You are on page 1of 79

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

 Fpn  FPK pada tahun 1996


 Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek.
 Pendidikan di malaysia ialah satu usaha berterusan/ ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu /untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis/ dari segi intelek/, rohani/, emosi/
dan jasmani/ berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
 Tujuan: usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
 Matlamat : melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang berguna.
 Visi: pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera
 Misi: melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara
 MATLAMAT PENDIDIKAN
o Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
o Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
o Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara.
o Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)
 telah dizahirkan melalui Penyata Razak (1956) yang dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957).
 DPK dikaji semula untuk memperbaiki pelaksanaannya agar dapat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan
berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi mencapai pembangunan negara.
 Rentetan daripada kajian semula itu, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] telah digubal dengan tujuan agar sistem pendidikan
membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya
saing tinggi serta bersifat global kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
 mempunyai peranan penting bagi menjayakan wawasan negara melalui pendidikan demi mencapai taraf negara maju
sepenuhnya daripada aspek kemajuan ekonomi, keadilan sosial, kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. DPK berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), iaitu seperti yang berikut:
integriti / KBSR/ akta Pendidikan 1996

INTEGRITI:
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Maksud: Akta Pendidikan 1996:
(KBSR):
1. Kamus dewan Edisi 4: kejujuran  Kedudukan bahasa kebangsaan
 matlamat:
2. sifat jati diri yang merangkumi juga diperkukuh dengan
o Murid dpt menguasai dan
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, memperuntukkannya sebagai bahasa
menghargai bahasa Melayu
amanah, benar, berpegang kepada pengantar utama dalam sistem
sebagai bahasa kebangsaan
prinsip, tidak mudah dipengaruhi, pendidikan kebangsaan melalui Akta
dan sebagai alat perpaduan.
boleh dipercayai, boleh pegang Pendidikan 1996.
o Murid dpt menguasai tiga
cakapnya, dll.  Kedudukan ini diperkuat lagi dengan
bidang asas, iaitu bidang
 Dalam sektor awam, nilai integriti menjadikan bahasa tersebut sebagai
komunikasi, bidang
yang tinggi amat diperlukan bagi mata pelajaran yang wajib diajarkan
kemanusiaan dan alam sekitar
menghasilkan perkhidmatan yang di semua sekolah dan institusi
serta bidang perkembangan
cemerlang yang menjamin pendidikan.
diri individu.
kesejahteraan rakyat.
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. Pendidikan Prasekolah

2. Pendidikan rendah

3. Pendidikan Menengah Rendah dan Atas

4. Pendidikan Lepas Menengah

5. Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

Institusi Pendidikan Guru

• Program Pendidikan Guru IPG adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan memastikan bakal guru sekolah rendah ialah guru
yang terbaik dan paling layak menyertai profesion perguruan melalui peningkatan setiap aspek kompetensi guru secara berterusan.

• Institut Pendidikan Guru Malaysia menyediakan laluan untuk lepasan SPM menceburi profesion perguruan sebagai guru sekolah rendah
melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan seterusnya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
TS 25 ( transformasi sekolah 2025)

 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
o Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
o Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
o Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
o Komitmen komuniti yang padu

 Objektif:
o Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik.
o Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing
pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
o Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

 Matlamat:
o Memantapkan kepimpinan sekolah.
o Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
o Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

 lima teras yang berikut;


o Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merupakan salah satu inisiatif
o Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna Kementerian Pendidikan Malaysia
o Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dalam melahirkan murid yang berkualiti
o Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi tinggi dalam bidang pendidikan dan
o Komitmen komuniti yang padu. lain-lain.
Akta Pendidikan 1996
 Tujuan: memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf
dunia. 
 kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996:
o Menjadikan sistem pendidikan lebih sistematik
o Menjadi garis panduan / rujukan pelaksanaan Pendidikan
o Memartabatkan Bahasa Melayu
o Mempertingkatkan Pendidikan Teknik
 menumpu perhatian kepada kemahiran dan teknikal selaras dengan kecenderungan terhadap
pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor tersebut.
o Mengambil kira kepentingan semua kaum
 Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama
dalam sistem pendidikan kebangsaan.
 Kedudukan ini diperkuat lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajarkan di
semua sekolah dan institusi pendidikan.
 Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cinta akan negara serta nilai
murni.
SPLKPM (system pengurusan latihan)

Portal yang dibangunkan oleh KPM utk memudahkan serta melancarkan lagi proses pengurusan latihan, kursus, bengkel dan
seminar bagii para pendidik bawah KPM
Guru boleh melihat sama ada jumlah kursus disertai sudah mencukupi bagi tahun tersebut atau belum (sekurangnya 5 hari latihan)
PLC (Professional Learning Community)
 merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri
(Proses memahami sesuatu melalui data yang dikumpulkan) atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik
untuk murid-murid mereka
 objektif:
o meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru
o mewujudkan semangat kerja berpasukan
o menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu kepakaran dan bekerjasama dlm kalangan guru
 strategi PLC
1. lesson study
 belajar mengunakan rancangan pengajaran harian
 Lesson Study melibatkan 3 fasa:
(i) Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu panitia)
- pemilihan aktiviti
(ii) Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama & pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan
(iii) Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
- adakah aktiviti yang dipilih dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang diajar?
2. Peer Coaching
 Bimbingan rakan sebaya guru
 Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak selaku coach (jurulatih) dan
(pelatih).
 Secara sistematik memerhtikan pengajaran guru lain dgn menggunakan kitaran pra kroferens, pemerhatian dan
pasca konferens
 Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:
I. Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati
II. Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati
III. Coach dan Coachee mengajar bersama.
3. Teacher sharing sessions
 Sesi perkongsian guru
 Sekumpulan guru bertemu secara kerap utk berkongsi amalan pengajaran terbaik
4. Learning walks
 perjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti kelas dgn
menggunakan protocol atau focus spesifik
5. Video critiques of teaching moments (kajian video pengajaran guru)
 Menonton & berbincang klip video pengajaran guru
 Kekangan PLC
1. Tidak cukup masa
2. Kurang ilmu & pendedahan
3. Belum bersedia utk bersifat terbuka
4. Sukar melihat impak
 Cara atasi
1. Rancang dgn betul. Hadkan masa kpd perkara penting
2. Sentiasa memberikan komen positif terhadap semua perkongsian guru. Boleh ransang semangat guru dgn adakan
kuiz setiap kali sesi, pertandingan perkongsian terbaik
3. Apabila memberikan pandangan, jauhkan sama sekali drpd memberi komen terhadap ciri2 guru & gayanya tp focus
lebih bagaimana murid boleh belajar dgn baik, apa langkah2 utk menambahbaik pengajaran
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

 merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).
 PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
 PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
 PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran
yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di
akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah teras kepada pendidikan sekolah rendah. PBS merangkumi 4
komponen, yang mengandungi komponen Akademik dan Bukan Akademik.
 1. Komponen Akademik (Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat)
o Terdapat 2 Pentaksiran Pusat, iaitu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid-murid yang
menduduki Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) arus perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR) bagi murid yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSR
 2. Komponen Bukan Akademik (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) &
Pentaksiran Psikometrik)
STEM
 ialah pendekatan pendidikan yang mengintegrasikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Keperluan
terhadap STEM wujud apabila negara memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut.
 KONSEP PDP STEM
o Pdp stem mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yg membudayakan alam STEM melalui
strategi inkuiri, penyelesaian masalah & projek dlm konteks dunia sebenar
 Inkuiri-pendekatan ini merangsang sifat ingin tahu dlm diri murid sehingga membawa naluri ingin menyiasat bagi
mencari jawapan/ penyelesaian sesuatu persoalan
 Penyelesaian masalah-kaedah pembelajaran berasaskan masalah, dimana murid dapat menyelesaikan masalah
dgn keupayaan mereka sendiri scara kolaboratif dan berpusatkan murid
 Berasaskan projek-pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangka masa yang Panjang, mengintegrasikan
pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid & menghubungkaitkan pengalaman kehidupan sebenar.

