You are on page 1of 16

MUKA DEPAN TUGASAN

DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD PROGRAM(DECE)


Sila sertakan Muka Depan pada setiap tugasan untuk diserahkan kepada pensyarah.
Pastikan anda mengisi semua maklumat dengan lengkap dan betul dan membubuh
tandatangan di ruang yang disediakan di bawah.

Anda diingatkan untuk membuat salinan setiap tugasan yang telah anda hasilkan.

NAMA SUBJEK: ECD1623 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN


KURIKULUM

KOD SUBJEK: E C D 1 6 2 3

TAJUK TUGASAN: TUGASAN 2

DIHASILKAN OLEH

NAMA PELAJAR: NOMBOR MATRIK:

1 NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI S C 2 2 0 3 1 0 0 9


2 NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA S C 2 2 0 3 1 0 1 2

3 DAYANG FARAH FARAHANAH S C 2 2 0 3 1 0 2 8

4 LESLY ANAK BUJANG S C 2 2 0 3 1 0 2 3


SIR FAIZUL UNTUK
PERHATIAN (NAMA PENSYARAH):

TARIKH SERAHAN: 1 1 / 0 9 / 2 0 2 3

AKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan ini dihasilkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan
ciplakan atau peniruan.
……………………………………
(NURAYUNI IZZATI BINTI RAMBLI)

……………………………………
(NUR SHAQIERA NATASHA QARTINA)

……………………………………
(DAYANG FARAH FARAHANAH)

……………………………………
(LESLY ANAK BUJANG)
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 PUSAT PILIHAN (TADIKA) 2-3

2 LATAR BELAKANG TADIKA LITTLE KIDS 4

3 KONSEP SEKOLAH (REGGIO EMILIA) 5

4 KURIKULUM PERMATA 6-7

5 AKTIVITI PEMBELAJARAN 8

6 PELAN LANTAI 9-13

7 LOKASI 14
PUSAT PILIHAN (TADIKA)

Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Pengurusan


tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4
orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan
upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam
persekolahan formal apabila kanak-kanak mencapai umur 7 tahun. Tadika juga merupakan
sekolah peringkat awal bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang suasana
persekolahan. Ia penting bagi persediaan untuk kanak-kanak dalam menyesuaikan diri dengan
persekitaran bersama kanak-kanak lain dan hidup berdikari. Isi pelajaran di peringkat tadika terdiri
daripada mengeja, mengira dan membaca.

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah


didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat
sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan dapat membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri dan
sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan
sepanjang hayat. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka
masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal. Pembelajaran
tadika bukan merupakan pembelajaran yang wajib diambil dalam Pendidikan Malaysia.
Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu, konsep yang digunakan ialah belajar sambil bermain dengan menekankan
pembelajaran bertema. Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan
dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual
kanak-kanak. Pendedahan terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi
pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari. Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada
semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal,
keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.

Di samping itu, program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap


perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan
akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang
fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri
atau rasa ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru
kepada setiap kanak-kanak.
LATAR BELAKANG TADIKA
Tadika yang kami usahakan diberi nama Tadika Little Kids. Ia mengandungi
maksudnya tersendiri iaitu Little diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud kecil
dan makna Kids pula ialah kanak-kanak dibawah jagaan dan perlindungan daripada ibu bapa
dan penjaga. Tujuan penubuhan Tadika Little Kids ini adalah bagi menyediakan pendekatan
dan pengalaman awal sebelum masuk ke sekolah formal iaitu sekolah rendah. Pengalaman
persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat
membekalkan murid-murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif.

Tadika ini telah ditubuhkan pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada 3 Januari
2018, pada mulanya, Tadika Little Kids menyewa di permis yang berdekatan dengan taman
perumahan Petra Jaya selama 2 tahun, sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada tahun
2020 di Jalan Taman Matang Ville, Kuching, Sarawak. Tadika ini mempunyai seramai 25
orang murid yang merangkumi 4,5 dan 6 tahun dan terdapat 3 orang guru serta 3 pembantu
guru. Kesemua guru di Tadika Little Kids ini mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya
Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Oleh itu, terdapat sebanyak 3 buah bilik
darjah untuk kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun, 2 bilik air iaitu untuk murid-murid dan guru,
dapur untuk penyediaan makanan serta dewan makan untuk murid-murid, sebuah bilik seni,
ruang membaca buku, sebuah bilik rawatan, sebuah bilik komputer, ruang kerohanian, ruang
menunggu dan ruang permainan.

Tadika ini beroperasi bermula pukul 7.30 pagi hingga 11.30 tengah hari. Aktiviti di
Tadika ini menerapkan dalam bentuk kesenian, akademik, kecerdasan dan sebagainya. Tadika
ini juga dikelilingi pagar di sekitar sekolah dan camera litar tertutup untuk keselamatan
kanak-kanak. Selain itu, di setiap bilik dalam Tadika ini menggunakan alat pendingin udara
untuk keselesaan murid-murid dan guru.

