You are on page 1of 5

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki gemuk itu

Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk

1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan
oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )

B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )

C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

PEMAJMUKAN

Kata Majmuk

1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru
yang padu atau sebati maknanya.

2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.

3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.

4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.

5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan
sunyi sepi.

6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan
makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama
sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang
bersempang.

8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja
bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.

9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada,
jurumudi, kadangkala, dan walaupun.

10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur
tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.

11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang
berikut:

(a) kata nama majmuk;

(b) kata bilangan majmuk;

(c) kata adjektif majmuk;

(d) kata kerja majmuk;

(e) kata sendi majmuk;

(f) kata keterangan majmuk;

(g) Kata hubung majmuk.

12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga,
ganti rugi, dan hak cipta.

13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima
puluh.

14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah
perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.

15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.

Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.

16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih,
mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting
tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan
bertungkus lumus.

17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.

18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala,
lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.

19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.

Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:

(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.

air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)

lemah (kata adjektif) + lembut (kata lemah lembut (kata adjektif)


adjektif)

mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan apabila (kata nama)
tanya)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)

gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)

tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)

cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)

lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)

banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)

lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)

Maknanya

21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:

(a) kata majmuk wajar;

(b) kata majmuk kiasan

22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat
diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.

Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang
bernama anggur.

23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang
ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.

Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah
ataupun hati.

Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

adat istiadat gunung api kongsi gelap


alih bahasa hancurlebur lampu duduk

bahasa pasar harga borong lipat ganda

bakul sampah hitam manis lubang hidung

batang hidung ikan parang mabuk taut

cakera padat inti sari merah jambu

cantik jelita isi perut minyak makan

daya cipta juling air naik takhta

dengki hati kaca mata nenek moyang

emas putih kerak bumi orang gaji

esok hari otak depan tuan rumah

gagah berani olah raga udang galah

galah canggah pagar duri uji kaji

rendah hati pindah tangan wang saku

sabun mandi rabun jauh warta berita

sihat akal tahan lasak zat air

24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.

akal kancil darah daging hajat besar

anak angkat datang bulan harga diri

anak baju daun pintu ibu ayam

anak emas emas kahwin isi hati

anak kunci embun jantan jalan bahasa

batu loncatan filem bisu jauh hati

banyak mulut gaji buta kaki tangan

buah mulut gantung kemudi karat hati

bulan madu gatal mulut kata dua

cahaya mata gunung payung kecil hati

cakap angin habis akal kereta api

campur tangan lalat hijau papas hati

cekak musang lebar mulut panjang tangan

dapur susu lemah semangat pasar gelap


mata hari lepas tangan patah hati

naik darah main angin rendah hati

nyawa ikan malam buta sagu hati

otak udang sampai hati sakit hati

tangan besi tali barut tumbuk rusuk

timbang rasa tanah air

You might also like