You are on page 1of 1

Wan/Embong/Wan/Manan

1
WAJAH AYU KOSMETIK SDN. BHD.
Wisma Wajah, Jalan Kayu Manis, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-45700965 Email: wajahayu@jaring.com.my
Fax: 03-45709999 Homepage: http://www.wajayu.manis

2 September 2022

Encik Wan Embong Wan Manan


34, Jalan Meranti
Bukit Payong
21400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Tuan,

PEMBUKAAN KEDAI BAHARU DI TERENGGANU

Dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada pihak tuan kerana terpilih untuk menjadi
stokis/konsultan Wajah Ayu Kosmetik Sdn. Bhd. di Terengganu. Pihak syarikat amat tertarik
dengan iklan yang disediakan oleh pihak Tuan Abdullah bagi mempromosikan pembukaan
kedai tuan yang baru pada 14 Oktober 2022.

Tuan telah menjalankan usaha yang cemerlang dalam menarik minat pelanggan terhadap
kedai tuan dengan memaklumkan keunikan dan keistimewaan produk-produk Wajah Ayu
kepada pengguna sasaran. Untuk maklumat pihak tuan, YM Tengku Marina Tengku Idrus,
Pengurus Latihan stokis/konsultan akan ke Terengganu untuk membantu tuan dalam
menguruskan operasi pembukaan kedai salama satu hari pada 13 Oktober 2022.

Pihak syarikat akan sentiasa memberi sokongan dalam memastikan kejayaan tuan
memasarkan produk-produk Wajah Ayu kepada pelanggan. Jika pihak tuan memerlukan
sebarang bantuan, sila hubungi bahagian stokis/konsutlan di talian 03-4295080. Sekian,
terima kasih.

Yang benar

Hjh. Ameerah Hj. Ibrahim


Pengurus Pengeluaran

nmz

sk. YM Tengku Marina Tengku Idrus


Pengurus Latihan Stokis/Konsultan

NORHANISAH BINTI MOHD ZAIDE


2020990725
ASAP-LETTER

You might also like