Di samping itu, Tadika Little Kids ini merupakan tadika yang mengamalkan sistem
pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika ini
berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni mengikut berpandukan kurikulum prasekolah iaitu
belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, kreatif dan
berakhlak. Sesungguhnya anak yang seimbang melahirkan generasi yang cemerlang.
Penubuhan tadika ini juga adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang
mempunyai pendidikan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah, akhlak, agama, rohani
dan jasmani.
KONSEP SEKOLAH
Tadika Little Kids mengamalkan pendekatan Reggio Emilia yakni suatu pendekatan
yang menekankan pengalaman belajar yang holistik bagi kanak-kanak. Contohnya, dalam
pendekatan ini, projek berpusat dan aktiviti hands on adalah ciri penting untuk mengalakan
kanak-kanak dalam pengalaman pembelajaran yang aktif. Selain itu, ditekankan juga
pembelajaran kerohanian iaitu agama sebagai asas dalam pembentukan rohaniah insan yang
beriman dan mulia.

Projek-projek ini dibuat dalam kumpulan dan menggalakan kerja berpasukan, kreatif
dan berfikiran kritis. Sebagai contoh, dalam projek berpusat yang berkaitan dengan tema
bermusim, kanak-kanak boleh terlibat dalam beberapa aktiviti seperti membuat pameran
tentang benda-benda semulajadi yang terdapat dalam setiap musim, menanam pokok,
perubahan cuaca dan membuat seni bina dari bahan semula jadi.

Sementara dalam tunjang komunikasi pula, kanak-kanak dilatih untuk berhadapan


dengan situasi sebenar dalam komunikasi dan meluahkan perasaan mereka terhadap sesuatu
perkara yang dibincangkan dalam pelajaran mahupun pengalaman mereka seharian.

Pendekatan Reggio Emilia juga menekankan kepentingan persekitaran pembelajaran


yang menggalakkan penggunaan bahan semula jadi dan objek yang terdapat dalam bilik
darjah. Contohnya, persekitaran pembelajaran boleh diubahsuai untuk meniru kehidupan
sebenar seperti di dunia sebenar, seperti membuat pasar mini, restoran atau rumah sakit mini.

Kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah amat ditekankan dalam
pendekatan Reggio Emilia. Sebagai contoh ibu bapa boleh di jemput untuk menyertai aktiviti
pembelajaran seperti berkongsi pengelaman, menjadi penceramah tamu atau menjadi
penyokong dalam proses pembelajran. Ini adalah salah satu sarana bagi pihak sekolah untuk
mendekatkan masyarakat dengan aktiviti sekolah.

Kesimpulannya. pendekatan Reggio Emilia adalah pendidikan yang holistik dan


menekankan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak. Contoh-
contoh aktiviti seperti kerja projek, kerja sama antara ibu bapa dan komuniti boleh membantu
dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang berbeza dan menyeronokkan bagi
kanak-kanak.
KURIKULUM PERMATA
Permata merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang
menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk
kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Permata diasaskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor
bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai
polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan. Permata bertujuan untuk memberi peluang
khususnya kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses
pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Permata mempunyai enam program utama yang terdiri daripada Permata Negara, Permata
Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.

Selain itu, permata mengandungi enam bidang pembelajaran utama iaitu Fizikal, Awal
Matematik dan Pemikiran Logik, Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran, Bahasa,
Komunikasi dan Literasi Awal, Kreativiti dan Estetika dan Sahsiah, Sosio-Emosi dan
Kerohanian. Kurikulum Permata Negara menggunakan pendekatan belajar melalui bermain
yang menekankan suasana keseronokan dan keselesaan semasa bermain, kebebasan
meneroka dan mengeksperimen, peluang berinteraksi bersama rakan, Pendidik dan ibu bapa
yang menggalakkan kemahiran sosial yang sihat, serta penekanan kepada pembentukan
sahsiah yang baik dan konsep kendiri yang positif. Fokus utama ialah untuk membantu
perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek iaitu sahsiah, emosi, sosial, kerohanian,
intelek, fizikal dan kreativiti.

