You are on page 1of 9

1.

Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen untuk menyiasat kesan aktiviti fizikal terhadap kadar
denyutan nadi empat murid lelaki.

Kadar denyutan nadi (bpm)


Jenis
aktiviti Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Purata

Duduk 62 60 61 59

Berlari 90 86 88 84

Jadual 1

(a) Hitung purata kadar denyutan nadi bagi aktiviti duduk dan berlari berdasarkan Jadual 1.

(i) Duduk: ._____bpm

(ii) Berlari: _____bpm

(b) Berdasarkan Jadual 1, nyatakan

(i) pemboleh ubah dimanipulasikan ______________________________________

(ii) pemboleh ubah bergerak balas _______________________________________

(iii) pemboleh ubah dimalarkan :_____________________________________

(c) Nyatakan satu pemerhatian bagi eksperimen ini.

_______________________________________________________________________

(d) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.

_______________________________________________________________________

(e) Seorang lelaki yang sedang berjoging merasa dengupan jantung yang lebih laju
daripada biasa. Apakah yang perlu dilakukan oleh lelaki tersebut bagi mengembalikan
degupan jantung yang normal?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kadar denyutan nadi rehat berdasarkan jantina
1
yang berlainan. Kadar denyutan nadi rehat bagi seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki
ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jantina Kadar denyutan nadi

Murid 1 Murid 2 Murid 3

Lelaki 72 70 73

Perempuan 75 77 78

Jadual 1

a) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini

(i) Pemboleh ubah dimanipulasikan : .................................................................................

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas : .................................................................................

(iiI) Pemboleh dimalarkan : ................................................................................................

b) Nyatakan satu hipotesis dalam eksperimen ini

……………………………………………………………….………..……………….……………

……………………………………………………………….………..……………….……………

c) Ramalkan kadar denyutan nadi murid perempuan setelah dia berlari selama sepuluh minit sewaktu
kelas Pendidikan Jasmani.

………………………………………………..………………………………..…………

….……………………………………….……………………………………..…………

d) Tandakan ( √ ) pada aktiviti pada Rajah 1 yang meningkatkan kadar denyutan nadi.

Rajah 1

3 Satu eksperimen telah dijalankan untuk menguji tahap kesihatan murid kelas 5
2
Kemboja melalui bacaan suhu. Jadual 2 menunjukkan bacaan suhu badan bagi 4
orang murid tersebut yang diukur dengan menggunakan termometer inframerah.

Murid Jantina Suhu badan, °c

Mei Perempuan 37.9


Maslim Lelaki 37.1
Ava Perempuan 36.9
Suresh Lelaki 36.5
Jadual 2

(a) Berdasarkan Jadual 2, nyatakan satu pemerhatian.

.................................................................................................................................

(b) Berikan satu inferens bagi jawapan anda di 1 (a).

...................................................................................................................................

(i) Nyatakan pemboleh ubah bergerakbalas dalam eksperimen ini.

.................................................................................................................................

(ii) Ramalkan suhu badan Ava sekiranya dia terdedah kepada cuaca sejuk yang
melampau.

.................................................................................................................................................

(c)

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan sekumpulan pendaki di Gunung Everest. Suhu


persekitaran yang sangat rendah boleh meninggikan risiko pendaki mendapat
hipotermia, iaitu keadaan apabila suhu badan kurang daripada normal. Pada
pendapat anda, mengapakah pendaki harus memastikan keadaan suhu badan
pada tahap normal?

...............................................................................................................................

........................................................................................................................

3
4

4. Rajah 2.1 menunjukkan perbualan antara tiga sahabat berkaitan Indeks Jisim Badan (BMI)

Chen, awak nampak sangat


kurus, berapa BMI awak?

Mala

BMI saya ialah 18.0

Chen
Wah, untungnya awak! Jisim
saya 90 kg tetapi tinggi saya
hanya 1.57 cm

Zila
Rajah 2.1

(a) Berdasarkan Rajah 2.1,

(i) Hitungkan BMI bagi Zila

BMI = Jisim badan (kg)

(Ketinggian)2

(m2)

= ________________kgm -2 [1 markah]

(ii) Apakah kategori BMI bagi Zila?

