You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

MPU3081

KOKURIKULUM PERSATUAN - TUGASAN 1

Nama : YAP ZHAN WEI


No. K/P : 010608-10-0421
Angka Giliran : 2020122340024
Program : 4 PISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : BAHASA MELAYU 1
Nama Pensyarah : DR. ZALI BIN A. RAHMAN
Tarikh Hantar : 6 DISEMBER 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:___YAP ZHAN WEI_________ Tarikh : 6 DISEMBER 2021

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n
Cop
Cop
Tarikh Tarikh
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)

PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh pensyarah

Tanda tangan pelajar

.............YAP ZHAN WEI .....................


( YAP ZHAN WEI )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PEI HWA,

JALAN PERSISIRAN PERLING 1, TAMAN PERLING,

80350 JOHOR BAHRU, JOHOR.

KERTAS KERJA PENUBUHAN


KELAB REKA CIPTA

DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA PENAJA
KELAB REKA CIPTA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PEI HWA

TARIKH:
07 DISEMBER 2021
ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara

1.0 Tajuk

2.0 Pengenalan

3.0 Latar belakang

4.0 Rasional

5.0 Matlamat

6.0 Objektif

7.0 Visi & Misi

8.0 Logo Persatuan

9.0 Perancangan dan pelaksanaan aktiviti persatuan

10.0 Butiran aktiviti persatuan:


10.1 Tarikh
10.2 Tempat
10.3 Sasaran
10.4 AJK
10.5 Penerangan Aktiviti Persatuan

11.0 Anggaran Kewangan

12.0 Perlembagaan/ Peraturan

13.0 Sumbangan terhadap masyarakat

14.0 Cadangan penambahbaikan persatuan

15.0 Penutup

16.0 Rujukan

17.0 Lampiran
1.0 Tajuk

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan kelulusan
daripada guru besar mengenai pertubuhan Kelab Reka Cipta di SJK(C) Pei Hwa.

2.0 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat seiring dengan era


globalisasi yang semakin membangun. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan iaitu akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan secara keseluruhan dalam sistem pendidikan
Malaysia. Hal ini adalah untuk memastikan setiap murid berupaya untuk bersaing
pada peringkat global. Sehubungan itu, budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan
murid sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum. Kepelbagaian aktiviti secara
berkumpulan yang ada dalam Kelab Reka Cipta akan memberikan peluang kepada
murid untuk meneroka, mencuba dan melaksanakan sesuatu projek serta memenuhi
cita rasa dan minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka.

3.0 Latar Belakang

Kelahiran generasi yang beretika, berinovasi dan berpendidikan terletak di tangan


warga guru. Pada abad ke-21, peranan dan sumbangan daripada institusi pendidikan
merupakan faktor generasi milenia yang memiliki kreativiti bagi pelaksanaan produk
berinovasi. Oleh hal yang demikian, satu cadangan penubuhan Kelab Reka Cipta
SJK(C) Pei Hwa telah diusulkan. Melalui kelab tersebut, daya kreatif murid akan
ditingkatkan kerana mereka berpeluang mentransformasikan idea mereka ke dunia
realiti melalui proses mencipta dan menghasilkan produk baharu. Hal ini secara tidak
langsung mencapai wawasan Transformasi Nasional 2050 dalam mencipta masa
hadapan gemilang yang dipacu oleh inovasi untuk manfaat generasi yang akan
datang.

4.0 Rasional

4.1 Membina keyakinan diri murid agar dapat menunjukkan kemampuan di persada
antarabangsa.
4.2 Meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri murid sepanjang penghasilan
projek inovasi.
4.3 Menyemarakkan semangat murid dalam bidang reka cipta secara kreatif dan
inovatif.
4.4 Melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing, berketerampilan serta
berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang khasnya bidang sains dan teknologi.
4.5 Memberikan pendedahan kepada murid dalam bidang pengurusan (kelab).
4.6 Mencungkil bakat dalam diri murid melalui perkongsian idea, kerjasama dan
bimbingan daripada orang yang lebih berpengalaman.

