You are on page 1of 11

(https://www.yadim.com.

my/v2) 

Home (https://www.yadim.com.my/v2) » Persuasif (https://www.yadim.com.my/v2/category/tips-


pilihan/) » Said Nursi gariskan tiga musuh umat Islam

Said Nursi gariskan tiga musuh umat


Islam
 Editor Yadim(https://www.yadim.com.my/v2/author/yadim/)
 Fri,25 May, 2018(https://www.yadim.com.my/v2/2018/05/25/)  1485
 No Comments(https://www.yadim.com.my/v2/said-nursi-gariskan-tiga-musuh-umat-islam/#respond)

Tokoh Islam Turki gabung ilmu sains, agama Hasil Risalah An Nur
Burung tidak boleh terbang dengan satu sayap sahaja. Begitu jugalah ilmu yang perlu digabungkan seiring antara
sains dan agama supaya kita dapat memahami alam semesta melalui bahasa sains serta hakikat iman.
Hebatnya ulama terkemuka, Badiuzzaman Said Nursi, beliau mempelajari ilmu sains dan disinergikan dengan ilmu
teras Islam hingga menghasilkan Risalah An Nur (Risale I Nur), iaitu tafsir al- Quran yang membahaskan masalah
mendasar dalam kehidupan manusia.
Risalah An Nur membuka jalan baharu kepada hakikat dan ilmu dalam mengenal Allah SWT yang digambarkan
oleh Said Nursi sebagai jalan al-Quran serta sahabat Nabi SAW melalui warisan kenabian. Ia juga
mengetengahkan pandangan tidak bercanggah antara agama dan sains.

