You are on page 1of 23

TOPIK 5 -PEMBANGUNAN NEGARA

PENGENALAN
 SEBELUM PERANG KE 2 -> EKONOMI TANAH MELAYU BERGANTUNG PADA
 BIJI TIMAH
 GETAH
 TAHUN 1929 – 1933 -> KEMELESETAN EKONOMI
 SELEPAS MERDEKA TUKAR PELAN PEMBANGUNAN NEGARA DARI:

STRUKTUR PEMBANGUNAN EKONOMI TANAH MELAYU SISTEM PEMBUATAN DAN INSDUSTRI

 LEBIH TERTUMPU KEPADA USAHA MEMBANGUNKAN KAWASAN LUAR BANDAR YANG MUNDUR.
 PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA -> MERANCANG ATAU PELAN PEMBANGUNAN, DASAR
DAN AGENSI DIWUJUDKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT HIDUP DALAM KEADAAN SOSIOEKONOMI
YANG RENDAH (MISKIN).
 MALAYSIA MEMPUNYAI DASAR LUAR SEJAK MERDEKA DAN MENJADI PERANAN PENTING DALAM
INSTITUSI ANTARANGSA (ASEAN/ PBB/ OIC/ NAM/KOMANWEL)

PELAN PEMBANGUNAN
 13 PELAN PEMBANGUNAN YANG DIRANCANG OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK PELAN
PEMBANGUNAN EKONOMI.

N SEBELUM/SELEPAS MERDEKA TAHUN NO SELEPAS TERTUBUH MALAYSIA TAHUN


O
1 RANCANGAN MALAYA 1956 - 1 RANCANGAN MALAYSIA 1966 - 1970
PERTAMA 1960 PERTAMA (RMK1)
2 RANCANGAN MALAYA KE DUA 1961 - 2 RANCANGAN MALAYSIA 1971 – 1975
1965 KEDUA (RMK2)
3 RANCANGAN MALAYSIA 1976 – 1980
KETIGA (RMK3)
4 RANCANGAN MALAYSIA 1981 – 1985
KEEMPAT (RMK4)
5 RANCANGAN MALAYSIA 1986 – 1990
KELIMA (RMK5)
6 RANCANGAN MALAYSIA 1991 – 1995
KEENAM (RMK6)
7 RANCANGAN MALAYSIA 1996 – 2000
KETUJUH (RMK7)
8 RANCANGAN MALAYSIA 2001 – 2005
KELAPAN (RMK8)
9 RANCANGAN MALAYSIA 2006 – 2010
KESEMBILAN (RMK9)
10 RANCANGAN MALAYSIA 2011 – 2015
KESEPULUH (RMK10)
11 RANCANGAN MALAYSIA 2016 – 2020
KESEBELAS (RMK11)
RANCANGAN MALAYAN PERTAMA (1956 – 1960)
 MEMBANGUNKAN KAWASAN LUAR BANDAR DAN MEMPELBAGAIKAN SUMBER DALAM NEGERI
 MENUMBUHKAN 2 AGENSI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR UNTUK MEMAJUKAN EKONOMI
 LEMBAGA KEMAJUAN KAMPUNG DAN PERUSAHAAN (LPKP) @ (RIDA)
 LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA) (1 JULAI 1956)

RANCANGAN MALAYAN KEDUA (1961 – 1965)


 MEMPERBAIKI KEMUDAHAN ASAS DAN INFRASTRUKTUR DIKAWASAN LUAR BANDAR.
 FELDA (MEMBUKA TANAH DAN PENEMPATAN UNTUK AKTIVITI PERTANIAN DAN PERLADANGAN)
 FAMA (TAHUN 1965 DIBUKA UNTUK MEMASARKAN HASIL PERTANIAN)
 RANCANGAN MALAYAN KEDUA TIDAK BERJAYA MENCAPAI KEJAYAAN KESEIMBANGAN EKONOMI
DISEBABKAN KURANG PELABURAN DALAM MODAL INSAN.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (RMK1) (1966 – 1970)


 SELEPAS MALAYSIA DITUBUHKAN (RMK1) -> MENEKANKAN ASPEK INTEGRITI DALAM KALANGAN
KAUM DI MALAYSIA.
 MEMPERKENALKAN BEBERAPA AGENSI (MARA/ BANK BUMIPUTERA/ LEMBAGA PERINDUSTRIAN
MALAYSIA (MIDA) / LEMBAGA PENASIHAT TARIF/ PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNB
@PERNAS)
 TUJUANNYA ADALAH MENGGALAKKAN PELBAGAI KAUM BUMIPUTERA DALAM BIDANG
PERUSAHAAN DAN MEMAJUKAN PEMBANGUNAN DALAM BIDANG PERINDUSTRIAN NEGARA.

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (RMK2) (1971 – 1975)


 TRAGEDI 13 MEI 1969 TELAH MEMPERKENALKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB) UNTUK
MENANGANI KETIDAKSEIMBANGAN SOSIOEKONOMI ANTARA KAUM.
 DASAR EKONOMI BARU (DEB) JUGA DIKENALI SEBAGAI RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG
PERTAMA (RRJP1) DAN DASAR SERAMPANG DUA MATA INI UNTUK:
 MENGURANGKAN DAN MEMBASMI KEMISKINAN RAKYAT MALAYSIA TANPA MENGIRA
KAUM TERUTAMANYA ORANG MELAYU DI LUAR BANDAR
 MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT DENGAN MENGHAPUSKAN PENGENALAN KAUM
MENGIKUT KEGIATAN EKONOMI.

 KERAJAAN MELAKSANAKAN DEB UNTUK MENINGKATKAN KEMUDAHAN PERKHIDMATAN


SEPERTI PENDIDIKAN, KESIHATAN, KEMUDAHAN AIR DAN ELEKTRIK, BANTUAN BIASISWA, BUKU
TEKS PERCUMA DAN MAKANAN TAMBAHAN KEPADA PELAJAR DI LUAR BANDAR, BANTUAN
BAJA SUBSIDI DAN PROJEK RUMAH MURAH UNTUK GOLONGAN PETANI DAN PENEROKA.
 MELANCARKAN BEBERAPA PROGRAM PERINDUSTRIAN, PERDAGANGAN, PERTANIAN,
PENGANGKUTAN, PERLOMBONGAN DAN PERTANIAN UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA
GOLONGAN BUMIPUTERA TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM SEKTOR PENGELUARAN
PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (RMK3) (1976 – 1980)


 MERANCANG PEMBANGUNAN WILAYAH DENGAN TUJUAN MENGURANGKAN JURANG
PERBEZAAN EKONOMI ANTARA BANDAR BAHARU.
 BADAN KERAJAAN TELAH DIGERAKKAN UNTUK MENJALANKAN USAHA PEMBANGUNAN DI LUAR
BANDAR SEPERTI:
 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
 LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (DARA)
 LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)
 LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR).