Apa Pula Kaitan STEM Dengan Pembelajaran?

STEM dan pembelajaran abad ke-21 berjalan seiringan dalam sistem pendidikan yang semakin membangun. STEM
diperlukan bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dan
cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan. Di universiti juga, bidang ini sangat diberi perhatian. Ini
kerana, jumlah pelajar yang mengambil bidang tersebut semakin menurun. Tidak dinafikan juga, pembelajaran di dalam
bidang ini memerlukan daya fikir dan intelektual yang tinggi untuk mendapat kelulusan. Ini boleh dijadikan faktor utama
kepada kurangnya minat pelajar terhadap bidang ini. Apabila melibatkan pembelajaran, masalah ini bukan dihadapi oleh
pelajar sahaja malah para guru juga. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem kurikulum yang baru untuk
membantu pelajar menerima ilmu yang ingin disampaikan dengan lebih produktif. Kementerian pendidkan juga telah
menetapkan matlamat untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar sains berbanding sastera atau sains sodang sial pada
peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

Mengapa STEM tidak berjaya?

> kebanyakkan murid menggangap stem subjek memerlukan pemikiran aras tinggi dan sukar untuk lulus.
> sikap ibu bapa yang terlalu mengambil langkah selamat agar anak mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM),
 Menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah
lagi. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah :
1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan
2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship dan mentor
3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu
4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi
NKRA Pendidikan (Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
 NKRA pendidikan bermula masa zaman DS Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009).
 6 bidang NKRA: i) Mengurangkan Kadar Jenayah, ii) Memerangi Rasuah, iii) Meluaskan Akses Kepada Pendidikan
berkualiti dan Berkemampuan, iv) MeningkatkanTaraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah, v) Memperkasa
Prasarana Luar Bandar dan pedalaman dan vi) Menambah Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana.
 Di bawah NKRA Pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, bawah
bidang ini terdapat empat sub iaitu
1. Prasekolah
- mmberi pend awal kanak2 yg berkualiti kpd smua kanak2 bagi memastikan peningkatan minat dan
kesinambungan pend di peringkat yg lebih tinggi

- 7 teras meluaskan akses kpd pend prasekolah berkualiti dan berkemampuan

 Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan


PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
 Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
 Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
 Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
 Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
 Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
 Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Linus
- diperkenalkan krn dptn menunjukkan murid yg tak kuasai 3M (membaca, menulis, mengira) dr peringkat awal
akan menyebabkan brlkunya kegagalan akademik dan mslh ini semakin susah utk diatasi apabila berada di
pringkat yg lbih tinggi. murid-murid yang tidak menguasai 3M akan menyumbang kepada peningkatan kadar
keciciran di sekolah.
- Tujuan linus diperkenalkan spya atasi mslh murid tak kuasai 3M dan utk kenal psti mslh sbnr mereka tak kuasai
3. Sekolah Berprestasi Tinggi

- sub ni tujuan dia utk pstikan sklh yg telah cemerlang diberikan pengiktirafan sewajarnya. SBT dijadikan
pemangkin dan benchmark kpd sklh lain
- SUB NKRA SBT

i. Mengangkat kualiti sklh2 yg terbaik


ii. Menghasilkan pljr yg cemerlang
iii. Merapatkan jurang antara sekolah2 di dlm sistem

4. Tawaran Baru kepada Pengetua/Guru Besar

- sub ni diprkenalkan sbg perangsang kpd pengetua dan GB utk tingkatkan kcemerlangan sklh masing2. Fokus
kpd pencapaian Pengetua dan GB supaya mereka sedar kepentingan mereka dlm peningkatan prestasi murid.
Maka, bg Pengetua dan GB yg Berjaya melonjakkan kcmerlangan sklh, akan dpt ganjaran kewangan dan
bukan kewangan sbg satu pnghargaan kpd usaha mereka.
- Bg sklh yg tidak menunjukkan prestasi cmerlang, kerajaan memperkenalkan Prog Pembangunan Prestasi Sklh
(School Improvement Program-SIP) sbg satu kaedah utk bntu sklh ni tingkatkan prestasi. SIP ialah program
pmbngunan drpd peringkat bawah ke atas (bottom-up) – KPM bg bantuan ikut keperluan sklh
kebaikan aktiviti kokurikulum di sekolah
 dapat meningkatkan daya kepemimpinan.
 kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan
ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk
apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya,
pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun
seperti dalam pasukan bola sepak.
 Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak
mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui
apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui
kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus
bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan
berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah.
PPPM (PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2023)

 merupakan asas atau panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia yang bersifat holistik. Ia merupakan
rancangan yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

5 aspirasi sistem di dalam pendidikan


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan

 Akses
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing.

 Kualiti

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di
Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk
meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam TIMSS dan PISA (pentaksiran antara bangsa) dalam
tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja).

 Ekuiti (pemilikan saham biasa):

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira
kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang
pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50%
menjelang 2020.

 Perpaduan:

Melalui interaksi di sekolah antara murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik,
murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian
pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem
pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan
memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Sekolah perlu menjadi tempat terbaik untuk memupuk nilai
perpaduan rakyat berbilang kaum di negara.

 Kecekapan:

System yg memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. Sistem pendidikan Malaysia telah
menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang
telah disalurkan ke dalam sistem. Walaubagaimanapun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,
kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

6 Aspirasi murid
1. Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi.
Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sain dan pengetahuan am yang
menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.
2. Kemahiran Berfikir: Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka
(menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran
kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan
murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
3. Kemahiran Memimpin: kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain adalah amat penting. Sistem pendidikan
negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak
formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan
merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan
berkesan.
4. Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima.
Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua
murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. (MBMMBI- Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh
Bahasa Inggeris)
5. Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani
cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak
membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu
yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti dan negara.
6. Identiti Nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan
masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau
status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan
berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat
keterangkuman yang

11 anjakan (bagi mencapai aspirasi dlm ppm, kita memerlukan 11 anjakan)


1. MENYEDIAKAN KESAMARATAAn AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
 ▪ Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa
 ▪ Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) yang
disemak semula pada 2017
 ▪ Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat
peratusan soalan yang mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
 ▪ Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)
 ▪ Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020
 ▪ Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus

GELOMBANG 1-3 (URUTAN ANJAKAN TRANSFORMASI)


