You are on page 1of 6

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Oktober 2023)

PANDUAN KERJA LAPANGAN TINGKATAN 1

1. Tempoh penulisan laporan kerja lapangan: 1 BULAN(23 OKTOBER - 24 NOVEMBER 2023)


2. Laporan hendaklah ditulis sendiri dalam kertas berbentuk A4 atau ditaip.
3. Laporan bertaip hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy manakala laporan ditulis tangan
hendaklah dihantar dalam bentuk sebuah folio.
4. Senarai kandungan dalam laporan:

Tajuk: Kajian Sisa Domestik Di Kampung...................., Kota Marudu, Sabah.

****Jadual Kerja

Bil Kandungan
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Rumusan
8 Rujukan

5. Penghargaan
Ucapan terima kasih kepada:
• Pengetua SMK Kota Marudu
• Guru mata pelajaran
• Ibubapa
• Rakan-rakan
• Nama responden(mana-mana penduduk kampung yang memberi maklumat)
6. Pendahuluan
• Nyatakan nama, tingkatan dan tajuk yang dipilih iaitu Kajian Sisa Domestik Di
Kampung...................., Kota Marudu, Sabah.
• Nyatakan sebab-sebab mengapa memilih tajuk tersebut(contoh: dekat dengan
rumah, senang dapat bahan dan sebagainya)
• Nyatakan tempoh masa pelaksanaan penulisan laporan kerja lapangan (1 bulan)
7. Objektif Kajian
a) Menyatakan maksud sisa domestik berserta contoh.
b) Menyenaraikan jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di kampung............, Kota
Marudu, Sabah.
c) Menghuraikan kesan pembuangan sisa domestik di kampung...............,Kota
Marudu, Sabah.
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Oktober 2023)

d) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa


domestik di kampung.........., Kota Marudu, Sabah.

8. Kawasan Kajian

• Lukis peta lakar kampung(Pastikan ada simbol, petunjuk, arah utara, bingkai)
• Tafsir peta lakar kampung
✓ Nyatakan nama kampung, jarak daripada sekolah, berapa masa diambil
untuk ke sekolah.
✓ Huraikan ciri-ciri fizikal (bentuk muka bumi, sungai, hutan dan
sebagainya.
✓ Huraikan ciri-ciri budaya(bilangan rumah, kemudahan-
kemudahan(jambatan, tali air, rumah ibadat, sekolah, tadika, padang
dan sebagainya)
✓ Huraikan sekurang-kurangnya 2 saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri
budaya di kawasan kajian:
Contoh: Kawasan rata(ciri fizikal) di kampung Lampada dijadikan
sebagai kawasan membina petempatan(ciri budaya)
9. Kaedah Kajian

✓ Kaedah Pemerhatian
✓ Apa kaedah?
✓ Bagaimana kaedah digunakan?
✓ Apa maklumat yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan?
✓ Kaedah Tinjauan
✓ Apa kaedah?
✓ Bagaimana kaedah digunakan?
✓ Nyatakan maklumat yang diperolehi daripada tinjauan yang telah
dijalankan.
✓ Kaedah Rujukan
✓ Apa kaedah?
✓ Apa bahan yang anda rujuk?(buku teks, buku rujukan, internet, surat
khabar dan sebagainya.
✓ Apa maklumat yang diperolehi daripada rujukan yang telah anda buat.
10. Hasil Kajian
• 6.1 Maksud dan takrifan sisa domestik
✓ Apa maksud sisa domestik?
✓ Apa contoh jenis sisa domestik secara umum?
• 6.2 Jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di kampung............,Kota Marudu,
Sabah
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Oktober 2023)

✓ Huraikan secara ringkas jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di


Kawasan kajian.. (Sertakan dengan foto jika ada)
Contoh: Plastik, botol, sisa minyak, sisa kumbahan dan sebagainya.

• 6.3 Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Kampung..............., Kota


Marudu, Sabah
Contoh kesan: pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bau, dan lain-
lain lagi)
(Hurai sekurang-kurangnya 3 kesan (1 perenggan 1 kesan)
✓ Apa kesan?
✓ Bagaimana kesan itu berlaku?
✓ Contoh akibat daripada kesan pembuangan sisa domestik.

Contoh:

Pembuangan sisa domestik di kampung Lampada menyebabkan


pencemaran air. Air tercemar di sebabkan oleh pembuangan sampah
sarap ke dalam parit. Hal ini menyebabkan hidupan akuatik terjejas.

• 6.4 Cadangan untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di


Kampung............., Kota Marudu, Sabah.

(Contoh cadangan: Kempen kesedaran, gotong royong, membuat papan tanda,


menguatkuasakan undang-undang/menetapkan peraturan, dan sebagainya)

(Hurai sekurang-kurangnya 3 cadangan(1 perenggan 1 Cadangan)


✓ Apa cadangan?
✓ Bagaimana dilaksanakan?
✓ Siapa pihak yang terlibat untuk melaksanakan cadangan tersebut?

Contoh:

Bagi mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kampung


Lampada, kempen kesedaran perlu dianjurkan. Kempen kesedaran ini
dilaksanakan secara menyeluruh dengan membuat hebahan dan poster
kepada penduduk kampung tentang kesan pembuangan sisa domestik.
Ketua kampung, pengerusi JKKK dan semua penduduk kampung
berkerjasama untuk menjayakan kempen kesedaran tersebut.

11. Rumusan

• Kesimpulannya/Secara keseluruhannya/ setelah ,menjalankan kerja lapangan


ini, saya telah mendapat maklumat mengenai maksud sisa domestik, jenis-jenis
sisa domestik di kampung Lampada, kesan-kesan pembuangan sisa domestik
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Oktober 2023)

dan berpeluang untuk memberi cadangan untuk mengurangkan kesan


pembuangan sisa domestik di kawasan kajian.
✓ Nyatakan semua dapatan atau maklumat yang anda telah perolehi
setelah menjalankan kerja lapangan di kampung anda.
✓ Nyatakan perasaan anda setelah berjaya menyiapkan laporan kerja
lapangan.
CTH: Saya berasa sungguh……………..setelah berjaya menyiapkan
laporan kerja lapangan Geografi Tingkatan 1.
✓ Nyatakan harapan anda terhadap pengurusan sisa domestik di kampung
anda pada masa depan.
Cth: Saya berharap kampung Lampada akan terus berusaha dan
berkerjasama untuk memastikan kawasan kampung sentiasa bersih
dan bebas daripada pembuangan sisa domestik pada masa akan
datang.

12. Rujukan

Format penulisan rujukan:

Buku/buku rujukan

Nama penulis(Tahun buku diterbitkan). Tajuk buku. Nama tempat buku diterbitkan: Nama syarikat
penerbit.

Contoh:

Hisham Azman bin Ibrahim & Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad(2017). Geografi Tingkatan 1. Kuala
Lumpur: ERA Visi Sdn Bhd.

Orang Sumber/orang yang ditemu bual

Nama, Umur, alamat tempat tinggal.

Contoh:

Fredo Fredoline, 55 tahun, Kampung Sonsogon

Internet

Tajuk(Tahun diterbitkan), tarikh akses internet, alamat laman web yang dilayari.

CONTOH
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Oktober 2023)

13. Lampiran

✓ Borang temubual
✓ Bahan-bahan bercetak yang dijadikan bahan rujukan
✓ Gambar(jika ada).

*****Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan guru mata pelajaran Geografi anda. Semoga
berjaya

Contoh Muka Depan Laporan


KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 (Oktober 2023)

You might also like