 BADAN BERKANUN SEPERTI MARA, FELDA, PNS, PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR


(UDA-URBAN DEVELOPMENT AUTHORITY) DAN PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL
PERUSAHAAN GETAH (RISDA - RUBBER INDUSTRY SMALLHOLDERS DEVELOPMENT AUTHORITY)
YANG BERFUNGSI UNTUK MEMBANGUNKAN WILAYAH LUAR BANDAR DI SELURUH MALAYSIA
TERMASUK SABAH DAN SARAWAK.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (RMK4) (1981 – 1985)


 TAHUN 1980-AN, KERAJAAN MALAYSIA TELAH DIPIMPIN OLEH TUN DR MAHATHIR UNTUK
MEMFOKUSKAN KEPADA BIDANG PERUSAHAAN BERAT YANG BERLANDASKAN PELABURAN
MODAL, PENGGUNAAN TEKNOLOGI TINGGI DAN TENAGA KERJA MAHIR (DASAR PANDANG KE
TIMUR)
 MENUBUHKAN PERBADANAN INDUSTRI BERAT MALAYSIA (HICOM - HEAVY INDUSTRY
CORPORATION OF MALAYSIA) PADA TAHUN 1980.
 HICOM TELAH BERPERANAN DALAM MENGGERAKKAN BEBERAPA PERUSAHAAN BERAT SEPERTI
KILANG SIMEN (KEDAH SIMEN SDN BHD), KILANG BESI DAN KELULI (PERWAJA) DI TERENGGANU
DAN PEMBUATAN KERETA NASIONAL (PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL SDN BHD (PROTON).
 RMK4 TELAH MEMACU MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA PERINDUSTRIAN BAHARU DI
RANTAU ASIA TENGGARA DAN JUGA DI DUNIA DENGAN MENUMPUKAN KEPADA USAHA UNTUK
MENINGGIKAN NILAI BARANGAN UTAMA DENGAN MENAMBAH BAIK CARA MEMPROSES
KELUARAN TEMPATAN.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (RMK5) (1986 – 1990)


 RMK5 MENEKANKAN KEPADA ASPEK MENINGKATKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN SUPAYA
KECEKAPAN PENGURUSAN AGENSINYA DAPAT BEKERJASAMA DENGAN SEKTOR SWASTA
DENGAN LEBIH BERKESAN SEPERTI
 MELONGGARKAN PERATURAN MENGAWAL HAK MILIK SYARIKAT DAN AKTIVITI
EKONOMI SEPERTI SYARAT PENGGUNAAN TANAH, PENANAMAN PADI DAN
PENGGUNAAN TANAH LOMBONG SERTA PERTANIAN DAN PELESENAN
 MELONGGARKAN SYARAT PELABURAN MODAL ASING DALAM SEKTOR SWASTA UNTUK
TUJUAN MENINGKATKAN PELABURAN SEKTOR PERINDUSTRIAN BERORIENTASIKAN
EKSPORT.

 SELEPAS 20 TAHUN (1970 HINGGA 1990) DEB DILAKSANAKAN, DASAR INI DIANGGAP TIDAK
BERJAYA DALAM PENGAGIHAN EKONOMI YANG SAKSAMA KEPADA MASYARAKAT BUMIPUTERA.
FAKTOR YANG MENGHALANG MATLAMAT DEB IALAH KEMEROSOTAN EKONOMI SEDUNIA PADA
TAHUN 1985 HINGGA 1986 YANG TELAH MENJEJASKAN PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA.
KERAJAAN TERPAKSA MELONGGARKAN PELAKSANAAN DEB DAN MELIBERALKAN STRUKTUR
EKONOMI NEGARA UNTUK MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (RMK6) (1991 – 1995)


 TUJUAN RMK6 IALAH MENGEKALKAN DAN MENGURUS PEMBANGUNAN PESAT EKONOMI
NEGARA UNTUK MEMASTIKAN KEDUDUKAN HASIL KERAJAAN TERJAMIN DENGAN
MENGURANGKAN PERBELANJAAN YANG TIDAK PRODUKTIF.
 BEBERAPA STRATEGI TELAH DIRANGKA OLEH KERAJAAN SEPERTI MENINGKATKAN KECEKAPAN
DAN DAYA SAING EKONOMI SERTA MENGGALAKKAN PERANAN SEKTOR SWASTA.

DASAR EKONOMI DAN DASAR SOSIAL

 KERAJAAN TELAH MEMPERKENALKAN BEBERAPA DASAR UTAMA NEGARA SELEPAS MERDEKA


HINGGALAH SEKARANG BAGI MENCAPAI WAWASAN 2020 UNTUK MENJADI NEGARA MAJU.
 DASAR PEMBANGUNAN YANG DILAKSANAKAN ADALAH UNTUK MEMBANGUNKAN DAN
MEMPERKUKUHKAN MALAYSIA DALAM PELBAGAI ASPEK PENTING SEPERTI EKONOMI,
SOSIOBUDAYA DAN PERPADUAN KAUM.
 DASAR TERSEBUT TELAH DIPERKENALKAN SEJAK ZAMAN PENTADBIRAN
 TUN ABDUL RAZAK
 TUN HUSSEIN ONN
 TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD
 TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
 DATO’ SERI MOHD NAJIB
 ANTARA DASAR UTAMA NEGARA YANG TELAH DIJALANKAN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:

NO DASAR UTAMA NEGARA


1 DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)
2 DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA
3 DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA (MALAYSIA INCORPORATE)
4 DASAR PENGKORPORATAN DAN PENSWASTAAN
5 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
6 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
7 DASAR PANDANG KE TIMUR (DPT)
8 DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM (DPNI)
9 DASAR BELIA NEGARA (DBN)
10 DASAR WANITA NEGARA (DWN)
11 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
12 DASAR WAWASAN 2020
13 DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)
14 DASAR ISLAM HADHARI

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA


TAHUN 1950 - 1960 TAHUN 1970 TAHUN 1980 TAHUN 1983 TAHUN 1985 – 1986
 Sektor  Kerajaan  Malaysia mula  Kerajaan  Berlaku
perindustrian meluaskan menitikberatkan mengumumkan kemelesetan
berasaskan getah pertumbuhan dasar dua kajian yang ekonomi sedunia
dan bijih timah industri yang perindustrian dapat membentuk dan menjejaskan
telah mula berasaskan negara selaras dasar punca utama
dijalankan eksport dan dengan perindustrian ekonomi negara
sebagai usaha industri yang perkembangan negara dalam Dasar
untuk bercirikan ramai pesat globalisasi.  Dasar perindustrian
mempelbagaikan tenaga buruh perindustrian negara.
malaysia
kegiatan kasar untuk (KDPM)
ekonomi menyumbang  Pelan induk
malaysia. sektor perindustrian
perindustrian (pip) 1 dan 2
(Tahun 1985 –
dalam kdnk. 2005)

Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) Pelan Induk Perindustrian (PIP) 1 DAN 2


(TAHUN 1985 – 2005)
 menyemak dan mengubah suai dasar perindustrian menggubal objektif pembangunan perindustrian dalam
yang sedia ada dan mengkaji semula galakan pelaburan mengenal pasti strategi
dan eksport, untuk sektor kecil yang berpotensi mengikut keperluan
ekonomi negara supaya
tumbuh dengan pesat.

 3 FEBRUARI 1986 -> DATO SERI RAFIDAH ABDUL AZIZ (MENTERI PERDAGANGAN DAN
PERINDUSTRIAN) MENGUMUMKAN TIGA MATLAMAT PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (PIP) IAITU:

 Menjadikan sektor perkilangan sebagai penggerak utama (catalyst) pertumbuhan


perindustrian negara
 Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara dalam proses perkilangan
tersebut
 Meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan sebagai asas
menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian.

