You are on page 1of 20

AIL170017

JABATAN SEJARAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
AIL 1003: PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI
ASIA ZAMAN AWAL

SOALAN 5: Bincangkan aspek-aspek kecemerlangan di dalam

pemrintahan Dinasti Tang( 618-907M) sehingga era tersebut dianggap

sebagai zaman keemasan dalam tamadun china.

NAMA : NIK ADYANI BINTI NIK YUSRI

NOMBOR KAD MATRIK : AIL170017

SEMESTER : 2

SESI AKADEMIK : 2017/2018

PENSYARAH : DR. AZHARUDIN MOHAMED DALI

Bincangkan aspek-aspek kecemerlangan di dalam pemrintahan Dinasti

Tang( 618-907M) sehingga era tersebut dianggap sebagai zaman keemasan

dalam tamadun china.

1
AIL170017

PENGENALAN

Dinasti Tang ini telah muncul akibat daripada kejatuhan empayar Dinasti Sui dan ia

wujud pada tahun 618M sehingga 970M yang diasaskan oleh Li Yuan. Manakala, Dinasti Sui

ini jatuh dalam lingkungan semasa era pemerintahan Maharaja Yang Ti diantara 604 Masihi

hingga 617 Masihi yang terdapat banyak faktor-fakornya antaranya ialah apabila bertindak

melulu melancarkan beberapa siri peperangan terutamanya dalam peperangan Koguryo1

dimana perang ini berlaku antara tahun 612, 613, dan 614 dan juga berlaku peperangan

dengan orang Turks pada tahun 615M ini telah menyebabkan Dinasti Sui mula mengalami

tanda-tanda kejatuhan dan maharajanya iaitu Maharaja Yang Ti bertindak lari ke arah

Selatan.2 Tambahan lagi, disebabkan oleh bencana alam yang berlaku pada 611Masihi

sepertinya ialah di Shantung dan ini menyebabkan Bandar itu merosot dalam segi ekonomi

dan menyebabkan ramai petani memberontak yang diketuai oleh Wang Bo kerana penduduk

banyak yang menderita akibat kesan daripada bencana alam dan Dinasti Sui tidak mampu

untuk mengatasi dan menyebabkan Wang Bo menentang habisan pemerintahan dinasti ini.

Pada masa itulah munculnya Li Yuan yang mana beliau telah melancarkan satu serangan

gerakan untuk menentang kerajaan (Dinasti Sui) yang didorong oleh desakakan anak

keduanya iaitu Li Shih Min, dia juga bertanggungjawab dalam kebangkitan Dinasti Tang ini

malah melibihi ayahnya sendiri3 dan pemberontakan ini dilancarkann pada tahun 617Masihi

dan Li Yuan ini merupakan gabenor wilayah Shansi dan sebab itu beliau menyekat golangan

petani dan orang Turks dari terus mara ke Shansi4.

Dinasti Tang ini merupakan dinasti yang keenam dalam tamadun China selapas

Dinasti Sui Ekoran daripada peristiwa peperangan dengan orang Turks itu Pada tahun

1
Athur Cotterell,. East Asia : From Chinese Predominance to the Rise of the Pacific Rim. New York:
Oxford University Press, 1995 hlm.32-33
2
Edwin O.Reischauer dan John K. Fairbank. East Asia : The Great Tradition. Boston : Houghton
Mifflin Company, 1970, hlm 154
3
Dun J.Li, , The Ageless Chinese A History, second edition : Charles scribner’s sons, new york, 1971, hlm169.
4
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur , 2003, hlm 99-100

2
AIL170017

617M, Berjaya menakluki Bandar Chang An dengan bantuan orang Turks dan mereka

mencari tempat persembunyian maharaja Yang Ti sebelum membunuhnya di Yangchow.5

Li Yuan menaiki takhta secara rasmi 11 April 618 M, sebagai Maharaja baru secara

rasmi dan memakai gelaran Tan Kao Tsu atau High Progenitor. Tetapi, akibat daripada anak

keduanya iaitu Li Shih Min terlalu berpengaruh kerana beliau menginginkan kuasa yang

dipegang oleh ayahandanya dan telah berlakulah satu perampasan kuasa yang dibuat oleh Li

Shih Min dan beliau sanggup membunuh abang dan adiknya supaya membolehkan beliau

menaiki takhta dalam kerajaan Dinasti Tang dan perkara ini telah membimbangkan Maharaja

Tan Kao Tsu, maka beliau telah mengambil jalan untuk melepaskan takhtanya kepada Li

Shih Min sebelum anakandanya bertindak lebih agresif dan teruk, dan Li Shih Min memakai

gelaran baru iaitu Maharaja Tai T’Tsung.6Semasa pemerintahan Maharaja Tai T’sung,

dikatakan baginda merupakan antara pemerintah yang agung dan hebat dalam Dinasti Tang

kerana banyak perubahan dan kemajuan yang dicapai semasa era pemerintahannya. Selain itu

juga, Dinasti Tang ini boleh disamakan dengan era Dinasti Han yang juga dikategorikan

dalam zaman keemasan Tamadun China7. Dinasti Tang ini dikatakan dapat bertahan selama

