You are on page 1of 9

Makmal Dadah & Penyelidikan

Ketua Unit : DR NOR'ASHIKIN OTHMAN


03-2615 5555 ext 7014
makmal_dadah.hkl@moh.gov.my

1.Pengenalan
Makmal Dadah dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada Januari 1992. Makmal ini bertindak sebagai
Pusat Rujukan Penyalahgunaan Dadah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai pusat penyelidikan dadah, makmal ini menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkenaan.
Makmal ini juga menyediakan perkhidmatan perundingan dan latihan dalam bidang ujian dadah ke
hospital-hospital kerajaan dan agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat. Di samping itu, makmal ini juga
merancang program pengesanan dadah yang berkesan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pusat pemulihan dan penjara di bawah Kementerian Dalam
Negeri, hospital swasta dan makmal swasta.

2.Waktu Operasi
Isnin-Jumaat: 7.30am-5.30pm

3.Perkhidmatan Yang Ditawarkan


1. Makmal Dadah dan Penyelidikan menawarkan ujian pengesanan dadah bagi tujuan berikut:
• Pemeriksaan pra-pekerjaan atau pemeriksaan di tempat kerja secara rawak
• Keperluan undang-undang atau forensik
• Pemeriksaan perubatan atau pengurusan pesakit-pesakit klinikal

2. Analisis ujian dadah dalam air kencing melibatkan ujian saringan menggunakan kaedah immunoassay
untuk mengesan kehadiran dadah berbahaya dalam spesimen air kencing bagi dadah-dadah yang
disenaraikan dibawah Akta Dadah berbahaya 1952 (ADB) dan dadah-dadah yang disenaraikan dibawah
Akta Racun 1952.Sekiranya keputusan ujian saringan adalah positif, ujian pengesahan menggunakan
teknik kromatografi seperti Thin Layer (TLC) Chromatography, Gas Chromatography Mass Spectrometry
(GCMS) atau Tandem Mass Spectrometry (LC / MS / MS) akan dijalankan ke atas spesimen tersebut. Bagi
kes-kes klinikal, keputusan ujian positif boleh dilaporkan berdasarkan keputusan ujian saringan. Bagi
kes-kes undang-undang dan medico-legal, keputusan positif mestilah berdasarkan ujian pengesahan
yang dilakukan.

3. Senarai ujian dadah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Amphetamine Type Stimulants


- Amphetamine
- Methamphetamine
- Methylenedioxy-amphetamine (MDA)
- 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA)
- 3,4 Methylenedioxyethylamphetamine (MDEA)
- Ephedrine
- Phentermine

Benzodiazepines
- Alprazolam
- Alpha-Hydroxyalprazolam
- Alpha-Hydroxytriazolam
- 7-Aminoclonazepam
- 7-Aminoflunitrazepam
- 7-Aminonitrazepam
- 7-Aminonimetazepam
- Clonazepam
- Diazepam
- Flurazepam
- Flunitrazepam
- Lorazepam
- Midazolam
- Nimetazepam (Erimin 5)
- Nitrazepam
- Nordiazepam
- Oxazepam
- Temazepam

Cannabinoids(THC)
- 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid

Cathinones

Synthetic Cathinones
- Mephedrone

Ketamine Drugs
- Ketamine
- Norketamine
- Dehydronorketamine

Opioids
- Morphine
- Codeine
- Methadone
- Fentanyl
- 6-Acetylmorphine (6-AM)
- Buprenorphine
- Dextromethorphan
- Hydrocodone
- Hydromorphone
- Meperidine (Pethidine)
- Oxycodone
- Oxymorphone
- Tramadol

Methaqualone

Mitragynine
- Mitragynine
- 7-Hydroxymitragynine

4. Permohonan Ujian
Setiap permohonan spesimen mesti disertakan dengan borang yang betul seperti di bawah.

Jenis Permohonan
Perkara
Klinikal Medico-legal/Medical Checkup

Jenis Ujian Urin Toksikologi Dadah Ujian dadah-dadah berbahaya


dibawah akta dadah berbahaya 1952
dan akta racun 1952. (Sila rujuk
ujian dadah yang ditawarkan No 3)

