Sekolah Vernakular Tamil (Group 8)

You might also like

You are on page 1of 9

SEKOLAH VERNAKULAR TAMIL

DG NORHAYATI BINTI MOHAMAD NORSABRINA BT SABRAN FATHIYAH BINTI MD SALLEH

D20112052103 D20112052106 D20112052116

Berlaku akibat kemasukan ramai buruh dari India untuk bekerja di ladang-ladang getah, kelapa, kopi dan tebu di tanah melayu.

Mula berkembang di Tanah Melayu pada awal abad ke 20

Dipelopori oleh badan-badan sukarela dan orang perseorangan iaitu mubaligh Kristian.

Sekolah Vernakular Tamil


Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar seterusnya guru dan kurikulum dari buku teks pula turut diimport daripada Sri Lanka dan India

Sistem pendidikan Tamil ditubuhkan akibat dasar british yang tidak menggalakkan golongan imigran mendapat pendidikan maka badan-badan sukarela ini tampil ke depan.

Pada tahun 1850, Sekolah Anglo Tamil telah dibuka di Melaka. Pada tahun 1860, sekolah tersebut ditutup akibat kekurangan murid. Pada tahun 1870an, beberapa buah sekolah tamil telah dibuka di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan juga di Seberang Perai. Pada tahun 1900, akibat perubahan dasar British maka tanggungjawab membina sekolah-sekolah Tamil di bandar telah dipergiatkan. Pada tahun 1906, Thambusamy Pillai School telah dibuka di Kuala Lumpur. Pada tahun 1910, Vive Kananda School pula didirikan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1912, Kerajaan British telah memperkenalkan Ordinan Buruh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu . Ordinan ini menetapkan sebuah sekolah di setiap kawasan ladang getah yang mempunyai 10 orang kanak-kanak atau lebih yang mendiami kawasan itu. Penguasaan ordinan ini menyebabkan sekolah-sekolah vernakular Tamil tumbuh dengan pesat di Tanah Melayu. Pada tahun 1925, terdapat 235 buah sekolah Tamil di NegeriNegeri Melayu Bersekutu dengan bilangan murid berjumlah 8153 orang. Pada tahun 1930, jumlah sekolah Tamil meningkat kepada 333 buah dengan bilangan murid seramai 12640 orang.

Pada 1938, terdapat beberapa sekolah rendah tamil yang memberikan pakaian seragam percuma kepada murid-murid serta memberi hadiah beras kepada murid-murid yang mempunyai kedatangan yang memuaskan. Sekolah Tamil mengenakan yuran sekolah kepada pelajar bermula daripada 25 sen sehingga $1.50 sebulan dan memberikan pendidikan secara percuma kepada kebanyakan murid-murid yang miskin

Sistem pendidikan Tamil ini terbahagi kepada kepada empat jenis iaitu:Sekolah bantuan kerajaan

Sekolah persendirian yang ditadbir oleh mubaligh-mubaligh Kristian Sistem Pendidikan Tamil

Sekolah panitia

Sekolah-sekolah di bawah pengurusan estet

Sekolah di bawah pengurusan estet merupakan yang terbesar iaitu lebih kurang 80% daripada jumlah keseluruhan sekolah vernakularTamil di Tanah Melayu. Sebahagian besar sekolah ini menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Sebilangan kecil sekolah menggunakan bahasa Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam, Punjabi, Sighalese, dan bahasa Gurkha. Di samping mengajar membaca dan menulis mereka juga turut mengajar ilmu hisab, ilmu alam, kerja tangan, pengetahuan am dan latihan jasmani.

Pendidikan sekolah Tamil hanya tamat setakat sekolah rendah sahaja. Lazimnya, mereka bekerja di estet tempat mereka tinggal. Akibat tidak mampu menyambung pelajaran di sekolah-sekolah Inggeris di bandar, maka mereka terpaksa mengikut jejak langkah keluarga menjadi buruh estet.

You might also like