You are on page 1of 7

INSTRUMENT ITEM TEMU BUAL

AMALAN DAN FAKTOR DAYA TAHAN PENGUSAHA PUSAT TUISYEN DI


MALAYSIA DALAM MENGEKALKAN KEJAYAAN PERNIAGAAN

Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk mencapai enam objektif kajian berikut:
i) Mengkaji situasi pengusaha pusat tuisyen sebelum, semasa dan selepas
pandemik.
ii) Meneroka cabaran dan cara-cara pengusaha pusat tuisyen menyelesaikan
cabaran yang dihadapi yang dihadapi oleh pengusaha pusat tuisyen semasa
dan selepas pandemik.
iii) Menyelidik sikap keperibadian yang dimiliki oleh pengusaha pusat tuisyen
yang berjaya bertahan.
iv) Menyelidik amalan-amalan pengusaha pusat tuisyen untuk kekal berjaya
v) Meneroka faktor-faktor daya tahan pengusaha pusat tuisyen menghadapi
pandemik.
vi) Mencadangkan model pengusaha pusat tuisyen yang berdaya tahan tinggi.

** PPT = Pengusaha Pusat Tuisyen


Pemadanan objektif kajian dengan no soalan:
OBJEKTIF KAJIAN NO SOALAN TEMU BUAL
i) Mengkaji situasi pengusaha pusat tuisyen 1,4,5,14,
sebelum, semasa dan selepas pandemik.
ii) Meneroka cabaran dan cara-cara pengusaha 6,7,8,
pusat tuisyen menyelesaikan cabaran yang
dihadapi yang dihadapi oleh pengusaha pusat
tuisyen semasa dan selepas pandemik.
iii) Menyelidik sikap keperibadian yang dimiliki 9,10,11
oleh pengusaha pusat tuisyen yang berjaya
bertahan.
iv) Menyelidik amalan-amalan pengusaha pusat 2,3,11,12
tuisyen untuk kekal Berjaya
v) Meneroka faktor-faktor daya tahan pengusaha 13,15,16
pusat tuisyen menghadapi pandemik.
vi) Mencadangkan model pengusaha pusat tuisyen 15,16,17,18
yang berdaya tahan tinggi.

ARAHAN:
Panel penilai perlu menanda (/) sekiranya soalan tersebut bersesuaian dengan objektif
yang diberikan dan (X) di petak catatan sekiranya soalan tersebut tidak sesuai.
INSTRUMENT ITEM TEMU BUAL

Bil Soalan Temu bual Separa Berstruktur Sumber Kaedah Catatan


BAB A: Mengenali latar belakang Pengusaha Pusat Tuisyen (PPT)
1. Apakah yang telah memberi inspirasi Yusmaliza Adapt /
kepada anda untuk menjadi seorang (2021)
pengusaha pusat tuisyen (ppt)?
-Apakah misi dan visi serta matlamat
utama anda dalam perniagaan pusat
tuisyen ini?

Jangkaan hasil:
- Memahami sejarah penglibatan ppt
dalam bidang usahawan pendidikan
- Memahami minat ppt dalam bidang
usahawan pendidikan
- Memahami dengan lebih mendalam
apakah faktor-faktor yang
menyebabkan ppt terlibat dalam bidang
usahawan Pendidikan
2. Bagi pendapat anda, apakah ilmu atau Janin Adapt
kemahiran khusus sangat diperlukan (2018)
sebelum seseorang individu menceburi
industri pusat tuisyen ini?
-Bagaimanakah ilmu dan kemahiran
khusus tersebut dapat diperolehi dan
dapat membantu ppt dalam mengekalkan
kejayaan perniagaan mereka?

Jangkaan hasil:
- Berdasarkan pengalaman ppt, semua
ilmu dan kemahiran khusus yang
diperlukan untuk menjadi ppt yang
berjaya disenaraikan
- Mengenal pasti cara ilmu dan
kemahiran tersebut diperolehi
3. Bagi pendapat anda, adakah tahap Janin Adapt
pendidikan seseorang individu sangat (2018)
penting dalam membantu seseorang ppt
mengekalkan perniagaan mereka?
-Sekiranya ya, apakah tahap pendidikan
minimum diperlukan dan bagaimanakah
pendidikan tersebut dapat diperolehi?
-Bagaimanakah tahap pendidikan tersebut
dapat membantu ppt dalam mengekalkan
kejayaan perniagaan mereka?

