You are on page 1of 2

JAWABAN PETIKAN UMUM 1

(i) Diancam kepupusan bermaksud ditakuti kehilangan


- Diancam - ditakuti /diugut
- Kepupusan -kehabisan/ kebinasaan

(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, punca haiwan terancam dan dibunuh
- perubahan ekosistem akibat hakisan pantai berlumpur menyebabkan burung botak upeh sukar
mendapat makanan
- burung botak upeh dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolam akuakultur yang
berdekatan dengan Kuala Gula, Perak.
- seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.
(bahan 2)

(iii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara haiwan yang terancam
termasuklah:-
- Program pendidikan menggunakan media massa dan media sosial untuk memberi kesedaran
dan peringatan tentang spesies haiwan yang berada dalam bahaya.
- Memelihara habitat semula jadi haiwan-haiwan terancam/membangunkan tempat perlindungan
haiwan terancam/mewujudkan habitat di taman negara
- Meningkatkan spesies terancam dalam kurungan di tempat-tempat seperti zoo dan taman
haiwan.
- Mengelakkan perburuan haiwan seperti membunuh haiwan untuk dijual bagi tujuan keuntungan

(iv) Pada pendapat saya, sekiranya diberikan peluang sebagai penganjur program, beberapa aktiviti
yang akan saya lakukan termasuklah:-
- Gotong-royong bersama-sama membersihkan kawasan paya bakau bagi mengelakkan
pencemaran alam sekitar
- Membaik pulih hutan paya bakau yang boleh dijadikan benteng bencana dan kesan hakisan
pantai
- Program pengumpulan anak benih bakau daripada peserta terlibat bagi memberi pendidikan
tentang kepentingan pemuliharaan hutan paya bakau.
- Penanaman semula hutan paya bakau/menyemai benih pokok bakau untuk mendedahkan
kepada pelajar kepentingan penjagaan alam sekitar, flora dan fauna terutama hutan paya bakau
(terima mana-mana dua isi yang relevan berserta huraian)

JAWABAN PETIKAN UMUM 2


(i) Orang yang mengenakan bunga (faedah) yang terlalu tinggi atas pinjaman yang diberikan
(ii) Risiko yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut:
- kadar faedah yang sangat tinggi.
- ugutan ataupun ancaman keganasan.
- pengeluar kad kredit boleh mengenakan kadar faedah yang paling tinggi.
- kebanyakan bank akan mengenakan caj bayaran lambat.
(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dalam menguruskan kewangan kendiri ialah:
- menyediakan tabung di rumah.
- melabur dalam amanah saham yang diakui sah.
- membeli barangan keperluan dan mengurangkan barangan kehendak.
- mendisiplinkan diri dengan menyimpan wang setiap bulan di dalam bank.
(iv) Wajar
- mudah untuk membuat pembayaran apabila membeli barang. - dapat merangsang ekonomi negara.
- tidak perlu membawa duit yang banyak ketika membeli belah.
Tidak wajar
- belum mempunyai pekerjaan yang tetap. - tidak mampu membayar secara bulanan.
- tiada pengalaman dalam pengurusan kewangan kad kredit.

You might also like