You are on page 1of 2

PENGENALAN ARTIKEL 1

Artikel pertama merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Cyrill Frederick Ganing, Mohammad
Mujaheed Hassan dan Wan Nur Nazihah Wan Hamzah dari Universiti Putra Malaysia mengenalpasti
faktor-faktor tekanan kerja di kalangan kakitangan hospital kerajaan Sibu, Sarawak . Objektif kajian ini
mencakupi enam persoalan iaitu i) memperihalkan latar belakang responden; ii) mengenalpasti
faktor tekanan kerja yang utama; iii) mengenalpasti tahap tekanan kerja di kalangan kakitangan
Hospital Sibu, Sarawak; iv) mengkaji perhubungan antara faktor tekanan kerja dengan tahap tekanan
kerja; v) menentukan perbezaan antara demografi dengan tahap tekanan kerja; dan vi) menentukan
perbezaan antara demografi dengan faktor tekanan kerja. Seramai 322 orang yang terdiri daripada
kakitangan Hospital Kerajaan Sibu, Sarawak sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif yang menggunakan soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu latar belakang responden, faktor tekanan kerja dan tahap tekanan kerja.

PENGENALAN ARTIKEL 2

Manakala artikel kedua merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Lily James Billy dan Muhamad
Suhaimi Taat mengenal pasti hubungan budaya sekolah terhadap komitmen guru sekolah rendah di
bahagian pedalaman atas negeri Sabah, Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
perbezaan skor min budaya sekolah dan komitmen guru berdasarkan jantina dan Mengenal pasti
hubungan budaya sekolah dengan komitmen guru.Kajian berbentuk bukan jenis eksperimental ini
menggunakan kaedah tinjauan dan menggabungkan tiga teknik pensampelan kebarangkalian untuk
mendapatkan sampel. Dua set soal selidik iaitu TCM Employee Commitment Survey (Meyer & Allen,
2004) dan Soal Selidik Budaya Organisasi (Ipek, 1999) digunakan untuk mendapatkan data daripada
458 responden guru.

Perbandingan

Kedua-dua kajian bertujuan untuk mengkaji topik yang berbeza dari segi pekerjaan. Artikel pertama
merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Cyrill Frederick Ganing, Mohammad Mujaheed Hassan
dan Wan Nur Nazihah Wan Hamzah dari Universiti Putra Malaysia bertumpu kepada kakitangan
hospital kerajaan manakala artikel kedua yang dijalankan oleh Lily James Billy dan Muhamad Suhaimi
Taat mengenal pasti hubungan budaya sekolah terhadap komitmen guru sekolah rendah yang
melibatkan kaum guru.Kedua-dua kajian ini membincangkan isu-isu relevan yang berlaku di tempat
kerja khususnya.

Metodologi kajian

Artikel 1

Lokasi kajian yang dipilih di Sibu, Sarawak. Populasi kajian adalah terdiri daripada kakitangan-
kakitangan yang berkhidmat di Hospital Kerajaan Sibu, Sarawak. Kajian ini menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Pengkaji telah memilih seramai 322 orang kakitangan hospital sebagai
sampel kajian berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970). Sampel dipilih secara
rawak mudah. instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dibina oleh
Cooper, Sloan & Williams (1988) iaitu Occupational Stress Indicator (OSI). Penggunaan OSI dalam
kajian ini adalah amat bersesuaian dengan tujuan kajian mengukur tekanan kerja dan faktor-faktor
tekanan dalam pekerjaan dalam kalangan kakitangan Hospital Sibu, Sarawak. Manakala, instrumen
kajian seterusnya adalah berbentuk soal selidik iaitu adaptasi daripada kajian oleh Mohammad
Abdillah Royo dan Woo Sew Fun, iaitu kajian yang bertajuk Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan
Kerja (Stress) di Kalangan Guru-Guru SJK(C).

Artikel 2

Kajian ini berbentuk jenis bukan eksperimental yang menggunakan kaedah tinjauan sampel.
Pendekatan kuantitatif digunakan bagi memperoleh data dengan menitik beratkan kebolehpercayaan
serta kesahannya. Populasi kajian adalah guru sekolah rendah harian biasa kerajaan seramai 2686
orang. Berlandaskan jadual Krejcie dan Morgan (1970) sebanyak 458 set borang soal selidik telah
diedar kemudian diproses. Sampel diperolehi dengan menggabungkan beberapa pensampelan
kebarangkalian meliputi kaedah berstrata, kluster dan rawak mudah.

Perbandingan

Kedua-dua artikel ini membincangkan tentang perilaku tidak patuh di tempat kerja, tetapi artikel 1
adalah satu kajian rentas-seksyen di Comfort Apparel Solutions Company di Sri Lanka yang mengkaji
hubungan antara tekanan kerja dan perilaku tidak patuh terhadap organisasi di kalangan pekerja
peringkat operasi, sementara artikel 2 adalah satu kajian tinjauan di University of Sargodha yang
mengkaji perbezaan gender dalam perilaku tidak patuh terhadap organisasi dan antar-personal di
kalangan pensyarah universiti. Artikel 1 menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dengan
kuesioner yang diadaptasi daripada alat pengukur tekanan dan alat ukur Rizzo et al., manakala artikel
2 menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dengan alat ukur yang dibangunkan oleh Benett dan
Robinson. Artikel 1 menggunakan persampelan mudah untuk memilih responden, manakala artikel 2
tidak menyatakan kaedah persampelan yang digunakan.

You might also like