You are on page 1of 2

NAMA DAYANG NURHIDAYANI BINTI AG.

ZAINI
TOPIK TOPIK 3 TUGASAN KUIZ

KOS KOD KPE 530 DATE 19.09.2023

NO MATRIK 2021.8.HD01.0164 MARKAH (10%)

SOALAN 1
Kepentingan teras ini ialah kita harus mempelajari dan memahami sosio-budaya
yg memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak
tersebut serta menyediakan aktiviti yg dapat menyuburkan potensi kanak-kanak ini
keperingkat optimum.Selain itu,perlu berusaha memahami kepelbagaian nilai,
jangkaan, norma dan bahasa yang membentuk kehidupan kanak-kanak di rumah dan
dalam komuniti mereka bagi memastikan pengalaman pembelajaran dalam program
atau sekolah bermakna, relevan dan menghormati setiap kanak-kanak dan keluarga
mereka. Perlu mengenali pengaruh budaya yang berbeza terhadap perkembangan
kanak-kanak.

SOALAN 2
ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengaja
ran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, keboleha
n, bakat serta minat murid. Selain itu,ABP merupakan matlamat utama persediaan
kanak-kanak ke pendidikan rendah kerana ABP dilihat berpotensi memberi hasil
pembelajaran yang lebih baik. Walaupun ABP yang diperkenalkan oleh National
Association for the Education of Young Children (NAEYC) melibatkan pendidikan
awal kanak-kanak berumur dari lahir hingga lapan tahun, pendidikan prasekolah
merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kerana matlamat pendidikan
prasekolah ialah memperkembangkan potensi menyeluruh kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun sebelum ke pendidikan rendah. Sungguhpun demikian, guru
prasekolah dan tadika masih mengamalkan pengajaran terlalu didaktik, bersifat formal
dan berpusatkan guru terutamanya dari sektor swasta. Senario ini bukan sahaja
bercanggah dengan prinsip ABP malah lebih membimbangkan dijangka akan
menjejaskan matlamat pendidikan prasekolah sekali gus gagal memenuhi tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Justeru, ABP ialah kompetensi profesional
yang perlu dimiliki oleh guru prasekolah dan tadika tidak kira sektor kerajaan
mahupun swasta sebagai syarat membina profesionalisme dalam pendidikan
prasekolah sekali gus memastikan kanak-kanak memperoleh akses pendidikan
prasekolah yang bersesuaian, bermakna dan berkualiti untuk kecemerlangan
pendidikan mereka pada masa akan datang

You might also like