You are on page 1of 4

BAB 12: PERNIAGAAN ANTARABANGSA

BAHAGIAN A
5. Terangkan Dua jenis galakan dalam perniagaan antarabangsa? [4m]
Dua jenis galakan dalam peniagaan antarabangsa ialah:

1. AFTA (Asean Free Trade)


 Bertujuan menghapuskan semua sekatan perdagangan antarabangsa seperti
kuota dan tariff dalam kalangan negara anggota
 Menetapkan tariff yang seragam yang dikenakan kepada negara bukan anggota
AFTA
 Menggalakan perdagangan bebas dan membentuk pasaran bersama dalam
kalangan negara anggota
2. NAFTA (North American Free Trade Agreement)
 Merupakan pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Amerika
Syarikat, Kanada dan Mexico
 Matlamat untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif perdagangan
dalam kalangan negara anggota
 Menyelesaikan masalah negara anggota yang berkaitan dengan harta
intelektual, pelaburan dan perkhidmatan serta peraturan perdagangan
3. EU (Europian Union)
 Dianggotai oleh 28 buah negara termasuk Belgium, Perancis, Belanda, Ireland
dan United Kingdom
 Bertujuan mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan jepun yang
sukar digugat oleh negara-negara lain
 Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota bagi memastikan
perdagangan dijalankan secara bebas

4. Asean (Association of Southeast Asian Nations)


 Dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara
 Tujuan adalah menggalakkan pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan
menerusi program-program kerjasama serantau
 Memastikan sumber semulajadi negara anggota dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dengan cekap

1F = 1Markah
1H = 1Markah
2F+2H= 4Markah

6. Huraikan Tiga konsep Perniagaan Antarabangsa. [6m]


Tiga konsep Perniagaan Antarabangsa:
1. Dunia tanpa sempadan [1m]

- Ia merupakan konsep yg menekankan perdagangan bebas yg tidak dibatasi


sempadan negara atau perniagaan yg melangkaui sempadan negara [1m]
- Ia dimana modal, buruh dan b2p dpt bergerak bebas tanpa sebarang halagnan
seperti tariff [1m]

2. Pasaran menimbul [1m]


- Konsep ini menyatakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa
beli pengguna dalaam pasaran tersebut [1m]
- Pasaran menimbul merupakan kawasan atau negara baru yanag dikenalpasti
mempunyai ekonomi yang mampu menyediakan pasaran bagi eksport pengeluaran
dunia dan antarabangsa [1m]

3. Selatan-Selatan [1m]

- Selatan-selatan merupakan pakatan atau kerjasama negara-negara yang terletak di


hemisfera selatan untuk menjaga kepentingan ekonomi, teknikal dan sosial [1m]

4. Globalisasi [1m]
- Globalisasi merupakan proses ekonomi dunia menjadi satu ekonomi yang
saling bergantung dan tidak terasing lagi [1m]
- Ia menekankan konsep sejagat dan menyeluruh supaya produk dapat
dipasarkan secara menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya di
seluruh dunia [1m]
- Ia dimana firma membentuk opersai syarikat di merata dunia [1m]

5. Lokalisasi [1m]
- Lokalisasi merupakan proses mengubahsuai atau mengadaptasi sesuatu produk
atau perkhidmatan supaya bersesuaian dengan cita rasa tempatan di negara
tempat perniagaan beroperasi [1m]

6. Nasionalisasi [1m]
- Nasionalisasi merupakan tindakan sesebuah negara mengambil alih
pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma tersebut sebagai milik negara
[1m]

7. Penswastaan [1m]
- Penswastaan ialah dimana agensi kerajaan atau bahagian tertentu yang dimiliki
kerajaan dijual atau dipindah milik kepada pelabur asing atau tempatan iaitu swasta
[1m]

1F = 1Markah
1H = 1Markah
3F+ 3H = 3Markah
(Mana-mana jawapan yang sesuai)

