You are on page 1of 1

Kesahan serentak juga dikenali sebagai kesahan semasa.

Kesahan serentak ini merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian adalah selaras dengan pencapaian dahulu dalam sesuatu ujian yang lain tetapi serupanya. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa. Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik)untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.(Sumber: Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng & Ismail Abu Bakar.(1987). Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.) Menurut Mok (1994:38), ciri kesahan serentak/semasa dapat ditentukan dengan mentadbirkan dua set ujian yang serupa dalam masa yang berlainan. Sekiranya keputusan kedua-dua ujian adalah hampir sama, kita boleh katakan bahawa ujian itu mengandungi ciri kesahan serentak yang tinggi. Sebagai contohnya, guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek yang terdapat dalam buku kerja pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut adalah hampir sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam buku kerja pelajar yang berkenaan, maka ujian tersebut bolehlah dikatakan mempunyai ciri kesahan serentak yang tinggi. (Sumber: Mok Soon Sang.(1994). Penilaian, Pemulihan dan Penggayaan dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.)

You might also like