You are on page 1of 10

020421-11-0063

PERKEMBANGAN BANDAR AJIL DARI TAHUN 1980 HINGGA TAHUN 2010

1.0 PENGENALAN

Ajil merupakan salah satu mukim yang terletak di daerah Hulu Terengganu selain daripada
Kuala Berang. Daerah Hulu Terengganu merupakan daerah yang terletak di negeri
Terengganu Darul Iman. Terdapat 17 buah kampung serta 5 FELDA iaitu Kampung Bukit
Diman, Kampung Pela, Kampung Bukit Perah, Kampung Bukit Kolam dan lain-lain lagi.
Antara FELDA yang terdapat di dalam Bandar Ajil ialah FELDA Bukit Bading, FELDA
Mengkawang, FELDA Chador dan FELDA Jerangau Barat yang terletak di kawasan Ajil,
Hulu Terengganu. Bandar Ajil yang terletak di antara Bandar Kuala Berang dan Bandar
Kuala Terengganu telah menjadi laluan perantaraan untuk ke dua-dua destinasi tersebut.Jarak
perjalanan dari Bandar Ajil ke Bandar Kuala Terengganu ialah sebanyak 31 kilometer.
Perjalanan dari Bandar Ajil ke Bandar Kuala Terengganu mengambil masa selama setengah
jam sekiranya menggunakan kereta. Jarak di antara Bandar Ajil dengan Bandar Kuala Berang
pula ialah 10 kilometer. Bandar Ajil merupakan penempatan utama di mukim Ajil dan ianya
merupakan kawasan industri utama serta perumahan penduduk di mukim tersebut. Pada tahun
1980, Bandar Ajil dikenali sebagai Pekan Kecil Ajil. Ajil mengalami perkembangan yang
agak lambat berbanding Bandar Kuala Berang yang mengalami perkembangan yang lebih
cepat dan pesat. Pada tempoh waktu 19 tahun dari tahun 1980 hingga tahun 1999, Bandar
Ajil tidak mengalami perkembangan yang begitu pesat. Kebanyakan bangunan dan
infrastruktur yang terdapat di Bandar Ajil hanya terdapat di pusat bandar dan tidak sebesar
seperti sekarang. Antara bangunan dan infrastruktur yang terdapat di Bandar Ajil pada waktu
tersebut ialah Balai Polis Ajil, Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, Masjid Ajil dan lain –
lain lagi. Pada tempoh masa 10 tahun dari tahun 2000 hingga tahun 2010, Bandar Ajil mula
menerima pelbagai perkembangan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Antara bangunan
yang terdapat di Bandar Ajil pada tempoh waktu tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Ajil,
Pasar Ajil, Arked Mara Ajil dan lain – lain lagi. Kewujudan bangunan dan infrastruktur ini
menunjukkan bahawa Bandar Ajil mengalami pelbagai perkembangan dari pelbagai aspek
terutamanya ekonomi.

1
020421-11-0063

2
020421-11-0063

2.0 PERKEMBANGAN BANDAR AJIL DARI TAHUN 1980 HINGGA TAHUN 2010

Maksud perkembangan ialah merupakan satu proses atau pertumbuhan ke arah yang lebih
maju. Pertumbuhan ekonomi adalah suatu keadaan di mana berlakunya peningkatan
pendapatan yang disebabkan oleh peningkatan pengeluaran barang dan perkhidmatan.
Peningkatan pendapatan ini tidak berkaitan dengan peningkatan populasi, dan dapat dilihat
dari peningkatan output, teknologi yang semakin berkembang, dan inovasi di sektor sosial.
Pertumbuhan ekonomi juga bermaksud proses perubahan ekonomi yang berlaku dalam
ekonomi negara dalam jangka masa tertentu ke arah keadaan ekonomi yang lebih baik.
Pertumbuhan ekonomi mampu memberikan pelbagai kesan terhadap pembangunan,
infrastruktur dan pembangunan masyarakat di sesebuah kawasan.