 PIP TELAH MENYARANKAN BEBERAPA LANGKAH SUPAYA MALAYSIA DAPAT MENJADI NEGARA
PERINDUSTRIAN, IAITU:
 Mengeksport keluaran perkilangan secara besar-besaran.
 Industri berasaskan sumber tempatan dan industri bukan berasaskan sumber untuk
dipelbagaikan dan eksport
 Memajukan industri berat (HICOM) ditubuhkan sebagai badan yang bertanggungjawab
terhadap perkembangan industri berat negara, contoh
KILANG PERWAJA PROTON
- Industri besi berongga dan bilet - industri pembuatan kereta nasional,
(billet) keluli iaitu proton saga

 Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan memberi


keutamaan kepada industri kecil dan sederhana.
 Membangunkan teknologi dan sumber manusia.
 Memajukan sistem komunikasi dan maklumat yang bersepadu.
 Menggalakkan kemasukan teknologi moden dan modul pelaburan asing dengan
pembinaan suasana pelaburan yang menarik serta kemudahan infrastruktur yang sesuai
dan mencukupi.
 Mengurangkan perbelanjaan sektor infrastruktur dengan menggalakkan pertumbuhan
industri di kawasan sedia ada dengan kemudahan infrastruktur yang diperlukan.
Pertumbuhan kawasan industri di pantai barat dan pantai timur malaysia seperti di kota
bharu, kuala terengganu, kuantan, kota kinabalu, sandakan, labuan, kuching, sibu dan
bintulu.

 Tahun 1990 -> Malaysia berjaya meningkatkan sektor perkilangan sebagai sumber ekonomi
negara dalam KDNK selepas perindustrian pertanian.
 Kesan positif Dasar Perindustrian Negara terhadap ekonomi Malaysia Dari segi:

 Menyusun semula struktur ekonomi negara seperti yang dirancang dan Sektor
perindustrian menyumbang sebanyak 33 % dalam KDNK
 Mengeluarkan sejumlah 80 % komponen elektronik, alat elektrik dan tekstil yang
merupakan keluaran terpenting untuk eksport
 Meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat secara keseluruhannya dan mengurangkan
kadar kemiskinan negara
 Membangunkan usahawan bumiputera yang mempunyai daya saing dan kemahiran
pada peringkat negara dan antarabangsa
 Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menyusun semula struktur ekonomi
negara dan melahirkan lebih ramai usahawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Yeoh
Tong Ley dan Tan Sri Ananda Krisnan
 Membangunkan sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi sebagai matlamat
utama pertumbuhan dan pengagihan ekonomi negara.

 kelemahan dalam melaksanakan Dasar Perindustrian Negara terhadap ekonomi Malaysia Dari
segi :

 Bergantung pada modal asing dalam usaha membangunkan ekonomi Malaysia


terutamanya FDI dan pasaran kewangan asing
 Tahun 1990 -> Ekuiti yang dipegang oleh kaum bumiputera sebanyak 20.6% tidak dapat
dipertingkatkan sepanjang tempoh DPN menyebabkan matlamat pemilikan bumiputera
ekuiti sebanyak 30% sukar dicapai.
 Masalah sosial termasuklah gejala lepak, dadah, keruntuhan moral dan Etika,
gengsterisme, tekanan jiwa serta beberapa penyakit baharu seperti Sindrom kurang
daya tahan penyakit (AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome), penyakit sebaran
seksual (STD - Sexually Transmitted Disease), Kadar penceraian yang meningkat,
perubahan corak hidup dan kehilangan Cara hidup serta peningkatan bermacam-macam
jenayah Terutamanya di kawasan bandar.
 Pencemaran alam sekitar yang berlaku disebabkan oleh pembangunan pesat Yang tidak
dapat dikawal dan ketidakbertanggungjawaban golongan Tertentu dalam menjalankan
aktiviti perkilangan.

DASAR PERSYARIKATAN MALAYSIA ( MALAYSIA INCORPORATE)


 25 Februari 1983 -> Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan bahawa ekonomi Malaysia perlu
diubah suai dari segi pelaksanaannya dalam menghadapi cabaran global semasa melancarkan
satu forum di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
 Dasar Persyarikatan Malaysia menekankan kepentingan kerjasama sektor awam dengan sektor
swasta supaya rancangan ekonomi negara seperti projek perindustrian dan perniagaan dapat
dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan berkemampuan bersaing.
 Jepun, Korea Selatan dan Taiwan (Negara Industri Baru @ NIC - Newly Industrialised
Countries) sebagai negara contoh yang dapat membuktikan perkembangan ekonomi negara
mereka berlaku dengan berkesan apabila kedua-dua sektor tersebut bekerjasama.
 Objektif Dasar Persyarikatan Malaysia adalah:

 Mewujudkan kerjasama erat dan berkesan antara sektor awam dengan Sektor swasta
demi pembangunan negara mencapai faedah bersama.
 Menamatkan pendekatan permusuhan antara kedua-dua sektor yang wujud sejak
dahulu dengan menggalakkan perkongsian maklumat dan saling memahami untuk
kejayaan bersama.
 Meningkatkan hasil negara melalui kejayaan dasar yang berkait dengan prinsip Dasar
Persyarikatan Malaysia.

 Strategi pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dapat dijayakan dengan kesefahaman dan
kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta melalui:

 Penghapusan tidak kefahaman antara sektor awam dengan sektor swasta.


 Satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara, menjaga maruah dan bersungguh-
sungguh menjayakan pembangunan negara.
 Peraturan dan prosedur kerja sektor awam perlu dikaji dan dipinda dengan penglibatan
sektor swasta.
 Hubungan antara agensi kerajaan seperti kementerian, jabatan dan badan berkanun
hendaklah dipertingkatkan dari segi matlamat dan cara kerja yang sama.
 Tahun 1984 -> Kerajaan telah melatih 18 pegawai di Persatuan Perindustrian dan
Perdagangan British Malaysia (BMITA - British Malaysian Industry and Trade Association)
bagi mendedahkan pegawai tersebut tentang aspek pengurusan sektor swasta dalam
bidang perniagaan,perdagangan dan industri.

 Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dengan Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan,


Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) dan Dasar Perindustrian Negara menunjukkan
wujudnya keperluan peningkatan penglibatan sektor swasta dalam usaha memperkembangkan
ekonomi negara iaitu:
 Berkongsi matlamat yang sama dalam usaha membangunkan ekonomi Malaysia ke arah
mencapai matlamat wawasan 2020.

DASAR PENGKORPORATAN DAN PENSWASTAAN


 Tahun 1983 -> Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Dasar Pengkorporatan dan Dasar
Penswastaan sebagai keperluan perubahan struktur pengurusan ekonomi dalam sektor kerajaan
dalam RMK4.
 Tahun 1997 -> Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah
berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat ke arah sebuah negara industri baru
(NIC - newly industrialized country)
 Maksud Dasar Pengkorporatan

Dasar Pengkorporatan merujuk kepada aspek pemindahan aset,tanggungjawab, hak dan obligasi sesuatu badan
berkanun kepada sebuah Syarikat yang dimiliki oleh kerajaan di bawah Akta Syarikat 1965.

 Maksud Dasar Penswastaan?

Dasar Penswastaan merujuk kepada pemindahan perkhidmatan dan fungsi daripada sektor awam milik kerajaan
kepada sektor swasta.