Jangkaan hasil:
- Memahami tahap pendidikan yang
mencukupi bagi membolehkan
seseorang itu menjadi ppt yang berjaya
- Cara dan tempat pendidikan tersebut
diperolehi dikenalpasti
BAB B. Situasi pusat tuisyen Sebelum, semasa dan selepas pandemik
4. Bagaimanakah situasi pengoperasian Appel & Adapt
pusat tuisyen sebelum pandemik? Hardaker
(2021)
Bagaimanakah situasi pengoperasian
pusat tuisyen semasa pandemik?
Bagaimanakah situasi pengoperasian
pusat tuisyen selepas pandemik?

Apakah terdapat perbezaan antara ketiga-


tiga situasi ini?

-sekiranya ya, apakah perbezaan yang


diperhatikan tersebut?
-Boleh terangkan dengan jelas situasi
tersebut mengikut fasa sebelum, semasa
dan selepas pandemik?

Jangkaan hasil:
- Memahami perbezaan situasi pusat
tuisyen sebelum, semasa dan selepas
pandemik dari segi pengoperasian dan
sambutan pelajar
5. Pasca pandemik, terdapat hanya 18% ppt Appel & Adapt /
sahaja yang mampu mengekalkan Hardaker
(2021)
perniagaan mereka.
-pada pendapat anda, mengapa mereka
berjaya mengekalkan perniagaan mereka
berbanding 82% ppt yang telah berhenti
beroperasi?
-Apakah pandemik Covid-19 punca
utama penutupan ini? Atau ada sebab lain
yang terlibat?

Jangkaan hasil:
-Punca-punca utama ppt berjaya
mengekalkan perniagaan mereka
BAB C: Mengenalpasti cabaran PPT serta langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah
terbabit
6. Mengikut pemahaman anda, apakah Janin Adapt /
maksud cabaran? (2018)

Jangkaan hasil:
- Memahami pemahaman ppt tentang
maksud cabaran
7. Adakah cabaran yang dihadapi ppt Janin Adapt /
penting dalam membangunkan sesebuah (2018)
perniagaan? Sekiranya ya, bagaimana ia
boleh membantu ppt dalam mengekalkan
perniagaan mereka?

Jangkaan hasil:
- Memahami kaitan cabaran yang
dihadapi terhadap pengekalan
perniagaan mereka mengikut
pengalaman ppt
- Berdasarkan pengalaman cabaran yang
dihadapi ppt, penyelidik ingin
memahami bagaimana ia dapat
membantu ppt dalam mengekalkan
perniagann mereka.
8. Adakah terdapat perbezaan antara Janin Adapt
cabaran dalam dunia perniagaan pusat (2018)
tuisyen sebelum dan selepas pandemik?
-sekiranya ya, apakah perbezaan
tersebut? Bolehkah anda senaraikan
cabaran tersebut mengikut fasa sebelum,
semasa dan selepas pandemik serta cara
bagaimana anda ambil untuk
menyelesaikan cabaran tersebut?

Jangkaan hasil:
- Berdasarkan pengalaman ppt
menguruskan pt, apakah cabaran yang
dihadapi serta cara terbaik diambil ppt
dalam menanagani masalah tersebut?
- Sekiranya terdapat perbezaan cabaran
yang dihadapi sebelum dan selepas
pandemik, diharap ppt dapat
mengasingkan cabaran mengikut fasa
agar dapat memahami adakah situasi
pandemik merupakan salah satu punca
penutupan 82% ppt agar boleh
dijadiakn panduan sekiranya keadaan
getir seperti pandemik berlaku lagi.
- Diharap ppt dapat menyenaraikan
langkah yang teratur perlu diikuti bagi
menyelesaikan setiap cabaran yang
dihadapi
BAB D: Sikap Keperibadian Pengusaha Pusat Tuisyen
10. Apakah yang anda faham tentang maksud Appel & Adopt /
sikap keperibadian? Adakah ia sangat Hardaker
(2021)
diperlukan bagi membantu anda
mengekalkan perniagaan anda?
Jangkaan hasil:
- Penyelidik ingin memahami kefahaman
ppt berkenaan takrif sikap keperibadian
- Berdasarkan pengalaman ppt,
diharapkan ppt dapat menyatakan
bagaimana sikap dapat membantu
mereka dalam mengekalkan perniagaan
mereka.
11. Sekiranya ya, apakah sikap keperibadian Janain Adapt /
yang anda fikirkan perlu dimiliki oleh (2018)
setiap ppt dan bagaimana ia dapat
membantu mereka dalam mengekalkan
perniagaan mereka?
Jangkaan hasil:
- Berdasarkan pengalaman ppt,
penyelidik ingin memahami secara
mendalam apakah dan bagimanakah
sikap tersebut dapat membantu setiap
ppt dalam mengekalkan perniagaan
mereka.
BAB D: Mengenali Amalan Pengusaha Pusat Tuisyen
12. Apakah yang anda faham tentang maksud Janain Adapt /
amalan? Adakah ia sangat diperlukan (2018)
bagi membantu anda mengekalkan
perniagaan anda?

