You are on page 1of 27

PEMAJU :

GDW MENGKUANG SDN BHD

PERJANJIAN ini diperbuat pada haribulan 2022

ANTARA

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG, sebuah perbadanan statutori


yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983 dan
mempunyai pejabat berdaftar di No.1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah, 12200
Butterworth, Pulau Pinang (kemudian selepas ini disebut sebagai ‘PERDA’) di satu pihak yang
pertama.

DAN

PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD (No. Syarikat: 199501019602 (348805-T)


adalah sebuah syarikat milik penuh PERDA yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
(Pindaan 2016) (Akta 777), yang mempunyai alamat perniagaan di Midtown PERDA, PT 711,
Mukim 12, Kubang Menerong, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang (kemudian selepas ini
disebut sebagai “PVISB”) di satu pihak yang kedua.

Dalam Perjanjian ini, di mana bersesuaian, PERDA dan PVISB kemudian daripada ini boleh
disebut secara perseorangan sebagai “Pihak” dan secara bersesama sebagai “Pihak-pihak”.

BAHAWASANYA:-

A. PERDA adalah merupakan Tuanpunya Berdaftar bagi hartanah yang disenaraikan di


bawah:-

1
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

i. PLOT A

BIL LOT HAKMILIK MUKIM DAERAH


1. 369 GM 313 13 SPU
2. 1217 GM 457 13 SPU
3. 1218 GM 458 13 SPU
Anggaran keluasan keseluruhan 26.592 ekar

ii. PLOT B

BIL LOT HAKMILIK MUKIM DAERAH


1. 361 GM 320 13 SPU
2. 362 GM 319 13 SPU
3. 363 GM 318 13 SPU
4. 364 GM 317 13 SPU
5. 365 GM 316 13 SPU
6. 366 GRN 40236 13 SPU
7. 1820 GM 759 13 SPU
(Dulu dikenali sebagai (Dulu dikenali
Lot 367) sebagai GM 313)
8. 368 GM 314 13 SPU
9. 1206 GM 554 13 SPU
Anggaran keluasan keseluruhan 41.643 ekar

iii. PLOT C

BIL LOT HAKMILIK MUKIM DAERAH


1. 1219 7318 13 SPU
2. 1763 107858 13 SPU
3. 1768 107854 13 SPU
4. 1770 GM 562 13 SPU
(Dulu dikenali (Dulu dikenali
sebagai Lot 1189) sebagai GM 770)
Anggaran keluasan keseluruhan 38.33 ekar

2
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

Salinan dokumen hakmilik/carian rasmi bagi setiap lot hartanah yang dinyatakan di atas
dilampirkan sebagai Lampiran A Perjanjian ini. (Kemudian selepas ini Plot A, Plot B dan
Plot C secara komposisi berasingan atau kolektif disebut sebagai “Hartanah Tersebut”.)

B. PERDA bersetuju untuk melantik PVISB sebagai anak syarikat milik penuhnya bagi
melaksanakan peranan sebagai ejen pelaksana yang menguruskan serta menyelia
pembangunan Hartanah Tersebut yang merangkumi pembangunan perumahan,
komersil serta infrastruktur berkaitan.

C. Mesyuarat Lembaga Pengarah PERDA Bil 1/2011 yang bermesyuarat pada 10 haribulan
Januari 2011 telah bersetuju dan meluluskan pelantikan syarikat GDW MENGKUANG
SDN BHD (No. Syarikat 200901026564 (869666-H)) sebuah syarikat yang ditubuhkan di
bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di 282-C (Level 3) Jalan
Gurdwara, 10300 Georgetown, Pulau Pinang (Kemudian disebut sebagai “Pemaju
Tersebut”) untuk memajukan pembangunan bercampur secara usahasama dengan
PVISB yang melibatkan Plot A dan Plot B Hartanah Tersebut.

D. Merujuk pada Pernyataan (Recital) C di atas, satu Perjanjian Usahasama di antara PVISB
dan Pemaju Tersebut telah ditandatangani pada 10 haribulan Mac, 2011 (Kemudian
disebut sebagai “Perjanjian Tersebut”).

E. Pemaju Tersebut telah melaksanakan dan menyiapkan pembangunan di atas Plot A


Hartanah Tersebut yang merangkumi unit-unit Rumah Bandaran Kos Rendah, rumah
teres satu tingkat dan rumah berkembar satu tingkat menjadikan jumlah keseluruhan
sebanyak 440 unit telah siap dibina dengan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC)
diperolehi untuk Taman Desa Ara, Mukim 13, Ara Kuda, Tasek Gelugor, Seberang Perai.
(Kemudian disebut sebagai “Taman Desa Ara”)

F. Melalui Perjanjian Tambahan yang ditandatangani di antara PVISB dan Pemaju Tersebut
bertarikh 27 haribulan November, 2014 (Kemudian disebut sebagai “Perjanjian
Tambahan Tersebut”) selaras dengan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah PVI Bil
4/2013 bertarikh 8 haribulan September 2013 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah PERDA
Bil 5/2013 bertarikh 12 haribulan September 2013, Pemaju Tersebut telah bersetuju
untuk menyerahkan semula Plot B Hartanah Tersebut yang belum dimajukan kepada
PVISB dan kemudiannya PVISB menggantikan Plot C Hartanah Tersebut untuk dimajukan
mengikut terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Tambahan Tersebut.

