You are on page 1of 57

BUDAYA DAN IKLIM DALAM

ORGANISASI ATAU
SEKOLAH

AHLI KUMPULAN
1. UMADEVI A/P NAGARAJAN
2. LAAVANYA A/P PANNEERCHELVAM
3. VIKNESHWARY A/P TARMASEELAN
Definisi Budaya

Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah


entiti keseluruhan yang kompleks.

Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,


undang-undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta
kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dan diaplikasi di dalam
kehidupan.

Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara ataupun
perlakuan (Deal dan Petterson, 1999).

Manakala, menurut Ma’rof Redzuan dan rakan-rakan (2001) pula menghuraikan


budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat ahli-ahli masyarakat dan
institusinya melalui set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya
masyarakat itu sendiri. Ia juga lebih dikenali
sebagai concensual dan holistic (menyeluruh).
Definisi Budaya Sekolah
Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem sosial

yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan,
nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri.

Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan Kepemimpinan, Komitmen



Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob, 2007.

Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada

pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi
fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan.

Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan,



kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan
unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman,
1992; Sharifah Md Nor, 2000).

Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang

paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan
sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
BUDAYA SEKOLAH
(Bolman&Deal,1991. (Dubrin & Ireland 1993;
(Morgan 1986)
Sharifah Md Nor, 2000). Robbins 1997)

• Unsur budaya sekolah • Sekolah yang • Sebaliknya sebuah


dikatakan penentu mempunyai budaya sekolah yang
kepada keberkesanan yang lemah mempunyai budaya
sesebuah sekolah mencerminkan yang kuat akan
kelemahan dalam mempunyai guru-guru
pengurusan. Budaya yang mengikut arahan,
organisasi yang lemah bekerjasaama,
boleh menimbulkan mempunyai iltizam yang
konflik dalaman. Konflik tinggi, semangat
dalaman yang tidak kekitaan yang tinggi,
dapat dikawal ini akan mempunyai nilai yang
menjejaskan misi dan dikongsi bersama,
matlamat sekolah dan berpegang teguh kepada
pada masa yang sama nilai teras dan dikongsi
akan menjejaskan secara meluas,
usaha-usaha ke a rah menunjukkan
kecemerlangan persetujuan yang tinggi
di kalangan ahli
terhadap sesuatu
perkara dan patuh pada
nilai-nilai organisasi
tanpa banyak persoalan
Sifat budaya sekolah
Melalui definisi-definisi di atas, terdapat beberapa sifat yang
dapat kita pastikan dalam membentuk budaya sekolah. Setiap
sifat dan dalam rangkaian budaya mempunyai fungsi dan
peranan serta pengertian yang tersendiri yang menjadi asas
sekolah.

 Maksud yang tersirat dalam sifat-sifat budaya sekolah


menurut Shatar Sabran (2001) adalah seperti simbol, norma
yang terdiri daripada Mores dan resam, nilai, kepercayaan
dan ritual, bahasa, tradisi dan perayaan, konvensi dan andaian
dan pengetahuan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya
sekolah
Daripada yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang membentuk sistem

yang tersendiri.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam membentuk budaya sekolah.


Antara faktor-faktornya ialah:


nilai dan misi



struktur organisasi

komunikasi yang berkesan

persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan pekerja perancangan kurikulum

belanjawan dan pengurusan sumber

sistem nasihat dan disiplin dan komuniti
 .
Definisi visi, misi dan nilai
 Visi ialah tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam,
terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan
sebagainya (Kamus Dewan Edisi Empat).

 Visi juga merupakan matlamat sekolah yang berorientasikan


pencapaian.

 Misi ialah memberi arah tuju dan tujuan sekolah yang nyata. Ia adalah
cara merancang pelan operasi bagi mencapai objektif dan sasaran oleh
masyarakat sekolah.

 Nilai adalah bagaimana sifat-sifat dapat dicapai.


Nilai dan visi mempengaruhi budaya sekolah
Budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan dipengaruhi oleh nilai
dan kepercayaan yang menjadi asas dam visi sekolah.

Selain itu, struktur dan sistem sekolah membolehkan sekolah memilih cara bagaimana ia menjalankan
aktiviti visi.

Visi sekolah terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul daripada nilai dan kepercayaan
sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam sesebuah sekolah, ini merupakan matlamat sekolah dan
hala tuju sekolah sesebuah sekolah.

Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam membentuk wawasan sekolah dan merupakan
pemangkin setiap warga sekolah untuk mencapainya.

 Oleh itu, nilai dan visi merupakan pengaruh yang penting dalam membentuk budaya sekolah dan
tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini adalah kerana nilai dan visi adalah cermin
sesebuah sekolah tersebut.
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
Peranan budaya sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi, budaya sekolah banyak memberi
pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi dan juga
tingkah laku.

Kemajuan dan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan melalui penglibatan, kerjasama dan
juga kepercayaan. Menurut (Comer, 1980) pendidik perlu bekerjasama bagi melahirkan
sekolah yang produktif dan seronok dihuni.

Research for Better School telah melakukan kajian pada 200 buah sekolah cemerlang di
Amerika Syarikat dan telah menyenaraikan beberapa ciri budaya yang dimiliki oleh sekolah-
sekolah tersebut iaitu sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan yang maksimum kepada
pelajar, kurikulum berfokus kepada isi kandungan dan kemahiran, kepimpinan menyediakan
visi dan sumber, guru-guru disediakan dengan sumber-sumber yang mencukupi dan sekolah
tidak menerima sebarang alasan (Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud, 2006).

Semua ciri-ciri ini mempunyai hubungan dengan budaya sekolah yang positif dan seimbang.
Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2006) menyatakan kepentingan budaya
sekolah dijelaskan dan diperkukuhkan lagi oleh The Southwest educational Laboratory
(SEDL) iaitu membantu usaha menambah baik sekolah bagi pelajar yang berisiko,
menyediakan fokus dan tujuan sekolah yang jelas kerana budaya menjadi gam yang
mengikat ahli bersama bagi menjayakan misi sekolah.

Budaya juga boleh menjadi penghalang kepada kejayaan sekolah dan budaya boleh
mewujudkan penindasan dan diskriminasi kepada sub kumpulan dalam sekolah, sekolah
yang menginginkan kemajuan perlu memberi fokus kepada nilai-nilai, kepercayaan-
kepercayaan dan norma-norma serta persekitaran dan juga perlu menitikberatkan
perubahan yang fundamental.

Kepentingan tentang budaya di sekolah juga telah dipersetujui dan diperkukuhkan lagi
dengan Stolp (1995) yang menjelaskan budaya sekolah yang sihat mempunyai hubungan
yang kuat dengan pencapaian akademik dan motivasi, produktiviti dan kepuasan guru.

Selain itu kepentingan budaya sekolah juga terbukti melalui kajian demi kajian yang
menunjukkan sekiranya budaya sekolah tidak menyokong pembaharuan yang
diperkenalkan, pembaharuan itu akan gagal.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Menurut Porth (2000), budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap
Faktor Kepimpinan Sekolah
pemimpinnya. Pemimpin yang akan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut.

Pemimpin yang bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepada staf, murid, ibubapa
dan masyarakat , sedar tanggungjawab kepada bangsa dan masyarakat sudah tentu akan
memainkan peranan untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya
sekolah yang cemerlang.

Pemimpin sekolah perlu memastikan keperluan semua guru dan aspek kesediaan di ambil
perhatian. Usaha untuk membentuk budaya sekolah gaya kepimpinan juga perlu berubah dari
autokratik kepada distributif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan akan
melihat keupayaan, kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya
kerja profesional dan prestasi tinggi.

Hussein Mamood (1993), mengatakan kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia
banyak bergantung kepada pihak sekolah iaitu guru besar, guru-guru tetapi kepimpinan guru
besar adalah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali yang mempengaruhi
kualiti dan kuantiti hasil sekolah.
Disokong kajian Huber (2004) sekolah yang diklasifikasikan sebagai berjaya mempunyai
pemimpin sekolah yang kompeten dan sebaliknya sekolah yang tidak berjaya, tidak
mempunyai pemimpin sedemikian.

Lewis dan rakan-rakan (2008), mencadangkan lima set amalan yang membentuk teras asas
amalan kepimpinan yang berjaya iaitu menetapkan hala tuju, membangunkan keupayaan
manusia, mereka bentuk semula organisasi, mengurus program pembelajaran, dan perilaku
kepimpinan.

Pertama, menetapkan hala tuju organisasi di mana pemimpin yang menetapkan hala tuju
yang jelas akan memberikan impak kepimpinan yang besar.

