari kepada anak jagaan
mereka.
- Pada hari aktiviti, murid akan
menghasilkan hasil seni gunting dan
tampal gerhana matahari.
- Murid menerangkan bagaimana
terjadi nya gerhana matahari.
- Hasil kerja dinilai berdasarkan
kekemasan dan ketepatan hasil
kerja serta kejelasan ayat yang
digunakan semasa penerangan.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga
Bil Perkara seunit/set Bilangan Jumlah(RM)

1 Glue Stick RM1.50 8 RM12

2 Kertas warna keras RM2.50 8 RM20

3 Pensel warna RM10 8 RM80

RM2.50 8 RM20
Straw
4
5 Selotep RM1.50 8 RM12

6 Blok Lego RM20 8

7 Hadiah Tempat RM 20 3 RM60


Pertama
(Alat Tulis) (Untuk setiap
aktiviti)
8 Hadiah Tempat Kedua RM15 3 RM45
(Alat Tulis) (Untuk setiap
aktiviti)
9 Hadiah Tempat Ketiga RM10 3 RM30
(Alat Tulis) (Untuk setiap
aktiviti)
JUMLAH

8.0 PENUTUP
Keberhasilan yang dicapai melalui program ini ialah murid lebih mudah untuk memahami
konsep sains dan matematik dan seterusnya dapat menanam minat murid terhadap subjek
STEM. Selain itu, murid juga lebih yakin dalam komunikasi sains dan matematik dalam khalayak
ramai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ......................................

You might also like