289 tahun iaitu kira-kira 3 abad dari tahun 618 – 907 M. Antara pemerintah Dinasti Tang

yang teragung ialah, T’ang T’ai-Tsung(627-649M), Maharani Wu(685-705M) dan T’ang

Hsuan-Tsung(713-755M).8 Dinasti Tang memiliki kejayaan dalam sejarah ketamadunan

China kerana banyak memberikan kemajuan dan memiliki kejayaan dalam sejarah

ketamadunan China yang boleh dilihat dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan ia juga

turut memperlihatkan zaman yang agung dan mencapai kegemilangan dalam bidang kesenian

dan kesusteraan9.
5
Kenneth Scott Latourette, The Chinese: Their History and Culture. New York: The Macmillan Company,
1962, hlm142
6
Dun J.Li, , The Ageless Chinese A History, second edition : Charles scribner’s sons, new york, 1971, hlm170.
7
Kenneth Scott Lottourette, The Chinese: Their History and Culture, New York: The Macmillan Company.
1962, hlm 142
8
Dun J.Li, , The Ageless Chinese A History, second edition : Charles scribner’s sons, new york, 1971, hlm 170.
9
Sivachandralinggam Sundraraja,Ayadurai Lethumanan,. Tamadun Dunia ,Fajar Bakti, Selangor,1998

3
AIL170017

ASPEK-ASPEK KECEMERLANGAN DI DALAM PEMRINTAHAN DINASTI

TANG

POLITIK

PEMERINTAHAN

Semasa pemerintahan Dinasti Sui telah banyak kemudahan yang ditinggalkan dan

pada masa itu Dinasti Tang hanya menyusun semula pentadbiran agar lebih sistematik dan

cekap bagi memudahkan kerja pihak pentadbiran untuk mentadbir. Dinasti tang telah

meletakkan pusat pemerintahannya yang utama di ibu kota Chang An kerana disini

mempunyai penduduk yang ramai dan Bandar ini juga merupakan satu tempat yang strategik

kerana Bandar ini mempunyai dinding yang besar sebagai pelindung kepada pusat ini dan

juga sistem pemeritahannya telah diubah suai dengan dibahagikan kepada dua iaitu

pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah untuk memperkemaskan lagi daripada Dinasti

Han dan Dinasti Sui. Namun, dalam pemerintahan ini kuasa masih lagi terletak di tangan

maharaja iaitu di kota Chang An dan pusat pentadbirannya pula terletak di kawasan selatan.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pemerintah supaya Dinasti ini dapat terus berjaya

dan mengukuhkan kedudukannya yang dilakukan ialah menyusun semula sistem

pentadbirannya dengan cara menyusun semula urusan dan sistem pentadibran dengan

membahagikan empayarnya kepada 10 wilayah atau dikenali juga sebagai tao dan semakin

bertambah kepada 15 tao pada abad kelapan. 10 Tambahan lagi, semua wilayah-wilayah ini akan

diletakkan 3 orang pegawai yang penting iaitu pegawai pentadbiran, pegawai kewangan, pegawai

kehakiman. Selain itu, ia juga turut dijalankan untuk bidang pertanian, undang-undang dan

pendidikan. Setiap wilayah juga akan ditadbir oleh 3 orang pegawai. Pada masa yang sama

juga, penggunaan sistem merit dipraktikkan ini digunakan apabila sesorang itu ingin menjadi

pegawai dan mereka juga perlu menduduki peperiksaan awam serta ajaran Confucius yang

,hlm 153
10
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur , 2003, hlm 100-101

4
AIL170017

mana ianya perlu dipatuhi untuk menunjukkan bahawa seseorang itu berkebolehan dan

mampu menjalankan kerja dengan baik dan cekap dalam urusan pentadbiran.11

Antara usaha yang dilakukan lagi dalam pemerintahan Dinasti Tang ini ialah penubuhan

tiga jabatan yang berfungsi untuk mengukuhkan pentadbiran iaitu jabatan pertama ialah

“Imperial Secretariat”yang funsinya adalah memberi arahan kepada rakyat dan menjaga

dokumen rasmi kerajaan dan juga sebagai pengubal dasar dan penyebar undang-undang yang

mana diangotai oleh maharaja sendiri, jabatan kedua ialah “Imperial Chancellery” yang mana

ia bertindak sebagai badan peneliti arahan dan dasar kerajaan, dan jabatan terakhir ialah

“Sekretariat of Sacrifius” yang bertanggunjawab dalam menjalankan polisi atau dasar yang

telah diluluskan oleh kedua-dua badan tertinggi. 12 Manakala, diwujudkan enam kementerian

untuk membantu sistem pentadbiran pusat ini berjalan dengan lancar iaitu terdiri daripada

Personel (yang berkaitan dengan hasil kerajaan ), Revenue, Justice, Rites, War dan Public

Worker.13 Di bawah 6 kementerian ini, terdapat 9 lagi badan yang menjalankan pentadbiran

yang di kenali sebagai ‘Ssu’. Di samping itu, terdapat juga badan khas yang menjalankan

siasatan mengenai pengkhianatan, ketidakcekapan pentadbiran dan salah tadbir kerajaan yang

mana badan ini melaporkan secara langsung kepada maharaja. 14 Badan ini dikenali sebagai

Board of Cencors atau Yu Shih T’ai.

