You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Tel : 06-2314504/2311334/2311443
Lebuh Ayer Keroh, Faks : 06-2317843
75450 Melaka. Laman Web :www.moe.gov.my

Ruj.Kami : SMKBK-600-11/2/4
Tarikh : 1 Disember 2023

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah,
Lebuh Ayeh Keroh,
75450 Melaka.
(u.p: Encik Mohd Yusri Bin Seman )
Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah

Tuan,

JEMPUTAN PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN TENPIN BOLING PENDIDIKAN


KHAS PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2023.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran


Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah akan mengadakan Kejohanan Tenpin Boling
Pendidikan Khas Peringkat Daerah Melaka yang dikelolakan oleh SMK Bukit Katil
bersama SK Kg Tun Razak pada 11 dan 12 Disember 2023

3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput Tuan bagi
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan tersebut mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Disember 2023 (Selasa)


Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Malacca International Bowling Centre (MIBC)

4. Bersama ini dilampirkan aturcara program bagi rujukan pihak tuan.


Semoga dengan kehadiran pihak tuan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

5. Kesudian Tuan menerima jemputan ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.
"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
"BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SHAHAR BIN BAKAR)


Pengetua
SMK Bukit Katil, Melaka

s.k. Fail Penyelaras


"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakaBITARA
Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM

Tarikh/ hari Masa Perkara


9.00 pagi Pendaftaran

9.15 pagi Taklimat AJK

10.00 pagi Pertandingan bermula


Acara:
i. Kategori bawah 15 tahun (Lelaki dan
Perempuan)
ii. Kategori bawah 19 tahun (Lelaki dan
12 Disember Perempuan)
iii. Kategori pegawai (Lelaki dan Perempuan)
2023
12.30 tengah hari
(Selasa) i. Majlis Perasmian Penutup Kejohanan
Tenpin Boling Pendidikan Khas
Peringkat Daerah Melaka Tengah
Tahun 2023.

ii. Penyampaian hadiah dan sijil.

1.30 petang i. Jamuan VIP


ii. Bersurai.

"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakaBITARA

You might also like