5.0 Matlamat

5.1 Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi yang ada
secara seimbang dan menyeluruh daripada aspek kreativiti dan inovasi.
5.2 Memberi sumbangan dalam bentuk buah fikiran dan tenaga bagi transformasi
dan pembangunan Malaysia ke arah kemajuan yang holistik.
5.3 Menjadi pemangkin kepada pembentukan modal insan yang seimbang selaras
dengan pembangunan negara yang mampan
5.4 Melahirkan para usahawan muda yang berfikir di luar kotak.
5.5 Melatih murid untuk mencari dan mengelolah segala sumber yang ada sehingga
menghasilkan produk baharu yang unik dan berkualiti.

6.0 Objektif

6.1 Menghasilkan produk untuk tujuan pertunjukan dan pertandingan yang diadakan
dari semasa ke semasa iaitu dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hingga
antarabangsa.
6.2 Melatih murid untuk menganalisis masalah secara logik lalu menyelesaikannya
dengan sistematik dan terperinci.
6.3 Mendorong murid untuk berdikari, berusaha memperolehi maklumat, dan
menjalankan penyelidikan dalam proses reka cipta.
6.4 Memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan produk yang boleh
dipasarkan.
6.5 Mendedahkan murid tentang pendaftaran paten dan hak cipta di Malaysia
supaya celik harta intelek
6.6 Memenuhi hasrat negara dalam melahirkan murid yang berdaya cipta.
7.0 Visi & Misi

Visi
Mendorong pemikiran kritis, kreatif dan inovatif ke arah keunggulan peribadi

Misi
Mengembangkan dan mempromosikan kemahiran kreatif dalam bidang sains dan
teknologi ke arah kemakmuran negara

8.0 Logo Persatuan

 Mentol yang bernyala melambangkan idea yang kreatif dan inovatif.


 Roda gigi melambangkan idea dicetuskan secara berturutan bagi menghasilkan
ciptaan yang baharu dan bernilai.

9.0 Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Persatuan

Bil
Bulan Minggu Akiviti
.

1.
Mac 14 Pendaftaran Ahli
16 Mesyuarat Agong

2. April

18 Mesyuarat AJK

Perjumpaan kali pertama


20
 Reka Cipta Kapal
3. Mei

22 Peperikasaan

24 Cuti

4. Jun Perjumpaan
26 kali ke-2
 Ceramah ‘Inovasi’

Perjumpaan kali ke-3


28
 Menara Cawan Kertas
5. Julai
Perjumpaan kali ke-4
30
 Ceramah

Perjumpaan kali ke-5


32
 Pertandingan Jelajah Alam

Perjumpaan kali ke-6


6. Ogos 34
 Lawatan ‘Inovasi’

36 Hari Kebangsaan

Perjumpaan kali ke-7


38
 Lukisan batu sungai
7. September
Perjumpaan kali ke-8
40  Kraf tangan barangan
terbuang
Perjumpaan kali ke-9
42  Perbincangan untuk ‘Hari
Inovasi SJK(C) Pei Hwa’
8. Oktober

44 Hari Deepavali

Perjumpaan kali ke-10


46
 Pembentangan

9. November
Perjumpaan kali ke-11
48  Pertandingan Hari Inovasi
SJK(C) Pei Hwa

50 Peperiksaan

10. Disember

52 Cuti

Perjumpaan kali ke-12


11. Januari 1
 Pertunjukan Inovasi Terbaik

Perjumpaan kali ke-13


3
 Refleksi

Perjumpaan kali ke-14


5
 Jamuan makan

12. Februari
7 Peperiksaan

9 Cuti

10.0 Butiran Aktiviti Persatuan

Minggu / Tempat Sasaran AJK Penerangan Aktiviti


Tarikh Persatuan
14 Kantin Semua murid Guru Pendaftaran Ahli:
Tahun 4, 5 1. Menarik minat ahli
Penasihat
30/3/2022 dan 6 baru untuk menyertai
Kelab Reka Cipta.
Mesyuarat Agong:
1. Mengesahkan
16 Guru perlembagaan.
Bilik Darjah Semua ahli
13/4/2022 Penasihat 2. Melantik Ahli
Jawatankuasa
Pelaksana baharu.
Mesyuarat AJK:
18 Bilik Guru
AJK 1. Meluluskan takwim
27/4/2022 Mesyuarat Penasihat
Kelab Reka Cipta.
Reka Cipta Kapal:

20 Guru 1. Mencipta kapal yang


Dewan Semua ahli kukuh dan tahan lasak
11/5/2022 Penasihat
daripada penyedut
minuman.
Ceramah ‘Inovasi’:
1. Murid mendengar
26 ceramah berkaitan
Dewan Semua ahli Guru inovasi dan cara
22/6/2022
Penasihat pelaksanaannya serta
contoh inovasi yang
terkenal.
Menara Cawan Kertas:
1. Murid perlu kreatif
28 untuk membuat
Dewan Semua ahli Guru menara daripada
6/7/2022
Penasihat cawan kertas dan
boleh berdiri di
atasnya.
Ceramah:
30 Guru 1. Berfokuskan kepada
Dewan Semua ahli
20/7/2022 Penasihat Harta Intelek dan
Pendaftaran Paten.
32 Dewan Semua ahli Guru Pertandingan Jelajah Alam:
3/8/2022 Penasihat 1. Murid bergerak dari
satu stesen ke satu
stesen bagi
menyelesaikan misi
yang diberikan.
2. Setiap stesen
mempunyai satu
tugasan yang
memerlukan pemikiran
kritis murid untuk
menyelesaikannya.
Lawatan ‘Inovasi’:
1. Murid ke sekolah lain
34 Guru untuk pembentangan
Dewan Semua ahli inovasi.
17/8/2022 Penasihat
2. Murid memperoleh
idea tentang aktiviti-
aktiviti inovasi.
Lukisan batu sungai:
38 Guru 1. Murid mengecat dan
Dewan Semua ahli melukis batu sungai
14/9/2022 Penasihat
supaya kelihatan lebih
cantik.
Kraf tangan barangan
terbuang:
1. Murid membuat kraf
40 Guru tangan dengan
Dewan Semua ahli
28/9/2022 Penasihat menggunakan bahan
kitar semula (seperti
surat khabar dan botol
air mineral).
Perbincangan untuk ‘Hari
Inovasi SJK(C) Pei Hwa’:
42 Guru 1. Murid berbincang
Dewan Semua ahli
12/10/2022 Penasihat tentang sesuatu idea
untuk penghasilan
projek inovasi.
Pembentangan:
1. Murid membentang
idea inovasi mereka
46 Guru dan membuat
Dewan Semua ahli
9/11/2022 Penasihat penambahbaikan.
2. Murid bersiap sedia
untuk melaksanakan
projek mereka.
48 Dewan Semua ahli Guru Pertandingan Hari Inovasi
23/11/2022 Penasihat SJK(C) Pei Hwa:
1. Murid membentang
hasil projek inovasi
mereka.
2. Inovasi yang terbaik
akan dipilih sebagai
pemenang dan
diberikan hadiah.
Pertunjukan Inovasi
Terbaik:
1. Murid membentang
1 Guru semula projek inovasi
Dewan Semua ahli mereka.
4/1/2023 Penasihat
2. Inovasi yang terbaik
akan dipilih sebagai
pemenang dan
diberikan hadiah.
Refleksi:
1. Murid dan guru
3 Guru bersama-sama
Dewan Semua ahli
17/1/2023 Penasihat bincang tentang ilmu
dan pengetahuan yang
dipelajari.

5 Guru Jamuan Makan:


Kantin Semua ahli 1. Jamuan makan tengah
1/2/2023 Penasihat
hari di kantin sekolah.

11.0 Anggaran Kewangan

PERKARA BUTIRAN JUMLAH


SUMBER
Bayaran Yuran RM5 x 20 orang = RM100 RM100
Sumbangan PIBG - RM1000
Dana Sekolah - RM3000

Jumlah Sumber RM4100


PERBELANJAAN
Peralatan dan Bahan Penyedut minuman
RM2 x 10 bungkus = RM20
Pita selofon
RM2 x 2 gulung = RM4
Cawan kertas
RM3 x 4 bungkus = RM12
Set warna air
RM5 x 2 set = RM20
Berus lukisan
RM1 x 20 buah = RM20 RM76
Ceramah RM500 x 2 kali = RM1000 RM1000

Hadiah Pertandingan Hari Inovasi RM40


RM10 x 4 kumpulan = RM40
Jamuan Makan RM5 x 20 orang = RM100 RM100

Jumlah Perbelanjaan RM1216


Baki RM2784

12.0 Perlembagaan/ Peraturan

Rujuk di Lampiran 3

13.0 Sumbangan terhadap Masyarakat

Antara sumbangan Kelab Reka Cipta adalah untuk memastikan masyarakat bekerja
dengan lebih cekap dan produktif. Masyarakat akan berfikir kritis dan kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, untuk mengurangkan beban kerja
sumber manusia, masyarakat akan berfikir untuk menggunakan atau menghasilkan
reka cipta seperti jentera yang boleh mempercepatkan pemprosesan bahan mental.
Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan beban kerja sumber manusia dan
membolehkan kerja dilakukan pada bila-bila masa atau di luar waktu kerja.