Dari segala apa yang telah dilakukan oleh maharaja dan dengan adanya sistem

petadbirannya yang sistematik, cekap, dan jujur ini menyebabkan pemerintahan pada zaman

Dinasti Tang ini mampu menjadi salah satu aspek kecemerlangan sehingga dianggap sebagai

Zaman Keemasan dalam tamadun China ini kerana dengan pemerintahan ini dinasti ini

mampu mengekalkan dinastinya dalam tempoh masa yang lama.

PERLUASAN KUASA/ WILAYAH


11
Dun J.Li, , The Ageless Chinese A History, second edition : Charles scribner’s sons, new york, 1971, ms 179.
12
Ibid, ms177
13
Ibid, ms178
14
Garnet, Jacques, A History of Chinese Civilization, Cambridge : Cambridge University Press, 1982. hlm243

5
AIL170017

Perluasan kuasa ini merupakan satu aspek yang penting untuk menunjukkan bahawa

pemerintahan Dinasti Tang ini cemerlang dalam pemerintahannya pada 618M hingga 907M

sehinnga dianggap zaman keemasan. Dinasti ini telah berjaya memperluaskan tanah

taklukannya dari China sehinggalah ke Vietnam Utara dan Manchuria. 15 Pencapaian keluasan

kuasa yang diperolehi oleh Dinasti Tang ini lebih kurang sama seperti Dinasti Han yang juga

mempunyai empayar dan daerah perluasan yang luas. Dengan adanya sistem pemerintahan,

strategi yang baik dan dikatakan tentera Tang yang kuat menyebabkan dinasti ini mampu

meluaskan empayarnya sehingga ke seluruh China yang terdapat pada seusia kini16.

Namun, secara umunnya keluasan empayar dinasti Tang adalah sehingga ke utara

Vietnam di selatan, dan di sebelah barat pula menganjur ke beberapa kawasan di Lembah
17
Tarim dan Mongolia di utara, manakala Tibet telah menjadi negeri naungan Dinasti Tang.

Perluasan kuasa dan empayar yang dilakukan dilihat lebih ketara pada zaman pemerintahan

Maharaja yang kedua iaitu Maharaja Tang Tai Sung. Beliau merupakan salah sorang

pemerintah yang sangat agung pada masa itu disebabkan oleh kehandalan dan banyak

pencapaian yang dicapai oleh beliau antaranya telah berjaya meluaskan lagi jajahan serta

pengaruh taklukkannya. Beliau juga mampu menawan Mongolia dan berjaya menewaskan

serangan daripada tentera Turki di Changan( 624M) dan menakluk suku-suku kaum yang

mengasaskan kerajaan di kawasan Asia Tengah dan cuba untuk menawan Korea dengan

menghantar sejumlah satu angkatan tentera laut yang besar jumlahnya dan akhirnya mampu

menawan bahagian Barat Daya Korea.

Akhir sekali, pada akhir abad ketujuh Masihi, Dinasti Tang telah meluas sehingga ke

Manchuria, Vietnam utara dan sepanjang koridor Asia tengah hingga ke Samarkand dan

Afganistan. Dengan ini Empayar Tang muncul sebagai kuasa yang unggul di Asia pada masa

15
Li ung bing, outlines of chinese history, Shanghai: The Commercial Press, Limited, 1914. hlm132
16
Sufian Mansor, Tamadun China, 2003, hlm 101-102
17
Ibid,hlm 102

6
AIL170017

itu. Melalui dasar peluasan kuasa yang sistematik, Tang Tai Tsung berjaya menubuhkan

empayar yang besar. Pada zaman pemerintahannya, Dinasti T’ang mencapai kemuncak

kegemilangannya. Beliau berjaya menyatukan seluruh negara China malah beliau telah

meluaskan kawasan sempadan China.18 Secara jelasnya disini menunjukkan bahawa

perluasan kuasa ini merupakan aspek kecemerlangan Dinasti Tang yang mempunyai banyak

kelebihan apabila diperintah oleh Tang Tai Tsung dan keupayaan orang bawahannya yang

banyak berjaya menakluki banyak kawasan sehingga dinasti ini menerima gelaran sebagai

satu zaman keemasan bagi tamadun China.

KEKUATAN SISTEM KETENTERAAN

Pemerintahan yang agung mestilah akan mempunyai satu sistem ketenteraan yang

tiada tolak bandingnya dengan kekuatan beliau. Dinasti Tang mempuyai satu sistem

ketenteraan kuat yang dapat dibuktikan melalui dinasti ini mampu membuat perluasan kuasa

atau wilayah sehingga ke sebalah utara China. Pasukan ketenteraan ini dikawal oleh

Kementerian Peperangan dan ia telah dibahagikan kepada 634 unit yang dikenali sebagai

Zhechongfu. Tambahan lagi, setiap satu unit tersebut mengandungi 800 sehingga 1200

orang tentera dan setiap unit itu pula akan dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu

tuan (300), dui (50) dan huo (10). Kekuatan tentera ini dapat dikukuhkan lagi dengan adanya

keupayaan jeneral-jenaral yang handal pada zaman tersebut antaranya ialah General Guo

