Professional Documents
Culture Documents
Buku Log Pengakap Muda
Buku Log Pengakap Muda
SUKATAN KANDUNGAN
DAN
JALAN KERJA
Disediakan oleh :
Gambar
Beruniform
Pengakap
BIODATA (WAJIB)
MAKLUMAT KEPENGAKAPAN :
Tarikh Mula Berpengakap : ____________________________________________
Nama Patrol (terkini) : ____________________________________________
No. Kumpulan (terkini) : ____________________________________________
Alamat Kumpulan (terkini) : ____________________________________________
Daerah (terkini) : ____________________________________________
MAKLUMAT WARIS :
Nama Bapa / Penjaga : ____________________________________________
Pekerjaan Bapa / Penjaga : ____________________________________________
Alamat Bapa / Penjaga : ____________________________________________
No. Telefon bimbit : ____________________________________________
Saya mengakui bahawa semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
Tandatangan : ____________________________
Nama Penuh : ____________________________
TANDATANGAN
BIL PERKARA TARIKH NAMA PENGUJI
PENGUJI
Peraturan pakaian
1
seragam pengakap
2 Prinsip Rukunegara
Lambang Pengakap
3
Malaysia & Dunia
Persetiaan & Undang-
4
Undang Pengakap
Hormat & Cogankata
5
Pengakap
Sejarah Pengakap
6
Malaysia & Lord BP
7 Simpulan & Ikatan
Adalah disahkan dan diperakukan bahawa pengakap di atas telah lulus semua ujian
yang diperuntukkan dalam Lencana Keahlian (Pengakap Muda / Remaja)
sebagaimana ketetapan dalam Undang-undang Persekutuan Pengakap Malaysia.
Oleh yang demikian, beliau telah layak untuk memakai lencana ini.
_____________________________
Tandatangan Pemimpin Kumpulan
Nama :____________________________
Tarikh :____________________________
PERATURAN
PAKAIAN SERAGAM
PENGAKAP MUDA / REMAJA
1.1 BAJU
Lelaki
Unit Pengakap Biasa - Kemeja berwarna kelabu asap berlengan panjang
(tucked-in).
Unit Pengakap Laut - Kemeja berwarna putih berlengan panjang
(tucked-in).
Perempuan
Unit Pengakap Biasa - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)
berwarna kelabu asap berlengan panjang.
Unit Pengakap Laut - Baju potongan kebaya (berpoket dibahagian dada)
berwarna putih berlengan panjang.
*Baju potongan kebaya yang tidak mempunyai poket didada (poket di bawah)
adalah pakaian / uniform pemimpin / kelana wanita.
1.3 TOPI
Unit Pengakap Biasa
- Forage Cap berjalur merah dengan lencana topi (kain) untuk lelaki dan
perempuan.
1.4 SKAF
Semua Unit - Skaf Pengakap Kebangsaan (Biru Gelap jalur merah dan
putih) tanpa sebarang logo tambahan.
1.5 WOGLE
Semua Unit - Wogel rasmi Pengakap Malaysia (PVC)
1.6 KASUT
Kasut kanvas hitam bertali
1.7 STOKIN
Semua Unit - Stokin berwarna biru tua
MUHAMAD
1.10 TUDUNG
Wanita - Kain tudung mengikut warna unit (baju).
1.14 EPOLET
Ahli Pengakap Muda dan Remaja tidak dibenarkan memakai apa-apa bentuk
epolet di strap bahu.
Epolet hanya dipakai oleh Penolong Pemimpin ke atas.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Uniform Pengakap :
PRINSIP
RUKUNEGARA
PRINSIP RUKUNEGARA
3.Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah
sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia
merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu
gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia
menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia
adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
4.Kedaulataan Undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.
Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,
hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang
negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan
menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur
tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas
selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan
itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Prinsip Rukunegara :
LAMBANG PENGAKAP
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Lambang Pengakap Malaysia & Pengakap Sedunia :
PERSETIAAN &
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
*Ahli pengakap perlu tahu melafazkan persetiaan pengakap dengan cara yang
betul. Sebaik-baiknya menguasai persetiaan pengakap dalam kedua-dua
bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
** Ahli pengakap perlu tahu kata kata kunci dalam sepuluh undang-undang
pengakap serta dapat menghuraikan setiap kata kunci tersebut mengikut
fahaman mereka sendiri.
PERSETIAAN PENGAKAP
SCOUT OATH
AKAN
TO DO
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Persetiaan & Undang-undang Pengakap :
PENGAKAP
-Melakukan secara amali cara memberi hormat yang betul dan bila ianya
dibuat.
Hormat Pengakap
Hormat pengakap menggunakan tiga jari dengan keadaan seperti di bawah.
Cogankata Pengakap
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Hormat & Cogankata Pengakap :
SEJARAH PENGAKAP
negeri-negeri tersebut.
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada
daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap
ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan
dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang
mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada
Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia
pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-
majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu
dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut
perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi
pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara
mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari
1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama
penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya
bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di
Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama
W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell
meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah
berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa
tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi
pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.
Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan
derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik.
Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan
terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak
perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-
13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.
Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5
Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-
sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas
itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal
sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga
beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana
keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat
menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri
Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan
Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke
Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari
daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda.
Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah
bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.
pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan
kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan
peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah
memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan
Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major
Jeneral yang termuda.
Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan
Jeneral.
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London
menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park,
sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori
tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir
jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout
of the World.
Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa
berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya
Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri
telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman
permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.
Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan
di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut
diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died
January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan
tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di
tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home".
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Sejarah Pengakap Malaysia & Lord BP :
log masing-masing.
KEGUNAAN :
-Menyambung dua hujung tali yang sama saiz.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Buku Sila :
KEGUNAAN :
-Mengikat dua hujung tali yang berlainan tetapi tidak sama saiz.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Bunga Geti :
KEGUNAAN :
- Memulakan atau mematikan ikatan pada kayu.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Simpul Manok :
KEGUNAAN :
-Mengikat leher binatang supaya tidak terjerut
-Membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk menarik mangsa.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Tindih Kasih :
KEGUNAAN :
-Mengikat tali pada tiang
-Mematikan ikatan ke pokok atau Pancang.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Lilit Dua Simpul :
KEGUNAAN :
-Mematikan hujung tali supaya tidak terurai.
___________________________________________________________________
Pengesahan Ujian Lilit Pemati Biasa :