3
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

G. Pihak PVISB dan Pemaju Tersebut kemudiannya secara bersama bersetuju untuk
menandatangani Perjanjian Usahasama yang baru bertarikh 2 haribulan April 2021
(kemudian disebut sebagai “Perjanjian Usahasama Tersebut”, yang mana merangkumi
apa-apa perjanjian tambahan yang berkaitan yang telah mendapat kebenaran PERDA)
bagi mengatasi (supersede) Perjanjian Tersebut dan Perjanjian Tambahan Tersebut yang
terdahulu seperti dirujuk dalam Pernyataan D dan F di atas, bagi tujuan menyelaraskan
pemajuan projek di atas Plot C Hartanah Tersebut yang dikenali sebagai Taman Desa
Ara Jaya mengikut terma baru di dalam Perjanjian Usahasama Tersebut. (Kemudian
disebut sebagai “Projek Tersebut”).

H. Selaras dengan Perjanjian Usahasama Tersebut, PERDA telah memberikan kuasa wakil
kepada PVISB melalui Surat Kuasa Wakil bertarikh 8 haribulan Mac, 2021 yang telah
didaftarkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang No. Pendaftaran PA-SKW-2367-04/2021
pada 1 haribulan April 2021 (Kemudian disebut sebagai “Surat Kuasa Wakil”) dan
dilampirkan sebagai Lampiran B Perjanjian ini bagi membolehkan PVISB menjalankan
tanggungjawabnya bagi pihak dan atas nama PERDA untuk kuasa-kuasa yang terkandung
di dalamnya berkaitan pemajuan Projek Tersebut.

I. Kebenaran Lembaga Pengarah PERDA berhubung dengan Perjanjian Usahasama


Tersebut serta Perjanjian Tambahan yang berkaitan telah diperolehi oleh PVISB
sepertimana yang dilampirkan di Lampiran C Perjanjian ini.

J. PERDA dan PVISB dengan ini bersetuju untuk menandatangani Perjanjian ini bagi
memperjelaskan waad-waad serta obligasi kedua-dua belah pihak seperti yang
dinyatakan dalam Perjanjian ini dan menurut terma-terma yang dipersetujui
kemudiannya di dalam Perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT: -


1. TAKRIF DAN TAFSIRAN
1.1 TAKRIF
“Perjanjian” bermaksud Perjanjian ini termasuk apa-apa lampiran serta jadual yang
terkandung di dalamnya;

4
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

“Wakil PERDA” bermaksud mana-mana pegawai yang berkhidmat di PERDA yang dari
masa ke masa diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah PERDA untuk
bertindak dan bagi pihak PERDA; dan

“Wakil PVISB” bermaksud mana-mana orang yang diberi kuasa oleh PVISB untuk
bertindak bagi pihaknya.

“Bebanan” untuk tujuan Perjanjian ini bermaksud apa-apa lien, kaveat,


perintah larangan, gadaian dan/atau bebanan lain yang
melibatkan Hartanah Tersebut menurut peruntukan Kanun Tanah
Negara 1965.

“Belanja Pembangunan” bermaksud kos dan perbelanjaan kasar yang dianggarkan


oleh Pemaju yang akan dibelanjakan untuk Pembangunan
tersebut sehingga siap.

“Bulan” bermaksud tempoh satu bulan mengikut kalendar Gregorian.

“Bon Perlaksanaan” bermaksud bon perlaksanaan di dalam bentuk jaminan bank


daripada mana-mana bank berlesen di Malaysia pada kadar lima
peratus (5%) daripada pulangan PVISB yang perlu disediakan oleh
Pemaju Tersebut untuk setiap masa Pembangunan tersebut.

“Kebenaran” bermaksud keizinan-keizinan, kebenaran-kebenaran, kelulusan-kelulusan,


lesen-lesen, sijil-sijil dan permit-permit di dalam format yang sah yang
mungkin penting untuk memulakan, menjalankan, menyelenggara dan
menyiapkan Pembangunan tersebut mengikut undang-undang, seperti
yang diniatkan di bawah Perjanjian ini termasuklah (tetapi tidak terhad):-
(i) kelulusan-kelulusan untuk pertukaran syarat penggunaan
tanah, penyerahan balik dan pemberimilikan semula,
pecah sempadan, pelan susun atur, pelan pembangunan,
lesen pemaju, permit pengiklanan, perakuan siap dan
pematuhan dan lain-lain keizinan kebenaran, kelulusan,
lesen, perakuan, sijil dan permit yang dikeluarkan di

5
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

bawah mana-mana undang-undang, peraturan dan


undang-undang kecil;

(ii) keperluan kesemua Pihak Berkuasa Berkenaan yang


mengawal selia Pembangunan tersebut dan/atau
penggunaan Hartanah Tersebut;

(iii) kebenaran-kebenaran daripada pihak-pihak yang


mempunyai kepentingan atau hak terhadap Hartanah
Tersebut atau pihak-pihak lain yang mana jika
kebenarannya tidak diperolehi boleh menghalang kerja-
kerja Pembangunan tersebut.