Ziyi. Beliau telah memimpin 150,000 orang askar Dinasti Tang serta 5000 askar berkuda

yang dipinjamkan dari puak Huihe dan menewaskan kumpulan pemberontakan di bawah

pimpinan bersama An Lushan dan Shi Siming itu dan meneruskan usaha dengan merampas

kembali Bandar Luoyang. Mereka iaitu komender-komender tentera ini telah diarahkan ke

istana maharaja untuk melaporkan keadaan provinsi dari semasa ke semasa dan diraikan

18
Sivachandralinggam Sundraraja, Ayadurai Lethumanan, Tamadun Dunia, Fajar Bakti, Selangor, 1998, hlm
153

7
AIL170017

dalam majlis santapan diraja sebagai tanda peghargaan kepada jasa bakti mereka dalam

menjaga dan menunaikan tugas mereka. Selain itu, Dinasti Tang ini dikatakan telah mencapai

puncak kegemilangan dari segi ketenteraan ketika pemerintahan Maharani Wu Tse-t’ien.

Dengan kekuatan sistem ketenteraan memberi kelebihan kepada Dinasti Tang kerana lebih

mudah untuk memeperluaskan kemampuannya melalui sistem ketenteraan ini.

UNDANG-UNDANG

Dinasti tang juga telah mengubal satu undang-undang yang teratur dan sistematik

untuk kemakmuran rakyat pada zaman pemerintahannya dan membolehkan banyak

kecemerlangan yang dicapai antaranya ialah memberikan keadilan kepada rakyatnya. Antara

undang-undang yang digunakan pada waktu Dinasti Tang ini ialah menggunakan kod

undang-undang yang dikenali sebagai Kod Tang yang diperkenalkan pada tahun 653Masihi

dan ini merupakan kod undang-undang yang pertama di dalam Tamadun China.19

Kod undang-undang Tang mengandungi kod dan dalam kod ini terdapat 12 bab dan

dibahagikan kepada 502 artikel antara bab nya adalah Ming Li (Syarat dan Prinsip-prinsip

Am), Wei jin (Pengawal Diraja dan Larangan), Zhih zhih (Peraturan Pentadbiran), Hu hun

(Keluarga dan Perkahwinan), Jiu ku (Kuda dan Harta), Shan xing (Livi Kerja Wajib yang

Tidak Sah), Zei dao (Pencurian dan Kekerasan), Dou song (Konflik dan Aduan), Zha wei

(Disepsi dan Penipuan), Zalu (Kanun-kanun Pelbagai), Bu Wang (Penawanan dan Pelarian)

dan Duan yu (Perbicaraan dan Pemenjaraan). 20Selain daripada itu juga telah ditubuhkan

Jabatan Kaunselor Diraja yang mana ianya bertindak sebagai pengkaji undang-undang serta

membuat laporan dan cadangan kepada maharaja.21Dengan adanya kod undang-undang Tang

19
Garnet, Jacques, A History of Chinese Civilization, Cambridge : Cambridge University Press, 1982. hlm 244
20
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur , 2003, hlm 515
21
Dun J.Li, , The Ageless Chinese A History, second edition : Charles scribner’s sons, new york, 1971, hlm170.

8
AIL170017

ini dia mampu mengelakkan berlakunya penipuan, ketidakadilan, dan mencegah dari

berlakunya pemberontakan.

PEMERINTAH WANITA PERTAMA

Dinasti Tang ini mempunyai satu keunikan apabila dinasti ini satu-satunya yang

memulakan pemerintah wanita pertama dan terakhir iaitu Maharani Wu Tse T’ien. Pada

awalnya beliau hanyalah seorang gundik kepada Maharaja Kao Tsung dan beliau bercita-cita

tinggi untuk berkuasa di China ataupun menjadi maharaja kepada Dinasti Tang 22.Oleh

demikian, beliau telah membuat perancangan yang strategic untuk mengapai cita-citanya.

Langkah awal yang diambil ialah membunuh anaknya sendirinya dan memfitnah isteri

maharaja iaitu Maharani Wang yang melakukannya. Maharaja Kao Tsung telah termakan

dengan fitnah yang dibuat dan telah menggantikan Maharani Wang dengan Maharani Wu dan

apabila Maharaja Kao Tsung telah jatuh sakit dan Maharani Wu mengambil peluang untuk

mengambil alih tugas pentadbiran dan pada masa itu beliau telah menubuhkan pasukan polis

rahsia supaya semua penentangnya boleh dihapuskan dengan mudah.

Akhirnya Maharaja Kao Tsung telah mangkat, dan dengan itu Maharani Wu

mengambil masa perlahan-lahan untuk menyingkirkan waris sebenar Maharaja supaya beliau

dapat menaiki takhta sebagai maharaja23. Akhirnya, maharani Wu menjadi maharaja dan

pemerintahannya dijalankan dengan cara kekerasan dan kejam. Akhirnya, Maharani Wu pada

umurnya 80 tahun , beliau telah disingkirkan dan digantikan dengan pewaris yang sebenar

maharaja.

