You are on page 1of 2

Dato Bahaman merupakan ulama islam yang menentang kuasa asing di Pahang.

Beliau juga dikenali


sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Antara perngorbanan beliau ialah menolak
pelaksanaan undang- undang British seperti sistem kehakiman , pemungutan hasil tanah , sistem cukai
, dan penubuhan pasukan polis luar di Pahang. Beliau juga terus menentang British apabila anak –
anak beliau ditangkap oleh British. British telah menangkap anak – anak beliau kerana dipercayai
terlibat dalam pemberontakan yang mengugat keamanan di Pahang.

Selain itu , beliau bersama anaknya Mat kilau , Imam Rasul dan Tok gajah berjaya menawan balai
polis Lubuk Terua yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British. Beliau melakukan penentangan ini
kerana pembinaan balai polis di Lubuk terua , mencabar kuasa beliau sebagai pembesar di Lubuk Terua .
Pihak British tidak melakukan rundingan terlebih dahulu dengan Dato Bahaman tentang pembinaan balai
polis ini. Pembinaan balai polis ini juga di kawasan lingkungan pengaruh Dato Bahaman.

Seterusnya beliau telah menawan dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Walaupun
penentangan yang dilakukan oleh Dato Bahaman dan pengikutnya meliputi kawasan Kuala Lipis , Raub ,
Bentong , Jerantut , Kuantan , Maran dan Temerloh tetapi penentangan ini berjaya dipatahkan oleh pihak
British.

Akibat daripada tekanan yang kuat daripada British telah menyebabkan Dato Bahaman berundur ke
Kelantan . Di sana beliau mendapat sokongan dan dorongan dari pembesar Kelantan dan Pahang untuk
menentang British dari Pahang. Dengan bantuan yang dihulurkan oleh mereka , beliau sekali lagi
menghidupkan misinya untuk menghalau British. Walaubagaimanapun , penentangan ini berjaya dipatahkan
oleh British .

Akhirnya , beliau telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik dan bantuan
ketenteraan daripada Raja Chulalongkorn. Dengan ini , beliau melakukan serangan terakhir beliau dalam
misi mempertahankan Pahang daripada pegangan British . Walaubagaimanapun , serangan beliau tetap
gagal. Kemudian beliau menetap di Chieng Mai dan meninggal dunia di sana.

Posted 28th September 2016 by Muhammad Zarif

You might also like