“kelulusan” bermaksud kesemua kelulusan yang diperlukan, kebenaran,


keizinan dan/atau lessen-lesen daripada satu atau lebih Pihak
Berkuasa Berkenaan yang perlu diperolehi oleh Pemaju untuk
tujuan Pembangunan tersebut termasuk tetapi tidak terhad
kepada pelan susun atur dan pelan bangunan sahaja.

“Notis Permulaan Kerja” bermaksud suatu notis yang dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa Berkenaan kepada PVISB / Pemaju Tersebut / Arkitek
selepas kelulusan daripada Pihak Berkuasa Berkenaan diperolehi
untuk memulakan kerja dan menjalankan Pembangunan tersebut
termasuklah (melainkan dikehendaki sebaliknya) kerja-kerja
membersihkan tapak, menyediakan tapak yang bermula daripada
tarikh Pemaju memasuki Hartanah Tersebut.

“Peguamcara PERDA” bermaksud Tetuan Noor Asyimah & Associates,


Peguambela dan Peguamcara yang beralamat di No. 8B, Tingkat 2,
Jalan Todak 3, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau
Pinang.

“Peguamcara PVISB” bermaksud Tetuan Shukor & Co., Peguambela &


Peguamcara yang beralamat di Prime Chambers, No. 2, Lorong
Perda Barat 2, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau
Pinang.

6
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

1.2 TAFSIRAN
(a) Apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, gambar, rajah, nota atau
penerangan yang dirujuk, disertakan atau dilampirkan dalam Perjanjian
ini dan apa-apa pindaan, perubahan, penambahan atau modifikasi
bertulis padanya hendaklah ditafsirkan dan dibaca sebagai sebahagian
daripada Perjanjian ini;

(b) Rujukan kepada Klausa atau Fasal hendaklah bermaksud rujukan kepada
Klausa-klausa atau Fasal-fasal dalam Perjanjian ini;

(c) Semua rujukan terhadap peruntukan-peruntukan dalam apa-apa Akta,


Peraturan-peraturan, Kaedah-kaedah, Enakmen, Ordinan, Undang-
Undang Kecil, Perintah, Arahan Keselamatan Kerajaan, Arahan dan Surat
Pekeliling Perkhidmatan, Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
dan lain-lain Arahan Kerajaan hendaklah termasuk peruntukan yang
dipinda, dipotong, digantikan, diubah atau digubal semula;

(d) Penyataan “Perjanjian”, “Kontrak” atau penyataan lain yang sama


hendaklah mengandungi klausa atau fasal yang terkandung dalam
Perjanjian ini dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan, penambahan
atau modifikasi dan perjanjian tambahan secara bertulis padanya dan
termasuk apa-apa jadual, lampiran, apendiks, dokumen, nota atau
penerangan padanya;

(e) Perkataan “Undang-undang” ertinya mana-mana Undang-Undang


bertulis semasa, akan datang atau apa-apa Perlembagaan, Dekri,
Penghakiman atau Perundangan, Peraturan-Peraturan, Perintah,
Kaedah-Kaedah, Ordinan, Undang-Undang Kecil atau Arahan yang
dipinda dari semasa ke semasa.

7
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(f) Semua rujukan terhadap hari, bulan atau tahun hendaklah merujuk
kepada hari bekerja biasa Kerajaan melainkan dinyatakan sebaliknya
atau sebagaimana yang diarahkan secara bertulis oleh Kerajaan;

(g) Perkataan “secara bertulis” ertinya suatu arahan suratan dalam bentuk
bertulis yang diberikan, dikemukakan atau diserahkansecara rasmi
antara Pihak-pihak;

(h) Tajuk kepada mana-mana Klausa atau Fasal dalam Perjanjian ini adalah
sebagai rujukan dan kemudahan sahaja dan tidak memberikan apa-apa
kesan kepada tafsiran dan pengertian Klausa atau Fasal tersebut; atau

(i) Apa-apa istilah teknikal yang tidak ditakrifkan dalam Perjanjian ini
hendaklah ditafsirkan mengikut penggunaan atau takrif yang biasa
digunakan dalam industri dan profesion yang berkenaan.

2. PULANGAN PERDA

2.1 Sebagai balasan persetujuan PERDA dan kebenaran yang diberikan kepada PVISB
untuk menyempurnakan dan melaksanakan Perjanjian Usahasama Tersebut seperti
yang dinyatakan dalam Pernyataan G di atas, maka PVISB dengan ini bersetuju
bahawa PERDA berhak untuk menerima pulangan dengan kadar tiga puluh peratus
(30%) perkongsian dengan PVISB setelah ditolak Kos Hartanah (Perolehan dan
Pegangan) serta Pulangan Keuntungan dan lain-lain imbuhan seperti yang
diputuskan dalam Kertas Mesyuarat Bil. (43) 6/2021 (MMLPBIL
6/2021/24/12/2021) yang keseluruhannya berjumlah RM7,587,589.77 seperti yang
dinyatakan secara terperinci dalam jadual yang dirujuk di Klausa 2.2 di bawah.