Dari segi infrastruktur, Bandar Ajil kurang maju pada tahun 1980 berbanding bandar-
bandar lain seperti Bandar Kuala Berang dan Bandar Kuala Terengganu. Kebanyakan
infrastruktur di Bandar Ajil pada waktu tersebut boleh dikatakan agak mundur dan usang.
Antara contoh-contoh infrastruktur yang terdapat di Bandar Ajil pada waktu tersebut ialah
deretan kedai-kedai kayu yang menjual hasil pertanian penduduk Ajil. Namun, Bandar Ajil
mula maju dari segi infrastruktur pada tahun 2000 kerana usaha meningkatkan kemajuan
yang dilakukan oleh kerajaan pada waktu tersebut. Pelbagai bangunan mula dibina di Bandar
Ajil bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat dan menampung ekonomi penduduk Ajil.
Bandar Ajil mengalami pertumbuhan yang agak pesat bermula pada tahun 2010. Pelbagai
bangunan mula dibina untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di Bandar Ajil. Antara bangunan
yang dibina ialah Arked Mara Ajil yang terletak di sebelah kiri dari jalan Kuala Berang-
Kuala Terengganu. Selain itu, bangunan untuk kegunaan ibadat umat Islam juga dibina di
Bandar Ajil. Masjid Ajil dibina pada tahun 1986.

Dari segi ekonomi pula, kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh penduduk Ajil pada tahun
1980 melaksanakan penanaman pokok getah yang menjadi sumber utama penduduk Ajil pada
masa tersebut. Aktiviti ini menjadi sumber pendapatan utama penduduk Ajil kerana kos sara
hidup yang rendah dan kawasan bertanah subur yang sesuai dengan penanaman pokok getah.
Bermula pada tahun 1990, aktiviti penanaman pokok kelapa sawit mula berkembang di
kalangan penduduk Ajil kerana keuntungan yang lebih banyak berbanding hasil pendapatan
daripada tanaman yang lain. Program perladangan kelapa sawit di Bandar Ajil semakin
rancak apabila Program FELDA diadakan di Kampung Felda Bukit Bading, Kampung Felda
Jerangau Barat dan FELDA Mengkawang. Pembukaan Program FELDA ini membuka

3
020421-11-0063

peluang kepada ramai penduduk Ajil yang ingin menceburkan diri dalam bidang perladangan
kelapa sawit. Rancangan FELDA ini diadakan untuk membantu penduduk di kawasan
kampung untuk bertani. Pada tahun 2005 pula, sektor sekunder dan tertier iaitu sektor
pengeluaran dan perkhidmatan semakin berkembang di Bandar Ajil. Sebagai contoh, Kilang
Papan Low Fat menjadi tempat pengeluaran dan penghasilan barang-barang yang berkaitan
dengan papan . Kilang ini dibuka pada tahun 1970 dan masih beroperasi sehingga kini.
Kilang ini menjadi tumpuan penduduk Ajil mendapatkan pekerjaan.

Dari segi kerjaya pula, kebanyakan penduduk Ajil bekerja sebagai petani dan peladang
pada tahun 1980. Hal ini dikatakan demikian kerana pada masa tersebut, kegiatan penanaman
pokok getah dan pokok kelapa sawit menjadi sumber pendapatan utama penduduk Ajil.
Melalui Rancangan FELDA yang diadakan oleh kerajaan Malaysia yang bermula pada tahun
1956, ramai penduduk Ajil yang menceburkan diri dalam aktiviti peladangan kelapa sawit
terutamanya penduduk Kampung FELDA Bukit Bading dan Kampung FELDA Jerangau
Barat. Selain itu, pada waktu tersebut, penduduk Ajil juga menjalankan perniagaan menjual
hasil pertanian masing – masing seperti sayur - sayuran, ikan, ayam dan barang keperluan
asan yang lain. Namun bermula pada tahun 2000, kerjaya penduduk Ajil mula beralih
daripada sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier iaitu sektor penghasilan dan sektor
perkhidmatan. Hal ini dikatakan demikian kerana kilang – kilang mula dibuka di sekitar
Bandar Ajil seperti Kilang Papan Low Fat. Peralihan sektor kerjaya penduduk di Bandar Ajil
juga disebabkan oleh taraf pendidikan penduduk Ajil yang lebih tinggi. Kebanyakan
penduduk Ajil yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi mempunyai pekerjaan seperti
kerani, anggota polis, guru, kerja pejabat, dan lain – lain lagi.

3.0 FAKTOR PERKEMBANGAN BANDAR AJIL DARI TAHUN 1980 HINGGA


TAHUN 2010

Antara faktor perkembangan Bandar Ajil ialah bentuk muka bumi di kawasan Ajil yang
berbentuk tanah pamah yang rata dan luas. Tanah pamah menjadi faktor utama kepada
penglibatan aktiviti pertanian dan perladangan. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan di
kawasan tanah pamah ialah tanaman pokok kelapa sawit di Kampung Felda Bukit Bading.
Keadaan bentuk muka bumi seperti berikut telah memudahkan pembinaan bandar di kawasan
Ajil terutamanya pada tahun 2000. Pembangunan di bandar Ajil semakin rancak apabila