 Kemunculan Dasar Pengkorporatan dan Dasar Penswastaan di Malaysia di cetuskankan oleh


Dasar pensyarikatan dan Kerajaan berusaha menggalakkan syarikat korporat milik kerajaan
supaya dapat bekerjasama dengan sektor swasta dalam membangunkan ekonomi negara.
 Bagi menjayakan pelaksanaan penswastaan, kerajaan memperkenalkan strategi dan prosedur
baharu seperti
 mengurangkan perbelanjaan pembangunan dan menjimatkan perbelanjaan mengurus
yang ditanggung oleh kerajaan dan pada masa yang sama, kerajaan cuba meningkatkan
hasil pendapatan negara.
 Dasar Pengkorporatan diperlukan sebagai proses pindahan agensi kerajaan kepada sektor
swasta yang berperanan dalam industri atau perniagaan atau berkaitan dengan kedua-dua
bidang tersebut.
 Terdapat tiga komponen besar yang terlibat dalam proses pindaan agensi kerajaan kepada
sektor swasta
KOMPONEN PROSES PINDAAN KERAJAAN SWASTA
 Tanggungjawab pengurusan LEMBAGA ELEKTRIK TENAGA NASIONAL
NEGARA (LLN) BERHAD (TNB)
 Aset atau hak untuk menggunakan aset JABATAN TELEKOM TELEKOM MALAYSIA
BERHAD (TM)
 Kakitangan JABATAN POS POS MALAYSIA

 Peranan kerajaan dihadkan kepada tahap minimum untuk kepentingan pembangunan negara
secara menyeluruh dan Kerajaan juga membenarkan dan menggalakkan persaingan dalam
industri yang telah diswastakan supaya wujud kecekapan dan kemampuan bersaing.
 Matlamat utama dalam Pelan Induk Penswastaan (PIP)
 Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi
 Mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan kerajaan
 Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
 Mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam aktiviti ekonomi
dan membantu pencapaian matlamat penyusunan semula berdasarkan Dasar
Pembangunan Nasional.

 Dasar Penswastaan dapat mengurangkan beban kewangan untuk disimpan dan disalurkan
keperluan bidang lain apabila perbelanjaan kerajaan dalam sektor ekonomi diserahkan kepada
sektor swasta.
 Kerajaan dapat menumpukan perhatian kepada bidang utama pentadbiran kerajaan yang
lain,contohnya :
 Membina perpaduan negara.
 Keselamatan dan keamanan negara.
 Usaha membasmi kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi.

 Peranan sektor swasta diperluaskan dan diberi peluang dalam peningkatan serta pertumbuhan
ekonomi negara dengan cara:

 Meningkatkan keuntungan hasil tambahan khususnya cukai korporat untuk keperluan


perbelanjaan sosioekonomi lain.
 Meningkatkan kadar pencapaian objektif ekonomi negara khususnya memenuhi objektif
DEB untuk menyusun semula corak pemilikan dalam ekonomi negara.
 Perluaskan skop komersial melalui kecekapan dan daya pengeluarannya yang pesat.

DASAR PANDANG KE TIMUR (DPT)

 Tahun 1981 -> Dasar Pandang ke Timur (DPT) diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan amalan yang baik bagi tujuan
membangunkan negara.
 Negara Jepun Dan Korea Selatan dipilih sebagai negara contoh perindustrian yang maju
contohnya dalam bidang teknologi moden, etika kerja dan sistem pengurusan yang berdasarkan
sosiobudaya Timur dan diubahsuaikan dengan keadaan Malaysia untuk ke arah negara yang
maju.
 Budaya Timur menerapkan ciri-ciri:
 kerajinan dan disiplin bekerja
 kesetiaan kepada negara
 keutamaan kepada kumpulan dan bukannya secara individu
 Peningkatan daya pengeluaran serta pengurangan perbezaan antara eksekutif dengan
pekerja.

 Tun Dr Mahathir menyarankan penolakan nilai urus niaga dan etika kerja Barat yang kurang
sesuai kepada budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.
 Pengenalan DPT menyebabkan perubahan beberapa struktur pentadbiran kerajaan seperti:
 Konsep pejabat terbuka
 Penubuhan kumpulan untuk Meningkatkan mutu kerja
 Kad perakam waktu kerja
 Penggunaan tanda Nama.
 Kerajaan turut memperkenalkan beberapa konsep untuk membentuk sikap yang Positif bagi
kakitangan awam seperti:
 “ Bersih, Cekap Dan Amanah ”
 “ Kepimpinan melalui Teladan”

 Dalam menjayakan DPT, Kerajaan menghantar pelatih atau pelajar Malaysia untuk mengambil
kursus sains dan teknologi di universiti Jepun dan Korea Selatan untuk mempelajari teknologi
dan sistem pengurusan negara tersebut untuk tujuan supaya dapat melahirkan tenaga kerja
mahir terutamanya dalam sektor perindustrian di Malaysia.

DASAR LUAR MALAYSIA

 Maksud dasar luar

Dasar luar merujuk kepada dasar atau agenda penting yang diambil oleh sesebuah negara berdasarkan
kepentingan nasional terhadap hubungan dengan negara lain di dunia mahupun organisasi antarabangsa.
 Selepas merdeka pada tahun 1957 dan tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 -> Malaysia
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kerjasama dengan negara lain mahupun
organisasi antarabangsa dalam pelbagai aspek,Contohnya:
 melalui penyertaan aktif dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, alam sekitar dan
pembangunan sosial.
 Diplomasi pelbagai hala digunakan dalam pelaksanaan Dasar luar negara Malaysia.
 Malaysia bekerja Secara aktif ke arah kestabilan global politik dan sosioekonomi serta
keselamatan Dalam sistem pelbagai hala.
 Tahun 1966 -> Malaysia menjalinankan hubungan dengan semua negara kecuali negara Israel
dan secara rasmi mengisytiharkan untuk tidak mengiktirafkan Israel kerana negara Israel
ditubuhkan secara haram daripada tanah masyarakat Palestin di samping kekejaman Zionis yang
tidak pernah berhenti melakukan pembunuhan kejam dan menindas masyarakat Palestin tidak
kira masyarakat Palestin yang beragama Islam mahupun Kristian.

KEPENTINGAN DASAR LUAR MALAYSIA


 Setiap negara perlu mengadakan hubungan luar dengan negara lain dan tidak boleh menyepi
daripada berhubung dengan dunia luar seperti contoh Negara China ,Pengerusi Chinese
Communist Party (CCP) Mao Zedong pernah mengamalkan dasar tutup pintu dan hanya
menjalankan hubungan diplomatik dengan negara yang berideologikan komunis sahaja.
 Tahun 1978 -> selepas Deng Xiaoping mengambil alih dari Mao Zedong, beliau mengadakan
reformasi dengan melancarkan dasar buka pintu kepada dunia luar dan membolehkan pelabur
asing dapat melabur perniagaan di China bagi membangunkan ekonomi China berkembang
dengan pesat sehingga mengatasi ekonomi Amerika dan menjadi yang terbesar di seluruh dunia.