(iii) Adakah Chen mengalami masalah jisim badan? Terangkan jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[2 markah]

4
5

(b) Rajah 2.2 menunjukkan dua jenis menu M dan N yang dihidangkan di kantin sekolah.

M N

Rajah 2.2

Pilih menu yang sesuai untuk Zila. Terangkan jawapan anda.


Menu M
Menepati Pinggan Sihat Malaysia
Terdiri daripada gizi seimbang
[2 markah]

Bahagian C
Arahan : Jawab soalan Bahagian C di dalam kertas kajang.

4 Rajah 3 menunjukkan dua aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seorang murid.

Berdiri Berlari

Rajah 3

Selepas melakukan aktiviti yang kedua, murid itu mendapati jantungnya berdegup dengan
laju. Murid tersebut ingin mengukur kadar denyutan nadi bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

(a) Nyatakan satu penyataan masalah berdasarkan situasi tersebut


1. Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jenis aktiviti
2. Adakah berlari menyebabkan kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding
berdiri/berehat

5
6

3. Adakah berdiri/berehat menyebabkan kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding


berlari
[1 markah]
(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi tersebut.
1. Aktiviti berlari menghasilkan kadar denyutan nadi paling tinggi
2. Berdiri menghasilkan kadar denyutan nadi paling tinggi.
3. Semakin lasak aktiviti, semakin tinggi kadar denyutan nadi
4. Semakin kurang lasak aktiviti, semakin rendah kadar denyutan nadi

[1
markah]
(c) ) Dengan menggunakan jam randik dan seorang murid, huraikan satu eksperimen
untuk mengkaji hipotesis di 4(b)

(i) Tujuan eksperimen


Untuk mengkaji kesan jenis aktiviti fizikal terhadap kadar denyutan nadi
(menggambarkan 2 aktiviti fizikal)

[1 markah]
(ii) Mengenalpasti pembolehubah
PMP : jenis aktiviti
PGB : kadar denyutan nadi
PDM :Tempoh masa/ umur/ jantina
[2
markah]
(iii) Prosedur atau kaedah
P1 Seorang murid dipilih untuk menjalankan aktiviti
P2 Murid diminta berdiri selama 3 minit
P3 Rekod denyutan nadi selama 1 minit/ Rekod kadar denyutan nadi
P4 Murid berehat selama 5 minit
P5 Ulang langkah 2 dan 3 untuk aktiviti berlari
[4
markah]
(iv) Penjadualan data
(Jenis) Aktiviti Fizikal Kadar denyutan nadi
Berdiri
Berlari

[1
markah]

5 (a) Isu sosiosaintifik ialah masalah terbuka yang merupakan isu sosial kontroversi yang
boleh dikaitkan dengan sains. Isu ini menekankan aplikasi moral dan saintifik
kepada situasi dunia sebenar.

(i) Nyatakan dan terangkan satu isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan
perhutanan.

6
7

1. Penerokaan hutan – ganggu penukaran gas karbon dioksida kepada oksigen


(fotosintesis)/ musnahkan flora dan fauna
2. Pembakaran terbuka – menyebabkan jerebu
3. Penggunaan racun serangga berleluasa- menyebabkan tanah tercemar
4. Penggunaan baja kimia berleluasa – menyebabkan pencemaran air
5. Penebangan pokok bagi pembukaan tanah/pembalakan haram-
menyebabkan tanah runtuh/banjir besar, flora dan fauna pupus
[2 markah]

(ii) Rajah 4 menunjukkan satu bandar eko yang telah dibina untuk mengatasi isu
sosiosaintifik bagi suatu sektor.