Borang Pathology PERPAT 301 UPD Pindaan 1 (3 salinan)


Borang ini boleh didapati di Borang ini boleh didapati di Kaunter
Kaunter Makmal Dadah dan Makmal Dadah dan Penyelidikan,
Penyelidikan atau mana-mana Jabatan Patologi, Hospital Kuala
jabatan di Hospital Kuala Lumpur. Lumpur.

Cara Pengisian Sila pastikan semua maklumat Sila pastikan semua maklumat
berikut diisi dengan lengkap: berikut diisi dengan lengkap:

• Nama: • Nama:
• Nombor kad pengenalan: • Nombor kad pengenalan:
• Jantina: • Alamat:
• Wad/Klinik: • Tarikh lahir:
• Ringkasan • Nombor pendaftaran:
Klinikal,Penemuan • Nombor laporan polis: (jika
Pembedahan dan Riwayat ada)
Keluarga • Tarikh pengambilan sampel:
• Diagnosis • Pegawai Pemungut
• Kategori Spesimen: Pembantu
Permohonan/Jenis Ujian Perubatan, Pembantu
• Tarikh & Masa Perubatan Junior, Jururawat,
Pengambilan Spesimen Penolong Jururawat,
Pegawai Rehabilitasi atau
Pegawai Polis.
Sekiranya terdapat keperluan • Pegawai Peminta : Pegawai
untuk menguji dadah -dadah yang Perubatan, Pegawai
tidak ditawarkan oleh pihak Rehabilitasi/Pemulihan,
makmal, Sila gunakan borang Pegawai Polis (Kelayakan
borang Jabatan Kimia (Kimia 15 - Minima : Tahap Sarjan dan
Pin. 2/2016. ke atas)
• Pegawai Pembawa: Pegawai
Permohonan tersebut perlu yang dilantik & diiktiraf oleh
dihantar ke Kaunter Utama institusi pemohon.
Patologi.
Catatan:
1. Nama dan nombor kad
pengenalan pemberi spesimen air
kencing dan pegawai memungut,
peminta dan pembawa mesti ditulis
atau dicetak dengan jelas.
2. Sila pastikan nama ujian ditulis
pada borang permintaan.
3. Setiap spesimen mestilah
disertakan dengan 3 salinan borang
permintaan.
4. Borang permintaan mesti
ditandatangani oleh Pegawai
Perminta beserta cop rasmi.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap bagi mengelakkan penolakan sampel.
5. Pungutan Spesimen

Tatacara pungutan spesimen air kencing mestilah mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan:
Pengesanan Penyalahgunaan Dadah dalam Air Kencing, 2002 seperti di bawah:

1. Pungutan air kencing perlu dilakukan ke atas orang yang disyaki positif dengan mematuhi prosedur
‘Chain of Custody’
2. Prosedur pungutan spesimen perlu diselia dengan betul. Lokasi/tempat kutipan mesti mempunyai
kemudahan tandas yang sesuai seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Kementerian Kesihatan:
Pengesanan Penyalahgunaan Dadah dalam Air Kencing, 2002. Tandas perlu bebas dari sabun, dispenser
atau agen pembersih.
3. Jumlah isi padu pungutan air kencing harus sekurang-kurangnya 30mL.
4. Prosedur pungutan spesimen air kencing perlu diawasi oleh pegawai yang diberi kuasa dan
memastikan air kencing tersebut adalah milik penderma dan tidak ada percubaan untuk memalsukan
spesimen.
5. Botol air kencing mesti ditutup dengan selamat dan dimeterikan dengan lilin pengedap atau meterai
tahan rosak .
6. Botol perlu dilabel di hadapan penderma spesimen dengan maklumat berikut:
• Nama Pemberi/Pemilik Spesimen
• Nombor kad pengenalan
• Tarikh dan masa kutipan
• Tandatangan Pemberi/Pemilik Spesimen
• Ujian dadah yang dipohon