22
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2003, Hlm.103
23
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2003, Hlm.103

9
AIL170017

EKONOMI

PERTANIAN DAN PERDAGANGAN

Pertanian merupakan bidang pekerjaan yang utama bagi masyarakat Cina.

Sehubungan dengan itu perdagangan juga menjadi semakin maju kerana kegiatan pertanian.

Tambahan lagi, secara tidak langsung sektor pertanian telah mencapai kemajuan yang pesat

dan oleh sebab itu kegiatan pertanian dan perdagangan menjadi asas kepada ekonomi China

pada masa itu. Oleh itu, pihak pentadbiran telah menetapkan setiap penduduk dan petani akan

di beri purata 100 mau atau 13.5 ekar tanah dan 1/5 daripada keluasaan tanah tersebut akan

di beri secara tetap serta boleh diwarisi kepada anak dan cucu. Namun begitu, jika petani itu

meninggal dunia tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan semula secara automatik.24
24
Fitzgerald, C.P, China:A Short Story Cultural History, London:The Cresset Press, 1961. hlm 319

10
AIL170017

Dalam aspek pertanian ini para petani dikenakan cukai tahunan iaitu sebanyak 2 pikul

bijian, 20 kaki kain sutera serta menyumbang tenaga paksa selama 20 hari ini dilakukan

sebagai bayaran kepada kelebihan yang akan diperolehi oleh petani dan cukai yang dikenakan

bukan berdasarkan keluasan tanah tetapi hasil yang diperolehi oleh petani itu .25 Sementara itu,

jika ada berlakunya bencana alam para petani akan diberikan pelepasan cukai.

Antara hasil pertanian yang diusahakan oleh petani adalah penanaman padi.

Penanaman padi yang subur mempunyai kaitan dengan pembinaan sistem pengairan dan

terusan menghubungkan Sungai Yang Tze ke Sungai Wei dan Sungai Kuning yang dibina

oleh pemerintahan Dinasti Tang untuk mengairi kawasan pertanian bukan sahaja padi 26.

Sistem pengairan ini juga menyebabkan tanah menjadi subur dan hasil tanaman berskala

besar dapat diperolehi dan diperdagangankan sekali gus telah meningkatkan ekonomi Dinasti

Tang. Selain itu, dalam sektor pertanian juga telah diwajibkan pengkhususan kerja yang

sistematik bagi setiap kerja contoh adanya teknik pusingan atau giliran bagi menjaga

kesuburan tanah. Seterusnya, pelbagai kaedah atau alatan yang telah digunakan dalam bidang

pertanian seperti tenggala kayu, penyisir tanah, pengiling dan kolar kuda untuk mengikat

leher kuda27. Selain itu, usaha juga telah di buat untuk menghapuskan serangga perosak.

Kawasan pertanian baru khususnya lembah Yang Tze kini mula menghasilkan tanaman

dalam skala besar-besaran buat pertama kali dan dalam waktu yang sama banyak teknik

pertanian baru di perkenalkan seperti kaedah tenggala kayu, penyisir tanah, pengiling dan

kolar kuda untuk mengikat lehe kuda. Dengan itu kawasan penanaman padi telah

berkembang dengan maju dan membawa kepada peningkatan dan perkembangan penduduk.

Dari sudut perdagangan, lebihan hasil pertanian telah membawa kepada aktiviti

import dan eksport. Antara barangan yang dieksport ialah kain sutera, teh, kertas, barangan

porselin dan ubat-ubatan manakala barangan yang diimport pula ialah rempah ratus, batu jed,
25
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2003, hlm 101
26
B.V Rao, World history Sterling, Publisher Private Limited, New Delhi India, 2000, hlm 71
27
Ibid,Tamadun Dunia. hlm 352

11
AIL170017

mutiara, haruman, dan barangan kaca. Penggunaan wang kertas juga telah digunakan dan

dengan ini ia dapat melicinkan aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan ini juga bertambah

maju dan pesat apabila Jalan Sutera dan Jalan Laut dibuka semula kerana hubungan dengan

Negara luar dapat dijalin semula dan perluasan dapat dilakukan. Antaranya ialah, China telah

menjalinkan hubungan dengan dunia luar iaitu melalui perdagangan sutera, tembikar dan

poselin. Perdagangan sutera khususnya yang mana keadaan ini dapat memperlihatkan

perkembangan ekonomi masyarakat China.Hal ini kerana masyarakat cina pada waktu itu

masyarakat cina telah menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-

binatang yang mana ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun

keenam. Kerajaan China ketika itu juga menerima barang dari luar. Selain itu, hubungan

dengan dunia luar juga berkembang kerana adanya pembaik pulihan sistem komunikasi

seperti sistem pos dan pembinaan jalan raya. Pembinaan terusan dan jalan perhubungan juga

atau lebih dikenali dengan jalan raya, telah membantu menyatukan politik dan ekonomi

dalam empayar T’ang, dan keadaan ini secara tidak lansung telah membolehkam pemusatan

kuasa yang lebih efektif.

