Sekolah Tamil

You might also like

You are on page 1of 6

SEKOLAH TAMIL

* Orang Tamil merupakan golongan terbesar pendatang dari India yang datang ke Tanah
Melayu.

* Kesan kedatangan dan penghijrahan mereka ke ladang-ladang getah, gula, kelapa dan kopi
di beberapa kawasan di Tanah Melayu mendesak pemilik-pemilik ladang untuk mendirikan
sekolah Tamil bagi mendidik anak-anak pekerja.

*Walau bagaimanapun sambutan orang India terhadap orang Tamil kurang memuaskan.

*Sekolah-sekolah itu juga tidak mencukupi dan kurang dilengkapi dengan kemudahan asas
dan sistem pendidikan juga kurang tersusun dari segi kurikulum, pengurusan sekolah dan
sebagainya.

*Kebanyakan anak-anak orang India kurang berminat untuk belajar dan mereka hanya
menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah sahaja kemudian bekekrja sebagai
buruh diladang.

*Sebagai penyelesaian kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat India, Kerajaan
British telah mengambil beberapa langkah untuk mengembangkan sekolah Tamil.

Perkembangan Sekolah Tamil

Tahun Perkembangan
1912 Penguatkuasaan Undang-Undang Buruh. Semua pemilik ladang wajib
mendirikan sekolah bagi anak-anak pekerja jika bilangan kanak-kanak di
ladang tersebut melebihi 10 orang
1914 Penubuhan sekolah-sekolah Tamil di kawasan perbandaran yang
mempunyai penduduk berbangsa India.
Sekolah tersebut dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan orang India
1930 Penubuhan Nazir sekolah Tamil dan latihan untuk guru-guru Tamil bagi
mengatasi masalah kekurangan guru yang terlatih
1930 Pengenalan sukatan pelajaran yang beroriantasikan Tanah Melayu
melalui penggunaan Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu.
SEKOLAH INGGERIS

*Terapat satu lagi sekolah pada zaman kolonialisme British iaitu sekolah Inggeris yang juga
dikenali sebagai sekolah Mubaligh dan dikelolakan oleh mubaligh Kristian

*Sekolah Inggeris mempunyai beberapa ciri tertentu.

-Terletak di kawasan bandar yang kurang orang Melayu

-Mewajibkan murid-murid yang bukan beragama Islam untuk mengikuti pelajaran agama
Kristian

-Memperluaskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

-Mendapat bantuan kewangan dan sokongan daripada kerajaan British.

RUMUSAN:

* Sebelum merdeka, tidak ada satu pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.

*Sistem pendidikan yang diwujudkan oleh British ialah sistem Vernakular.

*Sistem pendidikan ini dilaksanakn mengikut kepentingan kaum tertentu sahaja.

Ciri-ciri:

*Setiap sekolah khusus untuk satu kaum tertentu sahaja.

*Setiap sekolah menggunakan Bahasa Pengantar, buku-buku teks, dan sukatan pelajaran
yang berbeza.

*Sekolah dibina di kawasan tertentu seperti, ladang, bandar dan kampung

*Tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal.


LATIHAN PERGURUAN

Sebelum perang Dunia Kedua, kerjaya perguruan mengalami masalah seperti di bawah:

- Gaji rendah yang menyebabkan ramai guru meletak jawatan atau berhenti perkhidmatan
mereka.

-Minat kaum perempuan menjadi guru agak rendah

-Latihan perguruan Melayu amat mengecewakan

-Hasil kajian menunjukkan bahawa:

* Lebih ramai guru yang terlatih dan berkelayakan tinggi amat diperlukan

*Pihak berkuasa menyedari tentang peri penting latihan profesional untuk guru-guru yang
sememangnya bertanggungjawab ke atas pendidikan kanak-kanak.

*Masalah kekurangan guru terlatih di sekolah-sekolah Melayu perlu diberi perhatian serius.

- Pihak British telah mendirikan maktab-maktab pergruan seperti berikut:

Tahun Nama Maktab


1878 Maktab Perguruan Teluk Belanga, Singapura
1878 Maktab Perguruan Melayu Taiping, Perak
1900 Maktab Perguruan Melayu Melaka, Melaka
1913 Maktab Perguruan Melayu Matang, Perak
1922 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
1935 Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

Bagi mengatasi masalah ini dan memantapkan lagai bekalan bahan-bahan bacaan dan rujukan dalam
Bahasa Melayu yang agak kekurangan ketika itu, pihak British telah menubuhkan sebuah pusagt
dikenali sebagai Biro Penterjemahan pada tahun 1942 dan ditempatkan di Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjong Malim, Perak.

-Menyedari kepesatan pendidikn di Tanah Melayu dan latihan perguruan yang diperlukan, dua buah
maktab perguruan, iaitu Kirby Teacher's Training College (1952) dan Brinsford Lodge (1955) telah
ditubuhkan di England untuk menampung kekurangan tenagan pengajar pada masa itu.
SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK

* Masyarakat yang terdiri daripada orang Ibanm Kelabit dan Melanau menerima
pendidikan nenek moyang mereka

* Perkembangan sekolah

- Dikelolakan oleh 3 golongan iaitu mubaligh Kristian, Kerajaan Brooke dan masyarakat
Cina

* Kerajaan Brooke telah mendirikan sekolah-sekolah di luar bandar Kuching dengan


menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

* Pada tahun 1924, kerajaan Brooke telah menubuhkan JabatanPelajaran untuk


mentadbir sistem pendidikan di Sarawak.

* Ekoran daripada Laporan Hammond, sekolah mengikut kaum telah didirikan pada tahun
1940.

* Maktab Perguruan Melayu didirikan pada tahun 1941 untuk melatih golongan muda
yang berminat untuk menceburi dalam profesion perguruan,

PERINGKAT KEDUA (Selepas Perang Dunia 1942-1945)

* Antara tahun 1942 hingga 1945 Hampir seluruh rantau Asia Tenggara telah diduduki
oleh tentera Jepun dan sistem persekolah di Tanah Melayu telah dihentikan dan
digantikan sistem persekolahan Jepun.

* Ogos 1945, Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan British dengan


membentuk sebuah kerajaan baru di bawah Malayan Union.

*Antara tempoh 1946 - 1956, terdapat beberapa perubahan dalam sistem pendidikan di
Tanah Melayu yang disifatkan sebagai pembinaan semula sistem pendidikan negara ke
arah menyatukan masyarakat berbilang kaum,
KESIMPULAN

Ciri-ciri Sekolah Tamil

* Menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

* Menggunakan sukatan pelajaran dan buku teks dari India

* Menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah sahaja

Ciri-ciri sekolah Inggeris

* Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar

* Terbuka kepada semua kaum

* Menyediakan pendidikan peringkat rendah dan menengah

* Jumlah pelajar Melayu, Cina dan India tidak seimbang


Tahun Nama Maktab
1878 Maktab Perguruan Teluk
Belanga, Singapura
1878 Maktab Perguruan Melayu
Taiping, Perak
1900 Maktab Perguruan Melayu
Melaka, Melaka
1913 Maktab Perguruan Melayu
Matang, Perak
1922 Maktab Perguruan Sultan
Idris, Tanjong Malim, Perak
1935 Maktab Latihan Perguruan
Perempuan Melayu, Melaka

You might also like