You are on page 1of 6

Laporan Banjir Tahunan Negeri Kelantan 2018 /2019

2.0 LAPORAN TERPERINCI PERISTIWA BANJIR

2.1 Maklumat Hidrologi Banjir

Sebagaimana tahun-tahun lepas, banjir yang berlaku pada 2018 / 2019 disebabkan oleh
hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan November
hingga Mac setiap tahun. Banjir pada tahun 2018 menunjukkan jumlah curahan hujan di
kawasan pantai yang lebat sebanyak 2,804.50 mm berbanding hujan di kawasan pedalaman
sebanyak 2,786.75 mm yang mencatatkan jumlah perbezaan sebanyak 17.75 mm. Lampiran A
dan Lampiran A1 menunjukkan curahan hujan di stesen-stesen hujan bagi negeri Kelantan.

2.1.1 Curahan Hujan

Hujan lebat mula diterima pada bulan November 2018 dimana sejuumlah 484.83 mm
telah turun di kawasan pantai yang merangkumi 6 stesen di Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas,
Machang, Bachok dan Pasir Puteh. Manakala hujan di kawasan pedalaman pula sebanyak
321.17 mm yang merangkumi 6 stesen iaitu Dabong, Jeli, Gua Musang, Laloh, Aring dan Gunung
Gagau untuk sebulan bulan November. Hujan lebat juga berlaku pada bulan Disember 2018
iaitu hujan di kawasan pantai mencatat sebanyak 738.50 mm, manakala di kawasan pedalaman
bagi bulan Disember ialah 433.33 mm. Tempoh curahan hujan semasa banjir bagi stesen-
stesen utama yang mewakili setiap lembangan utama di kawasan berlakunya banjir rujuk
Lampiran 2 mengikut kejadian banjir. Graf dalam bentuk histogram Lampiran 3 akan lebih
memberi gambaran tentang kedalaman dan juga keamatan hujan semasa banjir.

2.1.2 Aras Air Sungai-Sungai Utama

Negeri Kelantan terdapat 3 Lembangan Sungai Utama iaitu Lembangan Sungai Kelantan,
Lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Semerak. Di sepanjang Lembangan Sungai
Kelantan terdapat enam ( 6 ) buah stesen aras air telemetri untuk tujuan pemantauan aras air
iaitu Sg. Galas di Dabong, Sg. Lebir di Kg. Tualang, Sg. Kelantan di Kuala Krai, Sg. Kelantan di
Kusial, Sg. Kelantan di Dataran Air Mulih dan Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja. Manakala di
Lembangan Sungai Golok, terdapat tiga (3) buah stesen aras air iaitu di Kg. Jenob, Rantau
Panjang dan Kuala Jambu.

8|P a g e
Laporan Banjir Tahunan Negeri Kelantan 2018 /2019

Jadual di bawah menunjuk Lembangan sungai dan kedudukan stesen aras air di neegeri
Kelantan.

Lembangan Sungai
Sungai Kelantan Sungai Golok Sungai Semerak
Sungai Nama Stesen Sungai Nama Stesen Sungai Nama Stesen
Sg. Galas Dabong Sg. Golok Kg. Jenob Sg. Semerak Pasir Puteh
Sg. Lebir Kg. Tualang Sg. Golok Rantau Panjang - -
Sg. Kelantan Kuala Krai Sg. Golok Kuala Jambu - -
Sg. Kelantan Kusial - - - -
Sg. Kelantan Dataran Air Mulih - - - -
Sg. Kelantan Tambatan D’Raja - - - -

Aras air sungai-sungai utama bagi kawasan yang dilanda banjir bagi tempoh setiap sela
masa adalah seperti di Lampiran 4, manakala plotan aras air sungai adalah seperti di Lampiran
5.

2.1.3 Kawasan Banjir

Pada umumnya bagi tahun 2018 / 2019, sebanyak empat (4) Jajahan yang terlibat
dengan banjir iaitu Pasir Puteh, Pasir Mas (Rantau Panjang), Tumpat dan Bachok. Manakala
enam (6) jajahan lagi tidak mengalami banjir iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Tanah
Merah, Jeli dan Kota Bharu. Banjir pada tahun 2018 / 2019 terdapat beberapa Jajahan yang
mengalami banjir yang melibatkan jalan-jalan / jambatan (Rujuk Lampiran 6 dan 7). Manakala
Lampiran 8 menunjukkan kedudukan kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

2.2 Kesan Akibat Banjir

Kesan akibat banjir pada 2018 / 2019 tidak melibatkan mangsa perpindahan. Banjir kali
ini hanya melibatkan kerugian terhadap pertanian, kemudahan awan dan Infrastruktur JPS.
(Rujuk Lampiran 9 dan Lampiran 10) untuk maklumat terperinci.