 Gelombang 1 (2013-2015): menumpukan kpd usaha memperbaiki system dgn memberi sokongan guru & tumpuan kpd
kemahiran asas
o Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras.
o tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia
ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan
melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi
menerusi program pemulihan yang intensif).
o Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah
untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua
sekolah.
o Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah
mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.
 Gelombang 2 (2016-2020):-mempercepatkan penambahbaik sistem
o Mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem.
o Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan
perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1).
o Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya
baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan
menerusi Gelombang 1
o memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Memengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak
semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai
dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
 Gelombang 3 (2021-2025): kea rah kecermelangan menerusi operasi yg lebih fleksibel
o Beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi.
o semua sekolah, guru dan pengetua/ guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
o Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan
membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk
membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan
pencapaian yang lebih tinggi

Mbmmbi (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris)


 Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM merupakan
bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
 Tujuan utama memperkukuh BI adalah untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dan meningkatkan
persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, BI juga merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan.
 MATLAMAT
o Matlamat Dasar MBMMBI adalah untuk mewujudkan masyarakat yang menguasai BM dan BI dalam sistem
pendidikan negara.
 Objektif Dasar MBMMBI adalah untuk:
o meningkatkan penguasaan murid dalam BM dan BI;
o menyediakan guru BM dan BI mengikut opsyen yang mencukupi dan meningkatkan kompetensi guru BM
dan BI;
o meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan dalam PdP BM dan BI;
o meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah
Brain based learning
 Brain based learning atau pembelajaran berasaskan otak merupakan sebuah konsep untuk menciptakan
pembelajaran dengan berorientasi pada keupayaan potensi otak.
 Brain based learning menyarankan bahwa proses pembelajaran berjalan sesuai dengan cara otak berfungsi.
 Otak dilahirkan untuk belajar dan menyimpan semua pembelajaran yang pernah terjadi dalam diri kita.
 Ia bisa memproses pengetahuan dengan berbagai cara, misalnya dengan menganalisis, menilai, menghakimi,
membuat keputusan dan sebagainya.
 Dalam hal ini peran kita hanya menyediakan lingkungan yang sesuai untuk mendorong proses pembelajaran
berjalan maksimal dan berkesan sesuai cara otak belajar.

TVET
 merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
 adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan
industri.
 bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu
berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan
pendedahan kepada latihan di industri.
 Tujuan:
o adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan
globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
o penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan
sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju pada tahun
2020.

Penutup PDPc
 Rumusan atau penutup penting dalam PdPc sebagai petunjuk kepada hala tuju pembelajaran murid. Pada
peringkat ini, murid diberikan maklumbalas secara menyeluruh tentang pencapaian mereka, bagaimana
pembelajaran mereka boleh diperbaiki dan langkah seterusnya.
 Penutup juga penting untuk menentukan keberkesanan pengajaran guru.
 Penting untuk mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi
penting
 guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
 Fungsi rumusan / penutup:

1. Memberi gambaran keseluruhan pembelajaran murid.-buat rumusan

2. Memberi maklum balas kepada tahap pembelajaran atau penguasaan murid.-

3. Menyemak objektif pembelajaan.-sama ada tercapai atau tak

4. Memberi peringatan kepada isi-isi utama.

5. Membuat perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian.-kata nama (boleh aplikasi panggil orang)

6. Membuat perkaitan kepentingan pembelajaran ini kepada PdPc seterusnya.

7. Aktiviti pengayaan atau pengukuhan


terdapat 2 penutup iaitu kognitif dan penutup social

 Penutup Kognitif

- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari.

- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan:

o Cara melaksana.😍😍😍

- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan
tulis atau papan gulung

- Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar.

- Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.

- Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.

 Penutup Sosial

- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar.

- Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan

- Misalnya ;

“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam pelajaran yang akan datang,
cikgu akan mengajar kamu topik isipadu”
RPH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
 merupakan satu perancangan mengajar yang disediakan lebih awal oleh guru untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran menggunakan format-format tertentu sebelum menjalankan sesi PdP
 RPT(rancangan pengajaran tahunan)-satu garis panduan kpd guru utk merancang proses pdp mengikut minggu
sepanjang tahun berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yg dikeluarkan oleh KPM
 RPH dibina sebagai panduan para guru utk mengajar dgn lebih sistematik & mampu utk mencapai objektif
 Penting utk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk
ke dalam kelas
 eRPH (rancangan pengajaran harian online)-aktiviti pengajaran yg telah disusun & ianya dpt membantu guru
menyampaikan sesi pengajaran lebih mudah kpd para pelajarnya.
 Kepentingan RPH:
o Meningkatkan keyakinan guru sebelum masuk mengajar
o Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar drpd perkara yg hendak diajar
o Merancang dgn lebih teliti setiap komponen pengajaran
o Menggunakan masa pengajaran dengan optimum
o Mengehadkan skop yg akan diajar dalam sesuatu jangka waktu
o Menjalankan pengajaran secara lancar dan tersusun
o Mengingat bahan dan pendekatan yg perlu utk menyampaikan sesuatu isi pengajaran
o Menentukan objektif pengajaran dan merancang aktiviti yang dapat dicapai
o Guru dapat merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan akiviti pengajaran.
o Bertindak sebagai rekod pengajaran guru untuk mengetahui sama ada sesuatu tajuk telah diajar ataupun
belum.
 Komponen dlm RPH
o Maklumat Am- butir-butir tentang tarikh, masa, kelas, bilangan pelajar, mata pelajaran, dan tajuk
pelajaran/pengajaran.
o Kemahiran-Kemahiran adalah kebolehan tertentu yang diharap dapat dikuasai oleh pelajar melalui
pengajaran guru. Dalam pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran asas yang perlu dikuasai adalah seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran yang hendak diajar pada waktu
tertentu dinyatakan dengan jelas.
o Standard kandungan & standard pembelajaran
o Objektif Pembelajaran –hendaklah jelasdalam bentuk tingkah laku, boleh diukur, dan khusus. Contoh:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
membina sekurang-kurangnya lima perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan kepada mereka.
”Membina” - dinyatakan dalam bentuk tingkah laku
”lima perkataan” - boleh diukur
”berdasarkan gambar” - khusus
 Merujuk kepada standard pembelajaran pada hari itu
 Penulisan hasil pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru bergerak di atas
landasan yang betul sewaktu menyampaikan pengajaran mereka.
o Kriteria kejayaan-elemen2 kecil drpd objektif pembelajaran. Melalui kriteria kejayaan murid dan guru akan
dpt mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yg perlu dicapai oleh murid berpandukan obj
pembelajaran.
o Pengetahuan sedia ada- Pengetahuan sedia ada adalah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar
berkaitan dengan tajuk yang telah diajar, atau pengetahuan yang dimilikinya berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian. Berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar, guru dapat:
 menentukan peringkat pembelajaran pelajarnya;
 dapat mengelak guru daripada mengulang mengajar sesuatu yang telah dipelajari atau dikuasai
pelajar;
 membantu guru merancang persediaan mengajar;
 membantu guru merancang penyediaan bahan bantu mengajar;
 menjangkakan hasil pembelajaran yang diharap dari pengajarannya
o pengisian kurikulum-ilmu/nilai/ elemen merentas kurikulum (patriotic/ tmk)
o Bahan bantu mengajar/belajar- media atau bahan yang guru gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
o Aktiviti
 Aktiviti dirancang mestilah menepati kehendak SP yg dipilih
 Selaras dgn objektif yg hendak dicapai
 Berfokus murid
 Aktiviti PAK-21 (berkumpulan, berpasangan, individu)
 Menerapkan elemen kbat
 Pendekatan modular & didik hibur
o Induksi set-Induksi set adalah permulaan pengajaran yang penting. Induksi set adalah untuk memfokuskan
atau menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran yang hendak dimulakan. dapat dibina dengan cara
menimbulkan minat serta perasaan ingin tahu mereka. Induksi set hendaklah dijalankan dengan menarik
dalam lingkungan 3 hinga 5 minit sahaja.
 Kamarudin Hj.Husin (1989) memberikan lima cara untuk membina aliran pemikiran pelajar.
1. Menarik perhatian: Pastikan pelajar sudah cukup bersedia sebelum memulakan pelajaran.
Guru boleh menarik perhatian pelajar melalui pertembungan mata, gerak isyarat, suara guru,
atau menggunakan media pandang dengar.
2. Mewujudkan motivasi: motivasi boleh diwujudkan melalui kemesraan dan semangat yang guru
tunjukkan. Selain itu guru perlu merangsang naluri ingin tahu pelajar melalui unsur-unsur luar
biasa atau sesuatu yang mencabar minda mereka
3. Struktur: Induksi set boleh juga dilaksanakan secara memberi tugasan ringkas kepada pelajar
dan meminta mereka menyiapkan tugasan itu dalam jangka masa yang singkat. Soalan guru
dapat membantu pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan cepat.
4. Membuat perkaitan: Perkaitan boleh dilakukan dengan cara membuat perbandingan atau
menyenaraikan persamaan atau perbezaan aspek yang hendak dipelajari dengan perkara
yang telah dipelajari atau diketahui oleh pelajar.
5. Guru boleh menjalankan induksi set dengan berbagai-bagai cara untuk menarik perhatian dan
membina aliran fikiran pelajar.
 Penilaian dan pentaksiran
 Penutup-Guru boleh menutup pengajarannya dengan membuat kesimpulan terhadap pelajaran yang
diajar. Pengajaran guru tidak seharusnya berhenti secara tiba-tiba terutamanya ketika pelajar
hendak keluar semasa waktu rehat. Guru hendaklah merancang pengajarannya supaya dapat ditutup
dengan baik dan berkesan. Minda pelajar hendaklah difokuskan kepada perkara yang telah dipelajari
terutamanya melalui kesimpulan, penilaian, atau aktiviti susulan (tugasan).
 Refleksi-kelebihan kekurangan penambahbaikan