6. Penghantaran Spesimen

1. Spesimen yang telah dipungut perlu dihantar ke makmal dengan segera.


2. Spesimen perlu disimpan pada suhu yang sejuk (4-8 C) atau sejuk beku (tarikh pungutan melebihi 3
hari) jika penghantaran spesimen tidak dapat dilakukan pada hari yang sama spesimen dipungut
3. 'Chain of custody' spesimen tersebut mestilah dipatuhi.

7. Prosedur Penerimaan Spesimen


1. Permintaan ujian klinikal dari Hospital KKM atau Klinik KKM hendaklah dihantar ke Kaunter Utama
Jabatan Patologi.
2. Bagi kes-kes medicolegal dan kes-kes medical check-up, spesimen air kencing dan borang hendaklah
dihantar ke Kaunter Makmal Dadah & Penyelidikan semasa waktu pejabat (8.00 pagi-5.00 petang).

8.Laporan Keputusan Ujian

1. Keputusan ujian dilaporkan sebagai 'Ada mengandungi' apabila positif dadah-dadah yang
dikategorikan dibawah akta dadah berbahaya 1952 atau dikategorikan dibawah akta beracun 1952 dan
dilaporkan 'Tidak mengandungi' apabila keputusan ujian dadah negatif.
2. Keputusan ujian saringan awal yang positif bermaksud bahawa tubuh badan seseorang mengandungi
bahan/dadah merbahaya yang disalah guna dan kepekatan bahan dadah tersebut melebihi kepekatan
'cut off' yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. Keputusan ujian pengesahan bermaksud bahawa
orang tersebut telah mengambil dadah itu.
3. Semua laporan keputusan ujian akan disahkan oleh Pegawai Sains (Kimia Hayat) sebelum dilaporkan.
4. Laporan keputusan ujian dadah adalah sulit.
5. Laporan keputusan ujian akan siap dalam masa Turn Around Laboratory (LTAT) seperti yang
disenaraikan di bawah:

UJIAN SARINGAN

A) Pemeriksaan Perubatan/Medical Check-up (MEO)

No Jenis Ujian LTAT Lokasi Lokasi


(dari tarikh makmal Penghantaran Pengambilan
terima Spesimen Laporan Keputusan
permohonan)
Ujian

1 Amphetamine Type Stimulants (ATS) 10 hari Klinik Premier/ Klinik Premier/


Klinik Kesihatan/ Klinik Kesihatan/
2 Cannabinoids (THC) Makmal Makmal
Persendirian/ Persendirian/
Hospital Hospital
3 Opiates (Morphine & Codeine) Persendirian yang Persendirian yang
menawarkan ujian menawarkan ujian
dadah. dadah.
UJIAN PENGESAHAN

B) Kes- kes Klinikal dari klinik/wad/hospital (bagi permohonan ujian Urin Toksikologi Dadah sahaja)

1 Amphetamine Type Stimulants 14 hari Kaunter Utama Kaunter Makmal


(Amphetamine,Methamphetamine Jabatan Patologi Dadah &
Methylenedioxy-amphetamine (MDA), 3,4 Penyelidikan (bagi
Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), kes yang diterima
3,4 Methylenedioxyethylamphetamine dari wad
(MDEA), Ephedrine & Phentermine) HKL/klinik HKL/
Makmal
Benzodiazepines Persendirian/Hosp
(Alprazolam, Alpha-Hydroxyalprazolam, ital Persendirian).
Alpha-Hydroxytriazolam, 7-
Aminoclonazepam, 7-Aminoflunitrazepam, Bagi kes-kes yang
7-Aminonitrazepam, 7-Aminonimetazepam, dihantar oleh
Clonazepam, Diazepam, Flurazepam, hospital KKM (luar
Flunitrazepam,Lorazepam,Midazolam, HKL), Laporan
Nimetazepam (Erimin 5),Nitrazepam, Keputusan Ujian
Nordiazepam, Oxazepam, & Temazepam) akan d iposkan ke
pada Jabatan
Cannabinoids(THC)
Patologi Hospital
(11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-
masing-masing.
carboxylic acid)
Sila dapatkan
daripada Jabatan
Cathinones
Patologi yang
Synthetic Cathinones (Mephedrone) bertanggungjawab
.
Ketamine Drugs
(Ketamine, Norketamine &
Dehydronorketamine)

