You are on page 1of 4

MINIT CURAI

BENGKEL SEMAKAN MODUL DAI'E REMAJA


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH JOHOR 2019

Nama Guru 1. Ustaz Tuan Md Nor Bin Raja Omar (SMK TARP)
2. Ustaz Mohamad Shahrul Bin Mislan (SMK TKK)
Tajuk Bengkel Semakan Modul Dai'e Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Johor
2019
Tarikh 15 April 2019
Masa 9.00 Pagi – 2.00 Petang
Tempat Bilik Bengkel, Aras 5, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor

TIDAKAN /
BIL CATATAN MINIT
MAKLUMAN
1 Bengkel dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Najib Bin Nadzar, MAKLUMAN
Penolong Pengarah, Pembangunan Syiar Islam dan Budaya,
Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor. Bengkel dimulakan
dengan bacaan Surah Al Fatihah dan seterusnya mengalu-
alukan kehadiran Jurulatih Utama (JU) daerah yang dilantik.

2 Pengerusi memaklumkan bahawa Program Daie Remaja MAKLUMAN


merupakan penjenamaan semula (rebranding) Program Imam
Remaja sebelum ini. Melalui penjenamaan semula ini, Kerajaan
Negeri Johor bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak
RM 25,000.00 bermula tahun 2018.

3 Di peringkat JPNJ, program ini merupakan satu pengisian MAKLUMAN


dalam Karektor Murid Johor (KrMJ) hasil idea mantan Pengarah
JPNJ yang mahukan pengisian yang seimbang.

4 Bagi tahun 2018, Multaqa Imam Remaja telah mengiktiraf MAKLUMAN


seramai 14 orang Imam Remaja bertaraf Mumtaz (markah 80
dan ke atas). Ini menunjukkan dari setahun ke setahun kualiti
Imam Remaja semakin meningkat.

5 Bagi tahun 2019, Multaqa Daie Remaja Negeri Johor akan UPI, PPD Pasir
dikelolakan oleh PPD Pasir Gudang, bertempat di Masjid Sultan Gudang.
Iskandar, Bandar Dato Onn pada tarikh 23 hingga 25 Julai 2019.
Justeru itu, setiap daerah diharapkan dapat bersedia sebelum UPI, PPD
Multaqa Daie Remaja Negeri Johor dengan mengadakan seluruh Johor
Multaqa di peringkat daerah.
6 Pengerusi sangat berharap Multaqa di peringkat daerah dapat UPI, PPD
dilaksanakan kerana melalui pemerhatian dan maklumat yang seluruh Johor
diterima, masih ada lagi daerah yang tidak mengambil berat
berkaitan program ini. Kesannya, peserta yang mewakili daerah
tersebut tidak bersedia dan hanya hadir sebagai peserta yang
akhirnya gagal diiktiraf sebagai Imam Remaja.

7 Pengerusi juga mengingatkan agar sasaran asal bagi GPI SMK


penglibatan program ini iaitu SATU GPI SATU DAIE REMAJA,
sentiasa dibugarkan dan diingatkan dari semasa ke semasa. Ini
disebabkan masih ada GPI yang tidak/enggan memberi
komitmen untuk program ini.

8 Selepas sesi perbincangan dan percambahan idea yang MAKLUMAN


dijalankan, maka diputuskan Multaqa Dai'e Remaja Negeri
Johor 2019 akan diubah dari segi sistem penjurian dan
penilaian. Ini bagi menyesuaikan program ini dengan
penjemaan semula yang dilakukan. Walau bagaimanapun, Buku
Panduan Imam Remaja Putera 2015 dan Buku Laporan Imam
Remaja Putera 2015 masih lagi digunapakai.

