You are on page 1of 4

SINOPSIS TUAN GATSBY

BAB 1

Tuan Gatsby dimulakan dengan memori Nick Carraway dan latar belakangnya. Nick berasal daripada
keluarga kaya, pernah belajar di Yale dan kini bekerja dalam bidang saham kerana ianya merupakan
perkara terhangat pada masa itu. Nick tinggal di West Egg, New York di mana terdapat sebuah rumah
kecil untuk dia tinggal ketika sedang bekerja. Jirannya merupakan Tuan Gatsby iaitu seseorang yang
Nick sangat hormati selepas mengenalinya. Di seberang pantai West Egg, terletak East Egg, di mana
Daisy, sepupu Nick, tinggal bersama suaminya, Tom Buchanan. Tom Buchanan pernah belajar
bersama dengan Nick di Yale dan keluarganya sangat kaya raya. Rumah Daisy dan Tom juga ialah
rumah yang sangat besar dan mewah. Pada suatu hari, Nick pergi ke rumah Daisy untuk menikmati
makan tengahari bersama. Dia berjumpa dengan Miss Baker iaitu kawan Daisy. Nick pernah melihat
Miss Baker tetapi dia tidak ingat di mana. Ketika mereka ingin makan tengahari, seseorang menelefo
Tom. Miss Baker mengatakan bahawa ianya ialah perempuan simpanan Tom dan semua orang tahu
mengenainya. Daisy berasa agak sedih kerana setidak-tidaknya, perempuan itu tidak akan menelefon
pada waktu tengahari. Perwatakan Nick membuatkan orang sekeliling selesa untuk memberitahunya
rahsia mereka. Mereka juga mencuri dengar perbualan Tom di telefon. Ketika Tom Kembali di meja
makan, keadaan menjadi agak tegang. Selepas makan, Daisy menceritakan kepada Nick bahawa
ketika dia bersalin, Tom langsung tidak ada di sisinya dan dia sangat gembira bahawa anaknya yang
lahir ialah seorang perempuan. Ini kerana dia berpendapat bahawa perkara terbaik untuk seorang
perempuan ialah untuk menjadi cantik dan bodoh. Mereka berehat sehingga malam dan Nick
mendapat tahu bahawa Miss Baker ialah Jordan Baker iaitu pemain golf terkenal. Jordan menasihati
Nick agar tidak mempercayai semua yang dia dengar tentang Tuan Gatsby apabila Nick
memberitahunya bahawa jirannya ialah Tuan Gatsby. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan
bahawa Nick telah bertunang dan telah dikatakan oleh ramai orang. Ketika sampai di rumah, Nick
ternampak susuk Gatsby di jetinya. Nick ingin menegurnya tetapi tidak berbuat demikian apabila dia
sedar Gatsby seperti memerlukan masa itu untuk berseorangan. Gatsby kelihatan sedang
mendepakan tangannya ke hadapan seolah-olah ingin mencapai sesuatu di seberang West Egg.

BAB 2

Tom mengajak Nick pergi ke New York bersamanya. Mereka berhenti di stesen minyak Wilson dan
Nick diperkenalkan kepada Wilson dan Myrtle. Ketika Wilson sibuk mencari sesuatu di dalam garaj,
Myrtle turun dan bermesra dengan Tom dan saat itulah di mana Nick sedar bahawa Myrtle ialah
perempuan simpanan Tom. Tom menyuruh Myrtle untuk naik ke keretapi yang seterusya dan
berjumpanya di New York. Di New York, Tom membelikan bermacam-macam benda untuk Myrtle
dan mereka pergi ke apartment Catherine, kakak Myrtle. Ketika di apartment, mereka berfoya-foya
dengan banyak sekali sehinggakan Nick menjadi mabuk. Nick hanya pernah mabuk selama dua kali
dalam hidupnya ketika itu dan saat itu merupakan kali keduanya. Selain Catherine, terdapat juga
McKee, seorang jurugambar dan Puan McKee, isteri McKee. Catherine dating merapati Nick dan
memberitahu bahawa Tom dan Myrtle masing-masing tidak tahan dengan pasangan mereka. Myrtle
ingin lari meninggalkan Wilson manakala Tom pula ingin menceraikan Daisy tetapi tidak boleh kerana
Daisy ialah seorang katolik. Nick juga memberitahu mereka bahawa dia berjiran dengan Gatsby dan
dia mendengar lebih banyak khabar angin tentanga Gatsby daripada mereka. Di saat semua orang
sedang berperangai liar akibat alcohol di dalam sistem badan mereka, Tom dan Myrtle tiba-tiba
bergaduh dan Tom telah menumbuk muka Myrtle. Suasana menjadi sangat huru-hara dan dalam
suasana itu, McKee mengajak Nick untuk dating ke rumahnya.