(https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2018/05/DSC_8320.jpg)
Sesuai dengan gelaran diberi Badiuzzaman atau Keagungan Zaman kerana kemampuan menguasai ilmu
tradisional agama dan sains moden, dakwah Said Nursi menggunakan pendekatan mudah bagi membolehkan
semua lapisan masyarakat memahami mesej ingin disampaikan.
Beliau mengorbankan 83 tahun hidupnya dan bertahan menghadapi semua kezaliman terhadap dirinya demi
perjuangan menyelamatkan keimanan melalui penulisannya yang menjadi khazanah Islam yang relevan hingga
saat ini.
Pengerusi Persatuan Persaudaraan Afrika, Semsettin Turkan, berkata pada usia 18 tahun Said Nursi sudah
memulakan madrasahnya dan memperkenalkan sistem pendidikan baharu kepada kerajaan Uthmaniyah ketika itu.
Beliau menjelaskan, Said Nursi menggariskan tiga musuh umat Islam, iaitu kejahilan, kemiskinan dan ikhtilaf,
manakala cara untuk mengatasinya turut diberi dengan menekankan pendidikan, seni perniagaan serta kesatuan.
‘Konsep pendidikan menurut Said Nursi mesti menggabungkan tiga unsur, iaitu ilmu agama, pengetahuan semesta
moden dan nilai moral yang diserap daripada pengajaran sufi. Memisahkan ilmu itu hanya akan melahirkan
pemikiran radikal, fanatik dan ekstrem.
“Jadi perlukan kedua-duanya seperti kata Said Nursi untuk menggambarkan pentingnya ilmu dngan metafora
burung tidak boleh terbang dengan satu sayap sahaja,” katanya pada Seminar dan Bengkel Antarabangsa Risale I
Nur di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Seminar anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki
(MTCA), Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY), Yasayan Budaya dan Sains Istanbul (IFSC) dan UM.
Seminar membincangkan pemikiran Said Nursi yang melalui detik kejatuhan Empayar Uthmaniah dan
pemerintahan Turki yang mengetengahkan dasar sekularisme itu dirasmikan Yang Dipertua YADIM, Dr Yusri
Mohamad.
Jangan putus asa
Semsettin berkata, Said Nursi dalam Khutbah Syamiyah di Masjid Jami’ Bani Umayyah di Damaskus, Syria pada
1911 yang dihadiri ribuan umat Islam termasuk ulama dan cendikiawan menjelaskan enam sebab kemunduran
dunia Islam.
Pada pengamatan beliau, enam sebab itu ialah sikap berputus asa, tiada keikhlasan, wujud permusuhan, tiada
persaudaraan umat Islam seluruh dunia, berleluasa sifat pentingkan diri dan wujud kezaliman.
Tokoh Islam Turki itu turut menggariskan penyelesaiarinya dengan menyarankan umat Islam sentiasa meletakkan
harapan, mengubati penyakit hati, jujur, berkasih sayang, mengelak sikap diktator dan mencapai kebahagiaan
dengan bermusyawarah.
“Said Nursi menegaskan umat Islam tidak boleh putus asa kerana orang yang berputus asa akanjauh daripada
Islam dan apabila kita jauh, itu yang menyebabkan kita lemah, apabila ikut Islam, kita akan maju,” katanya.
Sementara itu, Dr Osman Yapar dari Yayasan Sains dan Budaya Istanbul ketika membentangkan tajuk
Pemerkasaan Umat Islam: Formula Terbaik dari Pengalaman Turki berkata, hasrat Said Nursi untuk menubuhkan
institusi pengajian yang dinamakan Madrasah Az-Zahra tidak tercapai.
Bagaimanapun, kegagalan itu tidak menghalang beliau merealisasikan konsep pengajian yang menjadi ideanya
dari awal dengan beralih kepada bidang penulisan dan penghasilan Risalah An Nur beijaya memenuhi peranan
sepatutnya dimainkan oleh Madrasah Az-Zahra.
(https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2018/05/DSC_8367.jpg)
Salin tulis tangan
Beliau berkata, menerusi metodologi pendidikan tidak formal itu beribu-ribu penulisan Said Nursi disalin dengan
tulisan tangan dan disebarkan walaupun dikawal oleh kerajaan. Berjuta berjaya dididik daripada tulisan Said Nursi
yang terus tersebar hingga hari ini.
“Said Nursi melalui dua fasa kehidupan yang menyaksikan beliau berkhidmat untuk Islam menggunakan pengaruh
sosial, bertemu sultan dan pemimpin. Kemudian beliau mengasingkan diri serta menyendiri untuk jihad rohani.
“Selepas perang, beliau dibuang negeri, kemudian dipenjara dan turun naik mahkamah menghadapi pelbagai
tuduhan. Walaupun hidup di luar kehendak sendiri, beliau tunjukkan keajaiban al-Quran sebagai cahaya yang tidak
mati menerusi Risalah An Nur,” katanya.
Katanya, Said Nursi tahu kemunduran negara Islam bukan disebabkan orang lain tetapi kerana asasnya yang
lemah dari segi keyakinan serta keimanan. Justeru, ia menyedarkan beliau kepentingan untuk mengembalikan
keimanan itu.
Risalah An Nur adalah tafsir al- Quran yang mengkaji topik utama bersumberkan al-Quran dan Hadis serta
pandangan ilmiah ulama bertujuan menyelamatkan keimanan. Ia menjawab semua persoalan dan kekeliruan untuk
manusia menyedari hakikat penciptaan sebagai hamba Allah SWT.
Kembangkan kebijaksanaan
Graduan ijazah doktor falsafah Universiti Istanbul, Dr Hakan Gulerece, berkata anak murid Said Nursi digalakkan
menukar ilmu sains kepada ilmu yang mencari keredaan Allah SWT sebagai sokongan memperkukuhkan iman.
Beliau yang kini bertugas di Yayasan Sains dan Budaya Istanbul berkata, menerusi Risalah An Nur dua konsep iaitu
kebijaksanaan dan belas kasihan dikembangkan bagi menghadapi kesan negatif kemodenan.
Katanya, sains moden cuba menolak agama dengan melihat sesuatu itu daripada sudut pandangan mata kasar
tanpa cuba memandang lebih jauh atau melampaui ciptaan seperti mengaitkan ia kepada penciptanya.
“Contohnya, mereka melihat betapa cantiknya bunga mawar bukan cantiknya ia diciptakan. Kebijaksanaan seperti
disampaikan oleh Said Nursi mengajak kita menilai bunga ros yang menggambarkan sifat Allah SWT yang
menciptanya.
“Begjtu juga apabila kita melihat kejadian lain seperti matahari, bulan dan banyak lagi. Tindakan kita merenungi
setiap sesuatu kejadian itu mencabar sains moden. Ini yang menghasilkan tindakan bermakna,” katanya.
Beliau berkata, Said Nursi juga melihat jihad fizikal melawan jihad kerohanian sebagai perjuangan dengan diri
sendiri dan keimanan ibarat polis yang mampu mengawasi setiap tingkah laku serta tindakan.
INFO
Badiuzzaman Said Nursi
Dilahirkan di perkampungan Nurs di Wilayah Bitlis terletak di timur Anatolia pada 1877 Masihi.
Beliau diberi gelaran Badiuzzaman (Keagungan Zaman) kerana mampu menguasai ilmu sains dan ilmu
agama.
Pernah ditawan dan dipenjarakan. Beliau tetap meneruskan kerjanya mengajar Islam kepada murid
termasuk di penjara.
Said Nursi meneruskan kegiatan berdakwah, mendidik masyarakat dan sentiasa berulang alik antara
penjara serta pembuangan disebabkan tekanan oleh rejim Pres’iden Turki, Mustafa Kamal Ataturk.
Risalah An Nur adalah tafsir al-Quran yang tidak mengikut susunan, sebaliknya berdasarkan keperluan
masyarakat menerusi isu yang timbul dari semasa ke semasa.
Said Nursi menghembuskan nafas terakhir pada 23 Mac i960 bersamaan 25 Ramadan 1379 Hijrah.

