You are on page 1of 3

班丹美华城安邦国民型华文小学二校

SJK (C) ON PONG 2 PANDAN SELANGOR DARUL EHSAN.


Tel: 03 - 42910270

Tarikh: 20 JUN 2023


Encik / Cik / Puan : Semua Guru Penyelaras Kokurikulum
( Guru Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Penasihat )

Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2023


Merujuk dengan perkara di atas, saya dengan segala hormat dan sukacitanya menyatakan
bahawa satu mesyuarat akan diadakan mengikut ketetapan di bawah :

Tarikh : 22 Jun 2023 (Khamis)


Masa : 11.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1 Ucapan Pengerusi


2.2 Penetapan tarikh dan tema perkhemahan unit beruniform
2.3 Pemilihan pengerusi untuk perkhemahan.
2.4 Perbelanjaan
2.5 Aktiviti perkhemahan
2.6 Hadiah dan sijil

3. Saudara/saudari dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………….
(FURZANNE GOH)
Setiausaha Perkhemahan
MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI PERTAMA
SJK(C) ON PONG 2

Tarikh : 22 Jun 2023 (Khamis)


Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Guru yang hadir: Cik Wee Wen Dyi, Cik Lileng, Pn Gan Hui Boon, Pn Furzanne Goh
Hadir bersama : Cik Hon Hui Ying (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Bil Agenda Tindakan

1.0 Ucapan Pengerusi. Cik Hon Hui Ying

2.0 Perkara Yang Dibincangkan Semua guru


penyelaras
2.1 Penetapan tarikh dan tema.

2.1.1 Cadangan tarikh ialah pada 22 Julai 2023.

2.1.2 Tema ditetapkan mengikut undian semua guru

penyelaras, iaitu tema 《拥抱阳光 自信成长》.

2.2 Pemilihan pengerusi perkhemahan.

2.2.1 Cikgu Gan Hui Boon selaku guru penyelaras unit

beruniform dipilih sebagai pengerusi perkhemahan.

2.3 Perbelanjaan

2.3.1 Cik Hon Hui Ying membentangkan anggaran perbelanjaan.

2.3.2 Perbelanjaan diluluskan dalam mesyuarat bersama ini.

2.4 Aktiviti perkhemahan

2.4.1 Aktiviti ditetap dan dikendalikan oleh KC Loo Motivation

Centre.

2.5 Hadiah dan Sijil

2.5.1 Majlis penyampaian hadiah akan dijalankan pada akhir

perkhemahan.

2.5.2 Hadiah dan sijil akan disediakan untuk semua murid yang
menyertai perkhemahan ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………… ………………………

(FURZANNE GOH) (HON HUI YING)


Setiausaha Perkhemahan GPK Kokurikulum

You might also like