Opioids
(Morphine, Codeine, Methadone, Fentanyl,
6-Acetylmorphine (6-AM), Buprenorphine,
Dextromethorphan, Hydrocodone,
Hydromorphone, Meperidine
(Pethidine),Oxycodone, Oxymorphone &
Tramadol)

Mitragynines
(Mitragynine & 7-Hydroxymitragynine)

UJIAN PENGESAHAN

C) Kes- kes Medico-legal Kes berkaitan undang-undang, AADK, Polis, Tentera, Pusat Pemulihan dan
sebagainya)

1 Amphetamine Type Stimulants 60 hari Kaunter Makmal Kaunter Makmal


(Amphetamine,Methamphetamine Dadah & Dadah &
Methylenedioxy-amphetamine (MDA), 3,4 Penyelidikan Penyelidikan
Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), (8.00 pagi-5.00ptg) (8.00 pagi-5.00ptg
3,4 Methylenedioxyethylamphetamine
(MDEA), Ephedrine & Phentermine)

Benzodiazepines
(Alprazolam, Alpha-Hydroxyalprazolam,
Alpha-Hydroxytriazolam, 7-
Aminoclonazepam, 7-Aminoflunitrazepam,
7-Aminonitrazepam, 7-Aminonimetazepam,
Clonazepam, Diazepam, Flurazepam,
Flunitrazepam,Lorazepam,Midazolam,
Nimetazepam (Erimin 5),Nitrazepam,
Nordiazepam, Oxazepam, & Temazepam)

Cathinones
Synthetic Cathinones (Mephedrone)

Ketamine Drugs
(Ketamine, Norketamine &
Dehydronorketamine)

Opioids
(Methadone, Fentanyl, 6-Acetylmorphine (6-
AM), Buprenorphine, Dextromethorphan,
Hydrocodone, Hydromorphone, Meperidine
(Pethidine),Oxycodone, Oxymorphone &
Tramadol)
Mitragynines
(Mitragynine & 7-Hydroxymitragynine)

Cannabinoids(THC) 10 hari
(11-nor-delta-9-
tetrahydrocannabinol-9-carboxylic
acid)

Opiates (Morphine & Codeine)

6. Semua laporan keputusan ujian dadah akan diserahkan kepada pegawai yang diberi kuasa dari agensi
atau jabatan yang membuat permohonan.

Nota: Bagi kes-kes yang 'URGENT', pegawai pembawa spesimen perlu menyatakan dengan jelas
permohanan 'URGENT' pada borang permintaan dan memaklumkan pihak makmal atau pegawai sains
(kimia hayat) yang bertugas.

9. Pertanyaan Keputusan
Sebarang pertanyaan untuk keputusan ujian dadah tidak akan dilayan. Pihak makmal hanya akan
memaklumkan status laporan samada status laporan masih dalam proses atau telah siap.

10.Hubungi Kami
Alamat E-mel: makmal_dadah.hkl@moh.gov.my

Bilik Ketua Unit : 03-2615 7014


Bilik Pegawai Sains (Kimia Hayat) : 03-2615 5612
Bilik Pegawai Rekod & Simpanan : 03-2615 5631 (Untuk pertanyaan status keputusan)
Nombor Faks : 03-2694 2046

You might also like