You are on page 1of 1

Seterusnya, kajian yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan

antara daya tahan dengan kepuasan kerja boleh dilihat melalui kajian Aznida Suhani Jailani et
al. (2021). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara stres dan daya tahan
terhadap kepuasan kerja, serta menentukan faktor peramal kepada kepuasan kerja dalam
kalangan guru di Kuala Nerus, Terengganu. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal
selidik sebanyak 71 item yang dimodifikasikan daripada instrumen Perceived Stress Scale,
Connor Davidson Resilience Scale dan Job Satisfaction Survey untuk mengukur tahap
kepuasan kerja, stres dan daya tahan. Sampel terdiri daripada 220 orang guru sekolah
menengah di daerah Kuala Nerus yang telah dipilih secara rawak berkelompok. Hasil kajian
menunjukkan stres tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja.
Manakala daya tahan pula didapati mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan
kepuasan kerja. Analisis regresi mendapati bahawa stres dan daya tahan merupakan faktor
peramal kepada kepuasan kerja walaupun stres tidak mempunyai hubungan yang signifikan
dengan kepuasan kerja. Terdapat dua implikasi hasil daripada kajian ini, iaitu implikasi
praktikal dan teoritikal. Implikasi praktikal memerlukan peningkatan tahap daya tahan dalam
kalangan guru kerana ia telah membuktikan kepuasan kerja seorang guru dipengaruhi oleh
daya tahan. Manakala implikasi teoritikal menyokong andaian Teori Dua Faktor Herzberg
yang melihat faktor intrinsik seperti daya tahan memberi kesan kepada kepuasan kerja. Teori
analitikal….

You might also like