You are on page 1of 34

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

(BBV 30103)

FPTV, UTHM
BAB 1

Konsep Asas
Kawalan Motor
Definisi

 Kawalan adalah merupakan alat atau satu set


alat yang mengurus, mengarah atau mengawal
atur tingkah laku sesuatu alat yang lain.
 Kawalan motor boleh dirumuskan sebagai satu
sistem yang terdiri daripada gabungan
beberapa peralatan yang bertujuan untuk
mengawal pergerakan motor sama ada motor
satu fasa ataupun tiga fasa.
Pengenalan

 Motor boleh digerakkan laju atau perlahan, ke hadapan


atau ke belakang serta boleh dihentikan iaitu dengan
cara mengadakan sistem kawalan motor.
 Dalam penggunaan harian biasanya motor hanya
digunakan untuk mengerakkan atau memutarkan
sesuatu peralatan. Sebagai contoh, kipas angin dan
mesin basuh.
 Putaran kehadapan atau ke kebelakang amat
diperlukan bagi jentera angkut seperti kren untuk
memudahkan kerja-kerja mengangkut barang sama
ada ke depan atau ke belakang.
 Bagi motor yang berukuran besar, ianya tidak boleh
dihidupkan secara membekalkan terus dengan bekalan
kerana arus permulaan motor amatlah tinggi.
 Oleh yang demikian,motor-motor besar tersebut
mestilah dipasangkan dengan alat-alat kawalan yang
sesuai bagi mengelakkan bahaya arus permulaan yang
tinggi.
 Diantara jenis kawalan yang biasa digunakan ialah,
kawalan terus pada talin (D.O.L.), kawalan mara-
songsang,kawalan turutan, kawalan auto pengubah,
kawalan bintang-delta dsb.
Pemencil
(Isolator)
Pemencil (Isolator)

•Sebarang alat yang dapat memutuskan


bekalan pengagihan kepada pengguna dengan
membukakan sambungan dawai hidup dan
neutral secara serentak jika salah satu kutub
bekalan itu tidak berbumi .
•Bagi bekalan 3-fasa berbumi, pemencil itu
tidak perlu membuka dawai neutral. Pemencil
yang digunakan bagi bekalan 3-fasa berbumi
ini dipasang dengan suis 3 kutub berangkai
Secara amnya fungsi Pemencil ialah seperti berikut:

 Untuk bekalan 1 fasa – ia menggunakan suis 2 kutub berangkai.


 Untuk bekalan 3 fasa – ia menggunakan suis 3 kutub berangkai.
 Tujuan mengadakan pemencil – mengasingkan litar dan seterusnya dapat
melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku
kebocoran dan sentuhan renjatan.
 Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar.
 Selain itu, pemencil boleh digunakan untuk memutuskan bekalan sebelum
kerja – kerja membaiki kerosakan atau membuat pendawaian tambahan.
 Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan kadaran arus bekalan dan
beban.
 Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa arus beban penuh dan
berkeupayaan memutuskan dan menyambungkan bekalan seperti yang
diperlukan.
Perlindungan
Litar Pintas
Maksud Litar Pintas

– Litar pintas adalah sambungan berintangan sangat rendah antara


dua titik yang berbeza voltannya di dalam litar elektrik secara
tidak sengaja.

– Ia mengakibatkan lebihan arus elektrik mengalir melaluinya yang


hanya dihadkan oleh rintangan setara Thevenin bagi sebahagian
baki rangkaian pendawaian serta berpotensi mengakibatkan
kerosakan litar, lampau panas, kebakaran atau letupan

– Di dalam analisis litar, istilah litar pintas digunakan bagi merujuk


kepada sambungan berimpedans sifar di antara dua titik. Keadaan
ini memaksa kedua-dua titik tersebut untuk berada pada voltan
yang sama.
Contoh – Contoh Litar Pintas

Di dalam perkakasan elektrik, litar pintas secara


tidak sengaja biasanya disebabkan oleh penebat
wayar elektrik yang sudah terkoyak atau reput,
ataupun apabila terdapat bahan pengalir di
antara wayar-wayar tersebut, menyebabkan arus
elektrik mengalir pada arah yang tidak
sepatutnya.
 Di dalam bekalan elektrik sesalur, litar pintas
boleh berlaku antara dua fasa, antara wayar
fasa dengan wayar neutral atau antara wayar
fasa dengan wayar bumi. Litar pintas
sebegini mengakibatkan arus elektrik yang
sangat besar mengalir serta mengaktifkan
alat perlindungan lebihan arus.
Contoh Pelindung Litar Pintas

 Fius digunakan untuk melindungi litar


elektrik. Apabila litar elektrik menerima arus
elektrik yang melebihi keupayaan fius, maka
litar elektrik akan terbuka akibat fius terputus.
Ini akan menyelamatkan alat elektrik yang
digunakan. Tujuan meletakkan fius pada
setiap litar elektrik ialah untuk mengelakkan
litar elektrik tersebut daripada menerima arus
yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan
menyebabkan fius lebur dan terbuka.
Contoh fius:
Perlindungan
tanpa voltan
Perlindungan Tanpa Voltan

 Perlindungan tanpa voltan bererti melindungi


motor daripada dihidupkan semula tanpa
menggunakan pemula setelah berlaku
gangguan (pemutusan) bekalan semasa
motor itu berputar atau terputus bekalan
kerana kerosakan di litar.
 Mengelakkan motor hidup dengan sendiri
setelah bekalan kembali pulih (Gegelung
Tanpa Voltan).
Litar Asas
Kepentingan

 Untuk mengelakkan motor hidup semula.