 Malaysia pula, terdapat lapan faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia seperti:
No Faktor kepentingan Huraian
1 Sejarah  Malaysia dengan Indonesia,
 Singapura dan Brunei
(Dari segi sejarah,Hubungan negara ini adalah
sebahagian daripada kelompok negara di kepulauan
Melayu)
 Malaysia dengan pertubuhan KOMANWEL
(Negara bekas tanah jajahan British)
 Malaysia , Asia Barat , Asia Timur
(Hubungan sejarah semasa Kesultanan Melayu
Melaka)

2 Demografi  Melayu , Cina , India dan sebagainya


(mempunyai hubungan dengan tanah air asal
mereka seperti China dan India)
(2014, genap 40 tahun Malaysia menjalinkan
Hubungan diplomatik dengan China setelah
kunjungan pertama oleh Perdana Menteri kedua
Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan
Perdana Menteri China pada ketika itu, iaitu Zho
Enlai dan Pengerusi Mao Zedong)

3 Keselamatan negara Malaysia perlu menjalinkan hubungan dengan


negara asing untuk bersama-sama memerangi
kegiatan keganasan kerana Malaysia berada dalam
kedudukan strategik, perlu sentiasa berjaga-jaga
dengan kegiatan lanun dan pengganas.

4 Ekonomi Malaysia sentiasa mengekalkan Hubungan dengan


negara lain untuk meningkatkan ekonomi kerana
Malaysia memerlukan barangan daripada negara
luar untuk memenuhi keperluan rakyat dan dapat
memasarkan barangan tempatan ke peringkat
antarabangsa bagi menjana sumber pendapatan
negara.

5 Geostrategik Kedudukan Malaysia adalah sangat strategik kerana


berada di persimpangan maritim antara Lautan
Pasifik dengan Lautan India yang merupakan laluan
utama bagi perdagangan antara Timur Tengah
dengan Timur Jauh Melalui Selat Melaka.

Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan


negara luar demi memastikan perairan Selat Melaka
dalam keadaan yang aman, selamat dan bebas
daripada tekanan luar.

6 Struktur politik negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi


berparlimen yang memungkinkan pilihan raya
diadakan setiap lima tahun untuk memilih pemimpin
yang berkaliber bagi mengetuai jentera pentadbiran
negara.

Malaysia juga mengamalkan kebebasan dalam


menjalinkan hubungan dengan mana-mana negara,
khususnya negara yang menawarkan faedah kepada
pembangunan Malaysia melainkan negara Israel.
7 Udang-undang antarabangsa Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia
menghormati prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu
dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh
badan antarabangsa lain.

Hubungan Antarabangsa adalah perlu bagi


memastikan kedaulatan negara Sentiasa terjamin
dan terpelihara.
8 Globalisasi Dalam era globalisasi, negara harus menjalin
hubungan dengan negara asing untuk kepentingan
politik, ekonomi dan sosial.
Kita sendiri mengetahui bahawa konflik yang berlaku
di negara lain mempunyai kesan langsung ke atas
Malaysia.
Dalam kes ini, dasar luar negara yang proaktif dan
berwawasan adalah penting dalam memelihara
kepentingan dan kedaulatan negara.

MALAYSIA DAN HUBUNGAN ORGANISASI ANTARABANGSA

 Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam organisasi dan kumpulan Antarabangsa
melalui penyertaan yang proaktif dalam pelbagai bidang seperti Perdagangan, alam sekitar dan
pembangunan sosial.
 Malaysia menyertai organisasi dan kumpulan antarabangsa seperti yang berikut:
 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
 Pertubuhan Komanwel
 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC - Organisation of Islamic Cooperation);
 Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN - Association of Southeast Asian
Nations)
 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM - Non-Aligned Movement)
 Kerjasama Selatan-selatan (KSS)
 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC - Asia-Pacific Economic Cooperation)
 Kumpulan 77 (G77 - Group of 77);
 Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC - East Asia Economic Caucus)
 Kumpulan 15 (G15 􀄃 Group of 15).

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


 24 Oktober 1945 -> PBB secara rasminya ditubuhkan lantaran kegagalan Liga Bangsa untuk
mengekang berlakunya Perang Dunia Kedua (1939 hingga 1945)
 Terdapat 193 buah negara yang menjadi anggota PBB.
 Objektif penubuhan PBB adalah seperti yang berikut:
 Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa
 Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam lingkungan ekonomi Sosial dan
pembangunan kebudayaan
 Membangunkan hubungan yang mesra dalam kalangan negara berlandaskan prinsip hak
sama rata dan penentuan nasib sendiri
 Mengiktiraf hak asasi semua manusia.
 17 September 1957 -> Malaysia dengan rasminya menjadi anggota ke-82 PBB.
 Tujuan Malaysia untuk menyertai PBB adalah untuk menjalin hubungan luar, memelihara
keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa
dengan negara luar di dunia.
 Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam menyumbangkan perkembangan
organisasi Antarabangsa seperti:
 Menyertai Pasukan Pendamai
Tahun 1960 -> Malaysia mengambil bahagian dalam Operasi PBB di Congo
(ONUC - Opération des Nations unies au Congo) dan sejak itu Malaysia menyertai 35 misi
pengaman PBB.
 Antara misi pengaman yang disertai Malaysia di bawah panji PBB.
MISI PENGAMAN PBB TAHUN TEMPAT
1) United Nations Transition
Assistance Group (UNTAG) 1989 – 1990 NAMBIA

2) United Nations Iraq @


Kuwait Observation Mission 1991 KUWAIT
(UNIKOM)
3) United Nations Transitional
Authority in Cambodia 1992 KEMBOJA
(UNTAC)
4) United Nations Operation in
Somalia II (UNO SOM II) 1993 SOMALIA
5) United Nations Protection
Force (UNPROFOR) 1993 BOSNIA - HERZEGOVINA
6) United Nations Interim
Administration Mission 1999 KOSOVO
in Kosovo (UNIMIK)
7) United Nations Integrated
Mission in East Timor 1999 TIMOR LESTE
(UNMIT)

 Mengutarakan Isu Penting pada Peringkat Antarabangsa


 Tahun 1959 -> Malaysia dengan Republik Ireland telah sepakat mengemukakan satu
usul untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat China yang menceroboh dan
melanggar hak asasi rakyat Tibet.
 Malaysia juga mengutuk beberapa tindakan oleh kuasa Besar atas pencerobohan
dan pelanggaran hak asasi manusia seperti:

1968 dan 1979 1978 1990


Pencerobohan Rusia ke atas Vietnam ke atas Kemboja Iraq ke atas Kuwait
Czehoslovakia dan Afghanistan

 Dalam isu alam sekitar pula, Malaysia juga menyarankan supaya Benua Antartika
dijadikan sebagai warisan dunia dan diletakkan di bawah hak milik kuasa semua
negara.
 Malaysia telah mengutuk keras dasar Apartheid di Afrika Selatan secara terang-
terangan berkenaan diskriminasi kaum Putih ke atas kaum kulit hitam.
 Tan Sri Razali Ismail telah dilantik oleh Setiausaha Agung PBB sebagai wakil khas PBB
ke Myanmar untuk menyelesaikan konflik dalaman antara junta pemerintah dengan
masyarakat Rohingya.
 kelantangan suara Malaysia juga dapat dilihat dengan usaha dalam
memperjuangkan masyarakat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis yang sehingga
kini masih tidak menemui noktah penyelesaian.
 Tahun 1965, 1989 hingga 1990 dan 2015 hingga 2016 -> Sumbangan Malaysia juga
mendapat pengiktirafan daripada PBB apabila pernah dipilih untuk menduduki
kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan.
 1989 hingga 1990 -> Tan Sri Razali Ismail pernah dipilih menjadi Presiden Majlis
Keselamatan
 Tan Sri Hasmy Agam juga pernah dipilih untuk menjadi Presiden Majlis Keselamatan
PBB sebanyak dua kali.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)