4
020421-11-0063

banyak kilang dibuka di sekitar kawasan Bandar Ajil terutamanya bermula pada tahun 2010.
Faktor ini juga menyebabkan kilang seperti Kilang Papan Low Fat dibuka pada tahun 1970.
Pelbagai bangunan dapat dibina di atas tanah pamah seperti bangunan sekolah, masjid, pasar,
pejabat, perpustakaan, balai polis, klinik dan lain-lain lagi. Tanah pamah sesuai untuk
dijalankan pertanian dan pembangunan setempat kerana risiko untuk berlaku runtuhan tanah
dan bangunan yang lebih kukuh. Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya juga mudah
dilakukan kerana bentuk muka bumi yang tanah pamah. Pembinaan Lebuhraya Jerangau –
Jabor dilakukan kerana keadaan tanah pamah di Bandar Ajil.

Selain itu, dasar kerajaan juga menjadi salah satu faktor perkembangan bandar Ajil dari
tahun 1980 hingga tahun 2010. Salah satu dasar kerajaan yang menyebabkan berlakunya
lonjakan ekonomi di Bandar Ajil ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini menggunakan
strategi serampang dua mata iaitu mengurangkan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan
rakyat dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan. Dasar ini
telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Bandar Ajil terutamanya pada tahun
1990. Bermula pada tahun 1991, Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir telah
melancarkan Wawasan 2020. Dasar ini telah menyebabkan perkembangan di bandar Ajil.
Dasar ini menyebabkan Bandar Ajil mula mengalami peningkatan dari segi ekonomi.
Pelbagai usaha mula dilakukan oleh kerajaan tempatan untuk memajukan kawasan Bandar
Ajil. Pelbagai peluang pekerjaan mula diwujudkan untuk memastikan jumlah pengangguran
di Bandar Ajil semakin berkurang.

Peluang pekerjaan dalam sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian telah


menggalakkan penumpuan penduduk dari luar bandar ke kawasan pembandaran.
Perkembangan industri kilang dari industri perkhidmatan di bandar Ajil terutamanya pada
tahun 2005 telah memperluaskan peluang pekerjaan. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke
bandar Ajil untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam pelbagai sektor dan
mereka menetap di kawasan sekitar bandar Ajil dan lama-kelamaan kawasan mereka juga
berkembang menjadi kawasan bandar seperti Kuala Berang dan Kuala Terengganu. Selain
itu, program tanah rancangan juga mempengaruh pembandaran di Ajil iaitu mewujudkan
peluang pekerjaan di luar bandar dan menggalakkan penduduk berhijrah ke kawasan Bandar
Ajil untuk mengusahakan tanah tersebut. Semakin ramai penduduk berhijrah ke kawasan
Ajil, proses pembandaran semakin rancak dan meningkatkan kemajuan di Ajil.

5
020421-11-0063

Di samping itu, darjah ketersampaian yang tinggi ialah salah satu faktor
perkembangan bandar Ajil. Pembinaan lebuhraya Jerangau – Jabor telah meningkatkan
mobiliti penduduk Ajil dan kawasan-kawasan yang terlibat sama dalam lebuhraya tersebut.
Lebuhraya Jerangau – Jabor telah menghubungkan penduduk di kedua-dua kawasan tersebut
sehingga menyebabkan perkembangan di Bandar Ajil. Laluan lebuhraya tersebut juga
menyebabkan perjalanan semakin singkat dan dapat menjimatkan masa. Kemudahan
perhubungan menyebabkan kemajuan dapat dibawa masuk dari kawasan yang lebih maju ke
kawasan Bandar Ajil dengan lebih mudah. Kewujudan Lebuhraya Jerangau – Jabor
menyebabkan Bandar Ajil menjadi tempat persinggahan kepada pengguna lebuhraya tersebut.
Apabila pengguna lebuhraya tersebut singgah di kawasan Bandar Ajil, mereka dapat
membantu meningkatkan ekonomi setempat dengan membeli barangan yang dijual oleh
penduduk Ajil. Penduduk Ajil juga dapat berhijrah ke luar kawasan dengan lebih mudah.
Kebiasaannya, penduduk Ajil berhijrah atas sebab peluang pekerjaan, kenaikan pangkat,
menyambung pelajaran dan lain – lain lagi.

