You are on page 1of 1

NUR FAZIRA BINTI IDRIS

NO32, JALAN RIANG SATU


25/117A TAMAN SRI MUDA
40400 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
016 – 9134765 22 FEBRUARI 2023
______________________________________________________________________________
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM,
PERSIARAN PERBANDARAN,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan,
PER : PERMOHONAN ANJAKAN TARIKH SEWA DEWAN ALAMANDA SEKSYEN 20
DARI TARIKH 28 MAY 2023 KE 5 OGOS 2023.
Merujuk kepada perkara di atas, saya Nur Fazira Binti Idris adalah pemohon tukar tarikh sewa
dewan, seperti tajuk yang tertera di atas.

Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada pihak Tuan agar dapat menukar tarikh baru seperti
yang tertera di atas, atas sebab-sebab berikut :-
2. Bapa kepada tunang saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2023. Oleh itu, ibu kepada
tunang saya terpaksa menjalankan Edah selama 4 bulan 10 hari. Dari itu, kami bercadang menunda
majlis perkahwinan pada tarikh baru.

3. Bersama ini disertakan surat pengesahan kematian bapa tunang saya Mohamad Asri Bin
Zakaria.
4. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan meluluskan
permohonan tukar tarikh sewa dewan Alamanda.

Kerjasama dari pihak Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

……………………………
(NUR FAZIRA BINTI IDRIS)

You might also like