You are on page 1of 4

‫‪Doa Khatam Al-Quran‬‬

‫يـم‬
‫آلر ِح ِ‬ ‫ـــــم آهللِ َّ‬
‫آلر ْحمٰ ِن َّ‬ ‫بِ ْس ِ‬
‫ص ََلةُ َوال هس ََل ُم َعلَى َر ُسولَنَا‬
‫ني‪َ .‬وال ه‬ ‫َ َ َ‬
‫ين‪َ .‬والح َعاقبَةُ لحل ُمتهق َ‬
‫َ‬
‫ني‪ََ .‬حح ًدا َشاك َر َ‬
‫اَ حْلم ُد َهّلِلَ ر َ َ َ‬
‫ب الح َعالم َ‬ ‫َ‬ ‫َح‬
‫ني‪.‬‬ ‫ُُم هم ٍد وءالََه وصحبَ َه أ ح َ‬
‫َْجَع َ‬ ‫َ ََ َ َ ح‬
‫اب الهرَححي ُم‪َ .‬وا حه َد ََن‬‫ت الته هو ُ‬ ‫ك أَنح َ‬‫ب َعلَحينا إَنه َ‬ ‫ت‬
‫ُ‬‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫م‬
‫حُ َ ُ َ ح‬‫ي‬
‫ح‬
‫اَللهه هم ربهنا تَ َقبهل َمنهآ إَنهك أَنحت ال هس َميع الحعلَ‬
‫َ َ‬ ‫ُ ََ ح‬
‫اج َعحل ُه‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫ان‬ ‫اط مستَ َقي َم‪ .‬بََبَك َة الح ُقر َ‬
‫ءآن الحع َظي َم‪ .‬اللهه هم ار ََححنَا َِبل ُقرء َ‬ ‫اْل َق وإَ ََل َصر ٍ‬ ‫ح‬ ‫َل‬
‫َ‬ ‫َ‬
‫إ‬ ‫ا‬‫َ‬‫ن‬‫ق‬‫ح‬ ‫ووفَ‬
‫حَ َ ح‬ ‫ُ ح‬ ‫َ ح‬ ‫َ ُ ح ح ََ ح‬ ‫َ َ‬ ‫ََ‬
‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬
‫ورا َوُه ًدا َوَر حَحَةً‪ .‬الله ُه هم ذَكحرََن محنهُ َما نَسينَا‪َ .‬و َعل حمنَا محنهُ َما َج َهحلنَا‪َ .‬وا حرُزقح نَا ت ََل َوتَهُ‬
‫لَنَا إ َم ًاما َونً ً‬
‫اف النهها َر‪ .‬واجعحله لَنَا ح هجةً َي ر ه َ‬
‫ني‪.‬‬
‫ب الح َعالَم َ‬ ‫ءَ َاَنءَ الهحي َل َوأَطحَر َ َ َ ح َ ُ ُ َ َ‬
‫اَلله ُه هم َزيَنها بَ َزيحنَ َة الح ُقحرءَ َان‪َ .‬وأَ حك َرحمنَا بَ َكَر َام َة الح ُقحرءَ َان ‪َ .‬و َش َرفح نَا بَ َشَرافََة الح ُقحرءَ َان‪َ .‬وأَلحبَ حسنَا ََِبحل َع َة‬
‫َخَرةَ َِبُحرَم َة‬
‫اب حاْل َ‬ ‫اع َة الح ُقرء َان‪ .‬و َعافَنَا َمن ُك َل ب ََل َء الدنحيا و َع َذ َ‬ ‫َ‬ ‫ف‬‫َ‬ ‫ش‬
‫َ‬ ‫اْلنهةَ بَ‬
‫ح‬ ‫ا‬‫َ‬‫ن‬‫ل‬‫ح‬ ‫الح ُقرء َان‪ .‬وأ حَد َ‬
‫خ‬
‫َ َ‬ ‫ح َ‬ ‫حَ َ‬ ‫َ‬ ‫حَ َ‬
‫الح ُقحرءَ َان‪.‬‬
‫اَللهه هم اجع َل الح ُقرءا َن لَنَا َِف الدنحيا قَ َري نًا‪ .‬وَِف الح َق ََب م حؤنَسا‪ .‬وَِف الح َقيام َة َش َفي عا‪ .‬وعلَى َ‬
‫الصر َ‬
‫اط‬ ‫َ ح َ ح ُ ً َ َ َ حً ََ‬ ‫ُ ح َ حَ‬
‫ك‬ ‫ت ُكلَها دلَيَلً وإَماما‪ .‬بََف ح َ‬
‫اْلن َهة رفَي ًقا‪ .‬وَمن النها َر َس حْتا و َحجاِب‪ .‬وإَ ََل ح َ‬ ‫َ‬
‫ضل َ‬ ‫اْلَحْي َ َ ح َ َ ً‬ ‫ًَ ًَ َ‬ ‫نُ حوًرا‪َ .‬وإ ََل حَ َ ح َ َ‬
‫َ‬
‫ك ََي َك َرحْيُ‪.‬‬‫َو ُج حود َك َوَكَرَم َ‬
‫ضيلَ َة الح ُقحرءَ َان‪.‬‬‫اَللهه هم حاه َد ََن َِب َداي َة الح ُقرء َان‪ .‬وََننَا َمن النَْي َان بَ َكرام َة الح ُقرء َان‪ .‬وارفَع درجاتَنَا بََف َ‬
‫َ حَ َ َ ح َ َ ح ح َ َ َ‬ ‫َ َ حَ َ‬ ‫ُ‬
‫ان‪.‬‬ ‫اْلحس َ‬ ‫ض َل َو حَ‬‫ح‬ ‫ف‬
‫َ‬ ‫ل‬
‫ح‬ ‫ا‬ ‫ا‬‫ذ‬
‫َ‬ ‫َي‬ ‫‪.‬‬ ‫وَك َفر عنها سيَئَاتَنَا بَتَ ََلوةَ الح ُقرء َ‬
‫ان‬
‫َ‬ ‫ح‬ ‫َ حَ َ‬ ‫َ ح َ َ‬
‫صلهى هللاُ َعلَى َسيَ َد ََن ُُمَ هم ٍد‬ ‫ََ‬‫‪.‬و‬ ‫هار‬
‫ن‬ ‫ال‬ ‫اب‬
‫َ‬ ‫ذ‬
‫َ‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫ا‬ ‫ن‬
‫َ‬
‫اْلخرةَ حسنةً وقَ‬ ‫َ‬
‫َربهنَا ءَاتنَا َِف الدنحيَا َح َسنَةً َوَِف َ َ َ َ َ‬
‫َ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫وعلَى ءالََه وصحبَ َه وسلهم‪ .‬سبحن ربَ َ َ َ‬
‫ني‪.‬‬‫لم َعلَى الح ُمحر َسل ح َ‬ ‫ك َرب الحعهزةَ َع هما يَص ُف حو َن‪َ .‬و َس ٌ‬ ‫َ َ َ َ َ ح َ َ َ ُح َ َ‬
‫ني‪.‬‬ ‫اْلم ُدَ هللَ ر َ َ َ‬
‫ب الح َعالم ح َ‬ ‫َ‬ ‫َو حَ ح‬
‫‪1‬‬
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian
orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan
selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-
sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha
Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan
yang lurus dengan berkat al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan
jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingtkanlah kami
apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-
Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang,
dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-
Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian
permata al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami
daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai
kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke
syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-
Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia,
kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan
sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan
hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya
segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat,
dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta
keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai
keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian
rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini
memohon doa dgn penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar
permintaan kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami,
bukakanlah hijab kepada kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu.
Ya Allah, takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah Kau menguji kami pada apa yg tidak mampu
kami tangani.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Ya Rabbul Jalil….

