You are on page 1of 2

189

7. Pihak sekolah hendaklah menghantar senarai murid yang berjaya dan tidak berjaya
ke JPN/PPD untuk pengesahan sebelum atau pada 23 Julai.
8. Satu (1) salinan minit mesyuarat pemilihan juga perlu dikemukakan kepada
JPN/PPD.
9. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tentang
keputusan permohonan.
10. Pihak sekolah berhak menolak permohonan atau memberhentikan murid sekiranya
didapati maklumat yang dikemukakan palsu.

JR08 | JK Pengurusan Bencana Sekolah

RUJUKAN
i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 21/1998: Persediaan Menghadapi Bencana Alam.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 9/2009: Penubuhan Jawatankuasa Bencana diperingkat
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.
iii. Surat Siaran KPM Bilangan 8/2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Akibat Bencana.
iv Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019 KPM 100-1/7/2 Jld 6(31): Langkah-langkah
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid Di
Sekolah-sekolah Yang Berada Dalam Kawasan Berjerebu Yang Dianggap Kritikal.
v Surat Siaran KPM 100-1/3/2 (92): Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19).
vi Panduan Untuk Guru: Manual Kesediaan Sekolah Menghadapi Bencana Alam (KPM dengan
Kerjasama UNICEF) Cetakan Tahun 2008.
vii Pelan Tindakan Sekolah Menghadapi Bencana Alam (KPM dengan Kerjasama UNICEF) Cetakan
Tahun 2008.
viii Persediaan Menghadapi Bencana (Emergency Preparedness), Bahagian Sekolah, KPM dengan
Kerjasama UNICEF

1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.


2. Menyediakan perancangan dan mengatur strategi untuk menghadapi bencana.
3. Memaklumkan perkara itu kepada warga sekolah tentang pelan pengurusan risiko
menghadapi bencana.
4. Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat.
5. Memaklumkan segera kepada jabatan (KPM/JPN/PPD/Polis/Bomba serta individu - PIBG
dan Ibu bapa) seperti yang tersenarai dalam JK Pengurusan Bencana Sekolah untuk
mendapat bantuan.
190

6. Memindahkan semua warga institusi ke tempat yang lebih selamat apabila bencana
dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa
Bencana di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah.
7. Mengurus penempatan murid-murid yang tempat kediaman mereka dilanda bencana agar
dapat ditumpangkan murid untuk belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat
sehingga bencana reda/terkawal.
8. Mengaturkan kerja gotong royong guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat
dan jabatan-jabatan berkaitan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara.
9. Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-lain
yang diperlukan oleh pihak sekolah kepada PPD/JPN. Pesanan perlu dibuat dengan
segera.
10. Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan,
buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan perlu
dimaklumkan ke PPD/JPN untuk mendapat bantuan tersebut.
11. Mewujudkan bilik gerakan dan kemudahan mengumpul dan memperoleh maklumat.
12. Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah.
13. Mengurus rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat selamat.
14. Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
15. Mengambil langkah pencegahan dan melaporkan kes penyakit berjangkit dengan
mendapatkan khidmat nasihat daripada pejabat kesihatan (semasa dan selepas bencana).
16. Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam Negara
dan Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa.
17. Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan
awam.
18. Mengurus keperluan PdPR dari rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang
bersesuaian.
19. Mengemaskinikan rekod kerosakan fizikal dan harta benda akibat bencana dalam sistem
EMIS online dan melaporkan kepada PPD.

You might also like