Seterusnya, faktor perkembangan Bandar Ajil yang lain ialah pusat pendidikan semakin
bertambah. Antara pusat pendidikan yang terawal dibuka di Ajil ialah SK Ajil dan SMK Ajil.
SK Ajil ditubuhkan pada tahun 2002, namun dibuka pada tahun2009. SMK Ajil pula dibuka
pada tahun 1984 berdekatan Persimpangan Ajil. Dua buah sekolah ini menjadi tempat anak-
anak penduduk Ajil menimba ilmu. Selain itu, terdapat juga pusat pendidikan yang lain di
Bandar Ajil seperti Kolej Komuniti Ajil yang menjadi tempat lepasan SPM menyambung
pelajaran. Kolej Komuniti Ajil bukan sahaja menerima pelajar dari Ajil, malah juga
menerima pelajar dari luar Ajil dan luar Terengganu. Pertambahan pusat pendidikan secara
tidak langsung menyebabkan perkembangan Bandar Ajil berlaku terutamanya pada tahun
2010. Apabila terdapat pusat pendidikan yang dibuka di kawasan Ajil, berlaku pertambahan
penduduk kerana untuk mendapatkan pendidikan lebih mudah.

Jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor yang telah menyebabkan perkembangan di


Bandar Ajil seperti darjah ketersampaian yang tinggi, bentuk muka bumi dan lain-lain lagi.

6
020421-11-0063

4.0 KESAN PERKEMBANGAN BANDAR AJIL TERHADAP PENDUDUK DAN


KAWASAN SEKITAR

Terdapat dua jenis kesan perkembangan Bandar Ajil terhadap penduduk dan kawasan
sekitarnya iaitu kesan positif dan kesan negatif. Antara kesan-kesan positif ialah peningkatan
taraf hidup penduduk Ajil. Taraf hidup yang tinggi boleh dicapai melalui perubahan
pekerjaan, produktiviti dan pendapatan, taraf pendidikan dan kesihatan, kemewahan dan
keselesaan hidup kebendaan, kestabilan serta keharmonian, kesejahteraan sosial negara.
Penduduk Ajil daripada tinggal di rumah kayu, tiada kenderaan dan tiada sumber pendapatan
tetap mula mempunyai rumah yang lebih selesa, berkenderaan dan mempunyai sumber
pendapatan yang tetap. Perkara ini berlaku kerana perkembangan di Bandar Ajil telah
memberi kesan terhadap taraf hidup penduduk Bandar Ajil. Taraf hidup tinggi mampu
menjamin keselesaan hidup penduduk Ajil dan dapat membasmi kemiskinan di Bandar Ajil.
Apabila taraf hidup penduduk semakin meningkat, kuasa beli penduduk juga semakin

Selain itu, perkembangan yang berlaku di Bandar Ajil juga menyebabkan perkembangan
teknologi semakin pesat. Teknologi perhubungan seperti Internet, pencawang, dan liputan
juga semakin meluas. Terdapat juga teknologi pembuatan memasuki kawasan Ajil seperti
mesin-mesin penghasilan produk, kenderaan moden dan canggih seperti kereta dan
motosikal, dan teknologi pertanian. Kemasukan teknologi pertanian seperti jentera telah
menyebabkan jumlah pengeluaran pertanian penduduk Ajil semakin meningkat dan
dikeluarkan dalam masa yang singkat. Teknologi penghasilan produk juga dapat dibawa
masuk ke Bandar Ajil bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan seperti
makanan, kraftangan dan lan-lain lagi.

Namun, terdapat juga kesan negatif perkembangan Bandar Ajil kepada masyarakat dan
kawasan sekitarnya seperti ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat
dan rantaian makanan. Kawasan-kawasan desa yang dahulunya berhutan belantara tetapi
sudah dibersihkan untuk pembangunan pertanian dan petempatan seperti rancangan
pembangunan FELDA seperti FELDA Bukit Bading dan FELDA Jerangau. Pembersihan
hutan secara besar-besaran menghapuskan pelbagai baka tumbuhan dan hidupan liar,
memusnahkan habitat fauna serta rantaian makanan mereka. Pembangunan yang pesat di Ajil
telah menyebabkan pelbagai haiwan seperti monyet, ular, harimau dan rusa mula kehilangan
habitat dan berhijrah ke kawasan hutan yang lain demi meneruskan hidup. Penghijrahan
haiwan-haiwan ini menyebabkan ekosistem tidak seimbang dan dapat memberi kesan

7
020421-11-0063

terhadap manusia terutamanya penduduk Bandar Ajil. Pemusnahan kawasan hutan juga
menyebabkan haiwan-haiwan seperti monyet dan ular pergi ke kawasan Bandar Ajil dan
dapat membahayakan keselamatan penduduk Ajil yang terjejas.

