You are on page 1of 5

Takrifan mengikut dimensi RIASEC.

BIL DIMENSI TAKRIFAN


1. Realistik • Mempunyai kemahiran elektrik atau mekanikal.
• Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek.
• Alat-alat, mesin-mesin, binatang-binatang secara
terang dan bersistem.
• Minat bekerja di luar bangunan daripada di dalam
bangunan.
• Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak
daripada aktiviti sosial.
• Menggunakan kebolehan status.
• Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan
matematik.
• Kurang kebolehan dalam hubungan sosial.
2. Investigatif • Suka membuat pemerhatian, mempelajari,
menyelidik, menganalisis, menilai dana
menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
• Mempunyai kemahiran saintifik dana matematik dan
beberapa kerjaya bercorak teknikal.
• Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan,
bersistem.
• Kreatif mengenai fenomena-fenomena fizikal, biologi,
dan budaya untuk memahami dan mengawal
fenomena-fenomena tersebut.
• Sukakan suasana pekerjaan investigatif.
• Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik, dan
penyelidikan berhubung dengan sains fizikal dan
biologikal tetapi tidak suka aktiviti sosial, pemujukan,
dan berulang-ulang.
• Mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada
kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya
kurang kebolehan memujuk.
3. Artistik • Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan
melibatkan manipulasi bahan-bahan.
• Fizikal, bahasa dan kemanusiaan untuk mencipta
bentuk-bentuk dan hasil seni.
• Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
• Tidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang
menggunakan imaginasi dan kreativiti.
• Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas dan
tidak bersistematik).
• Melepaskan perasaan atau menyelesaikan
masalahnya menerusi ciptaan atau karyanya.
• Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam
bahasa, seni muzik, drama dan penulisan.
• Tidak menyukai kepada pekerjaan berbentuk
perkeranian dan perniagaan.
• Sensitif kepada persekitaran.

4. Sosial • Mampu memanipulasi orang lain dengan tujuan


untuk memberitahu, melatih, mengembang,
menyembuh atau memberi ilham dan membuat
kebajikan.
• Suka berinteraksi dan bekerja dengan manusia.
• Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang
lain seperti memberitahu latihan perkembangan dan
pemulihan.
• Suka jika dirinya dilantik sebagai ketua.
• Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi
kurang dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
• Suka mendapat perhatian.
• Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik
melibatkan benda, perkakasan atau mesin.
• Mahir dalam komunikasi.
• Matlamat utama ialah membuat kebajikan.
5. Enterprising • Manipulasi orang lain untuk mencapai matlamat
organisasi dan keuntungan ekonomi.
• Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
• Mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus
individu lain.
• Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat
keuntungan.
• Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan
memujuk tetapi kurang dalam perkara-perkara
saintifik (lemah kecekapan sains).
• Menerima dirinya sebagai agresif, popular,
mempunyai keyakinan diri, sosial, dan ada
kecekapan bercakap.
• Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.
• Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.
• Sukakan status dan kepimpinan.

6. Conventional • Kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data


secara terang, teratur, dan konsisten.
• Suka bekerja dengan data dan nombor.
• Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha
mempengaruhi data-data dengan sistematik.
• Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor,
memberatkan kepada aspek-aspek perbualan
ataupun topik-topik yang dirancang.
• Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian,
perniagaan dan komputer.
• Lemah dalam kecekapan seni.
• Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur
dan mengikut arahan.
Infografik mengikut dimensi RIASEC.

You might also like