You are on page 1of 1

Pada musim tengkujuh yang lepas, tempat tinggal anda dilanda banjir.

Gambaran keadaan
banjir pada masa itu.
Pendahuluan
- Musim tengkujuh - penduduk kampung dalam keadaan yang berjaga-jaga - hujan lebat
turun selama beberapa hari - kawasan rendah mula dilanda banjir

Isi
- Seluruh kampung ditenggelami air - semak samun tidak kelihatan - seluruh kawasan kampung
kelihatan seperti lautan yang luas.
-Tidak kelihatan langsung kenderaan di jalan raya - penduduk kampung mula menggunakan
perahu.
- penduduk kampung sudah menyimpan bekalan makanan - penduduk kampung tinggal di dalam
rumah sepanjang hari - aktiviti seharian ditangguhkan.

Penutup
- Hanya berlanjutan selama dua hari - selepas banjir - bergotong-royong untuk membersihkan
kawasan.
Apabila menjelang musim tengkujuh, penduduk kampung saya sentiasa dalam keadaan
berjaga-jaga. Pada bulan lepas, hujan lebat turun selama beberapa hari. Akibatnya, kawasan
kampung yang rendah mula dilanda banjir.
Ketika itu, seluruh kampung ditenggelami air. Semak samun tidak kelihatan langsung,
yang tinggal hanyalah pokok-pokok. Apabila saya memandang keadaan di sekeliling dari
窗户 jendela rumah, seluruh kawasan kampung kelihatan seperti lautan yang luas.
Pada kebiasaannya, terdapat kereta, motosikal dan basikal yang lalu-lalang di jalan atau
lorong kampung. Pada masa itu, tidak kelihatan langsung kenderaan yang sedemikian.
Penduduk kampung mula menggunakan perahu untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.
Berdasarkan pengalaman yang lepas, sebelum musim tengkujuh penduduk kampung
sudah membeli barangan keperluan seharian untuk disimpan. Jadi, apabila sekitar kampung
sudah dilanda air bah, 普遍的 rata-rata penduduk kampung hanya tinggal di dalam rumah
sepanjang hari. Segala aktiviti seharian terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehingga
keadaanpulih seperti biasa.
banjir
Nasib baik air bah pada kali ini berlarutan selam dua hari sahaja. Setelah mengurung diri
di dalam rumah selama dua hari, kami semua bergotong-royong untuk membersihkan kawasan
sekitar rumah selepas air bah surut.

You might also like