You are on page 1of 10

Ruj. Kami : KPM.600-17/1/21 Jld.

16 (57)
Tarikh : 18 Oktober 2023

SEPERTI SENARAI EDARAN

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN


KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian


(BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang
taruh terbesar selain guru, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan
daerah (PPD). Program kerjasama ini dahulu dikenali sebagai Majlis Permuafakatan
KPM Dan PDRM: Jom Ke Sekolah dan kini telah dijenamakan semula sejajar dengan
aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

3. Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara KPM


dengan PDRM. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai
PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam
membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah. Sehubungan dengan itu,
pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada peringkat sekolah dapat menggagaskan
optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis
Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

…2/-
_________________________________________________________________________________________
Sila catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

4. Majlis pelancaran tersebut akan diadakan serentak di peringkat kebangsaan,


negeri, daerah dan sekolah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 31 Oktober 2023 (Selasa)


Masa : 6.50 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : sekolah masing-masing

5. Sehubungan dengan itu, semua JPN, PPD dan sekolah dikehendaki


melaksanakan majlis ini pada tarikh dan hari yang ditetapkan di lokasi masing-masing.
Bersama-sama ini turut dilampirkan atur cara di Lampiran 1, 2 dan 3, cadangan
jemputan di Lampiran 4 ,arahan pentadbiran di Lampiran 5 dan mesej/nota duta murid
di Lampiran 6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, pihak YBhg.
Datuk/Dato’/tuan/puan boleh menghubungi En. Mohd Harith bin Mohd Rahim @
Mohd Noor di talian 03-88849451/019-4103325 atau melalui e-mel di alamat
mohd.harith@moe.gov.my.

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Datuk/Dato’/tuan/puan terhadap perkara di


atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ABDUL MUIE BIN NGAH, A.M.T)


Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

-2-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

LAMPIRAN 1

ATUR CARA
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

6.50 pagi - Ketibaan para tetamu


6.55 pagi - Ketibaan Ketua Polis Negeri
7.00 pagi - Ketibaan Pengarah Pendidikan JPN
7.05 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah
7.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri
- Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan YDH. Ketua Polis Negeri
- Ucapan YBrs. Pengarah Pendidikan Negeri
- Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karakter Karamah Insaniah Peringkat Negeri Tahun 2023
- Sesi Bergambar
- Sidang Media (jika perlu)
- Lawatan Tapak Pameran (jika perlu)
- Jamuan (jika perlu)
9.00 pagi - Bersurai

-3-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

LAMPIRAN 2

ATUR CARA
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2023

6.50 pagi - Ketibaan para tetamu


6.55 pagi - Ketibaan Ketua Polis Daerah
7.00 pagi - Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah
7.05 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah
7.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri
- Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan YDH. Ketua Polis Daerah
- Ucapan YBrs. Pegawai Pendidikan Daerah
- Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karakter Karamah Insaniah Peringkat Daerah Tahun 2023
- Sesi Bergambar
- Sidang Media (jika perlu)
- Lawatan Tapak Pameran (jika perlu)
- Jamuan (jika perlu)
9.00 pagi - Bersurai

-4-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

LAMPIRAN 3

ATUR CARA
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023

6.50 pagi - Ketibaan para tetamu


6.55 pagi - Ketibaan Pegawai Perhubungan Sekolah
7.00 pagi - Ketibaan Pengetua/Guru Besar
7.05 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah
7.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan YDH Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
- Ucapan YBrs Pengetua/Guru Besar
- Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan
Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023
- Sesi Bergambar
- Jamuan (jika perlu)
9.00 pagi - Bersurai

