You are on page 1of 2

BUTIRAN MESYUARAT PENYELARASAN

PENGANJURAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI CENTRAL MARKET

NO PERKARA TINDAKAN

1 Pengerusi Mesyuarat YBhg Dato’ Ketua Pengarah Istana Budaya memaklumkan bahawa
Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara akan membantu Makluman
menjayakan program ini yang akan berlangsung bermula pada 23 Julai 2016
2 Repertoire persembahan adalah bertemakan Malaysia Truly Asia yang merangkumi
elemen pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Repertoire Istana Budaya/ JKKN
tersebut akan diulang setiap 2 bulan bagi mempelbagaikan tarian dalam persembahan.
Persembahan dicadangkan berlangsung dalam jangka masa 30 hingga 45 minit.
3 Pihak Central Market akan menyediakan Pengerusi Majlis sebagai pemudah acara dalam
persembahan yang akan dilangsungkan. Central Market
4 Pihak Central Market akan menyediakan keperluan PA System bagi persembahan
tersebut. Central Market
5 Istana Budaya memohon agar pihak Central Market menyediakan minuman dan kudapan
kepada Artis Budaya dan krew yang terlibat. Central Market
6 Bahagian Senireka Istana Budaya dan JKKN akan memberikan logo dan imej yang Istana Budaya/ JKKN
bersesuaian bagi tujuan penyediaan grafik untuk promo persembahan.
7 YBhg Dato’ Pengerusi mencadangkan slot bergambar kepada pengunjung dengan
memakai kostum kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Untuk tujuan Istana Budaya/ JKKN
tersebut, Istana Budaya dan JKKN akan menyediakan kostum kebudayaan.
8 Pihak Central Market akan menydiakan ruang persalinan yang selesa bagi memudahkan
persiapan Artis Budaya untuk mengdakan persembahan. Central Market
9 Persembahan dari Istana Budaya dan JKKN akan bertukar setiap 2 minggu bagi tujuan
penggiliran. Istana Budaya/ JKKN
10 Persembahan dicadangkan bermula pada 23 Julai 2016 dan berakhir sehingga tarikh yang
akan dimaklumkan kelak. Makluman

You might also like