2.2 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pulangan Keseluruhan yang perlu dibayar oleh
Pemaju Tersebut di bawah Perjanjian Usahasama Tersebut adalah berjumlah
RM11,200,000.00 (Kemudian disebut sebagai “Pulangan Projek Tersebut”) yang
mana dibahagikan di antara PERDA dan PVISB seperti berikut: -

PEMBAHAGIAN PERDA PVISB


Kos Perolehan & Pegangan RM5,089,413.95 -

8
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

Pulangan 30% : 70% RM1,398,175.82 RM3,262,410.24

Yuran Pengurusan - RM250,000.00

Pulangan ‘in Kind’ (2 unit Kedai Pejabat) -


RM1,000,000.00
Majlis Pelancaran - RM100,000.00

Kajian RM100,000.00 -

JUMLAH RM7,587,589.77 RM3,612,410.24


JUMLAH KESELURUHAN – RM11,200,00.00

3. PEMBAYARAN PEMAJU TERSEBUT KEPADA PVISB

3.1 Merujuk pada Klausa 2.2 di atas, PVISB akan menerima pembayaran Pulangan Projek
Tersebut yang mana sebahagiannya dibayar oleh Pemaju Tersebut secara kontra
seperti berikut: -

i) RM4,770,000.00 - telah dibayar secara kontra dengan 106 unit Rumah


Bandaran Kos Rendah yang bernilai RM45,000.00 setiap unit yang telah
siap dibina di atas Plot A Hartanah Tersebut

ii) RM1,000,000.00 - dibayar secara kontra dengan 2 unit Kedai Pejabat

iii) RM201,382.22 – dibayar secara kontrak dengan kos pembelian


kenderaan dengan No. Pendaftaran PQK9090

dengan nilai kontra keseluruhan sebanyak RM5,971,382.22

3.2 Baki tunai Pulangan Projek Tersebut RM5,228,617.78 akan dibayar oleh Pemaju
Tersebut mengikut Jadual dan Struktur Pembayaran yang telah ditetapkan seperti
yang tertera dalam Jadual Pembayaran di Lampiran D Perjanjian ini. (Kemudian
disebut sebagai “Jadual Pembayaran”)

9
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

3.3 PEMBAYARAN PVISB KEPADA PERDA


Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju bahawa PERDA akan menerima sebahagian
pembayaran Pembahagian Pulangan Projek Tersebut dari PVISB seperti yang
berikut: -

PEMBAYARAN SEBAHAGIAN DARI PEMBAHAGIAN PULANGAN KEPADA PERDA


DI BAWAH PERJANJIAN INI
1 Secara kontra dengan 106 unit rumah bandaran kos RM4,770,000.00
. rendah bernilai RM45,000.00 seunit
2 Secara kontra dengan 2 unit Kedai Pejabat 2 tingkat RM1,000,000.00
.
3 Secara kontra 1 unit kenderaan No. Pendaftaran PQK9090 RM201,382.27
.
JUMLAH/NILAI RM5,769,999.95

3.4 Baki tunai pembayaran Pulangan Projek Tersebut kepada PERDA di bawah Perjanjian
Usahasama Tersebut sebanyak RM1,817,589.82 akan dibayar oleh PVISB mengikut masa
dan struktur bayaran yang diterima dari Pemaju Tersebut seperti yang ditetapkan dalam
Jadual Pembayaran yang dirujuk dalam Klausa 3.2 di atas.

3.5 Sekiranya PVISB gagal atau cuai untuk membuat pembayaran kepada PERDA dalam
tempoh Enam Puluh (60) hari dari tarikh penerimaan bayaran dari Pemaju Tersebut
mengikut masa yang dinyatakan dalam Klausa 3.4 di atas, maka PERDA berhak untuk
mengenakan denda lewat (ta’width) ke atas PVISB dengan kadar 5% setahun kiraan
harian sehingga pembayaran yang sepatutnya dijelaskan.

3.6 Dengan merujuk kepada Klausa 3.2 dan 3.4 di atas, PVISB akan menerima bahagian
Pulangan Projek Tersebut melalui baki tunai berjumlah RM3,612,410.23 yang perlu
dibayar oleh Pemaju Tersebut mengikut pembahagian yang dirujuk dalam Jadual
Pembayaran di Klausa 3.2 di atas.

10
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

3.7 Bagi memperjelaskan tentang kaedah pembayaran Pulangan Keuntungan Projek


Tersebut kepada PVISB dan PERDA, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembayaran di
dalam Perjanjian ini pada asasnya akan disempurnakan seperti berikut: -

Kaedah Pembayaran PERDA PVISB


Secara Kontra “in Kind” RM5,769,999.95 -
Secara tunai dan berjadual RM1,817,589.82 RM3,411,027.97
JUMLAH RM7,587,589.77 RM3,411,027.97
RM11,200,00.00

4. TEMPOH PERLAKSANAAN PROJEK

Pemaju Tersebut hendaklah melaksanakan dan menyiapkan pembangunan Projek


Tersebut sepertimana yang dikehendaki dalam Perjanjian Usahasama Tersebut. Pemaju
Tersebut dikehendaki untuk menyiapkan setiap fasa beserta Sijil Siap Praktikal (Certificate
of Practical Completion) dalam tempoh Tiga Puluh Enam (36) bulan dari tarikh Notis
Permulaan Kerja diperolehi oleh Pemaju Tersebut daripada Pihak Berkuasa Tempatan
bagi setiap fasa yang berkenaan.

5. BAYARAN CUKAI TANAH DAN TAKSIRAN

Bayaran Cukai Tanah serta Taksiran bagi Hartanah Tersebut yang perlu dibayar kepada
pihak Berkuasa Negeri/ Tempatan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pemaju
Tersebut bermula dari tarikh Perjanjian Usahasama Tersebut.