 8 Ogos 1967 -> ASEAN Telah ditubuhkan berikutan termeterainya deklarasi Bangkok dan
diasaskan oleh lima negara (Indonesia, Filipina, Thailand,Singapura dan
Malaysia)
 7 Januari 1984 -> Brunei menyertai ASEAN dan diikuti Vietnam 11 tahun kemudian.
 Tahun 1997 -> Laos dan Myanmar pula menjadi ahli
 Kemboja telah menarik diri daripada menjadi anggota ASEAN dan kembali menyertai semula
ASEAN pada tahun 1999.
 Terdapat 10 anggota dalam ASEAN:

1)MYANMA 2)THAILAN 3)KEMBOJ 4)SINGAPOR 5)INDONESI 6)MALAYSI 7)VIETNA 8)LAO 9)BRUNE 10)FILIPIN
R D A E A A M S I A

 ASEAN telah ditubuhkan

 31 Julai 1961 -> Pertubuhan Asia Selatan (ASA - Association of Southeast Asia)
ditubuhkan dan hanya Malaysia dan Filipina sebagai ahli dan pertubuhan ini gagal untuk
membina kekuatan serantau dan antarabangsa yang komprehensif, berterusan dan
bersatu.
 Ogos 1963 -> Maphilindo ditubuhkan dan hanya (Malaysia, Filipina dan Indonesia)
sebagai ahli dan juga gagal mencapai sepakat.

 Setiap ahli ASEAN harus mematuhi prinsip yang telah digariskan seperti yang berikut (Piagam
Perhimpunan Bangsa-bangsa Asia Tenggara)

 Menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah dan identiti


nasional semua negara anggota ASEAN.
 Komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan keamanan,
keselamatan dan kemakmuran serantau.
 Menolak pencerobohan dan ancaman, atau penggunaan kekerasan atau perbuatan lain
dengan apa jua cara yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
 Pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman.
 Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN.
 Menghormati hak setiap negara anggota untuk memerintah negaranya sendiri secara
bebas daripada campur tangan luar, perbuatan subversif dan paksaan.
 Meningkatkan perundingan tentang perkara yang menyentuh dengan serius
kepentingan bersama ASEAN.
 Mematuhi kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang baik, prinsip demokrasi dan
kerajaan berperlembagaan.
 Menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia, dan
menggalakkan keadilan sosial.
 Mendukung Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa termasuk
undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang ditandatangani oleh negara anggota
ASEAN.
 Mengelak daripada mengambil bahagian dalam apa-apa jua dasar atau aktiviti termasuk
penggunaan wilayahnya yang dijalankan oleh mana-mana negara anggota ASEAN atau
negara bukan ASEAN, atau mana-mana pelaku bukan negara yang mengancam
kedaulatan, keutuhan wilayah atau kestabilan politik dan ekonomi negara anggota
ASEAN.
 Menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang berlainan sambil
menitikberatkan nilai bersama mereka dengan semangat kesepakatan dalam
kepelbagaian.
 Keutamaan ASEAN dalam hubungan luar politik, ekonomi, sosial dan budaya sambil
terus terlibat secara aktif, memandang ke luar yang bersifat menyeluruh dan tidak
mengamalkan diskriminasi.
 Mematuhi peraturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim berasaskan peraturan
ASEAN bagi melaksanakan dengan berkesan komitmen ekonomi dan pengurangan
secara berperingkat-peringkat ke arah penghapusan semua sekatan terhadap integrasi
ekonomi serantau dalam ekonomi yang berteraskan pasaran.

 8 Ogos 1967 -> Malaysia menjadi antara lima anggota pengasas dalam pertubuhan ASEAN.
 Malaysia memainkan peranan yang sangat aktif dalam organisasi ASEAN melalui idea dan
inisiatif dan membantu membentuk ASEAN menjadi organisasi serantau yang begitu kompetitif
sehingga pada hari ini.
 Tahun 1971 -> Selepas 4 tahun dalam pertubuhan ASEAN, Deklarasi ini menjadi realiti menerusi
Deklarasi Kuala Lumpur seperti dicadangkan oleh Tun Abdul Razak untuk mewujudan Zon Aman,
Bebas dan Deklarasi Berkecuali (ZOPFAN).
 Deklarasi ini bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai rantau keamanan, kebebasan dan
pengecualian daripada pertelingkahan politik kuasa besar khususnya Amerika, Rusia dan China.
 Bagi memastikan objektif ZOPFAN tercapai, pelaksanaan beberapa strategi telah dirancang.
Antara strategi utama dalam ZOPFAN ialah:
 Menjadikan Rantau Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear.
 ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa besar untuk mengiktiraf
dan menjamin ZOPFAN dan sokongan penuh daripada semua negara anggota ASEAN.
 Tahun 1979 -> Malaysia bersama-sama anggota ASEAN yang lain mengutuk pencerobohan
Vietnam ke atas Kemboja dengan menggunakan kekerasan dan Vietnam juga telah melanggar
prinsip piagam PBB, iaitu tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian
antarabangsa.
 Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain telah memberi sokongan kepada pembentukan
sebuah Kerajaan Campuran Kampuchea Demokratik (CGDK - Coalition Government of
Democratic Kampuchea) dengan Putera Norodom Sihanouk sebagai Presiden.
 22 Jun 1982 -> Perjanjian rasmi menumbuhkan CGDK dimeterai pada persidangan di Kuala
Lumpur.
 Akhirnya,Kemelut politik dapat diselesaikan dengan melibatkan semua pihak dalam konflik di
Kemboja.
 Tahun 1984 -> Brunei menyertai ASEAN dan menjadi ahli anggota ke-6 ASEAN setelah Malaysia,
Thailand, Indonesia, Singapura Dan Filipina.
 Proses pembesaran ASEAN berjalan dengan perlahan dan tidak seimbang dan Malaysia sentiasa
menyokong idea bahawa kesemua 10 negara Asia Tenggara perlu menjadi ahli ASEAN.
 Tahun 1992 -> Indonesia mencadangkan kepada ahli anggota ASEAN agar merealisasikan
wawasan “ Satu Asia Tenggara ” .
 Malaysia menyokong kemasukan Vietnam dan Laos dalam ASEAN tetapi tidak bagi Myanmar
sebagai pemerhati dalam persidangan kemuncak ASEAN kerana Junta tentera pimpinan than
shwe memberi layanan buruk ke atas umat islam Rohingya.
 Selepas perubahan pesat di Asia Tenggara, Malaysia menyertai anggota ASEAN yang lain untuk
menubuhkan forum rantau ASEAN (ARF – Asean Regional Forum).
 Penubuhan ARF adalah untuk menawarkan satu forum terhadap semua pihak yang berminat
menyuarakan pandangan mereka mengenai isu keselamatan dan pertubuhan ARF ini
mewujudkan kerjasama dalam kalangan anngota ASEAN.
 Malaysia juga bekerjasama dengan negara anggota ASEAN +3 (Korea , Jepun dan China) dan
anggota ASEAN yang lain dalam bidang sosial dan kebudayaan, sukan, telekomunikasi, kesenian
dan pendidikan. Contohnya,
 Pesta filem ASEAN
 Tahun melawat ASEAN
 Sukan SEA.
 Dari aspek ekonomi pula, Penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
(MIDA - Malaysian Investment Development Authority) juga memainkan peranan yang penting
dalam ASEAN.