Jangkaan hasil:
- Penyelidik ingin memahami kefahaman
ppt berkenaan takrif amalan
- Berdasarkan pengalaman ppt,
diharapkan ppt dapat menyatakan
bagaimana amalan dapat membantu
mereka dalam mengekalkan perniagaan
mereka.
13. Sekiranya ya, apakah amalan yang anda Appel & Adopt /
fikirkan perlu dimiliki oleh setiap ppt dan Hardaker
bagaimana ia dapat membantu mereka (2021)
dalam mengekalkan perniagaan mereka?

Jangkaan hasil:
- Berdasarkan pengalaman ppt,
penyelidik ingin memahami secara
mendalam apakah dan bagimanakah
amalan tersebut dapat membantu
setiap ppt dalam mengekalkan
perniagaan mereka.
BAB E: Daya Tahan Pengusaha Pusat Tuisyen
14. Daya tahan dibahagikan kepada fizikal, Appel & Adopt
mental dan emosi. Daya tahan setiap Hardaker
(2021)
individu adalah berbeza. Daya tahan
fizikal dikatakan adalah daya tahan yang
utama kerana tubuh badan yang sihat
dapat mengawal mental dan emosi yang
stabil. Daya tahan mental yang kuat
sangat diperlukan dalam mengawal
tekanan yang dihadapi seperti pandemik.
Tekanan ini boleh menjejaskan mental
dan emosi individu terbabit. Oleh itu,
kajian di luar negara menyatakan daya
tahan emosi dan mental yang kuat sangat
diperlukan bagi menguatkan semangat
usahawan dalam memastikan kejayaan
perniagaan mereka.

Pada pendapat anda, adakah daya tahan


ini sangat diperlukan bagi membantu
anda mengekalkan perniagaan anda?
-Sekiranya ya, daya tahan yang manakah
dapat membantu? Bagaimanakan ia dapat
diperolehi serta bagaimanakah ia dapat
membantu seseorang ppt dalam
mengekalkan kejayaan perniagaan
mereka?

Jangkaan hasil:
- Berdasarkan pengalaman ppt, faktor
daya tahan yang dapat membantu ppt
mengekalkan perniagaan mereka
disenaraikan, cara ia diperolehi serta
cara ia dapat membantu ppt terbabit.
-
BAB F: PENUTUP
15. Sepanjang anda membuka perniagaan ini, Appel & Adopt /
adakah misi, visi dan matlamat utama Hardaker
(2021)
anda telah tercapai?
-Sekiranya belum, mengapa ia belum
tercapai?
-Sekiranya sudah, bilakah ia telah
tercapai dan bagaimanakah ia tercapai?
16. Pada pendapat anda, apakah sumbangan Appel & Adopt /
pusat tuisyen terhadap masyarakat dan Hardaker
(2021)
pembangunan ekonomi negara?
17. Adakah bantuan dan sokongan pihak luar Appel & Adopt /
sangat penting dalam menyumbang Hardaker
(2021)
kejayaan sesebuah pusat tuisyen itu?
-Sekiranya ya, apakah jenis bantuan dan
sokongan serta bagaimana ia boleh
menyumbang terhadap kejayaan sesebuah
pusat tuisyen terbabit?
18. Apakah terdapat perkara lain yang anda Janain Adapt
ingin kongsikan tentang faktor tambahan (2018)
yang dapat membantu perniagaan anda?
Sebagai contoh, penglibatan secara aktif
dalam bidang politik atau badan NGO.
*Adapt: soalan yang diambil daripada penyelidikan terdahulu dan diubah sedikit bersesuaian dengan
kajian ini.

*Adopt: Soalan yang diambil daripada penyelidikan terdahulu tanpa melakukan pengubahsuaian

Rujukan:
Appel, A., & Hardaker, S. (2021). Strategies in times of pandemic crisis—Retailers and
regional resilience in Würzburg, Germany. Sustainability, 13(5), 2643.
Janain, B. (2018). Pemikiran inovatif, ciri-ciri dan kompetensi teknokeushawanan
industry kecil sederhana bumiputra (Thesis PHD, Universiti Pendidikan Sultan
Idris). UPSI Digital Respositary.
https://ir-upsi-edu-my.ezpustaka2.upsi.edu.my/detailsg.php?
det=4445&highlight=inovatif

You might also like