6. PENUKARAN SYARAT PEMBANGUNAN TANAH

6.1 PERDA bersetuju untuk membenarkan permohonan tukar syarat bagi Hartanah
Tersebut oleh PVISB dan /atau Pemaju Tersebut kepada pihak Berkuasa Negeri /
Tempatan bagi tujuan pemajuan sepertimana yang telah dipersetujui dalam
Perjanjian Usahasama Tersebut.

11
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

6.2 Segala kos serta premium yang perlu dibayar bagi proses ubah syarat dan
sebagainya hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pemaju Tersebut seperti yang
dinyatakan oleh Perjanjian Usahasama Tersebut.
6.3 Pihak PVISB hendaklah memastikan segala syarat-syarat yang dilaksanakan oleh
pihak Berkuasa Negeri / Tempatan berhubung dengan kelulusan ubah syarat
Hartanah Tersebut dipatuhi oleh Pemaju Tersebut.

7. BEBANAN HARTANAH TERSEBUT


7.1 Hartanah Tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan menurut peruntukkan
Kanun Tanah Negara 1965 dan seperti yang tercatat dalam Dokumen Hakmilik
Daftaran Hartanah Tersebut.
7.2 Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan di dalam Klausa ini, PERDA dan PVISB
memperakui bahawa terdapat penduduk setinggan yang menceroboh dan
menduduki atas hartanah yang dikenali sebagai GM 392 Lot 291 dan GM 694 Lot
1144 Mukim 11 Daerah Barat Daya tanpa kebenaran PERDA.
7.3 Bagi tujuan perlaksanaan Projek Tersebut, PERDA dan PVISB bersetuju bahawa
PERDA memberi kuasa kepada PVISB dan PVISB bertanggungan atas kos dan
perbelanjaan sendiri untuk menyelesaikan isu dan hal-hal yang berbangkit
berkenaan penduduk setinggan tersebut.
7.4 PVISB bersetuju menerima Hartanah Tersebut daripada PERDA atas dasar seperti
sedia ada (as is where is basis).

8. LARANGAN GADAIAN
Adalah dipersetujui oleh PERDA dan PVISB bahawa PVISB atau Pemaju Tersebut tidak
boleh mencagar atau mewujudkan sebarang bentuk gadaian, pajakan, lien atau apa-apa
bebanan terhadap Hartanah Tersebut sebagai sekuriti terhadap apa-apa pinjaman atau
kemudahan pembiayaan yang dipinjam atau diperolehi oleh Pemaju Tersebut daripada
mana-mana pihak dan/atau institusi kewangan.

9. DOKUMEN HAKMILIK KELUARAN HARTANAH TERSEBUT


PERDA akan mengekalkan penjagaan dokumen hakmilik keluaran untuk Hartanah
Tersebut dan PERDA hanya akan menyerahkan dokumen hakmilik keluaran tersebut
kepada PVISB apabila Pemaju Tersebut memberikan dokumen pembuktian bahawa
dokumen hakmilik keluaran diperlukan oleh Pihak Berkuasa Berkenaan untuk tujuan;

12
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(a) penyerahan balik dan pemberimilikan semula atau pecah sempadan untuk
tujuan pembangunan Projek Tersebut mengikut pelan yang diluluskan; dan /
atau
(b) permohonan hakmilik strata
tertakluk kepada PVISB memberikan akujanji untuk memulangkan kepada PERDA
kesemua salinan asal dokumen hakmilik keluaran, hakmilik blok strata yang telah
dipecahbahagi, hakmilik strata individu selepas urusan di Klausa 9(a)(b) di atas
diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Berkenaan.

10. KUOTA PEMBELIAN UNIT-UNIT PEMBANGUNAN PROJEK


TERSEBUT

Kuota pembelian bagi unit-unit pembangunan yang dibina di bawah Projek Tersebut
hendaklah menurut komposisi yang dinyatakan dan terkandung dalam Perjanjian
Usahasama Tersebut yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah PERDA dan tertakluk
kepada apa-apa syarat dan perubahan yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri.

11. HARGA JUALAN

11.1 Harga jualan bagi komponen pembangunan di bawah Projek Tersebut hendaklah
menurut sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Usahasama
Tersebut dan telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah PERDA.
11.2 Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan di dalam Klausa ini, maka adalah
dipersetujui bahawa harga jualan yang melibatkan komponen Rumah Mampu Milik
(RMM) adalah tertakluk sepenuhnya pada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

12. BON PERLAKSANAAN

Pihak PVISB hendaklah memastikan Pemaju Tersebut dalam tempoh Enam Puluh Hari (60)
dari tarikh Notis Permulaan Kerja diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan untuk setiap
fasa berkenaan mendepositkan Bon Perlaksanaan yang dikeluarkan oleh mana-mana bank
yang berlesen di Malaysia untuk kadar jumlah Lima Peratus (5%) daripada nilai pulangan
bagi setiap fasa yang berkaitan sepertimana dirujuk di dalam Perjanjian Usahasama
Tersebut. Bon Perlaksanaan tersebut akan kekal sah dan berkuatkuasa sehingga ianya

13
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

dikembalikan kepada Pemaju Tersebut untuk pembatalan dalam tempoh Tiga Puluh (30)
hari dari tarikh Pemaju Tersebut memperolehi dan menyerahkan Sijil Penyiapan dan
Pematuhan (CCC) bagi setiap fasa yang berkenaan dan segala pembayaran yang terakru
oleh Pemaju Tersebut bagi setiap fasa yang berkaitan telah diselesaikan sepenuhnya.