BAB 3

Gatsby ialah seorang yang sangat kaya dan selalu mengadakan parti di mana beratus-ratusan orang
dating datang untuk bersuka ria. Dia juga sering mengajak orang untuk mandi di pantainya, main di
tamannya dan lain-lain. Satu hari, Nick telah mendapat jemputan dari Gatsby untuk ke salah satu
partinya. Dia mendapat tahu bahawa hanya dia seorang sahaja yang mendapat jemputan manakala
orang lain hanya datang kerana parti Gatsby merupakan antara parti yang paling terkenal di situ.
Kebanyakan daripada mereka tidak pernah pun berjumpa dengan Gatsby. Nick bertemu dengan
Jordan dan mereka menghabiskan masa bersama di parti itu. Mereka pergi ke perpustakaan di mana
mereka dicelah oleh seorang lelaki yang mengatakan bahawa Gatsby adalah seorang lelaki yang baik
ketika mereka sedang berborak mengenai khabar angin mengenai Gatsby. Kemudian, Nick akhirnya
bertemu dengan Gatsby. Gatsby berbual dengan Nick dan Nick tidak begitu percaya dengan semua
yang dikatakan olehnya. Walaubagaimanapun, Gatsby ialah seorang lelaki yang baik dan sentiasa
membawa dirinya dengan sopan dan beradab. Gatsby memanggil Jordan untuk bercakap dengannya
secara tertutup dan Nick berlegar-legar di parti itu. Di situ, Nick Nampak ramai orang yang telah
berkahwin mempunyai masalah rumah tangga. Mereka juga berparti dan berseronok seperti tidak
ingat dunia. Setelah orang mula berangkat pulang, Jordan bertemu Nick dan mengatakan bahawa
terdapat sesuatu yang sungguh menakjubkan yang dia ingin memberitahu Nick. Kemudian, sebuah
kemalangan berlaku di hadapan rumah Gatsby yang indah itu. Tayar kereta itu tercabut kerana
kemalangan tersebut dan orang ramai memarahi seorang lelaki di situ.Lelaki itu menjelaskan ianya
bukan salahnya tetapi ada orang lain yang mabuk yang telah memandu kereta tersebut sehingga
terjadinya kemalangan. Nick kemudiannya pulang ke rumahnya. Keesokan harinya dan hari-hari
selepas itu, Nick mula sukakan New York. Nick banyak menghabiskan masa dengan Jordan dan
akhirnya, Nick mengaku yang dia telah jatuh hati kepada Jordan tetapi secara tidak serius.