Terdapat banyak masalah yang timbul sekiranya pemimpin sekolah tidak menjalankan
peranannya dan menyerahkan tanggungjawab beliau di sekolah kepada pekerja-pekerja di
bawahnya.

Fenomena ini akan membentuk satu budaya kerja yang tidak cekap dan selaras. Kerjasama
antara staf sukar dibentuk kerana setiap orang mempunyai pelbagai pendapat. Pelbagai
masalah akan timbul sekiranya ketua dalam organisasi tersebut tidak memainkan peranan
beliau.
Faktor Kepimpinan Guru
 Dalin (1993) juga menyarankan individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan
sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai
ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya
pembelajaran murid secara keseluruhannya.

 Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai “role model ” mereka kerana mereka
menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan dan berfikiran jauh ke hadapan. Stolp
(1995), kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke arah situasi pembelajaran yang
menggalakkan serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai.

 Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar sangat besar sehinggakan kadangkala
kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka tinggi berbanding daripada ibu bapa
sendiri.

 Menurut Bath(2001) guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru
melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga memainkan
peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar.
Faktor Disiplin Sekolah
Abdullah Sani Yahaya (2003), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin
sekolah. Jika budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero
defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada
pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya.

Terdapat banyak masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Salah laku yang
ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam seperti datang lambat ke sekolah, ponteng
kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak
menghormati guru.

Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana
boleh dikatakan pelajar ini adalah pelajar nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes
memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak
dan banyak lagi yang belum didedahkan.

Kebiasaannya, apabila pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan


mereka hilang minat untuk belajar apatah lagi memikirkan masa depan.
Menurut Tajul Ariffin (1990), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar
sering ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada
sistem pelajaran kita.

Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan
kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan
kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan
sikap, akhlak dan disiplin diabaikan.

Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan
persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana
disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan
yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.

Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu


mengambil kira 4 perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir
yang ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan
masyarakat dan bukan yang mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti.
DIAGRAM ARAH PENGEMBANGAN BUDAYA SEKOLAH
Budaya merupakan norma,
Budaya merupakan norma,
nilai, keyakinan, ritual,
nilai, keyakinan, ritual,
gagasan, tindakan, dan karya
gagasan, tindakan, dan karya
sebagai hasil belajar
sebagai budaya
Perubahan hasil belajar
mencakup
Perubahan budaya mencakup
proses pengembangan norma,
proses pengembangan norma,
nilai, keyakinan, dan tradisi
PRINSIP nilai, keyakinan, dan tradisi
sekolah
PRINSIP sekolah
sekolah memerlukan
PENGEMBANG sekolah memerlukan
PENGEMBANG pemimpin inspiratif dan
AN BUDAYA pemimpin inspiratif dan
AN BUDAYA inovatif dalam
SEKOLAH inovatif dalam
mengembangkan perubahan
SEKOLAH mengembangkan perubahan
perilaku melalui proses belajar
Mengembangkan
perilaku melalui proses budaya
belajar
Mengembangkan budaya
sekolah memerlukan
sekolah memerlukan
ketekunan, keharmonian, dan
ketekunan, keharmonian, dan
perjuangan
perjuangan
Perubahan budaya sekolah
Perubahan budaya sekolah
dapat terwujud dengan
dapat terwujud dengan
mengembangkan sekolah
mengembangkan sekolah
sebagai organisasi pembelajar
sebagai organisasi pembelajar
MODEL PENGEMBANG BUDAYA SEKOLAH

penilaian
BUDAYA MEMBERSIHKAN KELAS
DI SINGAPURA
BUDAYA SEKOLAH DI JAPAN
Jika di Malaysia para murid dilarang tidur didalam
kelas, di Cina dan Taiwan tidur siang di dalam kelas
malah sudah jadi budaya beberapa sekolah rendah.
PERBANDINGAN BUDAYA
PEMBELAJARAN ANTARA
MALAYSIA DENGAN FINLAND

FINLAND MALAYSIA
Iklim
 Konsep Iklimsekolah
Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang
membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang
ada adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang
terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya.

 Mengikut Moss (1979), beliau mendefinisikan bahawa iklim sekolah


sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaraan
pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar dari pelbagai
latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di
mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protocol yang
diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru.