13 . INDEMNITI

13.1 PVISB hendaklah menyelengara Projek Tersebut dengan risiko PVISB dan
melepaskan PERDA secara mutlak daripada semua tuntutan dan liabiliti dalam apa
jua bentuk akibat daripada sebarang pelanggaran, kemalangan, kerosakan,
kecederaan atau kematian yang timbul daripada pembinaan, operasi dan/atau
penyelenggaraan Projek Tersebut.

13.2 PVISB bersetuju untuk menanggung rugi dan memberi indemniti kepada PERDA
pada setiap masa terhadap semua tindakan guaman, tuntutan, prosiding, kerugian,
ganti rugi, pampasan, kos dan caj berkaitan dengan atau timbul akibat sebarang
pelanggaran (sama ada berlaku sebelum atau selepas tarikh Perjanjian ini) waranti,
representasi, perjanjian atau aku janji yang dinyatakan dalam Perjanjian ini yang
perlu dipatuhi oleh PVISB.

13.3 Pada setiap masa PERDA berhak menuntut gantirugi dari PVISB sekiranya berlaku
sebarang perlanggaran dan / atau kemungkiran oleh PVISB terhadap perjanjian ini.

14. JAWATANKUASA PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PROJEK

14.1 Untuk memastikan Projek Tersebut dilaksanakan dengan teratur mengikut terma-
terma Perjanjian ini, PERDA dan PVISB bersetuju bahawa Jawatankuasa
Penyelarasan Bersama dibentuk mengikut peruntukan Perjanjian Usahasama
Tersebut dan dua (2) orang wakil PERDA dilantik sebagai anggota Jawatankuasa
Penyelarasan Dan Pemantauan Projek Tersebut.
14.2 Laporan pemantauan dan kemajuan Projek Tersebut hendaklah dikemukakan
kepada PERDA sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

14
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

15. PELANTIKAN SYARIKAT PEMAJU BAHARU

15.1 Dalam mana-mana keadaan apabila Pemaju Tersebut menarik diri dan / atau
ditamatkan Perjanjian Usahasama Tersebut atas sebab-sebab kemungkiran dan
sebagainya, maka PVISB berhak untuk melantik Pemaju yang baharu untuk
meneruskan pemajuan Projek Tersebut dengan kelulusan Lembaga Pengarah
PERDA.
15.2 Pihak PVISB dalam melaksanakan tanggungjawab ini hendaklah mematuhi kriteria,
prosedur lantikan serta garis panduan yang ditetapkan termasuk berkaitan dengan
pematuhan entiti Bumiputera.

16. PERUBAHAN KOMPONEN PEMBANGUNAN DAN HARGA JUALAN

16.1 PERDA telah bersetuju dengan komponen pembangunan serta harga jualan yang
ditetapkan dalam Perjanjian Usahasama Tersebut yang ditandatangani di antara
PVISB dan Pemaju Tersebut
16.2 Sebarang perubahan pada komponen pembangunan serta harga jualan adalah
tertakluk pada kelulusan Lembaga Pengarah PERDA.

17. TRANSAKSI PINDAHMILIK DI BAWAH AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN


(KAWALAN DAN PERLESENAN) 1966

Pemajuan Projek Tersebut adalah tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan


(Kawalan dan Perlesenan) 1966 (kemudian disebut sebagai “Akta”) dan selaras dengan
keperluan Akta maka PERDA dan PVISB hendaklah melaksanakan tanggungjawab di
bawah peruntukan Peraturan 5(5)a dan 10 Akta berkenaan di mana PERDA sebagai
tuanpunya Hartanah Tersebut dan PVISB sebagai pemegang kuasa wakilnya akan
melaksanakan tanggungjawab untuk menyempurnakan pindahmilik unit-unit
pembangunan kepada pihak pembeli mengikut Peraturan 11 (1) Akta tersebut.

18. PELANTIKAN PENGARAH BAHARU BAGI PEMAJU

15
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

Sebarang penukaran atau pelantikan pengarah baharu dan / atau pemegang saham
syarikat Pemaju Tersebut atau apa-apa perubahan komposisi Syarikat hendaklah
dimaklumkan kepada PERDA terlebih dahulu dan tertakluk pada syarat ekuiti dan kawalan
Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perjanjian Usahasama Tersebut.

19. KOS YURAN GUAMAN DAN DUTI SETEM PERJANJIAN

19.1 Sebarang kos dan yuran guaman termasuk bayaran duti setem berkaitan dengan
Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh PVISB dan/ atau Pemaju
Tersebut.
19.2 Salinan Perjanjian Usahasama Tersebut termasuk sebarang perjanjian tambahan
hendaklah dikemukakan kepada PERDA dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh setem untuk tujuan rekod dan pemantauan PERDA.