SUMBER: BERITA HARIAN


 (https://www.yadim.com.my/v2/dasar-luar-mas://www.yadim.com.my/v2/hanya-ada-satu-jalan/)

Artikel Berkaitan
Persiapan khemah Malaysia di Arafah, Mina capai 60
peratus (https://www.yadim.com.my/v2/persiapan-
khemah-malaysia-di-arafah-mina-capai-60-peratus/)
Tuesday, 13 June, 2023 /// No Comments
MAKKAH: Ketersediaan khemah bersama kemudahan di Arafah serta Mina untuk
keperluan 31,600 jemaah Malaysia menjalani kemuncak ibadah haji menjelang hari
wukuf kira-kira
(https://www.yadim.com.my/v2/persiapan-
khemah-malaysia-di-
arafah-mina-capai-60-
peratus/)

Qari OKU baca al-Quran hingga huruf braille hilang


(https://www.yadim.com.my/v2/qari-oku-baca-al-quran-
hingga-huruf-braille-hilang/)
Tuesday, 13 June, 2023 /// No Comments
BUTTERWORTH: Menjadi kelaziman buat qari Orang Kurang Upaya (OKU)
penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, membaca al-Quran Braille hampir
setiap masa sehingga
(https://www.yadim.com.my/v2/qari-
oku-baca-al-quran-
hingga-huruf-braille-
hilang/)

Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan


(https://www.yadim.com.my/v2/kerajaan-mahu-peranan-
jakim-diperluaskan/)
Monday, 12 June, 2023 /// No Comments
Butterworth: Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat
negara, kata Perdana Menteri Datuk
(https://www.yadim.com.my/v2/kerajaan-
mahu-peranan-jakim-
diperluaskan/)