 MIDA ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada
kerajaan persekutuan dan negeri dalam dasar pembangunan perusahaan,memberi khidmat
runding cara kepada syarikat asing tentang sektor perusahaan di Malaysia, mengurus pelesenan
perniagaan dan pengecualian tarif atau duti import, di samping menyelaras rancangan kemajuan
industri.
 MIDA telah banyak membantu dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara mahupun dalam
negara serantau ASEAN.
 Tahun 2012 -> pelabur domestik meningkat hampir sebanyak empat kali ganda jumlah pelabur
asing (FDI – Foreign Direct Investment)
 Tahun 2015 -> ASEAN secara khususnya memandangkan Malaysia bukan setakat menjadi
pengerusi kepada ASEAN 2015 tetapi juga komuniti ASEAN yang ditubuhkan.
 Komuniti ASEAN adalah diasaskan kepada tiga tonggak kerjasama, iaitu:
 ASEAN Komuniti Politik-Keselamatan (APSC - Asean Political- Security Community)
 Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC - Asean Economic Community)
 Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC - Asean Socio-Culture Community).
 Untuk mencapai strategik Dasar Luar Malaysia akan terus bergiat aktif dalam memainkan
peranannya dalam ASEAN untuk mencapai keamanan, keselamatan dan kemakmuran demi
kesejahteraan dan kemajuan rantau ini.
 Tahun 2015 -> Malaysia akan terus bekerjasama dengan rakan negara anggota ASEAN ke arah
Penubuhan Komuniti ASEAN untuk menggalakkan hubungan yang lebih rapat dengan kumpulan
serantau yang lain mengenai isu kembimbangan dan manfaat bersama.

PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC)


 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (dahulunya dikenal sebagai Pertubuhan Persidangan Islam)
merupakan organisasi yang anggotanya terdiri daripada 57 buah negara.
 Pertubuhan ini ialah suara kolektif dunia Islam untuk menjaga dan melindungi kepentingan
dunia Islam dalam semangat menggalakkan keamanan dan keharmonian antarabangsa dalam
kalangan pelbagai bangsa tetapi berpaksikan agama Islam di dunia.
 Pertubuhan ini ditubuhkan atas keputusan sidang kemuncak bersejarah yang berlaku di Rabat,
Maghribi pada tarikh 25 September 1969 kesan daripada jenayah membakar Masjid al-Aqsa di
Baitulmuqaddis oleh pelampau Zionis.
 matlamat pertubuhan ini adalah untuk:
 Meningkat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan
negara anggota.
 Memelihara dan melindungi kepentingan bersama dan menyokong sebab yang sah
daripada negara anggota dan menyelaras dan menyatukan usaha negara anggota
memandangkan cabaran yang dihadapi oleh dunia Islam khususnya dan masyarakat
antarabangsa secara umum.
 Menghormati hak penentuan nasib sendiri dan tidak campur tangan dalam hal ehwal
dalam negeri dan menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah bagi
setiap negeri ahli.
 Memastikan penyertaan aktif negara anggota dalam proses politik, ekonomi dan sosial
serta membuat keputusan global untuk menjamin kepentingan bersama mereka.
 Mengesahkan sokongannya terhadap hak rakyat seperti yang termaktub dalam Piagam
PBB dan undang-undang antarabangsa.
 Mengukuhkan hubungan antara negara Islam dengan kerjasama ekonomi dan
perdagangan untuk mencapai integrasi ekonomi yang membawa kepada penubuhan
Pasaran Bersama Islam.
 Menggiatkan usaha bagi mencapai pembangunan dan kemanusiaan yang berterusan
dan menyeluruh untuk kesejahteraan ekonomi di negara anggota.
 Melindungi dan mempertahankan imej Islam yang sebenar, untuk memerangi fitnah
terhadap Islam dan menggalakkan dialog antara tamadun dengan agama.
 Meningkat dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi dan menggalakkan
penyelidikan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota bidang ini.

 OIC menjadi keutamaan kedua dalam dasar luar Malaysia. Perdana Menteri pertama, Tunku
Abdul Rahman (walaupun dasar luarnya adalah berorientasikan probarat) telah mengambil
bahagian yang aktif dalam pembentukan OIC dan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha selama
tiga tahun.
 Chamil Wariya (1989) berhujah bahawa Malaysia memainkan peranan penting dalam
menyokong umat Islam yang ditindas di Palestin dan merupakan penyokong kuat Palestin dalam
forum antarabangsa. Malaysia juga menyediakan perlindungan kepada rakyat Palestin pada
tahun 1948.

 Apakah cabaran utama Malaysia dalam OIC? Antara cabaran utama Malaysia dalam OIC adalah
seperti yang berikut:
 Kurangnya interaksi dalam kalangan negara telah menyebabkan organisasi menjadi alat
reaksioner daripada mekanisme proaktif untuk menyelesaikan isu yang bercanggah.
 Masalah yang wujud dalam kalangan negara anggota menyebabkan negara tersebut
bertindak balas secara berasingan dalam rangka kepentingan nasional dan bukannya
menggunakan OIC untuk menyuarakan “satu suara” mengenai isu antarabangsa.
 Kecenderungan negara Islam yang bergantung pada negara maju untuk memelihara
kepentingan negara mereka mengikut agenda yang telah ditetapkan oleh kuasa negara
maju daripada mengikut piagam OIC.

 Apakah peranan Malaysia dalam OIC? Antara peranan yang dimainkan Malaysia dalam OIC
adalah seperti yang berikut:
 Menubuhkan Bank Pembangunan Islam.
 Mengutuk keras pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
 Menyokong perjuangan rakyat Palestin.
 Mengutuk pembersihan etnik umat Islam di Bosnia-Herzegovina.
 Membangunkan ekonomi Afrika dan masyarakatnya dengan membina pembangunan
dan infrastruktur ekonomi.
 Melabur dalam beberapa negara anggota OIC. Contohnya, pelaburan
 PETRONAS di Iran.
 Menganjurkan musabaqah al-Quran tahunan untuk mengukuhkan dan memupuk
persahabatan yang lebih erat dalam kalangan negara OIC.
 OIC juga telah membangunkan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia
dengan penubuhan universiti seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Islam
Antarabangsa.
 Menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak dan mesyuarat, antaranya ialah:
 Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam pada Keganasan (dari tarikh 1
hingga 3 April 2002).
 Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (dari tarikh 13 hingga 14 Jun 2002).
 Susulan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan mengenai Pelancongan (dari tarikh 5
hingga 7 September 2003).
 Sidang Kemuncak OIC ke-27 Menteri-menteri Luar (pada tarikh 27 Jun 2000)
 Pelbagai lagi mesyuarat di bawah naungan OIC.

 Menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar OIC di Timur Tengah pada bulan
April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq.
 Mesyuarat ini membuktikan keazaman Malaysia dalam mencari penyelesaian kepada
konflik yang melanda Timur Tengah.
 Mengetuai delegasi menteri OIC, mengikut mandat yang diberikan oleh Mesyuarat Khas
untuk bertemu ahli kuartet (Kesatuan Eropah,Rusia, Amerika dan Setiausaha Agung PBB)
dan menggesa mereka untuk mengambil langkah segera dalam menyelesaikan konflik
Israel-Palestin.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA KOMANWEL


 KOMANWEL ialah organisasi yang terdiri daripada negara yang merupakan bekas tanah jajahan
British dan ahlinya juga daripada bekas tanah jajahan British termasuk Malaysia.
 Tahun 1957 -> Malaysia menyertai KOMANWEL setelah mencapai kemerdekaan.
 Tujuan Komanwel adalah mewujudkan persahabatan dan perpaduan, ekonomi,
pendidikan,pertahanan,pertanian dan pembangunan undang-undang.
 Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara KOMANWEL adalah:

 Tahun 1985 -> Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan KOMANWEL


 (CHOGM - Commonwealth Heads of Government Meeting) diadakan di Bahamas dan
Vancouver pada tahun 1987 dan Malaysia mengemukakan cabaran dalam perdagangan
antarabangsa, penjajahan dan menentang isu Apartheid di Afrika Selatan dan Malaysia
juga menggesa badan dunia ini untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam
menangani isu perdagangan dunia yang tidak adil, politik dan penjajahan ekonomi dan
juga Apartheid.
 Tahun 1989 -> Malaysia menjadi tuan rumah untuk CHOGM dan isu yang dibincangkan
ialah Apartheid, kebebasan Namibia, masalah ubat-ubatan, kebuluran dan kemiskinan di
Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja, serta
isu alam sekitar.Hasil daripada kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua
kerajaan Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan dan tindakan yang
meliputi:

 Pembentukan dana antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.


 Pengurusan hutan dan pertanian di negara maju dan membangun.
 Pengurangan pencemaran marin
 Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.

 Memberi kerjasama dalam pertahanan, perdagangan, pembangunan Sains dan


teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan banyak lagi dan dalam pertahanan,
Malaysia menerima bantuan ketenteraan khusus untuk 10 tahun selepas kemerdekaan.
 Malaysia juga mendapat sokongan daripada negara maju dan diberi barangan contohnya
seperti sistem keutamaan Am (GPS – General System Of Preferences), melalui sistem ini,
tarif ke atas barangan Malaysia dikurangkan dan ini secara tidak langsung meningkatkan
daya saing barangan Malaysia berbanding barang dari negara lain di pasaran. Malaysia
juga menjalankan latihan ketenteraan bersama beberapa negara KOMANWEL .

 Pengenalan Rancangan Colombo telah meningkatkan lagi kedudukan Malaysia, iaitu Malaysia
menerima nasihat mengenai pendidikan,pertanian, kesihatan dan sebagainya.
 Dalam bidang pendidikan, negara Komanwel memberikan nasihat mengenai Penubuhan kolej
pengajaran, A-Level dan Higher School Certificate (HSC) (kini dikenal sebagai Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia - STPM).
 Secara sosial, perpaduan dalam kalangan negara Komanwel turut dipupuk
Melalui aktiviti sukan seperti Sukan Komanwel yang dihoskan oleh malaysia pada tahun 1998

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)


 Tahun 1961 -> NAM ditubuhkan bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade,
Yugoslavia (Serbia)
 Pergerakan ini ditubuhkan sebagai reaksi kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar
dunia, Amerika dan Kesatuan Soviet.
 Organisasi ini berpegang teguh pada pendirian neutral, tidak memihak kepada Blok Barat
ataupun Blok Timur.
 Prinsip NAM termasuklah menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara dan tidak campur
tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
 Tahun 1969 -> Malaysia bergiat aktif menyertai dalam NAM, berdasarkan kecenderungan
negara ke arah dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana blok (Blok Komunis Atau
Blok Demokrasi).
 Dasar ini adalah penting dalam mengekalkan dan memaksimumkan hubungan antarabangsa
dengan negara lain di dunia ini.
 Kerajaan Malaysia sentiasa berpegang pada prinsip bahawa sebarang isu antarabangsa yang
berkaitan dengan hal ehwal domestik sebuah negara tertentu tidak boleh diganggu.
 Tahun 1989 -> Malaysia diberi penghormatan untuk dipilih sebagai Naib Pengerusi NAM semasa
sidang kemuncak di Belgrade, Croatia.
 Malaysia dilantik untuk menyertai G15 yang merupakan kumpulan elit yang ditugaskan untuk
membincangkan isu mengenai kerjasama politik dan ekonomi dalam kalangan anggota NAM.
 Februari 2003 -> Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Sidang kemuncak NAM.
 Peranan Malaysia dalam NAM:
 Malaysia dilantik sebagai pengerusi NAM.
 Malaysia dapat memberikan kepimpinan yang mewakili negara anggota yang
majoritinya ialah negara membangun dalam menyuarakan isu dan langkah yang
praktikal dan berkesan untuk keamanan dunia melalui platform politik, pendekatan
diplomatik, pelbagai hala dan terutamanya melalui badan dunia seperti PBB dan Majlis
Keselamatan PBB
 Memberi tumpuan kepada perkara yang melibatkan bidang ekonomi dan perdagangan,
Kerjasama Selatan-selatan (KSS), pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta
pembangunan sosial dan kemanusiaan yang sama dan isu kepentingan kepada NAM.

KERJASAMA SELATAN-SELATAN (KSS)


 Objektif KSS
 Kerjasama Selatan-selatan (KSS) ditubuhkan dengan objektif memelihara kepentingan
ekonomi negara membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara maju seperti
Amerika, Jepun dan United Kingdom
 Negara maju biasanya mengawal tekanan pasaran bahan mentah dan akan menghadapi
kesukaran untuk menembusi pasaran.
 Dalam kes ini, negara maju akan membeli bahan mentah dari negara membangun pada harga
yang rendah dan ini akan membuatkan negara membangun yang miskin perlu menjaga amalan
ini berterusan.
 Amalan ini juga menyebabkan negara membangun menanggung hutang yang besar kepada
negara maju yang mengenakan syarat ketat seterusnya membebankan rakan mereka yang lebih
miskin.
 Tahun 1981 -> Pembentukan KSS dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Zimbabwe.
 Antara resolusi yang dibentangkan untuk membentuk KSS adalah:
 Memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun.
 Mengatasi ketidaktentuan harga bahan mentah disebabkan oleh tekanan negara maju.
 Berusaha mencari cara menyelesaikan hutang negara membangun.
 Membentangkan cadangan untuk mengelakkan tekanan oleh negara maju.

 Malaysia bersedia meneruskan pembangunan negara pada masa akan datang melalui pelbagai
program perkongsian pintar dengan negara maju dan membangun untuk kemajuan ekonomi,
sosial dan politik.
 Malaysia bergerak ke arah pelbagai perancangan pembangunan di samping memberi
sumbangan dan bantuan untuk membangunkan negara yang masih mundur dan miskin.
 Malaysia secara keseluruhan, bersatu dengan negara maju dan kurang maju untuk bersama-
sama meletakkan jentera mereka bagi pembangunan terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi.
 Pertubuhan, persidangan, seminar dan dialog ialah platform untuk mewujudkan persefahaman
antara negara anggota bagi menangani masalah kemiskinan, kesihatan, pendidikan dan
keselamatan.

You might also like