7. Jelaskan Tiga cabaran syarikat multinasional. [6m]


Tiga cabaran syarikat multinasional adalah:
1. Struktur organisasi [1m]

- Struktur organisasi syarikat di sesebuah negara berbeza dengan struktur organisasi


syarikat di negara lain [1m]
- Pemilihan struktur organisasi bergantung kepada persekitaran perniagaan,
pasaran sasaran, kemahiran pekerja dan kaedah operasi yang diamalkan setiap
negara [1m]
- Syarikat multinasional menghadapi kesukaran untuk memilih bentuk penjabatanan
dan pengagihan autonomi kepada subsidiari [1m]
- Contoh: Petronas sukar memilih penjabatan yang sesuai jika membuka cawangan di
Afrika Selatan
2. Kawalan pengurusan [1m]
- Syarikat multinasional mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. [1m]
- Lokasi yang jauh menyukarkan pemilihan bentuk struktur pentadbiran sama
ada pentadbiran berpusat atau tidak berpusat [1m]
- Tidak berpusat bermakna anak syarikat membuat keputusan. Ini
membolehkan suatu keputusan itu dapat dibuat dgn tepat. Walau bagaimanpun,
syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak syarikat [1m]
- Pentadbiran berpusat pula bermaksud syarikat induk membuat keputusan
dan mengawal aktiviti anak syarikat. Walaubagaimanapun, keputusan yang
diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir tentang selok
belok perniagaan di luar [1m]
- Contoh: Petronas sukar mengawal pengurusan di Afrika Selatan jika melaksanakan
kawalan pengurusan tidak berpusat

3. Politik dan perundangan [1m]


- Sistem politik yang diamalkan setiap negara adalah berbeza. Bagi negara
yang mengamalkan sistem perancangan pusat, pengurusan sesebuah syarikat perlu
diubah suai mengikut sistem politik ditetapkan [1m]
- Kestabilan politik dapat menjamin pelaburan asing secara berterusan[1m]
- Sistem perundangan di setiap negara juga adalah berbeza [1m]
- Pengenaan tarif juga menyebabkan kos mengimport meningkat [1m]
- Contoh: Ketidakstabilan politik di negara Timur Tengah boleh mengancam
kelancaran perniagaan Petronas

4. Ekonomi [1m]
- Sistem ekonomi di setiap negara adalah berbeza dan ini mempengaruhi
aktiviti perniagaan antarabangsa [1m]
- Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, masalah pengangguran berlaku dan
ramai kehilangan pekerjaan . Ini menyebabkan permintaan terhadap produk
syarikat multinasional berkurang dan seterusnya keuntungan juga berkurang [1m]
- Hal ini akan menjejaskan kesinambungan sesebuah syarikat multinasional itu [1m]
- Contoh: Sistem Ekonomi perancangan pusat, kerajaan bertindak mengawal
kegiatan ekonomi negara tersebut seperti harga, cukai dan jenis produk

5. Sosiobudaya [1m]
- Syarikat perlu menitikberatkan bahasa yg perlu digunakan semasa berurusan dgn
penduduk tempatan [1m]
- Dari segi agama dan kepercayaan, syarikat perlu memastikan sumber
bahan mentah yg digunakan menepati hukum syarak sekiranya pelanggan
dlm syarikat tersebut terdiri drpd orang Islam [1m]
- Syarikat juga perlu peka dgn cita rasa dan gaya hidup masyarakat setempat. Ini
kerana gaya hidup masyarakat menentukan corak perbelanjaan dan permintaan
pengguna [1m]
- Contoh: Penduduk Malaysia mementingkan perpaduan kaum, oleh itu syarikat
Jepun yang membuka kilang di Malaysia perlu mengamalkan unsur perpaduan

1F = 1Markah
1H = 1Markah
3F+ 3H = 3Markah
(Mana-mana jawapan yang sesuai)

You might also like