You are on page 1of 3

LAPORON SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HILAL

Tarikh : 18 Mei 2023


Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Sri Al-Hilal

Pada 18 Mei 2023 Sekolah Rendah Islam Al Hilal telah mengadakan sambutan hari guru peringkat
sekolah. Semua murid dan guru-guru terlibat dalam majlis ini. Majlis ini diadakan di dewan terbuka
sekolah ini. Majlis ini dimulakan bermula tepat pada jam 7.45 pagi dimana semua murid dan guru diminta
untuk berhimpun di Dewan SRI Al-Hilal. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Guru Besar
SRI Al-Hilal, Encik Mohamad Dorizaki bin Che Hussin.

Tujuan majlis ini diadakan, adalah untuk menghargai jasa guru yang telah mengajar dan mendidik
kita hingga berjaya. Jika tiada guru, tiadalah doktor, angkasawan, polis dan lain-lain.

Semua guru datang ke sekolah dengan berpakaian tradisional dan perasaan gembira. Murid-
murid juga membawa pelbagai jenis hadiah untuk diberi kepada guru masing-masing. Suasana pada
hari itu sungguh meriah.

Pelbagai acara telah diadakan pada hari guru tersebut. Antara acara sukaneka yang diadakan
ialah boling padang campuran, balingan kasih, shoot netball dan bola tampar. Para guru bermain dengan
bersungguh-sungguh manakala murid-murid bersorak memberi sokongan kepada guru kesayangan
mereka.

Setelah selesai acara sukaneka guru, murid-murid pula yang akan membuat persembahan
kepada guru-guru. Antara persembahan murid yang dipersembahkan adalah nyanyian nasyid, bersajak,
berlakon dan dikir barat. Acara itu berjalan dengan lancar.

Pada pukul 11.00 pagi acara jamuan makan telah diadakan untuk semua guru-guru. Pelbagai
juadah telah disediakan. Selepas daripada rehat tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu cabutan
bertuah oleh guru-guru.

Apabila selesai acara cabutan bertuah, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah
kepada para pemenang pertandingan pada hari itu. Acara ini diadakan di dewan sekolah. Apabila
berakhirnya majlis penyampaian hadiah, maka berakhirlah juga majlis hari guru pada hari tersebut.
Majlis penutup juga telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum. Mereka
pulang dengan perasaan yang gembira. Diharapkan agar majlis ini dapat memberikan kenangan manis
kepada semua guru dan pelajar.

Kesimpulanya, sambutan hari guru pada tahun ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga
kepada semua guru yang telah bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan majlis ini dengan baik.
Walaupun kelihatan guru-guru agak kepenatan namun tergambar seribu kepuasan diwajah mereka.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………… ……....……………………………….
CIK IWANI IKHLAS BINTI MOHD NORDIN EN.MOHAMAD ALAMIN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Program Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Rendah Islam Al-Hilal

You might also like