 Untuk mengurangkan kelajuan motor dan


arus tinggi di angker.

 Untuk mengelakkan kerosakan pada motor.


Pelindung Beban
Lampau
Pelindung Beban Lampau

 Arus beban lampau bermaksud pertambahan


arus litar yang disebabkan oleh pertambahan
beban sama ada beban mekanik kepada
motor atau beban elektrik dalam litar elektrik
di mana semua pertambahan beban ini
memerlukan arus lebih untuk membolehkan
ia berkerja.
 Pertambahan kepanasan di kabel dan
kerosakan penebatnya yang boleh
mengakibatkan kebakaran.
 melindungi motor DC arus beban lampau
(Peranti Beban Lampau).
Tujuan

 Melindungi motor daripada kepanasan


(terbakar) disebabkan oleh arus berlebihan.
 Melindungi kabel daripada rosak
 Jangka hayat Motor lebih lama
 Peranti Beban Lampau - Menghilangkan
tenaga elektrik terhadap penghidup dan
menghentikan sesebuah motor secara
automatik apabila arus yang berlebihan
melaluinya.
Pemutus Litar Cara Terma
Pemutus Litar Cara Terma

 Komponen yang terlibat dalam kendalian ini


terdiri daripada lapisan dwilogam yang
dicantumkan kepada satu sesentuh sebagai
satu tempat sambungan suis.
 Jika arus yang masuk ke litar itu tidak
melebihi jumlah yang dihadkan, dwilogam itu
tidak akan memberi apa – apa kesan
(sesentuh masih membuat sambungan
seperti biasa).
 Tetapi apabila arus itu melebihi arus yang
dihadkan masuk ke dalam litar, dwilogam
akan menjadi panas dan seterusnya
meleding (kerana kadar pengambangannya
berbeza).
 Apabila keadaan ini terjadi, litar akan terbuka
kerana tarikan spring.
 Kadaran arus pemutus litar ini boleh
dilaraskan dengan skru pelaras, jadi ia akan
membuka sambungan dengan cepat atau
sebaliknya mengikut pelarasan skru itu.
Pemilihan Geganti Beban
Lampau Jenis Haba

 Arus beban penuh bagi motor – Motor yang


mempunyai kuasa kuda dan kelajuan yang
sama tidak bermakna mempunyai arus
beban penuh yang sama – Rujuk pada nama
plat motor
 Jenis motor – Kadar kerja berbeza –
berterusan atau jenis tidak berlanjutan.
 Perbezaan suhu yang mungkin berlaku di
antara motor dan alat kawalan. – ( 40°C
,50°C atau 55°C ). Perlu rujuk katalog
pembuat
Kait Punca
Pelindung Kait Punca
 Kait punca digunakan untuk menahan daripada
kendalian yang salah dan memberikan kendalian
turutan yang betul.
 Kait punca terbahagi kepada dua jenis iaitu kait
punca secara manual dan secara automatik.
 Apabila punat PBSa ditekan, gelung MC-b akan
bertenaga. Namun apabila punat PBSb ditekan,
tidak apa-apa akan berlaku. Ini adalah kerana
sesentuh gelung MC-b sedia tutup yang
disambungkan kepada litar terbuka PBSb. Pada
masa yang sama gelung MC-a tidak boleh
bertenaga. Proses ini dinamakan kait punca.
Pelindung kait punca
Kait punca pemegang

 Kait punca pemegang adalah sesentuh


tambahan sedia buka yang dipasang
sebagai bentuk asas ke atas penghidup
magnet dan penyentuh.
 Kait punca pemegang memberikan litar
pemegang untuk pengidup selepas punat
tekan hidup dilepaskan.
 Bagi penyentuh jenis kecil, kaip punca
pemegang adalah sama seperti sesentuh
kuasa
Kait Punca Motor Tiga Fasa

 Litar Pemula

 FullVoltage Starting Method (DOL -


Direct On Line)
 Star – Delta Starting Method (Y - Δ)
 Autotransformer
Full Voltage Starting Method (DOL -
Direct On Line)

 Voltan penuh talian dibekalkan kepada motor


melalui sesentuh (contactor).
Star – Delta Starting Method (Y - Δ)

 Star.
– Keadaan ini menjadikan nilai voltan fasa ialah
1/√3 daripada voltan talian, iaitu 240V
 Delta
– Bekalan terus ke motor 415V

 Proses permulaan dan pertukaran star –


delta hanya mengambil masa beberapa saat
sahaja.
Autotransformer

 Pada permulaan transfomer memberi


bekalan pada motor 240V
 Setelah beberapa ketika bekalan terus ke
motor 415V
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like