20. PINDAAN DAN PENAMBAHAN

Sebarang pengubahsuaian, pindaan, variasi, pembatalan, penepian, atau penambahan


atau tambahan kepada mana-mana peruntukan Perjanjian ini hendaklah mendapat
kelulusan Lembaga Pengarah PERDA dan dibuat secara bertulis melalui perjanjian
tambahan yang secara khusus merujuk kepada Perjanjian ini dan ditandatangani dengan
sewajarnya oleh wakil PERDA dan wakil PVISB.

21. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah ditentukan oleh dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang
Malaysia dan Pihak-Pihak dalam Perjanjian ini tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah
Malaysia.

22. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG

Pihak-pihak dalam Perjanjian ini bersetuju untuk mematuhi segala ketetapan Undang-
Undang, Ordinan, Enakmen, Peraturan-Peraturan atau Undang-Undang Kecil, Arahan atau

16
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana
pihak Berkuasa Tempatan / Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.

23. PERTIKAIAN
Jika sekiranya mana-mana hal, pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada
Jawatankuasa Penyelarasan & Pemantauan Projek tersebut tidak dapat diselesaikan
secara baik oleh kedua-dua pihak, maka pertikaian tersebut mestilah dirujuk kepada
Lembaga Pengarah PERDA.

24. PENAMATAN AM

PERDA boleh menamatkan Perjanjian ini sekiranya PVISB melakukan sebarang


kemungkiran atau pelanggaran terma dan syarat dalam Perjanjian ini.

25. PENAMATAN DEMI KEPENTINGAN NEGARA

25.1 Walau apa pun peruntukan Perjanjian ini, PERDA boleh menamatkan Perjanjian
ini dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari notis
kepada PVISB (tanpa memberikan apa-apa alasan), jika PERDA berpendapat
bahawa penamatan Perjanjian ini adalah perlu bagi kepentingan negara, demi
keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar Kerajaan Malaysia atau
dasar awam.

25.2 Bagi tujuan Klausa ini, bermaksud “kepentingan negara”, “demi keselamatan
negara” atau bagi tujuan mematuhi “dasar Kerajaan Malaysia” atau “dasar
awam” hendaklah semata-mata ditentukan oleh PERDA dan penentuan tersebut
hendaklah bagi semua hasrat dan tujuan adalah muktamad dan tidak boleh
dicabar.

26. PENAMATAN KERANA RASUAH, AKTIVITI-AKTIVITI YANG TIDAK SAH ATAU


MENYALAHI UNDANG-UNDANG

17
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

26.1 Tanpa prejudis kepada apa-apa hak lain PERDA, jika PVISB atau Ahli Lembaga
Pengarah PVISB disabitkan oleh Mahkamah atas kesalahan rasuah atau aktiviti-
aktiviti yang tidak sah atau menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan
Perjanjian ini, maka PERDA berhak untuk menamatkan Perjanjian ini pada bila-
bila masa dengan memberi notis bertulis dengan serta-merta kepada PVISB bagi
tujuan penamatan Perjanjian ini.

26.2 Dengan penamatan di bawah Klausa 26.1 Perjanjian ini, PERDA berhak ke atas
kerugian, kos-kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan
perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh PERDA berikutan daripada
penamatan Perjanjian ini.

26.3 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-pihak dengan ini bersetuju bahawa PVISB
tidak berhak ke atas apa-apa bentuk kerugian lain termasuklah kehilangan
keuntungan, gantirugi, tuntutan atau apa-apa pun berikutan daripada
penamatan Perjanjian ini.

27. PENAMATAN DENGAN NOTIS

PERDA pada bila-bila masa sepanjang tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa dan tanpa
perlu memberi apa-apa sebab, boleh menamatkan Perjanjian ini dengan syarat
sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis secara bertulis diberikan kepada PVISB.

28. KESAN PENAMATAN

Walau apa pun peruntukan di bawah Perjanjian ini, apabila Perjanjian ini ditamatkan
lebih awal;
28.1 Semua hak dan kelayakan PVISB berkenaan dengan Projek tersebut akan
dikembalikan kepada PERDA.
28.2 PERDA boleh membatalkan Surat Kuasa Wakil Tersebut.
28.3 PERDA boleh mengambil alih melaksanakan Projek Tersebut dan mengantikan
PVISB sebagai pihak dalam Perjanjian Usahasama Tersebut tanpa menjejaskan
Perjanjian Usahasama Tersebut.

18
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

28.4 PVISB tidak berhak kepada sebarang bayaran yang diperuntukan dalam
Perjanjian ini.

29. KEJADIAN FORCE MAJEURE

PERDA atau PVISB hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing di bawah


Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi mana-mana obligasinya
di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) akibat daripada
berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian “Force Majeure” hendaklah bermaksud
suatu peristiwa bukan di bawah kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak itu tidak dapat
mencegah, mengelak atau menghindari, dan hendaklah bermaksud—

(a) peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan, serangan, tindakan
musuh asing, pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kuasa tentera atau
rampasan kuasa, perang saudara, atau tindakan keganasan;

(b) radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan


buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear, bahan letupan toksik
radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang lain daripada mana-mana bahan letupan,
pemasangan nuklear atau komponen nuklear daripadanya;

(c) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau alat peranti aerial lain
yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

(d) bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir,
penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah atau mana-mana operasi
kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca yang sangat buruk;