Dinasti Tang ini mampu lahir sebagai satu kuasa yang hebat dalam perdagangan dan

pertanian ini kerana adanya laluan sutera. Laluan sutera telah menjadi satu aset untuk

menghubungkan China dengan tamadun lain supaya ekonomi semasa Dinasti Tang dan

gelaran laluan sutera ini diberikan oleh seorang ahli Geografi dari Jerman berikutan

perdagangan sutera yang dijalankan secara meluas di China. Laluan Sutera ini telah

digunakan dalam mendapatkan barang dagangan lain seperti hamba abdi, kasturi ,wangi-

wangian, rempah-ratus, ubat-ubatan, barangan kaca dan sebagainya.Bandar Chang-an turut

menjadi bandar metropolis terbesar dan pusat perdagangan yang kaya dan di negeri China

telah muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas

pertengahan yang besar. Keadaan ini telah berjaya menarik pada pedagang luar dalam

12
AIL170017

mengunjungi Bandar Chang-an sekali gus tempat ini menjadi saluran utama dalam

penyebaran ilmu dan budaya.

SOSIAL

PENCAPAIAN DARI SEGI SAINS DAN TEKNOLOGI

Dinasti Tang merupakan dinasti yang paling banyak beri sumbangan dalam

perkembangan teknologi. Antaranya, ialah dalam bidang percetakan dan antara

penciptaannya ialah mesin percetakan yang pertama wujud iaitu pada tahun 700M yang

diperbuat daripada kayu. Ekoran daripada adanya mesin percetakan itu ia mampu

menghasilkan beberapa buah buku yang bercetak sapertinya ialah buku Jiangang Jing (kitab

sutera), Diamond versi cina yang bertarikh 11 Mei tahun 868M yang mana masih lagi wujud

dan dipemerkan di Muzium British di England. Buku ini dikatakan mewakili hasil daripada

pengalaman lama orang China terutama dalam teknik pencetakan blok 28. Selain itu, ciptaan

roda air sebagai penggerak untuk mengalirkan air yang bertindak sebagai aliran tenaga 29.

28
Teo Lay Teen,Tamadun Islam Dan Tamadun Asia,Universiti Malaya Kuala Lumpur,2001,hlm.330
29
Charless Benn, Chinas’s Golden Age: Everyday life in the Tang’ Dinasty, Oxford University Press, 2002, hlm.29

13
AIL170017

Manakala bahan letupan juga telah dicipta tetapi bukan sebagai alat senjata dan ia dijadikan

sebagai bahan letipan semasa menyambut perayaan di China dan dikenali sebagai bunga api.

Selain daripada teknologi Dinasti Tang ini juga telah banyak membawa kepada

pencapaian yang sangat berjaya sehingga digunakan ke hari ini iaitu dalam bidang sains.

Perkembangan dalam bidang astronomi dan matematik dimana pengaruhnya datang daripada

India, contah yang memang ketara dalam sumbangan ini ialah sistem calendar yang telah

digunakan padaa 729M. Hal ini berlaku apabila orang India ini membentuk calendar baru

untuk maharaja pertama empayar Tang iaitu Maharaja Tan Kao Tsu pada tahun 618M. Pada

683M sehingga 747M, I-sing iaitu sami berbangsa Cina telah meletakkan kepanjangan tahun

berasaskan matahari (solar year) dan telah digunakan pada tahun 729M. Bermaksud calendar

ini adalah bersamaan 365.2444 hari dan satu bulan adalah bersamaan 29.53059 hari dan

terdapat 28hari atau 29hari dalam menjadikan kitaran bulan dan mempunyai 12 bulan30.

PENCAPAIAN DARI SEGI SISTEM PENDIDIKAN

Perkembangan pendidikan di China ini lahir disebabkan oleh kestabilan politik dan

pemerintahan yang cekap yang mampu dicapai semasa zaman Dinasti Tang. Semasa era

pemerintahan ini, terdapat beberapa buah sekolah jenis kerajaan yang telah ditubuhkan bagi

mengembangkan lagi pendidikan di kalangan penduduk. Antaranya ialah pusat pendidikan

akademik dan tinggi telah dibina di kawasan Bandar utama seperti di bandar Loyang dan

Changan. Sekolah juga turut dibina di wilayah-wilayah, daerah dan kampung juga.

Maharahja Hsuan Tsung telah menubuhkan enam buah kolej di bawah penguasaan

sebuah universiti kebangsan dan pada zaman maharaja ini juga menubuhkan akademik han

lain untuk menemukan semua ahli akademik terkenal Negara pada waktu itu31.

30
John Keay, China A History, HarperCollinsPublishers, 2009, ms 216
31
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.Hlm.330

14
AIL170017

Sistem peperiksaan awam juga telah diperkenalkan semasa semasa Dinasti Tang di

mana pegawai -pegawai yang lulus dalam peperiksaan ini akan dilantik menjadi pegawai

istana yang menggunakan ajaran Conficius.32 Seterusnya, perkembangan dalam bidang

pendidikan berfokuskan perubatan juga dapat dilihat semasa zaman Dinasti Tang. Contoh,

adanya sekolah tabib yang menekankan pembelajaran kesihatan dan telah melahirkan tokoh

penting seperti Sun Simiao yang mana telah berjaya menerbitkan karyanya berkaitan dengan

punca penyakit. Contoh karya ialah Qianjin Fang dan Qianjin Yifang yang berkaitan jenis-

jenis perubatan.