BAB 4

Bab ini dimulakan dengan deskripsi tentang semua orang yang telah datang ke rumah Gatsby untuk
bersuka ria. Terdapat sangat ramai orang yang telah datang ke rumah jirannya sepanjang musim
panas itu dan mereka terdiri daripada pelbagai orang elit daripada masyarakat. Satu pagi, Gatsby
mengajak Nick untuk makan tengahari di New York. Di dalam kereta kuning Gatsby memberitahu
Nick bahawa apa-apa kahabr angin tentangnya adalah tidak benar. Nick juga belajar lebih banyak
benda baru mengenai latar belakang jirannya itu tetapi dia tidak mempercayai sepenuhnya kerana
sesuatu dalam percakapan Gatsby telah menimbulkan perasaan syak wasangka dalam diri Nick.
Gatsby memberitahunya bahawa dia datang dari keluarga kaya dan pernah pergi ke Oxford kerana
semua ahli keluarganya pergi ke situ. Dia juga pernah berkhidmat sebagai seorang askar sehingga
berpangkat mejar. Selain itu, dia pernah hidup bersenang-lenang di banyak negara di Eropah. Dia
kemudian mengeluarkan satu pingat kehormatan atas servisnya sebagai askat di Montenegro. Dia
juga mengeluarkan sekeping gambarnya ketika di Oxford. Saat itu, Nick mula mempercayai Gatsby.
Gatsby memandu kereta dengan sangat laju sehinggakan sebuah motosikal polis ingin mendendanya.
Tetapi, sebaik sahaja Gatsby memberi kad yang tertulis ‘Jay Gatsby’, polis itu meminta maaf. Gatsby
menjelaskan bahawa dia pernah menolong pihak atasan polis iaitu Tuan Pesuruhjaya dan kini, Tuan
Pesuruhjaya menghantarnya kad krismas setiap tahun. Nick sedar bahawa Gatsby ialah seorang yang
sangat brepengaruh dan berpesan kepada dirinya untuk bersedia untuk apa-apa sahaja yang akan
terjadi pada masa akan datang. Tengahari itu, mereka pergi ke sebuah restoran di Forty-Second
Street dan Nick berjumpa dengan Encik Wolfshiem. Mereka berdua berbual sebentar dan Wolfshiem
menyangkakan bahawa Nick ialah orang yang ingin berurusan dengannya. Gatsby menjelaskan
bahawa Nick ialah jirannya dan mereka sambung berbual. Encik Wolfshiem kemudian meminta diri
dan Nick bertanya kepada Gatsby siapakah Encik Wolfshiem itu sebenarnya. Rupa-rupanya, Encik
Wolfshiem ialah seorang kaki judi yang terkenal dan dia juga pernah meramal pemenang Siri Besbol
Dunia pada tahun 1919. Tiba-tiba, Nick ternampak Tom Buchanan dan memanggilnya. Dia
mengenalkan Gatsby kepada Tom dan Tom kepada Gatsby. Nick perasan bahawa Gatsby sedikit malu.
Nick berbual sebentar dengan Tom dan apabila Nick menoleh ke Gatsby, dia telah hilang. Kemudian,
bab ini juga terdapat cerita dari sudut pandangan Jordan. Jordan menceritakan masa lalu Daisy di
mana dia pernah bertemu dengan Jay Gatsby yang sedang berkhidmat sebagi askar. Mereka telah
jatuh cinta tetapi Gatsby terpaksa menyambung khidmatnya sebagai tentera. Masa berlalu pergi dan
Daisy akan berkahwin dengan Tom. Daisy telah menerima sepucuk surat dari Gatsby dan tiba-tiba
meraung bahawa dia telah menukar fikiran. Dia menangis teresak-esak dan tertidur kerana kesedihan
pada malam perkahwinannya itu. Keesokan harinya, Daisy telah berkahwin dengan Tom Buchanan
tanpa rasa gementar pun. Mereka mendirikan sebuah rumah tangga yang Bahagia dan dikurniakan
seorang cahaya mata. Daisy sangat mencintai Tom sehingga dia akan ikut Tom ke mana-mana. Ketika
Tom hilang, mukanya menunjukkan kesepian sehingga Tom datang Kembali. Daisy juga seorang yang
pandai mengawal nafsu minumnya. Oleh sebab itu, dia kelihatan lebih beradab berbanding orang
lain di Chicago pada masa itu. Jordan kemudian mengingatkan Nick mengenai pertemuan mereka di
rumah Daisy ketika Nick menyebut nama Gatsby. Daisy kemudian berkata Gatsby bunyi seperti
seseorang yang dia pernah berjumpa dahulu dan pada masa itu, Jordan sedar bahawa askar yang
Daisy jumpa suatu masa dahulu ialah Jay Gatsby. Jordan juga berkata ianya bukan satu kebetulan
yang rumah Gatsby berada bertentangan dengan rumah Daisy. Dia membina rumahnya di situ kerana
ingin berada dekat dengan Daisy. Nick kemudian faham yang Gatsby ingin berjumpa dengan Daisy
dan akan merancang satu perjumpaan di mana Daisy tidak akan tahu bahawa dia akan bertemu
Gatsby.

BAB 5

Malam itu, Nick terserempak dengan Gatsby di tamannya tetapi dia rasakan bahawa Gatsby telah
merancang perkara tersebut. Nick memberitahunya bahawa Jordan telah menjelaskan semuanya dan
dia sudi membantu. Gatsby membuat tawaran bahawa jika dia menginginkan apa-apa, dia tidak
perlu berurusan dengan Wolfshiem tetapi Nick menjelaskan bahawa dia tidak mahua apa-apa
sebagai balasan. Nick menjemput Daisy tetapi memintanya untuk tidak membawa Tom bersama.
Pada hari yang telah dipersetujui, hujan turun dengan lebatnya tetapi itu tidak menghalang Gatsby
untuk menghantar orang untuk memotong rumput panjang di halaman rumah Nick. Rumah Nick juga
dihiasi dengan berbagai-bagai jenis bunga yang dibeli oleh Gatsby. Mereka menunggu selama tiga
jam setengah dan Gatsby mula arisau yang Daisy tidak akan datang. Kemudian, Daisy tiba dan Nick
menjemputnya sehingga ke dalam rumahnya. Nick terkejut apabila Gatsby hilang dari ruang
tamunya. Rupa-rupanya, Gatsby telah keluar kerana gemuruh. Nick memberi sokongan kepadanya
dan Gatsby memberanikan diri untuk bertemu Daisy. Pada mulanya mereka agak kekok kemudian
Nick meninggalkan mereka berdua dengan berpura-pura bahawa dia perlu ke bandar. Gatsby pergi
mendapatkan Nick dan berkata bahawa Nick tidak boleh meninggalkannya tetapi Nick memberi
sokongan dan nasihat kepada Gatsby bahawa dia boleh melakukannya. Nick pergi ke luar rumahnya
untuk memberi mereka ruang untuk bercakap. Ketika dia kembali semula, mereka terlalu asyik
bercakap sehingga tidak perasan akan kehadiran Nick. Gatsby kemudian mengajak Daisy untuk ke
rumahnya iaitu di sebelah. Gatsby membawa Daisy dan Nick bersiar-siar di rumahnya dan
menunjukkan kemegahan rumahnya yang sangat hebat. Daisy sangat sukakan kemewahan itu dan
mereka meluangkan banyak masa di rumah Gatsby yang sangat megah dan indah itu.

You might also like