 Menurut Howard (1974), iklim sekolah merupakan sebagai keadaan


sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku
orang yang di dalamnya. Manakala Pusat Kurikulum (1981) pula
mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
kawasan persekitaraannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang
dengan pembelajaran yang lancar.
Teori dan Model Iklim Sekolah
Model OHI (Organization Health Inventory)
 Kajian tentang sekolah yang sihat juga merupakan satu rangka kerja yang dapat
memberi gambaran tentang iklim sekolah.

 Menurut Hoy dan Miskel (1996), mendefinisikan bahawa sekolah yang sihat
adalah sekolah yang hidup dalam persekitarannya tetapi boleh
mengadaptasi dalam jangka masa yang panjang dan berkembang.

 Ini bermakna sekolah yang sihat berjaya mengurus tekanan dari luar dan
berkesan menggunakan tenaga yang ada untuk memahami objektif dan
organisasi.

 Sekolah yang sihat perlu berjaya dalam menyelesaikan masalah luaran


seperti konflik ibu bapa untuk mendapatkan sumber, dapat mengekalkan
kestabilan di dalam sistem dan berusaha untuk menetap dan mengekalkan
matlamat serta membentuk dan mengekalkan keunikan nilai.

 Dalam instrument ini juga mempunyai lima dimensi iaitu integriti institusi, kepimpinan
keserakanan, pengaruh sumber, kesepakatan guru dan penekanan akademik.
Model Iklim Organisasi
 Model Iklim Organisasi ini dipelopori oleh Payne dan Pugh (1976). Model
ini memperlihartkan fakta-fakta asas dalam memperngaruhi struktur dan
iklim organisasi.

 Model ini mengandungi 5 kumpulan asas iaitu terdiri daripada:


 konteks organisasi,
 struktur organisasi,
 iklim organisasi,
 individu
 persekitaraan individu

 Model ini menunjukkan bahawa struktur organisasi dan iklim organisasi


saling mempengaruhi dan merupakan perhubungan dua hala.

 Iklim organisasi itu akan mempengaruhi individu dari segi tingkah laku dan ciri-ciri
perbandingan seperti personaliti, keinginan, kebolehan, kepuasan, matlamat
dan pencapaian.

 Dalam konteks pendidikan, iklim sekolah sedikit sebanyak mempengaruhi para


pelajar.
Model Organisasi Berkesan
( Organizational Effectiveness Model)
 Kajian yang lebih sistematik dijalankan oleh Mott (1972), yang dipetik oleh Hoy
dan Miskel (2001). Model ini digunakan sebagai model kajian. Dalam model ini,
beberapa perkara penting iaitu kuantiti produk, kualiti produk,
ketetapan, kebolehsuaian dan fleksibel.

 Maka 5 kriteria ini adalah penting untuk mendifinisikan tentang


kebolehan sesuatu organisasi untuk menggerakkan kuasa pusat
untuk mencapai matlamat dan membuat pengubahsuaian.

 Sekolah yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai


keputusan yang baik dan melahirkan perlakuan pelajar yang positif di
mana para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan boleh
berhadapan dengan masalah yang timbul.

 Model ini menekankan tentang hasil yang positif terhadap pelajar.


Output atau hasil akhir dalam model ini adalah lebih komprehensif secara teori
untuk mendifinisikan kualiti dan keberkesanan sekolah.
Teori Motivasi Pembelajaran Sosial
 Menurut Rotter (1975) yang membentangkan Teori Motivasi Pembelajaran
Sosial, individu yang mengetahui kaitan antara kelakuan mereka dan kesan
yang dialami mempunyai kecenderungan kawalan dalaman yang kuat.

 Mereka tahu bahawa tindakan yang mereka ambil akan mempengaruhi apa
yang berlaku kepada mereka.

 Sekiranya setiap warga sekolah berusaha mewujudkan iklim sekolah


yang berkesan, mereka akan mempunyai kawalan dalaman diri yang
kuat.

 Dengan kawalan dalaman yang kuat, ini akan memotivasikan warga


sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas pada tahap yang terbaik.

 Sikap sebegini dapat memastikan mereka mencapai kejayaan dalam setiap


tugas yang dilaksanakan.
Faktor-Faktor Pembentukan Iklim sekolah
 Perhubungan Interpersonal
 Berdasarkan profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal

yang lebih positif.

 Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah

tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka bagi meningkatkan
profesionalismenya. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah tersebut.