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


 merupakan analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis
data keputusan peperiksaan murid di sekolah.
 Sistem ini dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan
Sekolah. Dengan adanya sistem SAPS, ianya akan memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan
peperiksaan anak mereka hanya memasuki laman web ini.
 Sistem semakan SAPS ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas
memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.
sekolah amanah
 Sekolah Amanah ialah satu program transformasi kerajaan di bawah bidang pendidikan dan pembangunan modal
insan.
 Program Sekolah Amanah merupakan usaha sama sektor awam dan swasta
 Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira
pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.
 Sekolah Amanah dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara
yang merangkumi sekolah rendah dan menengah mengikut lokasi bandar, pinggir bandar dan luar bandar yang
berprestasi rendah, sederhana dan cemerlang.
 Sekolah Amanah mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan berkaitan kurikulum, kewangan dan
sumber manusia. Autonomi yang diberikan adalah untuk menggalakkan inovasi serta lebih responsif terhadap
keperluan guru dan murid di sekolah. Autonomi yang diberi merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum,
pengagihan peruntukan mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi serta pemilihan guru dan
kakitangan bukan guru.
 Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dipertanggungjawabkan bagi
meningkatkan prestasi pelajar.
 Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian
semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik.
NILAM
 N (nadi), IL (ilmu), A (amalan), M (membaca)
 Merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah
 Mula dilaksanakan pada tahun 1999
 Program nilam ditambahbaik
o Berfokus kepada kualiti pembacaan berbanding kuantiti bahan
o Matlamat: melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid
 Pengumpulan data
o Data bacaan & aktiviti murid perlu dikumpul utk laporan kemajuan bacaan & keberhasilan selepas membaca
dibuat
o Maklumat pembacaan murid oerlu diisi oleh guru dlm system indeks kualiti nilam (IQNILAM) pd setiap
minggu pertama bulan
Sekolah wawasan
 Sekolah Wawasan yang terdiri daripada gabungan ketiga-tiga sekolah, iaitu SK, SJKC & SJKT dalam satu
kawasan dan menggunakan segala kemudahan yang ada, contohnya padang, kantin dan sebagainya
bersama-sama atau dikongsi bersama-sama.
 sekolah ini dpt mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang serta
memupuk semangat integrasi antara pelajar daripada pelbagai kaum.
 Penubuhan sekolah ini juga dapat menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
 Terdapat tiga orang guru besar berbeza dengan kumpulan guru dan juga kakitangan pentadbir yang berasingan.
 Sekolah Wawasan juga tetap menghormati bahasa dan kebudayaan etnik dan budaya sekolah masing-masing.
 Pelaksanaan Sekolah Wawasan selari dengan usaha mengekalkan identiti asal etnik di sekolah berkenaan.
 Pewujudan sekolah ini mampu menjadi titian untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia
untuk mencintai negara sepenuhnya.
 Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Di sini terhimpun pelbagai ras
dan agama.

HIP (Program Imersif Tinggi)


 satu program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang akan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar
melalui peningkatan pendedahan kepada Bahasa Inggeris.
 Ia juga bertujuan untuk memupuk tingkah-laku yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.
pengetahuan Am

Bandar Diraja *Tasik di Malaysia*


Wilayah Persekutuan Sungai Terpanjang di
1. Johor – Muar Malaysia 1. Tasik Bera (S)
1. Wilayah Persekutuan
2. Negeri Sembilan – Seri Kuala Lumpur 1. Sungai Rajang, Sarawak 2. Tasik Beris (B)
Menanti
2. Wilayah Persekutuan 2. Sungai Kinabatangan 3. Tasik Chini (S)
3. Kedah – Anak Bukit Labuan 3. Sungai Klang 4. Tasik Dayang Bunting (S)
4. Selangor – Klang 3. Wilayah Persekutuan 4. Sungai Gerik 5. Tasik Kenyir (B)
Putrajaya
5. Perlis – Arau 5. Sungai Gombak 6. Tasik Pedu
6. Perak – Kuala Kangsar
7. Taman Tasik Perdana
7. Kelantan – Kota Bharu
8. Taman Tasik Taiping
Banjaran di Malaysia
8. Terengganu – Kuala Negeri Melayu Tidak
9. Taman Tasik Putra
Terengganu 1. Banjaran Kedah – Bersekutu
Singgora 10. Tasik Putrajaya (B)
1. Kelantan
2. Banjaran Bintang 2. Terengganu 11. Tasik Temenggor
3. Banjaran Titiwangsa 3. Perlis 12. Taman Tasik Titiwangsa
Pulau di Malaysia
4. Banjaran Tahan 4. Kedah
*
1. Pulau Pangkor, Perak
5. Banjaran Nakawan 5. Johor
2. Pulau Tioman, Pahang Gunung di Malaysia*
6. Banjaran Crocker Negeri Melayu Bersekutu
3. Pulau Perhentian 1. Gunung Kinabalu (Sabah)
7. Banjaran Brassey 1. Perak
4. Pulau Kapas 2. Gunung Murud (Sarawak)
8. Banjaran Tama Abu 2. Selangor
KBSR & KSSR (Kurikulum bersepadu/standard sekolah rendah)
KBSR

