You are on page 1of 3

Guru Bahasa Tamil 4 (GBT 4)

Soalan Temu Bual untuk Penyelidikan


Bil Soalan Jawapan
1 Apakah pemahaman cikgu tentang KBAT? KBAT ialah Kemahiran berfikiran Aras Tinggi dimana perlu diterapkan dikalangan
pelajar-pelajar dalam PDPC supaya mereka dapat mencapai tahap penguasaan yang
tinggi dalam sesuatu pembelajaran.
2 Boleh tak cikgu senaraikan tahap-tahap pemikiran Pengetahun, Kefahaman, Aplikasi , Analisis, sintesis dan penilaian.
KBAT?

3 Adakah cikgu mengaplikasikan elemen KBAT Ya. Dalam proses pembelajaran kesemua elemen dalam KBAT adalah penting kerana
dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani? Jika ya apakahpelajar dapat memahami kandungan dan mencapai tahap pembelajaran yang optimum.
keperluannya? Jika KBAT dipraktikan dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani ia sangat membantu
pelajar menyarankan idea yang lebih mendalam serta dapat mencipta sesuatu yang
baharu semasa
4 Bagaimanakah cikgu mengaplikasikan tahap pemikiran Ceyyul dan Mozhiyani merupakan komponan sastera yang perlu dihafalkan oleh pelajar
KBAT dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani di kelas? supaya setiap baris dan perkataan di dalam ceyyul mempunyai maksud dan akan dinilai
secara keseluruhan. Maka, pemikiran KBAT diaplikasikan dalam PDPC untuk
memastikan pelajar dapat mengingat dan memahami ceyyul Mozhiyani yang diajar
terlebih dahulu. Kemudian, dengan komponen ini pelajar dapat tahu membina ayat dan
situasi yang tepat.
5 Apakah alat berfikir yang sering cikgu gunakan dalam Alat berfikir yang sering saya gunakan ialah peta minda. Alat ini saya memilih mengikut
pengajaran? Ceyyul yang diajar. .

6 Boleh tak cikgu jelaskan sedikit tentang cara atau aktiviti Sebagai contohnya, saya gunakan peta minda “FLOW MAP” dalam pengajaran Ceyyul
yang cikgu gunakan untuk mengajar KBAT dalam Tholkappiyam ting 5. Ceyyul ini mengandungi unsur susunan dan aturan tahap
Ceyyul dan Mozhiyani? organisma yang wujud di bumi ini. Maka alat pemikiran ini sangat membantu pelajar
menyusun tahap dari rendah ke tahap tertinggi mngikut fakta yang dipellajari melalui
Ceyyul tersebut
7 Apakah jenis bahan bantu mengajar bersesuaian dengan Buku teks. Buku teks Bahasa Tamil yang disediakan sudah lama mengandungi aktiviti
elemen KBAT yang cikgu gunakan dalam pengajaran yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi pelajar dalam pebelajaran Ceyyul dan
Ceyyul dan Mozhiyani? Moziyani.
8 Apakah kata kerja KBAT yang sering cikgu gunakan Cadangkan
dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani? Wajarkan
Ramalkan
Soalan soalan sebegini akan menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa,
Sintesis dan juga Penilaian.
9 Apakah pendapat cikgu tentang kepentingan KBAT Pada pendapat saya, elemen KBAT sangat penting dalam pembelajaran Ceyyul dan
dalam pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani? Mozhiyani kerana ia mencetuskan keupayaan pelajar memahami informasi, mengalih
perhatian pelajar daripada satu info ke info lain. Tambahan pula, ia menegaskan
kepentingan isi dan konsep pemahaman yang tersendiri. Ia mencetuskan kreativiti pelajar
serta mewujudkan pembelajaran yang merangkumi pemikiran inovatif, logik dan kritis.
10 Adakah murid mengambil bahagian dengan seronok Ya. Sungguh
dalam aktiviti KBAT yang cikgu laksanakan semasa
Pdp?

11 Bagaimanakah cikgu menguji keupayaan KBAT murid Saya gunakan teknik menyoal yang dapat mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, secara berkesan. Komunikasi secara menyanya soalan dan menjawab adalah teknik
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu dalam paling lama dalam pdp namun, teknik menanya soalan kepada pelajar perlulah
pengajaran dan penyampaian Ceyyul dan Mozhiyani? mencungkilkan pemikiran pelajar serta komunikasi tersebut perlu positif dan
mewujudkan sikap saling memahami dan bekerjasama.
12 Sejauhmanakah aktiviti-aktiviti berteraskan KBAT yang Pada pendapat saya, pengajaran Ceyyul Mozhiyani dengan berteraskan KBAT memberi
cikgu gunakan itu berkesan dalam pengajaran dan kesan yang paling baik kerana pelajar dapat mengulang dan mengulas konsep dan info
penyampaian Ceyyul dan Mozhiyani? yang diperolehi dari pembelajaran dengan tepat dan betul. Pembinaan ayat dan situasi
sangat tepat kerana pelajar dapat memahami konsep dan maksud dengan cara sendiri.

13 Apakah (tingkahlaku) reaksi murid apabila cikgu Pelajar belajar secara aktif sepanjang pdp.
menggunakan soalan-soalan KBAT dalam Ceyyul dan
Mozhiyani?
14 Adakah cikgu membuat perancangan untuk KBAT dalam Ada. Perancangan untuk KBAT sebelum memulakan pembelajaran sangat membantu
RPH untuk pengajaran Ceyyul dan Mozhiyani sebelum saya untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan logik untuk menjawab
memulakan kelas? soalan - soalan yang berkaitan dengan pengajaran pada hari tersebut.
15 Pada pendapat cikgu, apakah rasional pengajaran Pada pendapat saya, rasional pengajaran KBAT dalam Ceyyul dan Mozhiyani adalah
KBAT dalam Ceyyul dan Mozhiyani? seperti berikut;
 Memberi persekitaran pembelajaran yang aktif dan berkesan.
 Meningkatkan aras kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
 Mengenalpasti kebolehan pelajar dalam menghujah pendapat dan ideologi yang
logik dan kreatif.

You might also like