9|P a g e
Laporan Banjir Tahunan Negeri Kelantan 2018 /2019

2.2.1 Perpindahan Banjir

Banjir pada tahun 2018 /2019 tiada mangsa banjir yang terlibat kerana aras air sungai
tidak melepasi paras bahaya. (Rujuk Lampiran 9).

2.2.2 Kemalangan Jiwa atau Kecederaan

Banjir pada tahun 2018 /2019 tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan bagi
setiap lembangan dan Jajahan semasa banjir (Rujuk Lampiran 9).

2.2.3 Jumlah Kerosakan

Pada kejadian banjir kali ini, anggaran kerugian adalah seperti berikut :

Bil Jenis Kerugian Anggaran (RM)


1 Pertanian 280,000.00
2 Perdagangan -
3 Industri -
4 Kemudahan Awam 60,000.00
5 Harta Benda Tempatan -
6 Khidmat Awam -
7 Infrastruktur JPS 780,000.00

Jumlah Keseluruhan 1,120,000

(Sumber : JPS Jajahan)


Maklumat terperinci mengenai anggaran jumlah kerosakan adalah seperti di Lampiran
10 dan Lampiran 11).

10 | P a g e
Laporan Banjir Tahunan Negeri Kelantan 2018 /2019

2.3 Punca Kejadian Banjir

2.3.1 Sebab-Sebab Kejadian Banjir

Banjir di Negeri Kelantan pada tahun 2018 /2019 disebabkan oleh hujan lebat yang dibawa oleh
angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan November hingga Mac. Hujan lebat
berterusan menyebabkan peningkatan paras air sungai dan boleh mengakibatkan kawasan-
kawasan yang rendah dan berdekatan dengan sungai akan terlibat dengan banjir. Pada tahun
2018 /2019 hanya Sungai Golok sahaja yang mencapai aras amaran. Limpahan air Sungai Golok
melalui balancing culvert di sepanjang jalan KESBAN menyebabkan air dari Sungai Banggol Kong
tidak dapat keluar ke Sungai Golok. Limpahan ini mengakibatkan lima (5) kampung mengalami
banjir. Kampung-kampung tersebut ialah Kg. Jeram Perdah, Kg. Banggol Kong, Kg. Gading, Kg.
Jejawi dan Kg. Siram. Kesan Limpahan air anak Sungai Lanchang dan kesan banjir bertambah
buruk apabila paras air Sungai Golok meningkat menyebabkan Kg. Lanchang, Kg. Kelawar, Kg.
Bongor, Kg Bendang Nyior, Kg Tersang terlibat dengan banjir dan limpahan anak sungai Tasik
Garu dan hujan lebat setempat juga mengakibatkan Kg. Putat Tujuh mengalami banjir.

2.3.2 Cadangan-cadangan untuk Mengatasi Banjir

Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan di Jajahan Pasir Mas (Rantau Panjang) dan Tumpat,
kerajaan telah melancarkan satu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai
Golok (KESBAN) – Fasa 1. Ianya akan dapat mengatasi limpahan air Sg. Golok ke kawasan
perkampungan. Perlaksanaanya akan dibuat melibatkan menaiktaraf ban sediada dan membina
beberapa stuktuk kawalan banjir seperti pintu air dan pam.

Cadangan bagi mengatasi masalah banjir di Jajahan Bachok ialah;


1. Sungai-sungai di jajahan Bachok kebanyakannya cetek dan sempit dan perlu
memperbesarkan sungai-sungai sediada yang sudah tidak mampu menampung kadaralir air, ini
kerana kebanyakan di daerah Bachok terdapat banyak pembangunan yang giat dijalankan serta
tidak terkawal.

2. Perlu menyediakan sistem saliran dengan banyak kerana ini di kebanyakan penempatan
masih tiada sistem saliran Bandar.

11 | P a g e
Laporan Banjir Tahunan Negeri Kelantan 2018 /2019

2.4 Lampiran Laporan

2.4.1 Keratan-Keratan Akhbar Tentang Banjir


Banjir pada tahun 2018 / 2019 adalah bukan banjir besar. Sehubungan dengan itu, hanya
terdapat satu siaran mengenai banjir di Sungai Golok. (Rujuk Lampiran 12)

2.4.2 Gambar-Gambar Banjir

Gambar-gambar banjir pada tahun 2018 / 2019 adalah sebagaimana di Lampiran 13

12 | P a g e
Laporan Banjir Tahunan Negeri Kelantan 2018 /2019

Lampiran 1

You might also like