Jelaslah menunjukkan bahawa pendidikan merupakan aspek kecemerlangan di dalam

pemerintahan Dinasti Tang dan menyebabkan era pemerintahan ini digelar sebagai Zaman

Keemasan. Hal ini kerana pendidikan yang diberikan kepada penduduk membolehkan

mereka untuk menjalankan system peperiksaan kepada orang yang hendak menjadi pegawai

dan ini mampu melahirkan pegawai-pegawai yang berwibawa.

AGAMA

Perkembangan agama juga menjadi satu aspek yang penting dalam Dinasti Tang

sehinnga mencapai kecemerlangan. Dalam aspek keagamaan ini perkembangan agama

Buddha nerupakan salah satu kemajuan yang dapat dilihat dalam Dinasti Tang ini. Agama

Buddha ini juga telah berkembang pesat di China malah ke seluruh Negara termasuklah di

Korea, Thailang, Vietnam dan Jepun. Namun begitu terdapat juga perkembangan agama lain

seperti agama Kristian, agama Islam, dan Judaisme di Zaman Dinasti Tang. Kemunculan

agama Buddha ini dikatakan berasal dari India yang mana pengasasnya ialah Siddharta

Gautama dan agama ini merupakan agama tertua yang masih kekal dan dianuti di dunia ini.

Manakala agama ini mempunyai pelbagai mazhab dan aliran dan agama ini dianggap asing

kerana kepercayaan Budhisme ini diperkenalkan dari India ke China.33.Seterusnya,agama ini


32
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2003, hlm 101
Franze Michael,China Through The Age History Of A Civilation,Westview Press Reprinted and Publisher
33

Taipei,1994,hlm.140

15
AIL170017

mencapai status yang tinggi semasa zaman pemerintahan Maharani Wu Tse-t;ien yang mana

baginda menjadi penaung kepada agama Buddha ini dan dikatakan orang pertama

menggunakan gelaran Buddha iaitu Ratu Agung Yang Memerintah Alam’. Walau

bagaimanapun, perkembangan ajaran Buddha ini sebenarnya tidak mengganggu secara

langsung amalan Conficius dan Taoisme daripada diguna pakai oleh rakyat China. Agama

islam juga antara agama lain yang terdapat pada zaman ini dan sebagai buktinya terdapatnya

masjid yang dibina di Canton khususnya untuk orang yang beragama islam. Selain daripada

masjid, terdapat juga tempat peyembahan dan pusat ibadat bagi penganut agama lain.

KEMAJUAN DALAM BIDANG KESUSASTERAAN DAN KESENIAN

Aspek kesusasteraan dan kesenian merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam

menjadikan Dinasti Tang ini sebagai Dinasti yang teragung pada waktu itu. Oleh kerana

semasa empayar Tang ini telah banyak berlaku pencapaian dalam aspek ini terutamanya

dalam bidang puisi. Karya puisi yang dhasilkan pada era ini telah berkembang dengan sangat

pesat sehingga pada zaman ini dikenali sebagai zaman era kegemilangan puisi. Puisi ini juga

dihasilkan berdasarkan tema-tema mengenai situasi negeri, suasana alam, kerinduan,

perjalanan dan berbagai hal yang terkandung dalam kesusasteraan China ini. Lantaran itu,

ramai penulis puisi yang lahir diantaranya ialah Li Bo, Du Fu. Pelukis yang terkenal pada

masa ini ialah Wang Wei dan Gao Shi. Misalnya penulis puisi terkenal iaitu Li Bo antara

701-751M yang telah menghasilkan lebih 20 000 puisi dan 1800 puisi masih dikekalkan

sehinggalah sekarang. Pada masa itu dapat dikumpulkan sebanyak 50 000 buah puisi dan

kebanyakkan puisi dan lukisan yang dihasilkan ini mempunyai pengaruh Taoisme dan

16
AIL170017

Buddhisme. Kebanyakkan yang dapat dilihat golangan sarjana kelas bangsawan dan ahli

jawantankuasa yang penting dalam kerajaan yang mempunyai minat dalam kesusasteraan dan

kesenian ini. Kemajuan dalam bidang ini menunjukkan bertapa masyarakat menyukai bidang

kesenian dan kesusateraan 34.

Pada era ini jugalah banyak seni bina yang telah lahir dan memberikan satu

kebangaan kepada Tamadun China ini. Antara contoh binaan pada zaman ini iaitu pembuatan

patung lembu yang dibina daripada besi tuang dan patung ini ditemui pada tahun 1987

sebanyak empat buah patung. Selain itu, adanya arca kuda yang ini menjadikan kuda itu

lambang kepada asset utama dan penting yang digunakan pada era Dinasti ini. Dari segi

keagamaan, terdapat satu binaan pagoda Angsa Liar Raksasa, Chang’an yang didirikan pada

tahun 652M dan diperbaik pulih oleh Wu Zetian pada tahun 704M iaitu didalamnya terdapat

patung-patung Buddha. Aspek kesusasteraan dan kesenian ini dapat kita lihat sehingga ke

hari ini dalam Tamadun Chin dan ini menunjukkan bahawa aspek ini menjadi salah satu

tunjang kepada kecemerlangan dalam Dinasti Tang ini.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Dinasti Tang yang wujud pada zaman ini telah banyak

memberikan sumbangan dslam pelbagai bidang dan aspek untuk menaikkan lagi nama

Tamadun China pada era itu. Pemerintahan yang diambil alih oleh Dinasti ini lebih kurang

dalam 289 tahun iaitu kira-kira 3 abad dari tahun 618 – 907 M. Semasa pemerinthan ini telah

banyak pembaharuan dan penambahbaikkan yang dilakukan kepada Tamadun China dan

tidak dapat dinafikan lagi bahawa Dinasti Tang sememangnya menjadi era kegemilangan