 Search...
POST TERKINI
Persiapan khemah Malaysia di Arafah, Mina capai 60 peratus
(https://www.yadim.com.my/v2/persiapan-khemah-malaysia-di-arafah-mina-capai-60-
peratus/)
Qari OKU baca al-Quran hingga huruf braille hilang (https://www.yadim.com.my/v2/qari-oku-
baca-al-quran-hingga-huruf-braille-hilang/)
Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan (https://www.yadim.com.my/v2/kerajaan-mahu-
peranan-jakim-diperluaskan/)
Ibu pelajar peroleh 11A SPM meninggal dunia (https://www.yadim.com.my/v2/ibu-pelajar-
peroleh-11a-spm-meninggal-dunia/)
Tarikh lihat anak bulan Zulhijah 18 Jun (https://www.yadim.com.my/v2/tarikh-lihat-anak-
bulan-zulhijah-18-jun/)

KOMEN
Editor Yadim on KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1) (https://www.yadim.com.my/v2/kursus-
bahasa-arab-buku-1/#comment-350)
mat sood on Tunggakan kompuan DBKL hampir cecah RM1 bilion
(https://www.yadim.com.my/v2/tunggakan-kompuan-dbkl-hampir-cecah-rm1-
bilion/#comment-349)
Nur Salina Pei on KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1) (https://www.yadim.com.my/v2/kursus-
bahasa-arab-buku-1/#comment-348)
Editor Yadim on KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1) (https://www.yadim.com.my/v2/kursus-
bahasa-arab-buku-1/#comment-340)
mohsin bin sarip on KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1) (https://www.yadim.com.my/v2/kursus-
bahasa-arab-buku-1/#comment-339)

ARKIB

Select Month

KATEGORI

Select Category
Leave a Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment *

Name *

Email *

Website

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Post Comment

Pautan Pantas
 Kedai Buku Yadim(https://buku.yadim.com.my/)
Jurnal (https://www.e-

Yadim jurnal.yadim.com.my/)
Sukarelawan (https://sukarelawan.yadim.com.my/)

Yadim
 Jawatan Kosong(/jawatan-kosong/)
 Muat Turun(/category/keratan-akhbar/)
 Direktori Kakitangan(/direktori-kakitangan/)
Carta (/tentang-kami/carta-

Organisasi organisasi/)
Galeri(https://www.flickr.com/photos/99318212@N04)

Foto

Agensi

Jabatan
 Kemajuan Islam (https://www.islam.gov.my/ms/)
Malaysia
Jabatan
Kehakiman(https://jksm.spab.gov.my/eApps/system/index.do)

Syariah
Malaysia
Pejabat Mufti
 Wilayah (https://www.muftiwp.gov.my/)
Persekutuan
Lembaga

Tabung Haji (https://www.tabunghaji.gov.my/)
Institut Kefahaman (https://www.ikim.gov.my/)

Islam Malaysia
Jabatan Agama Islam (https://www.jawi.gov.my/)

Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam (https://www.maiwp.gov.my/)

WP
Yayasan Dakwah Islamiah (https://yadim.com.my)

Malaysia
Yayasan Pembangunan (https://www.yapeim.my/)

Ekonomi Islam Malaysia
Yayasan Waqaf (https://www.ywm.gov.my/)

Malaysia
TV Al- (https://www.tvalhijrah.com/hubungi-

Hijrah kami/)
Jabatan
Pendakwaan (https://www.japenswp.gov.my/)

Syariah Wilayah
Persekutuan
Mahkamah Syariah (https://www.mswp.gov.my/)

Wilayah Persekutuan
Jabatan (https://www.jawhar.gov.my/jabatan-
 Wakaf, Zakatdan-agensi-di-bawah-jpm-
dan Haji agama/%20)
ISO

Jumlah Pelawat
 Bulan Ini 31622
 Keseluruhan 50054

(https://www.yadim.com.my/v2)

Hubungi Kami
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Aras 4 Blok D, Kompleks Islam Putrajaya,

No 3, Jalan Tun Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya
 +603-88703870
 +603-88703871
 pr@yadim.com.my
Follow Us

© 2023 YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

 Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman

You might also like