-5-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

LAMPIRAN 4

SENARAI CADANGAN KEHADIRAN/JEMPUTAN


PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

Peringkat NEGERI

Bil Kehadiran/Jemputan

1 Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

2 Ketua Polis Negeri

3 Wakil Majlis Pengetua Sekolah Menengah

4 Wakil Persatuan Guru Besar

5 Wakil Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF)

6 Wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)

7 Wakil Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Swasta (PIBKS)

8 Wakil NGO berkaitan

Peringkat DAERAH

Bil Kehadiran/Jemputan

1 Pegawai Pendidikan Daerah

2 Ketua Polis Daerah

3 Wakil Majlis Pengetua Sekolah Menengah

4 Wakil Persatuan Guru Besar

5 Wakil Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF)

6 Wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)

7 Wakil Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Swasta (PIBKS)

8 Wakil NGO berkaitan

-6-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

Peringkat SEKOLAH

Bil Kehadiran/Jemputan

1 Pengetua/Guru Besar

2 Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

3 Wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)

-7-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

LAMPIRAN 5

ARAHAN PENTADBIRAN
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

1. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah


Insaniah Tahun 2023 dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan, negeri,
daerah dan sekolah.

2. Pelancaran Di Peringkat Negeri:


➔ Jabatan pendidikan negeri (JPN) perlu mengenal pasti sebuah sekolah
untuk lokasi pelancaran di peringkat negeri.

➔ Cadangan lokasi: tapak perhimpunan/dewan sekolah/mana-mana lokasi


yang bersesuaian di sekolah yang dipilih.

3. Pelancaran Di Peringkat Daerah:


➔ Pejabat pendidikan daerah (PPD) perlu mengenal pasti sebuah sekolah
untuk lokasi pelancaran di peringkat daerah.

➔ Cadangan lokasi: tapak perhimpunan/dewan sekolah/mana-mana lokasi


yang bersesuaian di sekolah yang dipilih.

4. Pelancaran Di Peringkat Sekolah:


➔ Cadangan lokasi: tapak perhimpunan/dewan sekolah/mana-mana lokasi
yang bersesuaian di sekolah yang dipilih.

5. Tatacara Pelaksanaan:
➔ Pegawai JPN/PPD dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) perlu hadir
di setiap sekolah semasa pelancaran.

➔ Pegawai JPN/PPD dan PPS membaca teks ucapan yang akan disediakan
kepada semua sekolah termasuk teks doa melalui JPN masing-masing
sebaik mendapat kelulusan.

➔ Wakil JPN/PPD sebagai perasmi KPM akan membacakan teks ucapan YB


Menteri Pendidikan yang disediakan oleh KPM.

➔ Wakil PDRM sebagai perasmi PDRM akan membacakan teks ucapan


YDH Ketua Polis Negara yang disediakan oleh PDRM.

-8-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

6. Sasaran Peserta:
➔ Semua murid sekolah masing-masing dan perlu memilih Duta Murid.

7. Bilangan Duta Murid:


➔ Tiada limitasi bilangan duta murid. Pemilihan duta murid adalah mengikut
kesesuaian dan budi bicara sekolah.

8. Kriteria Duta Murid:


➔ Duta murid dipilih dalam kalangan murid yang menunjukkan sahsiah yang
baik dan terpuji terutama dalam kalangan pemimpin murid seperti
pengawas, ketua kelas, ketua unit beruniform atau wakil-wakil murid.

9. Tugas Duta Murid Semasa Pelancaran:


➔ Duta murid dikehendaki membaca mesej/nota yang disediakan oleh pihak
KPM.

10. Penghargaan Kepada Duta Murid:


➔ Cadangan: sijil/button batch atau selempang yang ditulis DUTA SAHSIAH
sebagai simbolik pelantikan sebagai duta.

11. Pautan Secara Langsung Untuk Dilayari:


➔ Pautan Youtube KPM: https://www.youtube.com/watch?v=YUFX4jjKI4k
➔ Pautan Facebook KPM: https://www.facebook.com/KemPendidikan

12. Kod Pakaian:


➔ Pegawai JPN dan PPD yang hadir : korporat KPM
➔ Guru dan tetamu lain : baju kerja/korporat

-9-
KPM.600-17/1/21 Jld.16 (57)

LAMPIRAN 6

NOTA/MESEJ DUTA MURID


PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH PERINGKAT TAHUN 2023

-10-

You might also like