Selain itu, pembangunan yang pesat di Bandar Ajil dapat mengakibatkan pencemaran.
Pencemaran asap bermula apabila kenderaan berat seperti lori memasuki kawasan Ajil untuk
aktiviti pembangunan. Kenderaan berat melepaskan asap yang lebih banyak daripada
kenderaan biasa seperti kereta. Pembukaan kawasan hutan di Ajil untuk aktiviti
pembangunan juga menyebabkan kadar pencemaran udara di kawasan Bandar Ajil semakin
teruk. Kawasan hutan dibakar untuk memudahkan aktiviti pembukaan kawasan hutan. Jumlah
kenderaan di Bandar Ajil semakin bertambah bermula pada tahun 2005 kerana penduduk Ajil
semakin mampu mempunyai kenderaan sendiri. Pertambahan penduduk di Bandar Ajil telah
menyebabkan peningkatan kadar pelepasan asap kenderaan akibat pertambahan bilangan
kenderaan dan pelupusan sisa buangan domestik serta sisa industri. Tambahan lagi sisa
pelepasan asap kilang yang semakin banyak berkembang untuk menampung pertambahan
pengeluaran produk pengguna. Pencemaran udara dapat mengakibatkan penyakit yang
berbahaya terhadap manusia seperti kanser paru-paru, sesak nafas dan radang. Selain itu,
pencemaran bunyi turut berlaku kerana pertambahan jumlah kenderaan di Bandar Ajil. Bunyi
enjin kenderaan yang melalui jalan raya di Ajil menyumbang kepada pencemaran bunyi.
Pencemaran bunyi di Ajil juga disebabkan oleh kerja-kerja pembangunan yang dijalankan di
sekitar Bandar Ajil. Pencemaran ini menyebabkan hidup penduduk menjadi tidak tenteram
kerana bunyi bising.

Akhir sekali, kesan negatif yang disebabkan oleh perkembangan yang berlaku di Bandar
Ajil ialah peningkatan masalah sosial di Bandar Ajil. Masalah sosial seperti pecah rumah dan
kecurian semakin meningkat. Masalah ini berpunca daripada kedatangan penduduk luar yang
berhijrah ke Bandar Ajil untuk bekerja tetapi tidak mempunyai pekerjaan. Jadi, mereka
terpaksa melakukan jenayah untuk menanggung kehidupan seharian mereka. Gejala tidak
sihat antara golongan muda seperti merempit, melepak dan lain – lain lagi juga meningkat
kerana mereka terlalu mengikuti arus perkembangan yang dibawa oleh kemajuan di Bandar
Ajil. Masalah ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Ajil dan
mengancam keselamatan mereka.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan positif dan negatif yang timbul akibat
perkembangan yang berlaku di Bandar Ajil seperti peningkatan taraf hidup penduduk Ajil,

8
020421-11-0063

perkembangan teknologi, pencemaran alam sekitar, masalah sosial dan kemusnahan


ekosistem alam sekitar.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian terhadap perkembangan di Bandar Ajil


yang terletak di daerah Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia membuktikan bahawa
Bandar Ajil mengalami perkembangan terutamanya dari tahun 1980 hingga tahun 2010.
Banyak perkara baru yang telah diperolehi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian di
Bandar Ajil ini. Sebelum ini pengkaji tidak mengetahui bagaimana Bandar Ajil pada dahulu
kala tetapi apabila membuat kajian ini, sedikit demi sedikit pengkaji mendapat ilmu yang
baru. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengetahui sejarah sosial dan ekonomi di pekan yang
kecil ini. Hal ini apabila tahun berganti tahun, jumlah penduduk di Bandar Ajil semakin
bertambah. Pada dahulunya pekan ini kurang dikenali ramai walaupun masyarakat di
Terengganu itu sendiri. Hal ini tetapi Bandar Ajil menjadi semakin dikenali dari setahun ke
setahun. Dengan kajian yang telah dibuat ini juga pengkaji dapat menyedari bahawa banyak
perubahan yang berlaku di Pekan Ajil dari tahun 1980 hingga tahun 2010 walaupun
perkembangan ini sedikit lambat berbanding dengan kawasan lain.

9
020421-11-0063

6.0 RUJUKAN

6.1 SUMBER INTERNET

1. Postcode.my, ”Malaysia Postcode Search”

https://postcode.my/search/?keyword=21800&state=Terengganu (diakses pada 31 Julai 2021)

2. Majlis Daerah Hulu Terengganu “Info Hulu Terengganu”

https://www.mdht.gov.my/ms/pelawat/info-hulu-terengganu (diakses pada 31 Julai, 2021)

3. Dewan Bahasa Dan Pustaka, “Maksud Perkembangan”

https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perkembangan (diakses pada 31 Julai, 2021)

10

You might also like