You are on page 1of 2

COMPANY LETTER HEAD

YANG BERHORMAT DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA


Menteri Kesihatan,
Aras 13, Blok E7, Kompleks E
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya Tarikh:

YB DR.,

PERMOHONAN MENGADAKAN TEMUJANJI BAGI MEMPERKENALKAN


CADANGAN MENYEDIAKAN ELECTRONIC ENFORCEMENT SYSTEM (EES)
BAGI MEMPERKUKUHKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA SECARA KERJASAMA AWAM-SWASTA
Didoakan kesejahteraan Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa serta keluarga,
semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dalam menerajui kepimpinan negara
terutamanya dalam menerajui pembangunan sektor kesihatan negara demi kebaikan
dan kesejahteraan kesihatan rakyat negara ini. Saya juga ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan sebesar-besar tahniah kepada YB Dr., di atas
pelantikan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia. Dengan segala hormatnya, saya
merujuk perhatian YB Dr. kepada perkara di atas.

2. Sukacita untuk makluman YB Dr., Vquest Sdn. Bhd. adalah syarikat bertaraf
bumiputera yang telah beroperasi semenjak 2010, yang memfokuskan perniagaan
dalam bidang teknologi maklumat, sistem komunikasi, peranti perubatan, IVD
medical equipment Technical Service-Support, electronic security alarm system dan
sebagainya. Syarikat juga mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan
berkerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta, sebagai
contohnya, Lembaga Urusan Tabung Haji dan Kenanga Investment dalam
menjalankan usahasama IT dan elektronik. Untuk makluman YB Dr. juga, bersama-
sama ini di lampirkan Profil Syarikat yang menerangkan lebih lanjut informasi
syarikat.
3. Sepertimana pihak YB Dr. sedia maklum, isu kebersihan makanan kerapkali
menjadi perhatian awam dan media. Isu kebersihan dan keracunan makanan ini juga
turut tular melalui media sosial secara meluas. Pihak syarikat sedar, pihak KKM
senantiasa berusaha dan menjalankan pemantauan bagi memastikan kesihatan rakyat
terpelihara. Sehubungan itu, pihak syarikat ingin bersama-sama pihak KKM dalam
memperkukuhkan aktiviti ini melalui penguatkuasaan secara elektronik. Melalui sistem
elektronik yang akan diperkenalkan ini, pihak syarikat yakin bahawa aktiviti pemantauan
mahupun penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, pantas dan lebih
berintegriti. Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap usaha-usaha
KKM ini.

4. Justeru itu, pihak syarikat dengan rendah hati berhasrat untuk mengadakan
temujanji dengan pihak YB Dr., bagi memperkenalkan cadangan Electronic
Enforcement System (EES) yang mana, perlaksanaannya dapat dijalankan secara
kerjasama-awam swasta. Bersama-sama ini turut dilampirkan kertas cadangan
berkaitan EES untuk rujukan pihak YB Dr.

5. Segala kerjasama dan budi baik YB Dr. berhubung perkara ini amatlah
dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar dan salam hormat,

(…………………………………)
Pengarah Urusan
Vquest Sdn. Bhd.

You might also like