Selain itu, sumbangan Kelab Reka Cipta adalah untuk membiasakan masyarakat
dengan budaya reka cipta. Hal ini membantu mencipta lebih banyak pemikiran atau
barangan yang berasaskan keadaan dan budaya masyarakat kita. Ciptaan-ciptaan
yang dihasilkan di dunia barat adalah berasaskan budaya dan cara hidup mereka.
Oleh itu, ciptaan tersebut tidak begitu sesuai digunakan di negara kita disebabkan
budaya dan cara hidup yang berbeza. Kelab Reka Cipta ditubuhkan adalah supaya
rakyat tempatan boleh mereka cipta sesuatu yang mencerminkan nafas budaya dan
cara hidup masyarakat kita.

14.0 Cadangan Penambahbaikan Persatuan

Antara cadangan untuk menambahbaikan persatuan adalah menambah aktiviti luar


sekolah terutamanya program yang melibatkan penglibatan pelbagai sekolah bagi
memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan perkongsian ilmu antara murid
seperti lawatan pameran, kem inovasi dan kursus-kursus inovasi. Cadangan ini wajar
dilaksanakan memandangkan bilangan sekolah yang menubuhkan Kelab Reka Cipta
agak banyak dan akan memberikan manfaat kepada murid secara keseluruhannya.

Di samping itu, program galeri inovasi mini juga boleh ditubuhkan di sekolah untuk
memberikan pendedahkan kepada murid bukan ahli kelab berkaitan reka cipta yang
dihasilkan. Cadangan ini berpeluang untuk mengasah kemahiran komunikasi murid.
kemahiran mengurus program, kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid serta
membangunkan diri mereka sebagai insan yang mewarisi ciri-ciri kecemerlangan
murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

15.0 Penutup

Diharapkan penubuhan kelab ini dapat melahirkan murid-murid yang berinovasi


tinggi dan boleh menjadi pemangkin negara pada masa akan datang. Selain itu,
diharapkan projek inovasi boleh dijadikan sebagai keutamaan sekolah demi tujuan
melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga cadangan
penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak pengurusan dan akan terlaksana dengan
jayanya. Segala sokongan, komitmen dan pertimbangan pihak tuan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Disemak dan disahkan oleh


Disediakan oleh,

……………………………
……………… ……………………………
Diluluskan oleh,
(YAP ZHAN WEI) Disokong oleh,
…………………
Setiausaha, (SIMON YII TECK HONG)
Kelab Reka Cipta, Guru Penolong Kanan
………………………………………………
SJK (C) Pei Hwa, Johor Kokurikulum, …………………………………
(JEWELLE TAN JIA QI)
Bahru, SJK (C) Pei Hwa, Johor (TAM SOON REN)
Guru Penolong Kanan Akademik,
Johor. Bahru, Guru Besar,
SJK (C) Pei Hwa, Johor Bahru, SJK (C) Pei Hwa, Johor Bah
Johor.
Johor. Johor.
Rujukan

Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd Ra‟in Shaari, Adenan Ayob, & Abdullah Yusof.
(2012). Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Emeritus
Publications Tanjong Malim Perak.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Buku panduan pengurusan aktiviti


kokurikulum sekolah rendah. Bahagian Sekolah.

Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Persatuan: Suatu Panduan Lengkap. Utusan


Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Othman Endut. (2014). Penubuhan dan Pengurusan Organisasi. Majlis Belia Negeri
Terengganu.
Lampiran 1

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA


Guru Penasihat (En.
Jeremy Hee Zhi Chong)

Pengerusi
(Melody Kow Kei Ling)

Naib Pengerusi
(Lee Shin Yee)

Ahli Jawatankuasa
Setiausaha Bendahari (Ng Shu Yi, Mayvienne
(Poon Pei Wen) (Siow Fang Fang) How Jia Yinn, Apple Yau Jia
Yuan)

Naib Setiausaha Naib Bendahari


(Dickson Yong De En) (Chong Ming Suen)