Di samping itu, aktiviti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan Permata disediakan


untuk semua peringkat umur kanak-kanak, dari umur lahir hingga 4 tahun. Kanak-kanak,
seawal usia 3 bulan juga boleh diterima untuk dijaga dan asuh di Taska Permata. Kurikulum
Permata Negara menyediakan modul-modul pembelajaran khusus mengikut umur kanak-
kanak. Terdapat 6 buah modul pembelajaran Permata untuk kanak-kanak 0-6bulan, 6-12
bulan, 1-2 tahun, 2-3 tahun, 3-4 tahun dan modul tambahan bagi kanak-kanak yang berumur
4 tahun tetapi mempunyai kebolehan melebihi umurnya. Modul ini menyediakan aktiviti
pembelajaran tambahan untuk pengayaan. Kurikulum Permata Negara menekankan latihan
mengurus diri semasa berada di Taska. Kanak-kanak dilatih dan diajar untuk boleh menjaga
diri sendiri seperti makan, mandi, pergi ke tandas, memakai pakaian, mengosok gigi,
menyikat rambut, mengambil barang mainan sendiri, dengan disedia dan dibantu oleh
Pendidik atau Penolong Pengasuh. Dengan cara ini, kanak-kanak belajar berdikari dan
berdisiplin. Aspek kebersihan dan keselamatan diri amat penting diterapkan dalam diri kanak-
kanak. Amalan lain yang wajar disebut ialah mengenai penekanan kepada permakanan dan
gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak. Dengan itu, diharap kanak-kanak yang dilahirkan
daripada program Permata Negara ini bakal menjadi warga negara Malaysia yang terbaik dari
segi peribadi, ceria, bijaksana, dan berakhlak mulia.
WAKTU/ ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
MASA
7:00- KEHADIRAN MURID-MURID KE TADIKA LITTLE KIDS
7:30PAGI

7:30- GURU MENGAMBIL REKOD KEHADIRAN MURID


7:40PAGI

7:40- SARAPAN PAGI


8:05PAGI

8:05- PERBUALAN PAGI


8:15PAGI

8:15- BM BI MATH SAINS BM


8:50PAGI

8:50- SAINS PAI/MORAL PJ BI PSV


9:30PAGI

9:30- REHAT
10:10PAGI

10:10- PJ SAINS PAI/MORAL MATH BI


10:40PAGI

10:40- PSV MATH BM PSV PAI/MORAL


11:20PAGI

WAKTU PULANG
11:20-
11:30PAGI
AKTIVITI PEMBELAJARAN DI TADIKA LITTLE KIDS
PELAN LANTAI

PELAN LANTAI 2D PELAN LANTAI 3D

RUANG RAK KASUT RUANG PERMAINAN (INDOOR)


-Ruang untuk kanak-kanak menyimpan - Ruang untuk kanak-kanak bermain
kasut sebelum masuk ke dalam kelas. sambil menunggu kedatangan ibu bapa.
RUANG MENUNGGU BILIK GURU
-Ruang untuk ibu bapa menunggu anak-anak -Bilik ini disediakan untuk guru-guru
mereka pulang. yang mengajar di Tadika Little Kids.

BILIK KOMPUTER BILIK RAWATAN


-Bilik untuk murid-murid belajar menggunakan -Bilik yang diggunakan untuk kanak-kanak
komputer. dirawat apabila berlaku kecederaan.

BILIK SENI RUANG BACAAN


-Bilik untuk murid-murid melakukan aktiviti -Ruang khas untuk membaca buku cerita dan
melukis, mewarna dan mengecat lukisan. melakukan aktiviti bercerita.
RUANG REHAT BILIK/RUANG KEROHANIAN
-Ruang untuk guru berbual atau berehat -Bilik/ruang untuk menunaikan solat atau
sambil membaca buku yang disediakan. untuk mengajar murid-murid cara untuk solat.

BILIK STOR BILIK DARJAH


-Bilik untuk penyimpanan barang-barang -Bilik kelas yang diggunakan untuk mengajar
tambahan seperti meja, kerusi dan barang- murid-murid semasa pengajaran dan
barang sukan. pembelajaran berlangsung.

DAPUR DEWAN MAKAN


-Dapur yang diggunakan untuk menyiapkan -Dewan makan ini diggunakan untuk murid-
makanan murid-murid dan disertai dengan murid makan apabila tibanya waktu rehat.
meja makan untuk guru-guru.
RUANG MENUNGGU TANDAS MURID PEREMPUAN

-Ruang untuk murid-murid duduk menunggu -Tandas yang diggunakan oleh murid-murid

apabila tandas penuh. perempuan.

TANDAS MURID LELAKI TANDAS GURU


-Tandas yang diggunakan oleh muri-murid -Tandas yang diggunakan oleh gur-guru di
lelaki. Tadika Little Kids.
PELAN LANTAI OUTDOOR

PINTU MASUK TEMPAT LETAK KERETA

TAMAN PERMAINAN (OUTDOOR) KOTAK PASIR


LOKASI TADIKA LITTLE KIDS

Jln Taman Matang Ville, Kuching, Sarawak

https://goo.gl/maps/Q7YJLv4uQ7ZfuBqK9

You might also like