China sehingga mencapai Zaman Keemasan kerana sumbangannya dalam aspek politik,

ekonomi dan sosial. Empayar ini juga mampu meluaskan pengaruhnya sehingga ke Korea,

Jepun, Laos, China dan Vietnam dalam agama dan perdagangan. Tamadun dinasti Tang ini

jugalah yang menjadi mercu tanda pencetus kepada kejayaan dan kemajuan pada zaman
34
Ibid ,Tamadun Dunia . hlm 592

17
AIL170017

dinasti yang seterusnya kerana dengan peninggalan yang ditinggalkan selepasa kerajaan

dinasti Tang ini jatuh.

Dinasti Tang ini juga tidak mampu bertahan untuk semalanya dan menjadi tampuk

pemerintahan di Tamadun China kerana faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan

dinasti ini jatuh. Dinasti Tang ini telah jatuh pada 970 Masihi disebabkan oleh

pemberontakan dan berlakunya perebutan kuasa menyebabkan kuasa mereka semakin

merosot dan keadan politik menjadi tidak stabil. Perkara ini berlaku pada tahun 755M dimana

seorang jeneral dari Barbrian bernama An Lu Shan telah memulakan pemberontakan

terhadap pemerintah. Pemberontakan ini telah berlaku dalam tempoh masa yang lama iaitu

lapan tahun dan disebabkan perkara ini telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi kerana

para petani juga telah meninggalkan tanah dan tanah itu menjadi tanah terbiar. Pada masa itu

juga tanaman pertanian tidak mampu dibaik pulih kerana tidak ada tenaga kerja yang ingin

mungasahakan tanah kerana ramai petani yang mati. Selain itu,banyak berlaku kerosakan

harta benda dan orang Cina ramai yang mati akibat daripada peperangan yang disebabkan

oleh pemberontakan itu. Selepas itu, wujud pula krisis perebutan kuasa antara dua orang

pemimpin yang membantu mematahkan pemberontakan rakyat sebelum ini iaitu antara Li

K’eyung dan Chow Wen yang merupakan orang kanan Huang Ch’ao. Perebutan ini

menyebabkan berlaku peperangan dan akhirnya Chow Wen berjaya merampas kuasa raja

pada 12 Mei 907M35. kesan daripada rampasana kuasa ini menunjukkan berakhirnya empayar

Tang dan bermulanya era perpecahan di China selam 53 tahun.

Akhirnya Dinasti Tang telah digantikan oleh Dinasti Chou pada tahun 907 Masihi. Namun
begitu, aspek kecemerlangan seperti dalam bidang sosial, politik, dan ekonomi pada zaman
pemeritahan Dinasti Tang ini amat penting kepada Tamadun China sehigga era pemerintahan
tersebut dipanggil sebagai zaman kekemasan bagi tamadun China ini. Sumbangan Dinasti
Tang ini juga diagung-agungkan dan kekal diingti sehingga ke hari ini menunjukkan betapa
pentingnya dinasti ini dalam Tamadun China.
35
Sufian Mansor, Tamadun China , Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur , 2003, hlm105

18
AIL170017

BIBLIOGRAFI

1. Athur Cotterell, East Asia : From Chinese Predominance to the Rise of the Pacific

Rim. New York: Oxford University Press, 1995.

2. Arthur F. Wright and Denis Twitchett, Pespectives on the T’ang : Yale University,

1973.

3. Charless Benn, Chinas’s Golden Age: Everyday life in the Tang’ Dinasty, New York:

Oxford University Press, 2002.

4. Dun J.Li, , The Ageless Chinese A History, second edition : Charles scribner’s sons,

new york, 1971

5. Edwin O.Reischauer dan John K. Fairbank. East Asia : The Great Tradition. Boston :

Houghton Mifflin Company, 1970.

6. Fitzgerald,C.P. China:A Short Story Cultural History, London: The Cresset Press,

1961.

7. Franze Michael, China Through The Age History Of A Civilation,Westview Press

Reprinted and Publisher Taipei, 1994.

19
AIL170017

8. Garnet, Jacques, A History of Chinese Civilization, Cambridge : Cambridge

University Press, 1982.

9. John Keay, China A History, HarperCollinsPublishers, 2009

10. Kenneth Scott Lottourette, The Chinese: Their History and Culture, New York: The

Macmillan Company, 1962.

11. Sivachandralinggam Sundraraja, Ayadurai Lethumanan,. Tamadun Dunia, Fajar

Bakti, Selangor, 1998.

12. Sufian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.

13. Teo Lay Teen, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Universiti Malaya: Kuala

Lumpur, 2001

20

You might also like