You are on page 1of 1

Huraikan teknik modifikasi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak

berkeperluan khas:
1. Pintar cerdas
2. Hiperaktif

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk kanak-kanak pintar cerdas


termasuklah memberi peluang kepada mereka untuk mereka atau mencipta projek
berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Dengan cara arah kendiri,
mereka akan berpeluang mencungkil bakat sendiri. Selain itu, aktiviti pengajaran
yang dirancangkan perlulah lebih terbuka seperti jawapan bagi soalan bukan
bentuk betul atau salah. Maka, kanak-kanak pintar cerdas ini akan berfikir secara
divergen dan mereka boleh memberikan fokus kepada pelbagai kemungkinan
bukan hanya kepada jawapan yang ditentukan.

Dalam menangani kakak-kakak yang mengalami masalah hiperaktif, guru


boleh menggunakan teknik pengurusan tingkah laku melalui pemantauan oleh
rakan sebaya atau intervensi beroreintasikan rakan sebaya (seperti buddy system).
Mengikut Hoza et al. (2000), terdapat penambahbaikan dalam kemahiran sosial
dan penurunan dari segi penolakan rakan sebaya. Teknik ini boleh dilaksanakan
dalam bentuk kerja kumpulan, iaitu kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat
berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka dalam kerja projek
dan aktiviti perbincangan yang dijalankan.

You might also like