 Dilaksanakan pada 1993


 Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani , emosi
& jasmani
 Matlamat:
o Memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu
o Meliputi aspek2 intelek,rohani, emosi dan jasmani agi melahirkan insan yg seimbang, harmonis & berakhlak
mulia
o Menguasai tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekitar serta bidang
perkembangan diri individu.
 penekanan utama kepada Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

KSSR

 merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan bgi kurikulum sekolah rendah sebelumnya, iaitu KBSR
 tujuan penambahbaikan adalah utk memastikan murid dibekalkan dgn pengetahuan, kemahiran & nilai yg relevan
dgn keperluan semasa bgi menghadapi cabaran abad-21
 tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
 Matlamat: melahirkan insan yg seimbang berfikiran kreatif kritis & inovatif melalui tunjang2 utama, iaitu
o Komunikasi
o Sains & teknologi
o Perkembangan fizikal & estetika
o Keterampilan diri
o Kemanusiaan dan kerohanian
o Sikap & nilai
apa beza hari kemerdekaan dan hari malaysia ?
 hari Merdeka disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas
daripada belenggu penjajahan sejak 1957.
 Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di
tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini
Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia

* noted skrg hari merdeka dipanggil hari kebangsaan 😊


sebelum membuat soalan peperiksaan, apa yg guru perlu lakukan ?
 Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut Jadual spesifikasi ujian (JSU) yang telah ditetapkan supaya ujian
yang dilaksanakan kepada pelajar mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
 Oleh itu, sebelum pembinaan item ujian dibina. Seorang guru perlu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis
objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan.
 Jadual Penentu Ujian sangat penting kerana dapat menjadi panduan kepada guru dalam pembinaan item ujian
supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran yang telah diajar.
 Justeru itu, sebelum pembinaan item ujian banyak faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan item ujian yang
dibina berkualiti dan mencapai tahap piawaian yang telah ditetapkan

JSU
 Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang
ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran
 Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan
pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan.
 Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan
pelajaran dan objektif pengajaran.
 JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu
dicapai pelajar.
 Dibina menggunakan jadual secara sistematik dan terancang
 Tujuan
o Memastikan aras kesukaran ujian setara
o Penilaian dijalankan scara sistematik
o Menjamin kesahihan penilaian
 Kepentingan
o Menjadi panduan kpd guru tntng sukatan pelajaran yg perlu diajar bgi mencapai objektif pengajaran
o Menjadi panduan kpd guru supaya item dibina merangkumi semua kandungan pengajaran drpd awal hingga akhir
o Membolehkan guru menentukan pertimbangan antara topik-topik dgn aras2 kemahiran yang akan diuji kpd murid

TAKSONOMI BLOOM
 Sistem pendidikan kini menngunakan pendekatan taksonomi bloom bagi mengubal soalan.
 Dalam pembinaan item objektif dan subjektif yang akan dibina adalah berasaskan kepada 6 aras dalam Taksonomi
Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Domain Taksonomi Bloom menitik
beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi dan eleman-eleman tersebut dibahagi kepada
2 bahagian iaitu aras rendah dan aras tinggi.

1) pengetahuan

Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa
digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.
2) kefahaman

pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mental berkait dengan
kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah
huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.

3) aplikasi

pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan
masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru.
Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.

4 ) analisis

Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi
bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah
mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.

5) sintesis

Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu
menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti.
Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku

6) penilaian

pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak
pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

" Kenapa kamu tidak siapkan kerja sekolah?"


" Kenapa kamu tidak bawa buku latihan hari ini?"

Kedua-dua soalan di atas merupakan soalan-soalan popular seorang guru kepada pelajar-pelajar dia yang tidak
menyiapkan kerja sekolah atau tidak membawa buku.

Sedarkah para guru sekelian,

Soalan-soalan tersebut sebenarnya lebih banyak memberi impak negatif dalam diri pelajar. Bertanyakan 'kenapa' hanya
akan menggalakkan mereka mencipta alasan dan pembohongan demi untuk menyelamatkan diri daripada hukuman.

Justeru itu, apakah soalan yang terbaik jika berhadapan dengan situasi seperti itu?

Gunakan soalan yang mengarah kepada solusi dan jalan penyelesaian.

Contohnya:

" Apa yang kamu perlu lakukan untuk menyiapkan latihan ?"

" Bagaimana kamu nak siapkan latihan ini?"


" Apa yang kamu akan lakukan bagi memastikan latihan ini dibuat?"

Bentuk-bentuk soalan begini lebih melatih pelajar mencipta jalan penyelesaian sendiri terhadap masalah yang dihadapi.
Bahkan, soalan-soalan ini juga turut mendidik pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab.

#gurucemerlangitupilihan

Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan pentaksiran sumatif
yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid.

PP mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah
komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.

PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT (PENTAKSIRAN TINGKATAN 3)

1 Item

2 Jadual Spesifikasi Ujian

3 Format Instrumen

4 Jadual Penggredan

5 Panduan Pemasangan Instrumen

6 Panduan Penskoran Item

7 Peraturan Pentadbiran
8 Format Pelaporan PT3

* noted bukan stakat peperiksaan Pt3 je ade pentaksiran pusat, tetapi peperiksaan spm, stpm, dan peperiksaan akhir
tahun ..

ANTARA IKHTISAS DAN BUKAN IKHTISAS


 Tahukah anda bahawa "ikhtisas" dalam konteks keguruan merujuk kepada Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) atau
Degree in Education sahaja? Sarjana atau Master degree atau sebarang sijil lain yang lebih tinggi BUKAN sijil
ikhtisas.
 Hanya pemegang sijil ikhtisas dalam Pendidikan sahaja yang boleh menjadi guru dan mengajar di sekolah
(kerajaan).
 Ini bermakna seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan contohnya iaitu BUKAN bidang
Pendidikan, yang kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana atau Master degree dalam Pendidikan TIDAK BOLEH
menjadi guru dan mengajar di sekolah (kerajaan).
 Walaupun begitu, keadaan di atas berbeza dengan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan
contohnya, yang kemudiannya mengambil diploma pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
 Ini menunjukkan bahawa bukan sebarangan pemegang Ijazah Sarjana Muda boleh menjadi guru dan mengajar di
sekolah (kerajaan). Calon mestilah dari aliran Pendidikan atau sekurang-kurangnya telah melalui Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah atau Diploma atau yang setaraf dengannya.
 Oleh itu, jika anda terlihat/terdengar iklan pengambilan guru khususnya bagi institusi swasta yang menyatakan
bahawa calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam sebarang bidang (selain Pendidikan) TETAPI
mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan diterima, maka ketahuilah bahawa syarat tersebut TIDAK
menekankan pemilikan sijil ikhtisas dalam Pendidikan.
✅ apa tindakan yg akan dikenakan pada seorang guru sekiranya tidak menyiapkan buku rekod pengajaran ???

Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak
kurang daripada RM500 – berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997

💪🏻 apakah ciri2 objektif pembelajaran yg baik ???? ‼️‼️

❗️beroreintasikan murid

❗️menghuraikan hasil pembelajaran

❗️jelas dan boleh difahami

❗️boleh terlihat
maksud refleksi 🥰

pengertian refleksi dari sudut keguruan dapat didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan bagi menceritakan semula
perkara yang terjadi atau dilalui sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi juga dapat ditakrifkan sebagai proses untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah
difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara bagi memperbaiki dan merancang dengan
cara pengubahhsuaian agar proses PdP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan
menarik.

🤵🏻 bagaimana nk tulis objektif pembelajaran?????

🏻 ‍🎓 terima kasih kepada yg berbahagia dato di atas soalan tersebut, seperti yg kita tahu, objektif pembelajaran
merupakan penyataan yg menerangkan apa yg ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran, kemahiran
apa? topik apa ? dari bahan apa ? dan berape banyak soalan atau latihan untuk dinilai dan sebagai kayu ukur dan
bagaimana kamahiran itu dapat dinilai secara zahir ..
menjawab tentang persoalan yg berbahagia dato tadi, iaitu bagaimana hendak menulis objektif pembelajaran yg pertama
mestilah merujuk kepada dskp, kerana apabila kita tidak merujuk kepada dskp , objektif pembelajaran akan menyeleweng
dari topik yg asal

dan yg kedua ialah mesti menggunakan kaedah SMART iaitu

Specific = kemahiran yang ingin dikuasai itu dituliskan dengan jelas mengiktu konteks dan juga panduan bahan. 

- .....menulis perenggan pendek berdasarkan gambar yang diberi

(menulis di sini adalah satu kemahiran yang spesifik, perenggan pendek adalah produk dan gambar yang diberik adalah
konteks).

M: Measurable = boleh diukur.

- .....menulis perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat....

A: Attainable/Achievable  = murid mampu untuk melaksanakan tugas ini berdasarkan kemahiran asas mereka.

R: Realistic = sesuai mengikut konteks murid dan bersesuaian dengan keperluan kemahiran pembelajaran.

- ....murid menulis perenggan untuk menghuraikan kejadian dalam gambar (gambar yang murid fahami dan boleh kaitkan
dengan kehidupan mereka dan bukan sesuatu yang terlalu abstrak).
T: Timely = boleh dibuat dalam masa yang ada. Bilangan ayatnya boleh disudahkan dalam masa yang diberikan.

Contoh objektif pembelajaran yang lengkap:

Di akhir Pdpc, murid boleh menulis satu perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat dengan tanda baca yang
betul untuk menerangkan kejadian yang berlaku dalam gambar yang diberikan.

https://t.me/tipssoalanspp

❗️❗️bagaimana menulis refleksi ??

ini cara penulisan refleksi

Apakah pencapaian murid?


- Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?

- Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?

(dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai? 

- Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?- Apakah aktiviti yang paling murid enjoy?

- Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?

4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan? 

- Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama
aktiviti atau intervensi perlu spesifik).

Contoh (intervensi) penambahbaikan:

- menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata

- mengolah soalan agar murid memahami soalan

- menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras

- mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid

- menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan

- memberi lebih 'wait time' untuk murid respon

- menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation'


dan sebagainya. 

https://t.me/tipssoalanspp

‼️‼️apakah kepentingan refleksi di dalam RPH ? 🤵🏻

- Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan

- Membina intervensi

- Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang

- Memahami prestasi murid

- Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc

- Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas


https://t.me/tipssoalansp

🤵🏻Set Induksi??apa tu??..

Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang

❤️idea

❤️teknik

❤️proses

❤️aktiviti

❤️sumber

‼️‼️‼️bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlu
merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu.

‼️‼️‼️Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit


https://t.me/tipssoalanspp

🤵🏻 apa itu RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan)

Rpt ini merupakan himpunan Rancangan Pengajaran Tahunan yang dikumpulkan dari semasa ke semasa untuk
kegunaan semua guru dalam membantu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan sekaligus menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang merangkumi RPT bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

_______________________________________________________________________________________________

SOALAN : apa itu taksonomi bloom ? ANDERSON 1994 - 2001 (PERUBAHAN KATA NAMA KE KATA KERJA)

= pendidikan ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan.

Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan
psikomotor.
Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:

1 Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan,
pengertian, dan ketrampilan berfikir,

2 Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan
cara penyesuaian diri.

3 Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran.

Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud
cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

SOALAN : Apakah yang dimaksudkan kelas minda pertama itu?


 ‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan
pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia
 Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
 aktiviti yg menyamai minda kelas pertama

✅ gemar membaca

✅ mempunyai fikiran kbat

✅pemikiran holistik

✅kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

✅pembentukan sahsiah

✅ pemupupan nilai murni

SOALAN : Pelaksana program TVET di Malaysia (2021)


1) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

2) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

3) Kementerian Sumber Manusia (KSM);

4) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

5) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);

6) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI);

7) Kementerian Kerja Raya (KKR);

8) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC);

9) Kementerian Dalam Negeri (KDN);

10)Kementerian Pertahanan (KEMENTAH); dan

11) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Sumber: Majlis TVET Malaysia


Formatif & sumatif
BIDANG TUGAS GURU KELAS

PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua kelas, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha, Bendahari,
AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK Kokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.

2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

a) Jadual Waktu

b) Jadual Tugas Harian

c) Struktur Organisasi Kelas

e) Pelan Larian Kecemasan

f) Gambar-gambar pemimpin

g) Sudut Bacaan

h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori

4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat

5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.
7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan
kelas

SOALAN : apakah kepentingan ujian psikometrik ?

Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran

pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti.

Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang

kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang

individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan

individu itu.

Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang

seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan

tujuan ujian psikometrik dilakukan di sekolah ?? ‼️‼️‼️

✅diperingkat sekolah rendah, tujuan kaunselor menggunakan ujian psikometrik adalah untuk
mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi serta

minat / kecenderungan dalam bidang tertentu.

✅Di peringkat menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan
kemahiran umum murid

dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya

serta minat / kecenderungan dalam bidang tertentu.

✅Manakala di peringkat menengah atas,

tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta

minat / kecenderungan dalam bidang yang lebih spesifik

SOALAN : Hari Guru : Kenapa Sambut Pada 16 Mei?

ebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-
Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan
semenjak itu

berguru demi ilmu, bina generasi baharu

SOALAN : apa aktiviti yang ingin anda pada hari kebangsaan semasa berada di sekolah ??