(e) rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj, mogok, sekat
masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri lain (yang menjejaskan pelaksanaan
Perjanjian ini) yang bukan merupakan kesalahan Syarikat atau kontraktornya, atau
LEMBAGA, yang menyebabkan, atau boleh dengan munasabahnya dijangka
menyebabkan, mana-mana Pihak gagal untuk mematuhi obligasinya;

(f) pandemik atau epidemik; atau

19
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(g) apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi kriteria
sebagaimana yang dinyatakan di bawah:

i. di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa itu,


keadaan atau gabungan peristiwa atau keadaan;

ii. yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak boleh
dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang terjejas yang telah
mengambil segala usaha yang wajar dan cermat;

iii. yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas tidak


berupaya untuk mematuhi semua atau suatu bahagian material obligasinya
di bawah Perjanjian ini; dan

iv. yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang terjejas
obligasinya di bawah Perjanjian ini.

DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak termasuk kemerosotan
ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau kekurangan pembiayaan di mana-mana pihak
untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian ini.”

30. PENYAMPAIAN DOKUMEN

30.1 Apa-apa notis, kelulusan, persetujuan, permintaan, keperluan, kebenaran atau


komunikasi lain yang diperlukan, diluluskan, dibenarkan atau dijangka untuk
diberikan atau dibuat menurut Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis
dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan disampaikan melalui pos berdaftar
atau penyampaian kediri ke alamat, dihantar ke nombor faksimile atau ke alamat
e-mel Pihak-pihak, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana
dinyatakan di bawah atau ke mana-mana alamat, nombor faksimile atau alamat e-
mel yang lain sebagaimana salah satu Pihak telah memaklumkan pengirim. Bukti
penyampaian notis tersebut hendaklah disifatkan telah disampaikan atau dibuat –
30.1.1 Dalam hal penyampaian melalui pos berdaftar, pada hari ketiga ia dipos ke alamat
tersebut;

20
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

30.1.2 Dalam hal penyampaian secara kediri, apabila disampaikan kepada penerima di
alamat tersebut dan suatu pengakuan terima diperoleh;
30.1.3 Dalam hal dihantar melalui faksimile apabila nombor faksimile penerima
dipamerkan pada cetakan pengirim bagi pengesahan penghantaran mengenai
dengan tarikh, masa dan penghantaran kesemua muka surat; atau
30.1.4 Dalam hal e-mel, apabila dihantar tanpa apa-apa mesej kesilapan (error message),

Kepada PERDA
Alamat : No.1, Lorong Kampung Gajah 2,
Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
No. telefon : +604-3141100
No. faksimile: +604-3103178
Alamat e-mail : webmaster[at]perda.gov.my

Kepada PVISB
Alamat : Midtown PERDA, PT 711, Mukim 12,
Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
No. telefon : +604-5737859
No. faksmilie : +604-5733858
Alamat e-mail : info@pvisb.com

30.2 Menjadi kewajipan Pihak-pihak untuk memaklumkan kepada Pihak yang satu lagi
jika berlaku pertukaran alamat, nombor faksimile atau alamat e-mel dengan
memberikan notis bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
pertukaran alamat, nombor faksimile atau alamat e-mel tersebut.

30.3 Bagi mengelakkan keraguan, kaedah penyampaian notis yang ditetapkan menurut
Klausa ini tidaklah terpakai kepada notis yang dikehendaki untuk diberikan menurut
mana-mana undang-undang yang terpakai yang berhubungan dengan Perjanjian ini.

21
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

31. KESAN PERJANJIAN INI

31.1 Perjanjian ini mengatasi apa-apa perjanjian yang terdahulu di antara PERDA dan
PVISB dan seterusnya Perjanjian ini dirujuk dan diterima pakai sebagai terma dan
syarat terkini yang dipersetujui oleh PERDA dan PVISB berkaitan pengurusan
Hartanah Tersebut serta perlaksanaan yang terkandung dalam Perjanjian
Usahasama Tersebut serta Perjanjian Tambahan yang telah dipersetujui dengan
kebenaran PERDA.

31.2 Perjanjian ini hendaklah mengikat pengganti (successor-in-title), pemegang amanah


dan atau wakil kedua-dua pihak.

****************************************************

[tamat fasal Perjanjian ini]

22
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

SEBAGAI MENYAKSIKAN PERKARA-PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS maka semua pihak-pihak


kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang
dinyatakan di atas.

Ditandatangani dan dimeterai oleh )

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG )

(PERDA) )

Di hadapan:- )

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:

Ditandatangani dan dimeterai oleh )

PERDA VENTURES INCORPORATED SDN BHD )


No. Syarikat: 199501019602 (348805-T)
Di hadapan:- )

Nama: Nama:
No. K/P: No. K/P:
Jawatan: Jawatan:
LAMPIRAN A

23
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(SALINAN GERAN / CARIAN PERSENDIRIAN)

LAMPIRAN B

24
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(SALINAN SURAT KUASA WAKIL)

LAMPIRAN C

25
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(SURAT KEBENARAN PERDA)

LAMPIRAN D

26
PEMAJU :
GDW MENGKUANG SDN BHD

(JADUAL DAN STRUKTUR PEMBAYARAN DI BAWAH PERJANJIAN USAHASAMA


TERSEBUT)

27

You might also like