[2 markah]

Rajah 4

Berdasarkan Rajah 4, nyatakan dua kelebihan penggunaan aplikasi teknologi


hijau yang telah dibina terhadap alam sekitar
1. Mengurangkan gas rumah hijau
2. Mengurangkan kesan pemanasan global
3. Meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui
4. Mengurangkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui
[2 markah]

(b) Jadual 2 menunjukkan jumlah sisa buangan di suatu tapak pelupusan sampah

Tahun Jumlah Jumlah sisa Jumlah sisa yang dibuang ke


populasi (kg/kapita/hari) tapak pelupusan (kg)
(x1000)
2007 562.60 0.84 172493.16
2008 596.90 0.86 187366.91
2009 633.30 0.88 203415.96
2010 672.00 0.90 220752.00

Jadual 2

Berdasarkan Jadual 2, huraikan pola jumlah sisa yang dibuang. Jawapan anda
berdasarkan aspek berikut :
(i) Perubahan jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan (kg) [1 markah]
Jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan bertambah

7
8

(ii) Perubahan jumlah sisa perkapita [1


markah] Jumlah sisa perkapita meningkat

(iii) 2 punca berlakunya perubahan jumlah sisa yang dibuang ke tapak pelupusan
(kg)dan jumlah sisa perkapita [2
markah]
1. Kerana berlakunya pertambahan populasi
2. Kurang kesedaran manusia
3. Peningkatan sosioekonomi
4. Sikap manusia kurang bertanggungjawab.

(iv) Pihak kerajaan telah menggalakkan pengasingan sisa rumah sejak tahun 2015
Terangkan kelebihan pernyataan tersebut
1. Mengurangkan sisa pepejal di tapak pelupusan
2. Lebih banyak bahan boleh dikitar semula
3. Bahan organic dijadikan sebagai baja kompos
4. Memanjangkan tempoh operasi pusat pelupusan sampah
5. Mengurangkan pembukaan tapak pelupusan yg baru
6. Mengurangkan bau busuk
[4 markah]

Bahagian D

Arahan : Bulatkan jawapan anda pada huruf A,B, C atau D untuk pilihan jawapan paling
tepat

1. Kenapa pemakaian baju makmal penting semasa menjalankan ujikaji?


C Untuk melindungi pemakai dari terkena bahan kimia dan kerosakan pakaian

2. Apakah tindakan awal yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan semasa
menjalankan ujikaji?
D Segera memberitahu guru atau pembantu makmal jika berlaku sebarang
kemalangan

3. Aman sedang makan dengan ahli keluarganya. Semasa makan, datuk Aman tercekik dan
mengalami kesukaran bernafas.
Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ayah Aman?
D Melakukan Teknik Heimlich Manoeuvre

4. Mengapa denyutan nadi manusia meningkat ketika membuat kerja-kerja yang lasak? A
Denyutan jantung meningkat kerana jantung mengepam lebih banyak darah ke seluruh
badan.

5. Antara isu sosiosaintifik berikut, yang manakah boleh dikaitkan secara langsung dengan
pembebasan gas karbon dioksida oleh kenderaan?
B Kesan rumah hijau

8
9

6. Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Heimlich Manouevre ke atas mangsa yang
tercekik?
D Berdiri tegak

7. Apakah kegunaan utama termometer rektal?


B Mengukur suhu badan bayi yang berumur kurang 3 bulan.

8. Shelly mempunyai masalah jisim badan berlebihan. Jika anda adalah seorang pakar
pemakanan, apakah saranan anda kepada Shelly untuk mencapai berat badan yang ideal?

C Mengamalkan pemakanan yang seimbang


9. Apakah maksud kelestarian alam sekitar?
B Usaha dan inisiatif untuk menghindari kepupusan sumber alam dan memastikan
kerosakan alam sekitar dapat diminimumkan.

10. Rajah 10 menunjukkan bekas makanan yang diperbuat daripada styrofoam.

Rajah 10
Mengapakah larangan menggunakan bekas makanan tersebut dikuatkuasakan?
B Menimbulkan masalah longgokan sampah di tapak pelupusan.

****SOALAN TAMAT***

Disediakan oleh; Disemak oleh; .Disahkan oleh;

………………… …………………………… …………………………


(SULAIZAWATI BINTI AHMAD)
Guru Mata Pelajaran Sains Tingkatan 4

You might also like