Latihan Bab 1 Sejarah Ting 4

You might also like

You are on page 1of 1

LATIHAN BAB 1 SEJARAH

1. Apakah 6 ciri-ciri negara bangsa?

a) Kerajaan

b) Rakyat

c) Kedaulatan

d) Wilayah pengaruh

e) Undang-undang

f) Lambang kebesaran

2. Apakah undang-undang yang terdapat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a) Hukum Kanun Melaka

b) Undang-Undang Laut Melaka

3. Apakah definisi :-

a) wilayah taklukan :

Wilayah taklukan ialah wilayah yang diperoleh melalui peperangan. Antara wilayah yang ditakluk
termasuklah Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar.

b) wilayah naungan :

Wilayah naungan ialah wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka sama ada
melalui perkahwinan atau persahabatan. Contoh wilayah naungan ialah Lingga, Patani dan Kedah.

c) perolehan wilayah melalui perkahwinan :

Contoh perolehan wilayah melalui perkahwinan ialah kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan
kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit.

(Buku teks muka surat 6-7)

Buat bacaan tajuk 1.3 dan 1.4 muka surat 8 hingga 13 dan buat catatan isi penting di dalam buku
nota.

You might also like