1 Pertandingan nyanyian lagu patriotik

2 Pertandingan kuiz Hari Kebangsaan

3 Pertandingan mendeklamasi sajak kemerdekaan

4 Pertandingan melukis poster Hari Kebangsaan

5 Pertandingan mewarna

6 Pertandingan menulis esei

7 Pertandingan membina replika/ tugu kebangsaan

8 Pertandingan pakaian bertema Hari Kebangsaan/ Jalur Gemilang

9 Pertandingan pantun Hari Kebangsaan

10 Pertandingan hasilkan video pendek kemerdekaan

11 Pertandingan sudut kemerdekaan

12 Pertandingan teka silang kata kemerdekaan

13 Pertandingan sukan warisan/ tradisional (gasing, wau dll)


14 Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang sejarah kemerdekaan

15 Pertandingan menghias basikal

16 Pertandingan drama sebabak/ patriotisme

17 Pertandingan tarian tradisional

18 Pertandingan menghias kelas

19 Pertandingan memasak masakan tradisional

Negeri: Pahang

SOALAN : apakah maksud modal insan ??

Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang
berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan
merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara.

SOALAN : Tanggungjawab guru kepada masyarakat

1) sebagai pakar rujuk dalam kehidupan masyarakat, kerana guru mempunyai ilmu pengetahuan yg tinggi
2) guru haruslah membimbing masyarakat tentang pentingnya perpaduan

3) guru sebagai teladan dan juga role model

4) guru egen perubahan pada masyarakat

SOALAN : mengapa KPT dan KP diggabungkan ??

1. Melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di samping berkongsi sumber dan kepakaran
di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara ini.

2. Urusan lebih cekap – Ia melambangkan keprihatinan kepimpinan beliau untuk melihat bidang pendidikan di negara kita
dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.
3. Transformasi pendidikan – Usaha transformasi pendidikan supaya dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila
kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu
lonjakan berganda dalam pendidikan negara.

SOALAN : maksud kurikulum ❌❌❌

Definisi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untukmencapai matlamat pendidikan.

Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untukdiperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley &
Evans, 1992; kurikulum bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah.

SOALAN : Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat?

J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu
mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah.

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja
menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan.
Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari.

SOALAN : apakah yang dimaksudkan dengan konsep sekolah cemerlang ??

🏻 ‍🎓

Sekolah berkesan ialah sekolah yang dapat memberi kesan dan pengaruh ke atas kecemerlangan sekolah.

Pentadbir sekolah berkesan mampu merancang, melaksana serta memenuhi matlamat dan objektif dengan
mengembleng sumber-sumber yang ada secara optima.

Keberkesanan juga dilihat dari kemampuan pentadbir sekolah memahami dan dapat menyelesaikan masalah sebenar
serta mengatasi kekangan yang ada di bawah kawalannya dalam ketetapan masa yang sesuai. Purkey dan Smith (1983)

telah mengenalpasti ciri-ciri prosesnya seperti berikut

❗️❗️❗️adanya perancangan secara kolobaratif dan ada hubungan kesejawatan di kalangan kakitangannya,
❗️❗️❗️semangat kesepaduan dan kekeluargaan yang tinggi dan mantap di kalangan stafnya,

❗️❗️❗️matlamat sekolah jelas difahami dan dihayati oleh semua kakitangan,

❗️❗️❗️ada penghargaan yang tinggi terhadap setiap sumbangan kakitangan,

❗️❗️❗️sekolah dalam keadaan tenteram dan teratur di mana guru dan murid-murid mempunyai disiplin yang tinggi.

SOALAN : apa yang kamu tahu tentang program perkasaKU ??

Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) bagi merapatkan jurang pembelajaran yang berlaku
berikutan pandemik COVID-19.

empat perkara utama yang perlu diberi fokus oleh semua guru dalam program berkenaan untuk dilaksanakan iaitu

1) Strategi Pengukuhan dan Pengayaan yang bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran yang timbul akibat
pelbagai kekangan semasa melaksanakan PdPR.
2)Kedua, Program Pemugaran Literasi dan Numerasi yang merupakan strategi bagi membantu murid, guru dan ibu bapa
atau penjaga untuk mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid yang
khususnya kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) yang belum menguasai tahap minimum 3M (membaca, menulis dan
mengira) semasa PdPR.

3) Ketiga ialah memastikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan proses berterusan dan komponen penting
bagi mendapatkan maklumat untuk mengenal pasti dan merekod perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
murid dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) atau PdPR tidak diabaikan,”

4) keempat adalah satu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mengurus, menyimpan dan
menyediakan akses kepada bahan dalam bentuk digital telah disediakan.

Menurutnya guru-guru, ibu bapa dan murid boleh mengakses bahan tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja
selain bahan itu seharusnya dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin oleh semua pihak bagi memberi impak positif
terhadap pendidikan setiap murid.

SOALAN : berikan 5 aspirasi sistem yg terdapat dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025

❤️5 aspirasi sistem

Akses
Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan
mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan
kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

❤️Kualiti

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di
Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk
meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS
dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja).
Pentaksiran tambahan

yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu
dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

SOALAN : pakah FUNGSI SURUHANJAYA PENDIDIKAN (SPP) ??

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan,
pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat,
pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan

tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan,
perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga
Rayuan Tatatertib.

SOALAN : apa itu Falsafah Pendidikan Guru (FPG)?? 🤵🏻🤵🏻

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

SOALAN : Apa itu mastery learning

🏻 ‍ 🧑🏻‍🎓 menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) telah menyatakan bahawa Pembelajaran Masteri
🎓🏻
merupakan sesuatu pendekatan pembelajaran dan pengajaran untuk meastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasilakn dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualit

Konsep Pembelajaran Masteri

• Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
• Pendekatan ini memerlukan proses PdP yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa
pembelajaran yang diperlukan

• Cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi pembelajaran untuk memastikan
semua pelajar mencapai keupayaan yang sama.

SOALAN : Apa yang menyebabkan munculnya falsafah pendidikan kebangsaan ??

Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran.

Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju
pendidikan.

Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek
pembangunan kemanusiaan.

Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidkan,
SOALAN : apa elemen kemahiran insaniah ???

Elemen kemahiran insaniah yang perlu ada kepada seseorang individu adalah unsur-unsur yang ada dalam kemahiran
intrapersonal dan kemahiran interpersonal, seperti berikut:

1. Kebolehan berkomunikasi.

2. Penampilan diri.

3. Keyakinan diri.

4. Konsep diri.

5. Kerja berpasukan.

6. Kefasihan berbahasa sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris.

7. Kebijaksanaan menjaga perhubungan dengan orang lain.

8. Kebijaksanaan menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa, khususnya dalam menghadapi

situasi budaya masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

9. Kebolehan menggunakan kata panggilan yang betul dan sopan dalam komunikasi.

10. Kebolehan mengawal emosi dan menguruskan tekanan.

11. Kebolehan menangani dan menyelesaikan masalah.

12. Kemahiran memotivasikan diri

SOALAN : apa yang anda faham tentang Maksud Demokrasi Berparlimen???


- Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini bermaksud,rakyat
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.

- Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya. Dalam proses pilihan raya, rakyat diberi mandat
untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen.
Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Malahan
rakyat di negara ini telah diberi pengalaman terlibat dalam pilihan raya sejak tahun 1952 lagi.