Lampiran 2

CARTA ALIRAN PENUBUHAN


PERSATUAN
Lampiran 3

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Sub peraturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196
bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Perlembagaan Persatuan
Kelab Reka Cipta yang selepas ini disebut sebagai “kelab” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR


a. Nama Persatuan : Kelab Reka Cipta
SJK(C) Pei Hwa

b. Alamat : SJK(C) Pei Hwa,


Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat memupuk sifat tanggungjawab dan disiplin diri
semasa menjalankan setiap aktiviti yang diadakan.
3.2 Supaya ahli dapat menghayati keindahan seni budaya dan filem
Malaysia dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam proses
pembelajaran.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju dan berpegang kepada
Perlembagaan yang telah ditetapkan.
4.4 Ahli-ahli harus mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan
tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT


5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
5.3 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.4 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Ahli Jawatankuasa Kelab Memanah dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala
ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa dijalankan secara undian. Calon yang
mendapat undian 3/4 daripada jumlah kehadiran ahli bagi jawatan
tertentu akan dipilih.
6.4 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.5 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:
6.5.1 Pengerusi
6.5.2 Naib Pengerusi
6.5.3 Setiausaha
6.5.4 Penolong Setiausaha
6.5.5 Bendahari
6.5.6 Penolong Bendahari
6.5.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.5.8 Pemeriksa Kira-Kira / Juruaudit (2 orang)
6.6 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan


bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan


tanggungjawab yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.


7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat /
laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala


tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


kelab.
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas


dan tanggungjawabnya.
7.6.2 Menjalankan tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program


dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.8 Pemeriksa Kira-Kira / Juruaudit

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan


Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan
betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang
diputuskan semasa mesyuarat agong dan telah diputuskan sebanyak
RM5 seorang 1 semester.
8.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai
perbelanjaan aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke akauan
SUWA sekolah sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.

PERATURAN 9 KEHADIRAN / PENYERTAAN


9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah
kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal
berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agong atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan untuk pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN


12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan /
kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.2.3 Gantung keahlian
12.2.4 Pecat keahlian
12.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak
keahlian.
12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaaian seragam,
persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan secara bertulis dan
keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN


13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah disahkan oleh
pengetua / guru besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN
14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

Lampiran 4
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.
Tel/Faks: 03-87238708
Email: BBC4039@moe.edu.my

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 7 DISEMBER 2021.

Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB MEMANAH SJK (C) PEI HWA
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.
2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, JEREMY HEE ZHI CHONG
berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A)
196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon
untuk menubuhkan KELAB REKA CIPTA SJK (C) PEI HWA mulai 21 hb Mac 2022.
3. Bersama-sama ini disertakan :
i. Draf Perlembagaan.
ii. Draf Aktiviti-aktiviti tahunan / Takwim.
iii. Carta Organisasi Jawatankuasa Penaja.
4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai
dan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………..
(YAP ZHAN WEI)
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja Kelab Reka Cipta,
SJK(C) Pei Hwa.
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa.

Lampiran 5
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1, Tel/Faks: 03-87238708
Email: BBC4039@moe.edu.my
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 9 DISEMBER 2021.

Yap Zhan Wei,


Setiausaha Jawatankuasa Penaja Kelab Reka Cipta,
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB MEMANAH
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan
SJKCPH/07/P/17(1) bertarikh 7 Disember 2021.
2. Merujuk surat tuan SJKCPH/07/P/17(1) bertarikh 7 Disember 2021
dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130
Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan
bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan
untuk menubuhkan KELAB MEMANAH SJK (C) PEI HWA adalah DILULUSKAN
berkuat kuasa mulai 21 Mac 2022.
3. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bukan bermaksud Kelab
Reka Cipta SJK (C) Pei Hwa sudah boleh bergerak sebagai sebuah kelab yang
sah dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( TAM SOON REN )
Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa.
Lampiran 6
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1, Tel/Faks: 03-87238708
Email: BBC4039@moe.edu.my
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 11 DISEMBER 2021.

Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Tuan,
PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KELAB
REKA CIPTA SJK (C) PEI HWA
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan
surat tuan JEA1048/PKS/05/17(5) bertarikh 9 Disember 2021.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Dan Pendaftaran
Kelab Reka Cipta SJK (C) Pei Hwa telah diadakan pada 3 Mac 2018 jam 9.00 pagi di
Dewan Mesyuarat SJK(C) Pei Hwa. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan
dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai
Aktiviti Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas
masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan
diadakan secepat mungkin.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Reka Cipta SJK (C)
Pei Hwa dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan
penubuhan Kelab Reka Cipta SJK (C) Pei Hwa ini dan mendaftarkannya sebagai
sebuah Kelab dan Persatuan dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan
Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.
4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan
Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.
5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………….....
( YAP ZHAN WEI )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Kelab Reka Cipta SJK (C) Pei Hwa
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Lampiran 7
SJK(C) Pei Hwa,
Tel/Faks: 03-87238708
Jalan Persisiran Perling 1, Email: BBC4039@moe.edu.my
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 14 DISEMBER 2021.

Yap Zhan Wei,


Setiausaha Kelab Reka Cipta,
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Tuan,
PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KELAB
REKA CIPTA SJK(C) PEI HWA
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan
SJKCPH/07/P/17(2) bertarikh11 Disember 2021.
2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Kelab Memanah ini.
3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut
Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan
sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Kelab Reka Cipta SJK(C)
Pei Hwa dengan No. Pendaftaran 03/2018/SJKCPH. Pengesahan ini adalah
berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.
4. Dengan pengesahan ini Kelab Reka Cipta SJK(C) Pei Hwa sudah boleh
bergerak sebagai sebuah kelab yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum
sekolah ini dengan diterajui oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dan
mematuhi sepenuhnya Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan
melaksanakan Aktiviti Utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………..
(TAM SOON REN )
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa.
Lampiran 8
SJK(C) Pei Hwa,
Tel/Faks: 03-87238708
Jalan Persisiran Perling 1, Email: BBC4039@moe.edu.my
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 19 DISEMBER 2021.

Jeremy Hee Zhi Chong,


Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Encik,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB REKA CIPTA SJK (C) PEI HWA
Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada
saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta
kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa encik telah dilantik sebagai Guru
Penasihat Kelab Reka Cipta SJK(C) Pei Hwa, berkuatkuasa mulai 21 hb. Mac 2022 hingga
11hb. Mac 2023.
2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
oleh cik.
3.Semoga dengan pelantikan ini cik dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan
prestasi Kelab Memanah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
( TAM SOON REN )
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1, 80350 Johor Bahru.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Peribadi
SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT PERSATUAN
1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian
Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan
baik.
9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan /
Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli-ahli.
12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah
/ negeri dan kebangsaan dengan baik.
13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili
.
17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari
semasa ke semasa.
Lampiran 9
SJK(C) Pei Hwa,
Tel/Faks: 03-87238708
Jalan Persisiran Perling 1,
Email: BBC4039@moe.edu.my
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 21 DISEMBER 2021.

Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT KELAB MEMANAH SJK (C) PEI
HWA
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan
surat tuan JEA1048/PKS/05/17(7) bertarikh 19 Disember 2021 yang berkaitan.
2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Penasihat
Kelab Reka Cipta SJK (C) Pei Hwa berkuatkuasa mulai 21 Mac 2022.
3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut
sebagai sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan
berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan
melaksanakannya.
4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam
melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya
boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan
1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………....
( JEREMY HEE ZHI CHONG )
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Lampiran 10
SJK(C) Pei Hwa,
Tel/Faks: 03-87238708
Jalan Persisiran Perling 1,
Email: BBC4039@moe.edu.my
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Ruj. Kami: SJKCKBS-100-16/2/3


Tarikh: 25 DISEMBER 2021.

Melody Kow Kei Ling,


SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1,
Taman Perling,
80350 Johor Bahru.

Saudara,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA PERSATUAN
Berhubung perkara tersebut di atas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang
diberikan kepada saya seperti mana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41l Perundangan
(A), P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saudara telah dilantik sebagai
Pengerusi Kelab Reka Cipta SJK(C) Pei Hwa (No.Pendaftaran 03/2018/SJKCPH),
berkuatkuasa mulai 21 Mac 2022.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
Persatuan yang perlu dilaksanakan oleh saudara.
3. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab
untuk meninggikan prestasi KelabReka Cipta sekolah ini.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………..................
( TAM SOON REN)
Guru Besar,
SJK(C) Pei Hwa,
Jalan Persisiran Perling 1 Johor Bahru.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Guru Penasihat/Pemimpin

You might also like