 Pengajaran dan Pembelajaran


 Pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar.

 Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian

Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar.

 Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru yang

berkesan adalah mereka yang berinovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian.
 Kepimpinan Pentadbiran
 Pengetua di sekolah mestilah mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga

pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan.


 Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi

sokongan kepada guru terhadap amalan pengajaran mereka dan menggalakkan mereka
menggunakan inovasi dalam kerja sehariannya.
 Pihak pentadbiran megadakan program pembangunan staf untuk menggalakkan
perkembangan professional di kalangan mereka.
 Pelajar di sekolah digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka.

 Kemudahan Fizikal
 Pelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah.

Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.


 Sekolah yang cemerlang mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan

pembelajaran.
 Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong

untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
Pencapaian Pelajar
 Pencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur

iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan berpandukan kepada


kehendak dan objektif pengajaran.
 Pelajar digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan
kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan
sekolah dan buku mereka.
 Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru.

Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan pelajar


digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.
 Murid yang berjaya akan diberi penghargaan serta maklum balas yang

cepat dan berterusan terhadap prestasi pelajar berkenaan.


 Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru.

Oleh itu, sekolah perlu memberi keyakinan kepada pelajar bahawa


mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajarannya.
Disiplin Sekolah
 Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk

mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah


mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan
ketat, tenang tanpa penindasan byang secara amnya adalah selesa untuk

suasana proses pembelajaran .


 Kebiasaannya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan

menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu


sendiri. Kadang kala masalah disiplin yang dialami dan disusuli pula
dangan prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam
peperiksaan utama seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia
dan Penilaian Menengah Rendah. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan
kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan.
Pembentukan Iklim Sekolah
Iklim sekolah boleh dibentuk dangan cara:

 Menghargai Permuafakatan

Semua guru mesti mengambil berat terhadap ‘kesihatan’ sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat
menghindarkan berketerasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui
wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan permaufakatan guru bersama-
sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling bergantungan dan bantu
membantu sesama staf

 Mengamalkan Nilai Kesejawatan

Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya, seseorang itu
tetap memerlukan orang lain membantunya atau tyerlibat sama. Kesejawatan atau “collegiality” bermaksud satu
budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu- membantu, hormat-
menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar
profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatan ini di
kalangan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan
dan mencegah unsure-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-
domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki dan iri hati sesama staf dan kakitangan yang lain.
MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF
IKLIM & PERSEKITARAN SEKOLAH
 Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan ceria.

 Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik bagi
merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan. Jadi tidak
hairanlah mengapa pihak pengurusan sekolah amat menekankan aspek iklim dan persekitaran sekolah yang
baik.

 Mana mungkin pelajar tidak dapat belajar dengan tenteram sekiranya persekitaran sekolahnya kucar
kacir, kotor, berbau dan bising. Di tambah pula dengan hubungan antara pelajar dengan guru yang
sentiasa tegang, guru yang tidak mesra, sikap pelajar yang nakal dan suka bergaduh.

 Hal ini boleh menyumbang ke arah pemerosotan prestasi pelajar, masalah ponteng dan disiplin
pelajar yang sukar untuk dibendung kesan daripada iklim dan persekitaran sekolah yang negatif. Pusat
Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan ‘iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar’.

 Sebuah sekolah boleh mengalami iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Pada kebiasaanya, sebuah
sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik,
hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif.

 Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang
selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok
Soon Sang, 2003).
 Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam
membina sekolah yang berkesan. Salah satu aspek penting dalam iklim
persekolahan adalah faktor keceriaan.

 Menurut Kamus Dewan, ceria dapat diertikan sebagai sesuatu yang cantik,
bersih, suci dan murni dalam sesuatu ruang atau kawasan tertentu.

 Manakala menceriakan bermaksud menjadikan sesuatu ruang atau kawasan


tertentu kelihatan ceria, bersih, dan cantik dengan mengindahkannya,
memurnikan, menyucikan serta mendidik dan memelihara.

 Oleh hal yang demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam
mewujudkan iklim sekolah yang positif dengan mengindahkan
kawasan sekolah seperti menanam pokok-pokok bunga, memelihara
kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik darjah
dengan pelbagai bahan pengajaran yang menarik (Abdullah Sani bin
Yahya, 2007).
Sekiranya keceriaan sekolah tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan suasana sekolah yang ‘mati’ dan
membosankan apabila kita menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut. Dengan keadaan sekolah yang tidak
teratur, rumput-rumput tumbuh meliar dan panjang, kereta dan basikal yang tidak tersusun, bilik darjah, tandas dan
makmal yang kotor, cermin-cermin tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau busuk serta
kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap.