- Sistem ini telah dipupuk perkembangannya dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Kestabilan ini telah
membolehkan rakyat menikmati keamanan dan kemajuan dalam bidang ekonomi , politik, sosial dan sebagainya hingga
ke hari ini

SOALAN : APA Yang anda tahu tentang DASAR SAINS TEKNOLOGI INOVASI NEGARA 2013-2020

• agenda untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih kompetitif dan cekap melalui asas STI yang kukuh.

• dirumus berdasarkan pencapaian, cabaran dan iktibar yang diambil dari pelaksanaan dasar terdahulu.

• menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan sebuah negara maju sains untuk transformasi sosio-
ekonomi dan pertumbuhan inklusif.
• Visi dasar – sebuah negara maju sains bagi transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif

• Misi dasar – memaju dan mengarusperdana STI di semua peringkat dan dalam semua sektor.

• Berlandaskan 5 asas tersebut, DSTIN memberi fokus kepada 6 teras strategik seperti berikut:

(i) Memajukan Bidang-bidang Penyelidikan dan Pembangunan Saintifik

dan Sosial, dan Pengkomersialan (R,D&C);

(ii) Membangun, Memupuk dan Menggilap Bakat;

(iii) Menggiat dan Mencergaskan Industri;

(iv) Mentransformasi Tadbir Urus STI;

(v) Menggalak dan Memupuk Kesedaran STI;


(vi) Mengukuhkan Hubungan Strategik Antarabangsa

SOALAN : program yg dijalankan dalam laporan 2020 pppm

✍🏻✍🏻ekuiti

Bagi mencapai matlamat menempatkan negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun, sebanyak lapan (8) inisiatif telah dilaksana:

• Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu

• Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris

• Pengukuhan Pendidikan STEM

• Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam

Pembelajaran Abad ke-21

• Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dalam Pendidikan


• Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

• Pemerkasaan Insititut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru

• Pelaksanaan Program Penguasaan Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

SOALAN : maksud raja berpelembagaan

bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.

Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu Yang
memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu
secara bergilirgilir.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Yang di- Pertuan Agong Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.

Tonggak negara dan Ketua Utama Negara.Merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

Sistem ini malah membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan
keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat serta rakyat yang dinaungi oleh raja.

SOALAN : HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN KURIKULUM


KEBANGSAAN

FPK merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia.

Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan terjemahan falsafah pendidikan.

Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas.
Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Di dalam FPK, terdapatnya kurikulum kebangsaan
dimana:

Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia iaitu:

1) KSPK – pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.

2) KSSR – kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah.

3) KSSM - kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah.

Kurikulum Kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum rasmi yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang
mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian.

Kurikulum ini diangkat sebagai kurikulum rasmi negara Malaysia setelah diterima dan dilaksanakan terhadap sekolah-
sekolah di seluruh Malaysia.

SOALAN : HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN KURIKULUM


KEBANGSAAN
FPK merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia.

Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan terjemahan falsafah pendidikan.

Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas.

Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Di dalam FPK, terdapatnya kurikulum kebangsaan
dimana:

Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia iaitu:

1) KSPK – pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.

2) KSSR – kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah.

3) KSSM - kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah.

Kurikulum Kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum rasmi yang telah sempurna dibentuk oleh FPK yang
mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian.
Kurikulum ini diangkat sebagai kurikulum rasmi negara Malaysia setelah diterima dan dilaksanakan terhadap sekolah-
sekolah di seluruh Malaysia.

SOALAN : Kaedah Pentaksiran Secara Pemerhatian

‼️‼️‼️Pentaksiran secara pemerhatian boleh dijalankan dengan menggunakan aplikasi yang sesuai seperti Google Meet,
Telegram, WhatsApp, Zoom atau aplikasi lain bagi membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid
dalam setiap mata pelajaran. Murid boleh membuat rakaman video proses melaksanakan sesuatu tugasan seperti aktiviti
dan eksperimen yang diberikan oleh guru. Guru memberikan maklum balas atau membuat pentaksiran berdasarkan
rakaman video. Guru juga boleh memerhati dan mentaksir tingkah laku murid semasa mereka berinteraksi dengan guru
atau dengan murid lain melalui aplikasi yang bersesuaian.

🥰🥰. Kaedah Pentaksiran Secara Lisan

‼️‼️‼️Pentaksiran secara lisan boleh dijalankan apabila guru mengadakan sesi soal jawab dan memberikan maklum balas
secara lisan kepada murid tentang pembelajarannya. Guru juga boleh mengajukan soalan yang efektif untuk mencungkil
pemahaman murid tentang sesuatu perkara yang dipelajarinya. Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan
aplikasi dalam talian yang sesuai seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp, Telegram atau aplikasi lain
yang boleh digunakan untuk mentaksir jawapan murid secara lisan. Murid juga boleh merakam dan menghantar hasil
kerja dengan menggunakan aplikasi tersebut.

🥰🥰 Kaedah Pentaksiran Secara Bertulis

‼️‼️‼️Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid seperti karangan,
laporan projek, latihan bertulis dan sebagainya melalui pelbagai aplikasi dalam talian seperti Telegram, Zoom, WhatsApp,
atau aplikasi yang lain. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan aplikasi Google Docs, Google
Slides, Google Forms atau aplikasi yang sesuai. Murid juga boleh menghantar hasil kerja bertulis melalui aplikasi yang
digunakan oleh guru atau peralatan lain seperti kamera, video dan pengimbas. Guru juga menyemak hasil kerja bertulis
murid dengan memberikan maklum balas melalui aplikasi dan medium yang sesuai.

SOALAN : Merekod dan Pelaporan PBD

Guru perlu merekod maklumat pentaksiran yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian masing-
masing.

Rekod ini boleh digunakan bagi membantu guru menentukan tahap penguasaan murid. Guru masih menggunakan
templat pelaporan PBD yang sedia ada di
portal BPK untuk tujuan pelaporan PBD walaupun melaksanakan PdP dan PBD secara dalam talian.

Pelaporan masih dilakukan sekurang- kurangnya dua kali setahun

SOALAN : bilakah sambutan hari wilayah persekutuan diraikan ???

‼️‼️pada 1 Februari setiap tahun

2) mengapa Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya digelar Wilayah Persekutuan?

‼️‼️Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada
Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan
untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung.

Labuan pula diangkat menjadi Wilayah Persekutuan kedua pada 1984 diikuti Putrajaya pada 2001.

SOALAN : apa maksud negeri melayu bersekutu ??


❤️❤️dibawah satu pentabiran yg sama iaitu pada ketika itu british menggabungkan 4 negeri tersebut

dan namakan 4 negeri melayu bersekutu tersebut

1) perak

2) selangor

3) pahang

4) negeri sembilan

SOALAN : Apakah yang dikatakan “Didik Hibur”?

‼️Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur.

‼️Bersifat santai dan menyeronokkan di bawah keadaan terkawal.

‼️Memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang

menyeronokkan
‼️Menggunakan pelbagai jenis aktiviti yang menarik dan bermakna seperti

penyelesaian masalah, kerja projek, berlakon, simulasi, gerakan badan,

menyanyi.

‼️Tiada unsur menang, kalah, ganjaran atau dendaan semasa PdP.

‼️Aktiviti berkumpulan atau berpasangan untuk mewujudkan semangat kerja

berpasukan, kerjasama dan toleransi.

‼️Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea.

You might also like