2
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik.. supaya dgnnya kami dpt beribadah kepada Mu.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kepada Mu ya Allah…

Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit,

Kami lupa kdp Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila dtg kesusahan.

Kami lupa kepada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa,

Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu ketika usia sudah tua,

Justeru itu ya Allah… ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami utk melawan
hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,

setiap titik susu ibu yg mengalir dlm diri kami…kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh
membawanya ke syurga Mu ya Allah…ya Rahman… pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh
ayah kami dlm mencari rezki kepada keluarga kami… kau gantikanlah dgn keampunan yg membawa
ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.
Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm
kesenangan dan kemewahan…

Justeru itu kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk guru2 kami, kaum kerabat kami, dan sahabat2 kami yg terlebih
dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 yg kau redhai…
apabila tiba pula giliran kami menuju ke alam barzakh Mu.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan
yg baik2, keadaan husnul khotimah… dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya Azizz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha,
sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab… Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, sum’ah, riak,
takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..

Jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka,
permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah
ketenangan dan jln keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn
keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di
kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah agar mereka
dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangankami mereka yg derhaka kepada ibubapa atau
terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan
berbakti kepada ibubapa, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Maha
Mengasihani

3
Ya Allah ya Malikal Mulk…

Ya Razzak..ya Fattahu ya Alim…

Kurniakan kepada kami rezeki yg halal lagi dberkati yg dengannya kami semakin dekat dgn Mu..
sebaliknya, jgnlah Kau jadkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah….

Bantulah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya
tempat kami mencari kehidupan,

Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah
kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian
sebagai ketenangan kepada kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu
dgn jiwa yg tenang dan tenteram.

Ya Allah ya Zal Jalali Wal Ikram…

Jgnlah kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg
akn dtg…

Tapi, Andai inilah Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg diterima
lagi dirahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi
kegelapan hati kami menuju keredhaan serta kasih sayang Mu Ya Allah,

jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn Lailatul
Qadr …pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di mlm Al Qadr…. Ya Allah.. terimalah
amalan kami.. terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa kami… amankanlah kehidupan
kami disana nanti yg kekal abadi

kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…

You might also like