Iklim sekolah yang sebegini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seterusnya
menggambarkan bagaimana sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut.

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah
laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan
yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008).
Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan
tenteram dan selesa.

Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke
sekolah lagi kerana merasa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak
terganggu.

Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai
pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin
dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi membantu proses
pembelajaran anak-anak mereka.
 Sememangnya sudah menjadi impian untuk setiap warga sekolah untuk menjadikan sekolah
masing-masing yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan terdapat halangan-
halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat tersebut.

 Salah satu halangan tehadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul
daripada masalah kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah,
pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG).

 Pihak sekolah perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan
derma melalui program-program tertentu, guru-guru pula membantu para pelajar
menjalankan program-program amal. Selain itu, gotong-royong secara berkala,
pertandingan keceriaan kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum kelas
bermula, mampu memastikan kebersihan dan keceriaan kelas di tahap yang baik.

 Kadang kala halangan untuk mewujudkan budaya cinta akan kebersihan dan keceriaan sekolah
adalah berpunca daripada segelintir guru dan para pelajar yang enggan memberikan kerjasama.

 Oleh itu, sikap dan gaya kepimpinan pihak pengurusan sekolah yang berwibawa seharusnya
mampu menangani halangan ini dengan sebaiknya. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah
dalam keadaan yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat
ditingkatkan ke tahap yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.
MEMBANGUN SEKOLAH KONDUSIF
ISU BERKAITAN BUDAYA DAN PENCAPAIAN
PELAJAR

Pencapaian pelajar pelajar SJKC lebih baik daripada


pelajar SK.

Kenapa pelajar berbangsa Cina lebih menguasai


Matematik?

Adakah terdapat perbezaan kaedah pengajaran guru di


SJKC dan SK?
Kerajaan akan mengkaji kaedah pembelajaran Matematik
dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
berikutan prestasi lebih baik yang dicatatkan murid dalam
keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Maths helps from Chinese schools- The Star, 21 January


1992

Ministry studying Chinese approach to Mathematics- New


Straits Times, 21 January 1992

Teaching Maths the Chinese Way - The 3 September 1992


BUDAYA SEKOLAH
CULTURE DIFFERENCES AND MATHEMATICS LEARNING IN
MALAYSIA
ISU 2:
SEKOLAH CEMERLANG, SEDERHANA DAN
RENDAH
Apabila keputusan diumumkan
hanya sebilangan kecil sekolah
sahaja yang dianggap cemerlang
berbanding sebahagian besarnya
sederhana atau lemah. Begitu juga
dengan bilangan pelajar cemerlang
jauh lebih kecil daripada bilangan
yang kurang atau tidak cemerlang -
Hishamuddin Hussin, 2006).
BUDAYA SEKOLAH CEMERLANG,
SEDERHANA DAN RENDAH
Persekitaran sekolah yang
kondusif
Isu: Adakah sekolah dapat menyediakan persekitaran yang
kondusif dan selamat kepada setiap pelajar?

Organisasi bilik darjah


susunan meja dan kerusi yang teratur, papan
kenyataan yang berfungsi dan dapat menarik
perhatian pelajar, dan sudut-sudut yang menarik di
dalam bilik darjah
35 pelajar 1 kelas
Lanskap sekolah
pembangunan landskap boleh mengindahkan dan
meneduhkan kawasan sekolah dengan kombinasi
pokok-pokok dan elemen-elemen lain seperti air,
struktur dan batuan.
KESIMPULAN
 Budaya dan iklim sekolah perlu disepadukan antara iklim yang

bersifat disiplin dalaman (nilai kerohanian) spt penerapan nilai

keagamaan dalam kehidupan seharian di sekolah dan iklim bersifat

luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta

hubungan komunikasi yang baik.

 Dengan kesepaduan budaya dan iklim sekolah, pihak sekolah bukan

sahaja mampu mewujudkan suasana motivasi pembelajaran tinggi

dan juga berjaya menghasilkan pelajaran yang cemerlang dari segi

akademik dan sahsiah.

You might also like