You are on page 1of 12

AKU

MEMBACA
LAGI
Disediakan oleh: Aliya Farhana
Sasvena
Shakthi
AK AKU MEMBACA LA
SAJ GI
MAKSUD SAJAK
Rangkap Pertama
Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan
keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia
menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan
yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin
yang berhembus dan banjaran gunung.
Rangkap Kedua
Penyajak menghayati anugerah Tuhan
kepada manusia yang digambarkan
melalui burung yang berkicau,
kewujudan pantai dan ombak, dan
kemunculan pelangi.
MAKSUD SAJAK
Rangkap Ketiga
Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin
tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam
semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang
semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat
walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara
tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
MAKSUD SAJAK
Rangkap Keempat
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa
sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

Rangkap Kelima
Penyajak meluahkan kekesalannya apabila
bahasa Melayu yang semakin diketepikan
terus dipinggirkan oleh semua pihak.

TEMA & BENTUK


SAJAK
TEMA SAJAK
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lima rangkap
2. Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas kerana tidak terikat.
PERSOALAN SAJAK
Kedaulatan Bahasa Melayu yang
semakin dipinggirkan.
Keindahan alam semula jadi
ciptaan Tuhan.
Kekecewaan pejuang bahasa
terhadap nasib Bahasa Melayu.
GAYA BAHASA DAN
UNSUR BUNYI
Penggunaan unsur perlambangan. Repitisi atau perulangan.
Contohnya:langit,pohon-pohon Contohnya:helai demi helai
kayan,daun dan ranting -rangkap 3,baris 6
daun-daun. Metafora.
Pemilihan kata yang indah dan ayat Contohnya:
atau baris yang dibentuk adalah a)wajah pelangi
puitis.Contohnya: b)lantai tanah airku
a)Desiran ombak dan wajah pelangi- Personifikasi.
rangkap 2,baris 3. Contohnya:dahan dan rantai terkulai
b)meratapi luka nasib bangsa- -rangkap 3,baris 4
rangkap 4,baris 4.
NILAI SAJAK
NILAI TANGGUNGJAWAB
Contohnya,penyajak bertanggungjawab untuk menyeru anak bangsa
agar mengangkat kembali martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan yang telah dipinggirkan oleh mereka.

NILAI KEINSAFAN
Contohnya,penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang jati
diri agar segera sedar dan insaf untuk mengenal diri.
NILAI SAJAK
NILAI KEGIGIHAN
Contohnya,penyajak menyeru anak bangsa agar gigih mengangkat
kembali martabat Bahasa Melayu.

NILAI PATRIOTIK
Contohnya,penyajak menyeru anak bangsa agar mencintai dan
mendaulatkan Bahasa Melayu dengan sepenuh hati.
PENGAJARAN
Kita perlulah bersyukur kepada
Sebagai anak bangsa,kita hendaklah
Tuhan atas ciptaan berbagai-bagai
memikul tanggungjawab untuk
kejadian alam yang melengkapi
mengangkat martabat Bahasa
kehidupan manusia.
Melayu yang semakin dilupakan.

Sebagai anak bangsa,kita perlulah


Kita mestilah berani menghadapi
menamakan sifat jati diri yang kuat
berbagai-bagai cabaran untuk
dalam diri masing-masing agar
mempertahankan maruah Bahasa
dapat menangkis segala bentuk
Melayu daripada tercemar.
ancaman yang berunsur negatif.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like