9 Perubahan penilaian yang dimuktamadkan adalah seperti UPI PPD


berikut: JU Daie Remaja
Bil Perkara Penjelasan GPI SMK
1 Ujian Tahriri - tiada pada 2018
(20%) - 60 soalan ABCD dijawab dalam satu jam
- soalan dikeluarkan daripada Buku
Panduan Imam Remaja bermula
muka surat 2 - 70
2 Amali - tiada pada 2018
(20%) - Daie Remaja akan diminta untuk
membentangkan jawapan bagi satu
soalan amali dan satu soalan situasi
3 Tasmik PERTAMA
(60%) - 20/83 item Bahagian A dari Kod 03 –
Kod 08 yang membawa 20 markah
(1 item 1 markah)
- 20 item ini hanya akan ditentukan pada
Taklimat Fasilitator di Multaqa peringkat
negeri.
- JU daerah yang dilantik diminta untuk
mengingatkan rakan GPI daerah supaya
bimbing Dai'e Remaja kuasai 86 item yang
sebelum ini wajib dihafal untuk ke
Bahagian B.
KEDUA
- 67 item Bahagian B dari Kod 09 – Kod 16
dengan jumlah markah 184
- Pentasmik akan mengutamakan item yang
telah ditasmik di sekolah dan daerah.
- Jika ada lebihan masa, pentasmik akan
mentasmik item pilihan Dai'e Remaja
KETIGA
A+B
x 60
204

10 Bagi tahun 2019, Penilaian Kod 17 – Kod 22 DIMANSUHKAN MAKLUMAN


kerana kegagalan peserta pada tahun lepas menyediakan
evidens. Justeru, penampilan Daie Remaja akan dinilai
sepanjang Multaqa berlangsung terutama kepada calon Tokoh
Dai'e Remaja.

12 Bagi menyediakan soalan untuk ujian tahriri, semua daerah JU Dai'e Remaja
telah dibahagikan tajuk-tajuk untuk pembinaan soalan. Daerah
Kulai diamanahkan untuk membina soalan bermula daripada
item 1.7 Beriman Kepada Hari Kiamat (ms 12) hingga item 1.9
Gejala Yang Merosakkan Iman dan Islam (ms15). Soalan yang
yang telah siap dibina hendaklah dihantar kepada Ustaz Mohd
Najib Bin Nadzar sebelum 30 April 2019.

13 Begitu juga dengan soalan amali dan situasi untuk ujian amali. JU Dai'e Remaja
Setiap daerah juga dikehendaki menghantar soalan kepada
Ustaz Mohd Najib Bin Nadzar sebelum 30 April 2019.

14 Penilaian kali ini disimpulkan lebih menyeluruh dan tidak MAKLUMAN


tertumpu kepada hafalan semata-mata bersesuaian dengan
penjenamaan semula daripada Imam Remaja kepada Dai'e
Remaja. Ini juga akan membantu untuk semua peserta diiktiraf
sebagai Dai'e Remaja bukan sekadar mendapat sijil penyertaan
sahaja.

15 Pengerusi mengharapkan perbincangan pada hari ini MAKLUMAN


menghasilkan satu natijah bermanfaat demi kemenjadian murid
dalam bidang agama.

16 Perkongsian daripada beberapa JU daerah MAKLUMAN

1. Ustaz Mohd Rifqi Mydin (Johor Bahru) menyatakan dua


orang Imam Remaja yang pernah beliau bimbing kini menjadi
GAB (Bahasa Inggeris dan Matematik) kini menjadi Imam Ratib
di Masjid Kg Melayu Kangkar Pulai.

2. Ustaz Azam Darusa (Pasir Gudang) berkongsi makluman


bahawa Tokoh Imam Remaja 2017 dari Pasir Gudang kini
melanjutkan pelajaran selepas SPM dengan menduduki STAM.

3. Ustaz Mahadir Md Salleh (Kota Tinggi) memaklumkan Imam


Remaja yang dibimbingnya menjadi Tokoh Imam Remaja 2016
kini melanjutkan pelajaran di UIAM dan dilantik sebagai imam.

Ini antara bukti yang program ini sangat bermanfaat dan sangat
baik untuk diteruskan di masa yang akan datang.

17 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang MAKLUMAN


hadir. Dimaklumkan juga kehadiran semua akan dimasukkan ke
dalam E-SPLG sebagai satu hari berkursus. Semua yang hadir
juga diminta untuk mencatatkan nombor telefon bagi tujuan
penubuhan kumpulan telegram bagi memudahkan perkongsian
dan pertukaran maklumat.

18 Pengerusi menangguhkan bengkel pada jam 1.30 petang MAKLUMAN


dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al asr. Seterusnya
semua yang hadir dijemput untuk makan tengah hari.

DISEDIAKAN OLEH

______________________________
(MOHAMAD SHAHRUL BIN MISLAN)

DISAHKAN OLEH

_______________________________
( )

You might also like